Pages

December 25, 2014

Lioness / Singa betina

Surabaya Safari, fully recommended to all

Sejak hari raya haji lagi, Faiq asyik minta nak ke hutan, kami hanya menjawab, kenalah buat
rancangan dulu, bila yang sesuai, hutan yang mana, bagaimana, apa perlu bawa. Dia faham, memang dah ada khemah sambil cerita nak jumpa kungfu Panda. Apa yang Faiq niatkan jadi nyata, Alhamdulillah. Faiq dan Fadya sesama teruja bila masuk hutan safari dengan penuh expressi bila nampak singa betina ni, siap buat bunyi bunyi mengaumm ...


Lion Queen
Lately Faiq wanted to go to jungle, we kept saying to him, we have to make a plan first,
when, where, how to get there, what need to bring. He understands well and said he could meet Kungfu Panda. What he wished he got it. Alhamdulillah. He was as excited as Fadya...but Fadya more to expressive when she saw Lioness on the road then made a roarr sound.










 Kind words and the covering of faults are better than charity followed by injury. Allah is free of all wants, and He is Most-Forbearing.
Dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
 Surah Al-Baqarah : 263

December 19, 2014

Pelihara diri / Care for self



"Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)." Surah Ghafir 40:67

Bersyukur dipelihara hingga dewasa, salah satunya untuk maintain selepas dewasa adalah bersenam, pilihan hari ini ialah dengan Sanctband iaitu  produk dari business sendiri, ya saya ditugaskan untuk mendemotrasikan sesuatu dan pilihan saya adalah senaman menggunakan band...InsyaAllah. Rakan blogger dijemput ke event tersebut minggu depan email saya untuk info lebih lanjut - babypose@ymail.com

senam juga menjaga bentuk...

Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya; dan Ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam.Surah Ghafir 40:61

It is He Who has created you from dust then from a sperm-drop, then from a leech-like clot; then does he get you out (into the light) as a child: then lets you (grow and) reach your age of full strength; then lets you become old,- though of you there are some who die before;- and lets you reach a Term appointed; in order that ye may learn wisdom. Surah Ghafir 40:67
 
Grateful been cared til adulthood, one of the way to maintain for self is to exercise with Sanctband of today's choice, yes I am delegated to demostrate bread baking but my choice is exercise using band...His will. Blog buddies are invited to the particular event next week. Email me for detail at babypose@ymail.com

excercise to maintain shapes..


It is Allah Who has made for you the earth as a resting place, and the sky as a canopy, and has given you shape- and made your shapes beautiful,- and has provided for you Sustenance, of things pure and good;- such is Allah your Lord. So Glory to Allah, the Lord of the Worlds! Surah Ghafir 40:61

 

December 17, 2014

dalam hati / in my heart

dulu singgah bilik stor tepi toilet (bukan di malaysia) untuk dirikan solat. kawan berbangsa lain tapi muslim tak ambil wuduk lagi kerana beliau mempercayai ambil sekali sebelum keluar rumah itu la untuk 5 kali solat. nasib saya  solat masa tu telah menjadikan saya hari ini.

...sepatutnya biar dalam hati ♡

Malay

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Yusuf Ali

And do you Bring thy Lord to remembrance in thy (very) soul, with humility and in reverence, without loudness in words, in the mornings and evenings; and be not thou of those who are unheedful.


Surah Al-A'raf : 205








December 16, 2014

best gift is your present / Hadiah terbaik adalah kehadiranmu

english version

sekian lama saya tak beri apa-apa kepada en hubby. Pernah saya buat sendiri greeting card print foto kami. saya juga buat makan malam romantik bermenu fish n chips, atau steak, salad dan dessert, set up meja berlilin serta gelas tinggi ala inggeris bernapkin juga. walaupun sibuk saya masih fikirkan sesuatu yang istimewa seperti buat compilation lagu lagu yang best untuk didengar bersama tetapi itu sudah dibuatnya untuk saya. Jadi i fikir saya suka pokok tetapi lebih ke pokok herba, jadi saya tanam anak pokok pandan dalam jar dan beri kepada en hubby dan hubby buat keputusan untuk di bawa ke pejabat dan letak di atas meja, bila gemuk pandan itu akan dikoyak daun sikit untuk mendapat baunya. kalaulah serai lagi sedap baumya.

