Pages

September 11, 2021

Turnover Pancake | Apam Balik

Bahasa dan video seminit  di bawah :) 

English version and one minute  video below:) 


Buat kecil dengan harapan boleh balikkan | make tiny cake so the corn topping dont glide out when half turn over



Biar masak  | Let it cook so easy to turn it half


"Apam" means pancake whilst "balik" means turnover so turnover pancake or peanut sweet corn with sugar topping pancake. 


I saw in foodpanda delivery that Apam balik or turnover pancake is being sold but decided to make my own. 


I tried to make turnover pancake before and failed at folding them in half, perhaps the mixture was too runny. The corn, sugar and nuts spilled over to the pan, fast enough to caramelized turned brown, smell burnt. The pan needs to be cleaned first to start all over. 


This time I decided to turn it over after it has been cooked and on the plate not on the pan. The below pancake looks like over cooked but its crunchy of the margerine that I used. It tastes good, soft inside creamy of the sweet corn. 


The recipe I took from the website 'elmundoeats' but modified a bit. Instead of using 1 cup of all purpose flour, I used self raising flour instead. 


Turnover pancake turned out very good and delicious, after adik left the kitchen as she was full, I tried making round shaped since I already got the hang of it, hehe. 


If you happened to have dry yeast should give it a try yeast do give it an asian taste. I think :) 


Love greetings❤️


Apam tu seakan kek, bancuhannya juga serupa cuma kaedah masaknya lain. Ia perlu ditutup semasa ia dimasak. Balik kan itu sebenarnya melipat dari tengah. Biar berbuih dan isinya memecah gelembung tu, boleh bubuh isinya iaitu gula pasir, kacang tumbuk dan jagung dan akhirnya barulah boleh balikkan separuh. 


Saya nampak Foodpanda ada jual Apam balik tapi rasa hendak cuba buat sendiri. 


Saya pernah buat apam balik dahulu sebelum ni tetapi masa nak balikkan separuh tu, isi jagung gula tu terkeluar ke pan lalu jadi gula hangus, berbau hangit jadi kena cuci dulu sebelum mula tuang bancuhan lain. 


Kali ini saya nak balikkan di pinggan bukan di pan. Di bahagian bawah apam tu terlalu masak warnanya kerana marjerin yang digunakan untuk masak. Gelap tapi rangup, lembut di dalam, berkrim isinya. lazat keseluruhannya.


Saya ambil resepi ini dari laman 'elmundoeats' . Tetapi saya ubah suai sikit di mana saya guna tepung naik sendiri sahaja tak campur tepung gandum biasa.


Apam balik yang dibuat ini Alhamdulillah menjadi, selepas adik tinggalkan dapur, katanya dah kenyang, saya cuba pula buat bulat biasa pula, sebab rasa dah dapat agak bila nak balikkan separuh tu.


Kalau dirumah ada yis, bolehla cuba buat, kerana bahan yis tu yang membuat rasa asian tu, puas dan tak muak. Saya rasa la :)


Salam keluarga Malaysia ❤️🇲🇾

September 10, 2021

Butterflies | Rama-rama Seekor dua masih sabar menunggu sayap kering

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video are as below :)

Mariposa

Teringat pula pernah panggil bomba untuk makhluk lain


Beranak-pinak di  pokok pandan



Moment of truth when waking up in the morning to see two young butterflies just came out of their metamorphosis and waiting for their wings to dry up before they can fly off to brave new world. 


The background of the green pandan or screwpine leaves made them even more stand out.


I searched what type of butterfly species that came and made a home here. They kinda looked like the Monarch butterfly but then not really as the colors are different. 


I have also used to call the 991 rescue team to move the bee hive inside the roof tiles near the high trees. I have regreted it as one whole bee colony is lost. But had to, if not the roof portion will become heavier and finally break up and fall. Godforbidden. 


Happy Friday❤️



Momen yang nyata lagi benar di pagi hari terlihat dua ekor rama-rama muda yang sudi berada di sini, menanti kepaknya yang masih basah itu menjadi kering selepas metamorfosis. Mereka akan berani terbang pergi ke dunia baru ini. 


Kehijauan dari daun pandan itu menyerlahkan lagi warna rama-rama putih, jingga, kuning dan hitam itu. 


Saya cuba cari jenis spesis rama-rama apakah ini, terjumpa seakan dinamakan "monarch butterfly" tapi tak pasti kerana warnanya tak begitu sama. SubhanAllah serangga yang indah. 


Saya juga pernah panggil bomba 991 untuk memindah sarang lebah yang bermastautin di dalam bumbung rumah. Saya menyesal kerana sekoloni lebah hilang sarang, tetapi bila ingat balik memang perlu, Nauzubillahiminzalik jika tidak bumbung akan menjadi berat, kemungkinan bahagian tu akan pecah dan jatuh. 


Salam Jumaat❤️


Leftover crushed chicken | Ayam semalam dicincang

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Cincang ayam


Crush the chicken



Fixing breakfast must be done early, after dusk prayers, citing verses. It's a habit to open the fridge first thing in the morning. I looked deep inside and saw fried chicken leftovers from yesterday dinner. Thought of reheating, but I knew it will not be as good to eat them just like that. Therefore, I took them out together with capsicums and salad. Not just the chickens are from the past but the macaroni cheese sauce is also left undemand. 


I cut the capsicums while thinking what should I do with the chickens, if I make fried rice the cheese sauce will not be suitable for frying. Hmm.. Ending up back to the start from the beginning which is beautiful garden on top of something who can guess??  hehe.. . So the chicken must be crushed for a better mixed taste with capsicum and tiny cut salad. 


I spread the sauce on the basic home but staple ingredient (have you guess yet?) scattered the crushed chickens, covered with capsicum. Another set, cut salad on top of sauce, the rest almost the same. I had to finish the breads as I was thinking of making bread apple pudding not in the near time. I had procrastinated on it due to not enough corum as not all of us eat pudding., kind of low confident vote. (country first world problem). 


Glad that I fixed all that as they turned out very delicious and nutritious breakfast. The crunchiness of capsicum turn juicy after bites and so flavourful. 


Grateful always❤️


Menyediakan sarapan mesti dibuat diawal pagi, selepas solat subuh, seusai mengaji. Buka pintu peti ais dari tabiat hingga  kini menjadi tuntutan serta tanggungjawab. 


Lihat di dalam ternampak ayam goreng kemarin. Dalam fikiran kalau panaskan ia saja untuk sarapan tak mungkin akan jadi sedap seperti yang asal. Bukan saja ayam yang lebihan semalam tapi ada juga sos cheese macaroni juga turut dalam simpanan. 


Saya keluarkam ayam, sos keju, cili benggala dan daun salad.

Potong cili benggala tu sambil memikir pula apa yang patut saya masak dengan ayam, kalau nasi goreng, sos keju tak sesuai pula. 


Berakhirlah kembali pada mula dulu dimana campuran bahan-bahan  bagai taman diletak atas ruji teka apakah itu?? 

Hehe.. 


Jadi ayam perlu dicincang baru tergaul dalam mulut dengan cili benggala yang rangup tapi berjus dan aroma bila ditokak. 


Sapu sos keju dulu, letak ayam diatas potongan 'ehem-ehem' tu (dah teka ke belum?) kemudian sayur tu di atas sekali. Buat satu set lagi diletak daun salad yang dimayang dan letak lain seperti set tadi.


Sebenarnya perlu habiskan roti sebab saya tak jadi buat pudding roti masa terdekat ni sebab tak cukup korum yang nak mahu menikmatinya. Macam tak cukup undi percaya la pula tu, masalah negara kan? 