english version
its been awhile i didnt give any present to my hubby. Usually i made greeting card myself
and i used to make fine dining too for hubby with simple menu fish n chips steak, salad, n desert with the candle light, tall glass setting. Though i have been busy i thot to compile songs for him but i planted baby pandan in a jar and gave him which he brought to his office and put on his desk. once the plant grow strong and full, he would tear a leaf or two to get the fragrance. if lemongrass is much better aroma.


show and spread love / tunjukkan dan sebarkan kasih sayang ♡♡

December 15, 2014

bunga / daisy/ hiasan

tak pasti bunga ni nama apa tapi rasa keperempuan (feminin) sangat saya. cantik dan
berseri bilik saya dan roomate saya hehe.. bunga RM3, Pot RM7. dari Romantika.

baru ni saya bagi anak pokok pandan kepada roomate untuk letak atas desk ofis. staffs n colleagues tegur comel pokok pandan tu dalam botol diikat dengan tali kapal. (nanti buh pic.)













Hari sabtu kami attend seminar business, ada soklan apa 3 impian pertama saya. No satu nak roomate saya pun berhome based business.


*Love n prayers to our dearest blogger buddy Nastyna for the loss of her beloved mother ♡

December 12, 2014

bapa / dad :)

Assalamualaikum all dearies,

Today saya nak cerita (bila business nanti kena berspeech tau, saya tak tau nak kata apa, pasal apa buat business ni bukan busines tu, iits ok take time to learn).  tapi kat entri ni nak cerita tentang bapa sebab teringat kat beliau lepas baca entri Blogger Kak Zakie  semalam.

Tula masa hari hantar tanda dan merisik saya tu,  kami dah ada menu biasa ja. bila dah abis perbincangan, bapa cepat masuk dapur pompang pompang bawa keluar Chili crab ala sweet spicy ketam. Suka la tetamu jamuan lain dari lain macam kat seafood kelana jaya komen mereka.

kadang saya mencari seseorang yang menarik (interesting person) rupanya bapa saya sendiri kan....bukan sekali, terjadi lagi masa Aqiqah Fadya, kami buat menu biasa tetapi ada add on lagi ikan jenahak masak sedap juga...ada rojak pula. rindu pula kat bapa.  love you ♡ Adik bapa saya "red hot chef" pak cik saya memang celebrity, masuk channel astro TLC pun pernah.

dalam phone dah tak da pic, clear semua sebab rasa heavy. nak buka laptop, nanti2 kut...
for now jom tunjuk kasih sayang kepada tersayang ♡

haha bapa hujung sekali tunggu dinner mesti beliau nak di serve sepetti mana beliau serve tetamu, now i got it. baru faham :)

December 11, 2014

Congrats to self / Daily battle / Perang harian

Recently, daily azam saya tu cuma tak membeli apa-apa satu pun, sejauh ni rasa dah
baru bergroufie
berjaya..semalam pun saya minta en hubby tepuk tangan  and pat on my shoulder tanda tahniah kepada saya kerana berjaya berjalan terus lepas membelek-belek barang-barang yang menarik ni...

tapi nak tergelak pula bila en hubby batuk batuk macam Fadya bila saya cadangkan kami berdua minum air kosong dalam kereta ja sebab en hubby nak duduk minum, minum air kopi ke 100 plus ke...haha.. pandai pula batuk batuk macam Fadya ya..Fadya tu bila beri air kosong khof khof terbatuk batuk...bila letak warna skit ok, minum abis...Alhamdulillah..

Ok la hari ni catitan pendek ja..nanti sambung lagi..biar kerap tapi pendek kut...in the mean time

breathe, stretch, move....:)


i manage to walk pass all the items i saw in the supermarket, i manage to keep my money safe and sound, even asked hubby to give me around of applause as congratulations to me to keep away of shopping habits...


December 9, 2014

mummy man

Faiq minta ambil foto "mummy man" nak tunjuk pada papa. Coret sikit la tentang Faiq kat sini, hari ni dia cough, saya cakap jangan batuk, dia cakap bukan dari mulut dari leher ni buat dia batuk. suruh minum air dia cakap untuk hiccup/sedu
pun minum air.

Faiq ni kalau demam cepat sembuh Alhamdulillah sebab banyak minum susu, ubat tak makan.. biasa ubat selsema saja yang saya bagi, tu pun masa tido. demam, minum susu, batuk sebab nak baik selsema. ubat batuk belum cuba, kena cuba kut, malam nanti.

saya sendiri pun tak tahu nak heal selsema tanpa ubat, mesti
ambil zyrtec (kids medicine ni dari KPj tapi saya beli dari pharmacy bila abis)  demam tak makan ubat apa pun cuma minum air. tapi selsema tak bole, makan vitamin pun tak jadi unless makan vitamin sebelum jadi selsema Alhamdulillah ok. contoh kalau Faiq selsema, cepat cepat saya makan vitamin, Alhamdulillah ada ketahanan la. Fadya Alhamdulillah jarang semua ni, mungkin banyak minum susu.Mungkin Faiq pergi sekolah tapi tak boleh juga nak cakap sebab dia akan ke sekolah dan ke tempat awam sepanjang umur selepas ni.

Fadya ni minum air jus sama banyak dengan susu dan dia belum sekolah, Alhamdulillah ok., Faiq cuma susu dan air, itu pun masa kecik bagi air, batuk bagai nak rak. bila minum susu ok. sebab tu bila Faiq batuk saya rasa faiq ni nak attention.  tapi kalau lepas selsema tu memang batuk. tu genuine la.. lagi pun growing pain ni for antibody immune systems. saya belum bagi vitamin kat derang ni, plan nak bagi tapi Faiq tak suka ubat / air manis pun/ gula-gula pun. tak tahu caranya.

Yang saya praktikkan, bila keluar tempat ramai-ramai ni terutama Ikea, saya bagi minum susu terus bila masuk kereta. bila balik, mandi Alhamdulillah.



December 8, 2014

kaya minda n hati / wealthy heart n mind

Assalamualaikum, rindu blogging dan rindu rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung di blog tak seberapa ni. Saya tetap BW rakan-rakan kadang-kadang sempat komen juga.

Tu la kata Yosuke Hamamato, biar kaya minda dan hati untuk membina kehidupan, baru
menikmatinya. Hamamato adalah seorang usahawan yang berjaya dijemput ke seminar yang saya dan hubby hadiri baru-baru ni.

Sebenarnya saya dah tahu dari Fb ada ustaz menyeru umat menjadi kaya jiwa. Ini juga saya bualkan dengan en hubby. Beliau pun setuju pernah dengar dan patut curious untuk menjadi kaya jiwa ni. Saya tak pasti bagaimana nak jadi kaya jiwa hati minda ni, tetapi boleh agak seperti berbesar hati dengan melakukan sesuatu dengan ikhlas.

Contoh, lama dulu, saya dan hubby di minta tolong mencuci boat seseorang hamba Allah, kami suka boat kut tu yang boleh buat tetapi sebab ada pembantu rumah, faktor utama masa tu kami bersetuju untuk menolong, dari situ saya beranalisa kembali kenapa saya boleh lakukan dengan pergi shopping cadar semua sampai Ausino beri priviledge card tanda penghargaan atas pembelian maximum. Lepas shopping pergi ke boat pasang cadar Itu bermakna pada masa tu saya dan en hubby kaya tenaga dan masa walaupun waktu malam lepas kerja bergegas merentas kesibukkan jalan raya, takut ausino tutup lagi.

Sama juga uncle saya sekeluarga  sebelah bapa saya juga kaya hati kerana sudi datang rumah ambil semua haiwan belaan kakak saya untuk menjaga pets anak-anak kakak,, semasa kakak saya sekeluarga berholiday di luar negara. Aunty saya sendiri menawarkan untuk menjaga.

Bila dengar speech Hamamato ini membuat saya terfikir semua ni, deep thinking and feel deep in the heart.. Hairan. Adakah sebab ada wang atau masa dan tenaga baru berbesar hati.

Seperti emak, ada orang menjual tudung pada hari raya pertama, buka kotak-kotak, harga RM50 ke atas, tudung brrawning ke masa tu emak belum biasa tudung macam tu tetapi tetap beli, saya cakap harga biasa Rm10, emak cakap dia beli sebab dah buka kotak depan dia, lebih baik tolong, dari terbayang emak yang lakukan seperti itu, orang buat tak tahu, mscammana la rasanya, orang lenggang lenguk beraya kan, cuba bayangkan... terpaksa deep thinking, macam garfield cakap, bukan dia kucing yang duduk bermalasan tetapi duduk berfikir panjang :))

moga lebih ceria :)

November 21, 2014

lighten your mind / ringankan minda

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.