Syukur Alhamdulillah saya buat sarapan begini sedap dan lazat, kerangupan chili benggala yang berjus dan ber-aroma menjadi lebih enak. 


Syukur selalu❤️


September 9, 2021

Plantain Squirrel | Jom ambil video Tupai Pinang

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video as below :) 





Divideokan, edit yang melambatkan tu masa permilihan muzik latar



Masa tupai lompat tu, rentak yang betul baru mengena - video 1



Fond of garden creatures started by staying at home most of the hours. Even travelling, I like coming back with some ideas to add or minus the home situation. I love to see flowers when visiting houses or gardens.  Keep in mind to do the same at home.


'The present moment is the only time over which we have dominion' - Thích Nhất Hạnh


Some of phrases is true be atpresent where you are, physically is at vacation on a location but the mind is thinking of home (to beautify it) . There is misconception that I have been carrying all along.


Eliminate, lighten your mind andrelax with enjoying mind. So, of course when watching movie has widen my mind to love animals around home, the same as when reading magazine. So I want them to be around to make lively not to be nuisance.


So one morning, i stepped out and saw this squirtel was excitedly biting the dried wood's skin, jumped here and there to search of pieces that stuck out of a rattan's plant species.


I filmed it and chose the suitable background music to suit the  squirrel jump and glide along the trees. I love the moment as basically wish the beautiful squirrel to linger. 


Love greetings❤️





Minat terhadap haiwan taman bermula dari kerap duduk di rumah. Walau pergi makan angin pun terfikir rumah untuk buat seakan di tempat orang.


Di minda ingin menambah itu ini untuk menghidupkan kawasan tempat tinggal.Nak letak bunga macam tu macam ni bagai tak sabar nak balik pula.

Video 2 - Tupai ligat mengunyah
Dan berhenti memerhati


Ada perpatah, biar hati dan minda di mana diri  berada. Berada penuh kesedaran, secara fizikal dan minda. 


"Jika kita dapat membuka masa depan, masa kini akan menjadi perhatian terbesar kita." - Edward Counsel - 


Bukan tubuh di tempat orang minda melayang balik rumah, pehal kan? Tersalah konsep tu. yang saya bawa dalam diri, beratnya rasa,. Nikmatilah momen semasa itu sejujurnya


Kikis fikir nak itu, nikmat apa yang dipandang dan menghargai nya pada masa itu. 


Tetapi bagaimanapun, saya rasa luas pandangan juga bila menonton tv atau membaca majalah 


Jadi nak juga haiwan taman yang menghidupkan suasana, tidak mengganggu apa situasi pun. 


Pada suatu pagi, ternampak tupai pinang yang gebu melompat sana sini. Ia mengigit kulit kayu di tepi batang kayu spesis rotan. Menokak daun-daun kering sepantas lalu. 


Saya videokan dan pilih musik latar ysng bersesuaian. Bila ia menggelungsur, musik pun bunyi merendah bunyinya seakan serasi dengan aksi tupai itu. (kadang tu minta anak yang videokan juga), adik lebih peka,  kejut mama lagi untuk ambil gambar) 


Alhamdulillah, suka momen terlihat tupai menyinggah dan pergi setelah bersantai. 


Salam sayang ❤️


Sweet spread | Sapuan Manis

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Sedap 

A jar lasts a month / sejar sebulan


Eating light, lightly spread, less time preparation allow me have more time to chill or chat.

Otherwise, reading while eating is also possible. I had sweet spread of a fruit from same species as peach. A fruit that need to be picked from tree. Once its ripened mean that it has gone to far. It's apricot jam that I bought from grocer nearby. 


I love to see when sandwich cut in triangle shape. And it is sweet looking of breads on the saucer with coffee cup on the side. As mine was on a messy table, there were a jam jar. Egg coconut puree or jam and others eg butter box. That's reality. 

 

I prepared and had toasts with apricot jam with hot White coffee and it'll be enough for me for the whole morning. 