Whoever submits his whole self to Allah, and is a doer of good, has grasped indeed the most trustworthy hand-hold: and with Allah rests the End and Decision of (all) affairs.

surah Luqman : 22




November 20, 2014

Lagu business - Faizal Tahir /babysitters



Salam rakan rakan blogger jumpa anda di puncak kejayaan "see you at the top". hehe... Bersyukur saya kerana Students International Medical University sanggup babysit Faiq Fadya ni dan MIL pun telefon beritahu sedang mencari pembantu untuk kami.

Saya terharu bila bertanya tentang minta mengasuh budak-budak, mereka postif pertimbangkan...jika saya sendiri tidak pasti jawapan saya jika orang meminta tolong, itula yang dibualkan saya dengan en hubby, sebab kita semua prihatin kanak-kanak dan orang tua di gaza tetapi jika betul depan mata memerlukan pertolongan bagaimana kan..bagi duit tu "quick fix" macam ok bagi duit cepat selesai bahagian kita tetapi kerjasama, perkongsian masa dan tenaga bagaimana? Its ok mama, i will find the way kata Faiq :)


-Gemuruh-

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



November 18, 2014

hiasan bermanfaat / beneficial decor

ada meja console, sepatutnya letak bunga plastik tapi dah umah kecik, itula kawasan untuk
duduk,lebih baik letak buku, stopper buku buat sendiri dari pasu atau mainan budak-budak.
books on instead of flower

bag for decor
dalam tahun ni baru beli kasut kedua, dah bulan 11 pun, beli brand Island Shop, suka brand ni sebab memang diri sendiri suka jenis santai. sampai shopping bag pun boleh jadi hiasanatas almari baju. sentimental value.

November 17, 2014

baju weekend / ada skit:)

bila nak snap pic baru perasan baju Faiq hat lama ja, tak perasan kadang baju apa yang di
pakainya sendiri bila masuk keta baru check baju spare ada yang elok ke tak. seluar pendek dipanggilnya seluar hulk. Biasa weekend mama n papa siapkan diri jugak kami siap pakai jam weekend si papa lagi ada berbagai juga kelengkapan weekendnya. memang kami orang yang appreciate weekend, liitle joy of life ni.  Jadi anak yang dah bole siap sendiri dibiarkan ja...masih look good, santai :)

♡♡♡♡♡
sedikit door gift yang berkunjung di sini sempena juga sokongan atas aktiviti yang baru saya mula ni, saya mulakan dua nama rakan blogger dulu ye, inshaAllah ada rezeki ada lagi for now..iaitu blogger Nurzakiah Hanum dan blogger Amiiza. harap sudi email alamat ke babypose@ymail.com. Terima kasih ♡ jika tiada balasan komen di sini tentang "dah email" saya tak publish tapi cari email dalam inbox atau spam box tu" thanks ye :)

November 14, 2014

Party Business / bersedekah semeja

Maaf terlambat sebab internet was low bila reset baru ok. Dah almost petang baru nak up jemputan.



Assalamualaikum rakan-rakan bloggerku, this Saturday esok,  it will be a Cooking Business Party, parti masak memasak dan make up dekat bangunan KLCC, jalan ampang  at 10.30am to 12.30pm. saya jemput rakan-rakan and your friends, untuk confirmation email babypose@ymail.com. Datang ye, email saya, nanti saya calling2 :);sat ja, pastu boleh duduk duduk, window shopping ka :)


diatas activity berbusiness, cerita hari ni...saya cakap "makan" dekat pakcik jual keropok kat mejakami, tiba beliau nak makan, kami menyesali tak order lain lauk baru untuk beliau, tapi ada lauk lagi tempat ni hat goreng bila nak makan, gulai kepala ikan. Dia berdoa kat kami lepas makan dan akhiri hanya Allah saja dapat membalas..dalam kereta emak duk mrnyesal saya pun tak teringat kenapa tak order lain...

November 13, 2014

Suami / Salmon Omega /Free gift

Walaupun saya mula berminat english style decor, suami saya dengan style sendiri ja, tak de berenglish style buat breakfast makan kat dapur bukan in bed tak da la breakfast in bed ni macam englishee. Bila tak sempat langsung saya sedia breakfast, beliau akan sediakan vitamin ja pagi-pagi untuk saya, bawa keluar yang patut, letak dalam tisu kalau bekas tablets tak de disebabkan Fadya minat main bekas tu sebab berwarna pink, jadi vitamin hanya dilipat dalam tisu.

Dalam pic tu ada berbagai vitamin, tapi vitamin minyak ikan salmon omega yang paling
saya suka. Dari kecil emak beri minyak ikan, dah tua ni mesti makan minyak ikan juga tapi bukan minyak ikan sebarangan ye sebab minyak ikan biasa berchemical bole hakis polistrin atau sturofoam tu. Yang asli melindung permukaan dan dalaman. kebaikkan yang ketara kulit lebih berlotion beremulsian. Boleh rasa lembabnya kulit tu, tak petlu lotion lagi. Itu luaran, dalaman InshaAlkah lebih berkesan. Minyak ikan itu ialah Salmon Omega Nutrilite. Buat execise pun smooth sebab joints sihat, Alhamdulillah. Dibawah adalah perkongsian business partner saya. sesiapa mesti berminat untuk dapatkannya dari Amway distributor atau saya :) kalau beli kat saya boleh la saya free gift baju kurung ke atau jam english ke , atau jumlah kecil duit derma untuk budak yang memerlukan yang anda kenali, boleh email ke babypose@ymail.com atau komen dah email. Harga RM67.


Good sharing ♡

Assalamualaikum and good morning, today I would like to highlight our Nutrilite Salmon Omega Complex. One softgel provides 300mg of omega-3 essential fatty acids (100mg of EPA, 120mg of DHA), plus vitamin E (30 IU of d-alpha Tocopherol). Extracted from salmon harvested from the deep cold waters. 60gels DP RM67. Let me know if you want it. It is good for inflammation, like asthmatic, sakit lutut etc, build immune system / ketahanan diri, good oil for joints, untuk lembabkan kulit, ada E in it, good oil to remove the bad oil, flush your system macam draino flush clogged drain therefore good for heart and blood pressure. You can find out on your own the goodness of omega-3 essential fatty acid.

November 12, 2014

Berjemaah / gathered

Alhamdulillah Fadya memang menunjuk prihatin time papa atau mama nak solat, dia akan keluarkan sejadah yang disimpannya sendiri dalam laci dan letak sebelah sejadah kami, dan tolong ambil jugak sejadah untuk Faiq. Fadya dah sedekah kebajikan kepada hamba Allah yang mula menjaga baby, Fadya sedekah baby carrier cum carseat dan playpan. Bila jumpa aunty tu, aunty tu cerita kat Fadya senangnya kerja dia ada carrier tu boleh la dia bawa ke surau mengaji walaupun mengasuh baby. Teringat saya surah Al-Hajj simple yet very meaningful  

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 22:77
O ye who believe! bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord and do good that ye may prosper.
  


O ye apostles! enjoy (all) things good and pure, and work righteousness: for I am well acquainted with (all) that ye do.
surah 23:51

November 11, 2014

kopitiam with english checks

Tempat tinggal saya berdekatan dengan stor Daiso iaitu kedai MYR5, semua barang disitu berharga RM5 tak kira besar atau kecil. Suka window shopping hingga  terjumpa kushen bercorak petak-petak untuk kerusi tetapi dapat idea untuk bangku di meja kopitiam dapur.  Boleh  la ada keceriaan :))



At where i live like 5 minutes drive there is Daiso store where everything is at MYR5 each item. whether big or small the prices are fixed. I browsed inside and found check cushion meant for chair but I put it on my kitchen stools of kopitiam breakfast table. Fresh look at least :)

blessed in bliss
bahagia yang diberkati

November 10, 2014

ernie sesame street dijadikan baby

gerun mama tengok baby mainan fadya ni hehe
girls!