Have a lovely day ❤️


Makan yang ringan-ringan, sapuan nipis, tidak langsung memakan masa dalam menyediakannya memberi saya lebih waktu untuk santai dan berborak. 


Kalau tidak pun, membaca dan makan pun boleh juga. Saya makan roti dan jem buah yang sama spesies dengan buah pic. 


Buah ini perlu dipetik dari pokok, jika terlalu ranum sudah tak elok hehe (baca dalam wiki) 


Buah yang dimaksudkan ialah aprikot dan jemnya dibeli dari grocer yang berdekatan. 


Sekejap ja nak siap, bakar roti, sapu dengan jam, makan dengan kopi panas. Alhamdulillah Cukuplah untuk alas perut sepagi. 


Sebenarnya saya tertarik dengan sandwich yang dipotong tiga segi tu.


Nampak cosy ja roti dalam piring berdekatan dengan cawan kopi. Tapi bila tah ni, meja serabut dengan botol jem, bekas seri kaya, marjerin, itulah realiti.


Syukur selalu❤️



September 8, 2021

Janda Baik Village for sight seeing or resting | Jom Jalan-jalan ke Kampung Janda Baik

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)



Tak sangka disambut dengan meriah video no 1/

They welcomed us in the video 1


Bagai persembahan

Like a show on stage


Beautiful show ends

Kids watched it til the end

Abang adik teruja



Not far from Kuala Lumpur, there is a beautiful village at Bentong, Pahang. A residential area that has converted to resort living near the city. 


We planned to go south but  enroute to east.  We would like to have only a gateaway at that time. 


Didn't mind going to the beach nearby or  joy ride around the city and back home was fun for us. We only brought a minimum amount of clean clothes with us. 


Heading to east as far as to have Patin fermented durian curry at Termeloh. The infamous Gulai ikan patin tempoyak at Termerloh. 


But we didn't go straight but stop at the big RNR Genting Sempah  area where the Mcdonald is location, behind it has a route to Janda Baik. Along the highway we had thoughts of stopping at Bukit Tinggi, and have a walk at the Japanese Garden. 


If we go the opposite side of the highway, we will have a chance to visit Genting Highland, where one of the best experience was we 'unexpectedly stumbled' upon the canteen for the staffs and workers, and ended having a good hearty meal there. There is a hidden pathway in the mall that meant for staffs and we sort of wandered into the place. Anyway, this is my dad's way of exploration (way to go dad!) :) 


For this trip, we however decidedto have a 'u- turn' after Bukit Tinggi and visit a beautiful village with a peculiar name of Janda Baik (Good Widow or Divorcee). 


Our journey took us slightly up tothe highland location, that's what make the place different than any other normal village here. (a lot cooler too)


We found a lorong, not sure but after a short drive we found a resort; The place is kind of isolated but has the most impressive ambience and serene atmosphere. 


We decided to stop and check where we can rest and fill up our growling tummies, the operator  offered us to stay at their new villa not far from there, a lake front house. 


We quickly settled in and asked the caretaker to get us some food. In the morning, we witnessed the sprawling teratai flowers blooming all over the lake and they just look spectacularly beautiful.  



A horse rider crossed by to make the morning lovely. During the night, my dad wanted to eat durian, we didn't bother to care coz of tiredness from the long trip and ready to enjoy the night in peace. 


Dad however still had a way to have what he wanted, and the caretaker there was willing to fulfill his needs. He took mom's phone number. Keep calling her whether the price of durian outside was acceptable for them. If so, he would then buy and bring the durian to us. 


Dreams came true for dad and mom when the durians were served in the villa, we took a chance to enjoy and cherished every seconds of the village stay moment. 


I think I had the experience to be like a Janda Baik villager and eat like the resident eat. Now I remember the place name Bidaisari. 