November 9, 2014

vendors boutique / decor n more

sekarang ni dah terjebak dengan vendors boutique, bila masuk beberapa boutique, suka ja tanya nak letak barang bole? pakai main tanya ja, bukan ada instagram business untuk owner review pun. vendors biasa ada follower baru boutique lebih gemar, senang tag baru viral, tapi saya suka tanya juga sambil beritahu tak da online business pun, so far response ok.

excited pendapat kawan dan saja sembang2 sebab dia baru buka kedai optical, baru ni saya tanya hasrat saya ni nak join vendors shop, kawan saya cakap dia tidak menahu langsung tentang butik apa pun sebab dia cakap dia tak da smartfon tak tau online ni. kalau nak wahatsapp buat melalui fon husband dia.

saya pun tak tau nak cakap apa dengan dia, saya direct ja tanya temtang business, dia cakap Alhamdulillah baru 2 bulan semua terma pembayaran dah selesai gaji untuk dia dan kakak dia berbayar, (sebelum ni dia cakap risau ada gaji ke tak dia) saya cakap mesti masuk sebab professional business optician is in need mesti masuk.

berbalik niat ingin berbusiness dan hati dah berminat berdecor rasa nak jual barang dekor. saya mula letak letak barang yang ada untuk di letak sebuah boutique ni. masuk dalan blog untuk price structure dan  perkongsian perniagaan zaman sekarang online berpindah ke kedai fizikal pula dan bertrend. saya google buah fikiran sapa ni, di LA dah ada, sebab buah fikiran saya tumpang kedai orang letak baju dulu dah buat percuma ja letak, syukur walaupun pernah bayar letak buah kurma tapi vendors boutique kena bayar sewa satu slot, seperti saya buat dulu untuk letak buah kurma di pasaraya JB, owner nak tolong jual tapi i beri juga duit untuk jaga barangkan.

ni dekor untuk dalam kedai testing the water try try test dulu.

 proposal macam ni 

heart shape mat - RM19.00
square basket - RM
Oval basket -
Scrap book - 
Vintage plate holder -
Cupcake bank -
Clock cupcake - RM24.00
Apron - 
Table Lamp -
Flower pot - RM19
Lavender decor -
Cupcake stand -
Collection boxes -
frame hanger -

ok la tak tau nak buh harga banyak mana nanti ada sale kena turun pula, sewa lagi mmm






November 7, 2014

pemakanan anak2 / kids food intake

Assalamualaikum,

baru ni ada tetamu dan bersembang tentang makanan anak-anak dan beliau ada baby 7 bulan, saya main interview ja tentang anak orang sambil bercerita anak saya la. Beliau yang bekerjaya menghantar anak kepada pengasuh, buat stok makanan untuk anak, pagi pagi bawak ke pengasuh.

Saya cakap yang saya suka bagi baby 7 bulan keatas sampai 2 tahun ni sebab mereka
pakai rantai pearl mama
makan ja apa jenis bubur disuap tapi Faiq macam kena paksa ja tapi dia tetap makan. yang bersyukur tu bagi yang best tu ikan salmon, ikan potong tenggiri, merah ke dalam bubur atau ayam bahagian dada sayur hijau karot semua letak, mesti blend. Faiq walaupun suka spageti masa tu tetap ngap juga sampai umur 3 tahun. sebab buat kat adik, dia pun dapat menu sama.

Pagi makan buah pisang epal ke, tengahari makan nasi, ni ikut nasihat Mil sebab mak mertua cakap tak elok baby makan nasi pagi, saya ikut sebab my MIL ni ada ramai anak semua lepasan university, ada Prof Dr,  nanti saya cerita tentang beliau yang jadi inspirasi saya juga.


Emak sendiri sudah pasti inspirasi saya kerana memdidik saya secara flexi, saya lebih lasak, jika terlalu ikut peraturan, saya mungkin tak kretif dan perut mudah sensitif kan.(Alhamdulillah) lagi pun mana dan nak makan tepat2 ni, semua ada pro n con semua ada hikmah. contoh minum air filter, budak-budak yang balik dari camping dah jadi lain, pengakuan jiran ni. mandi malam sekali sekal jjadi badan tak terkejut bila terpaksa.  berbalik sembang ibu2 ni, kebanyakan yang saya tanya ramai yang letak ikan bilis atau ayam takut cacing tak terfikir pula saya masa tu. tapi saya cakap dengan ibu berbaby, letak yang paling khasiat sebole dan setahu semasa