If  I ever go on travel again, I will want to do what the locals do, yes, just like the saying 'when you are in Rome do as the Romans do'. 


Thats it the gateaway documentary hehe :) 



Enjoy your day ❤️



Tak jauh dari Kuala Lumpur, ada sebuah kampung yang permai di Bentong, Pahang.  Perkampungan yang ditukar ke pusat peranginan untuk sesetengah kawasan kampung di situ. 

Kami rancang hendak ke selatan tetapi melencong ke timur. Matlamat hanya inginkan suasana rehat. Tak kisahlah hala  ke pantai berdekatan atau pusing-pusing di sekitar bandar dan balik ke rumah pun sudah bahagia buat kami. Oleh itu, kami bawa persalinan paling minimum buat solat, biar bersih.


Menuju ke timur sejauh ke tempat mahsyur  dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin.


Kami tidak terus ke Temerloh tetapi pusing ke kanan naik ke Janda Baik, jalan masuk di belakang Mcdonald's terletak di RNR Genting Sempah.


Semasa menghala ke sana sebelah kiri akan ditemui dengan Bukit Tinggi, jika kesitu boleh la  bersiar-siar ala di negara France dan di taman orang Jepun.


Ke sebalik lebuhraya akan bertemu dengan Genting Highlands, teringat pengalaman makan di kantin khas untuk perkeja-pekerja di situ, mereka menyambut baik kerana kami sesat ke situ gara-gara ikut bapa saya yang suka terokai bangunan hotel atau mall. Seronoklah dapat sembang dengan pekerja-pekerja di situ. (syabas bapa! ):) 


Untuk perngembaraan ini, kami buat pusingan u untuk ke perkampungan Janda Baik yang indah dan permai.


Perjalanan ke tanah meninggi, itulah keunikkan kampung yang penuh kehijauaan dan dingin bayu tropikal.


Kami ternampak lorong tapi bawa kami ke mana berhenti untuk bertanya tempat mengisi perut, ditawar kepada kami rumah ala villa depan tasik.


Suasana flora dan fauna semulajadi amatlah istimewa sekali.


Kami tidak berlenggah lagi untuk berehat di situ dan dilayan oleh seorang penjaga ditugaskan untuk villa kami inapi.


Dipagi hari kami dikejutkan oleh bunga-bunga kiambang yang besar-besar kembang pagi dan boleh kata memenuhi seluruh tasik didepan rumah kami (resort).


Sesambil menikmati permandangan indah itu, kami juga nampak penunggang kuda merentas di hadapan mata, memberi suasana kampung omputih la pula. Ya dah ingat  nama tempatnya ialah Bidaisari. 


Masa malamnya, bapa menyebut-nyebut nakkan durian, kami yang keletihan diam macam tu saja. Dalam hati bila keluar esok-esok hala balik kita singgah la,. Tapi kenalnya bapa, dia akan ada cara untuk dapatkan apa yang dimahukannya. 


Bapa yang bertuah ditolong oleh petugas yang menjaga kami untuk membawa sarapan dan hidangan lain kerana resort itu belum buat buffet di dewan makan. Jadi orang yang menolong bapa tak ingat pula namanya, beliau ambil nombor telefon ibu dan menelefon tentang harga jika setuju beliau bawa durian untuk mereka. 


Impian menjadi kenyataan, bila durian disajikan, kami tidak segan silu, menumpang sekaki. Nikmat betul makan durian dengan bunyi sungai mengalir ditepi pintu berlawanan pintu menghadap tasik. 


Dari pengalaman ini, saya rasa nak cubalah buat seperti orang tempatan lakukan jika melancung ke mana-mana nanti seperti perpatah Inggeris, 'jika ke rom buatlah seperti orang roman lakukan'.


Itu saja dokumentasi  makan angin merentas negeri :) (insiden sebelum pandemik. 


Kecapi hari anda ❤️



Buka pintu dapur ada sungai

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin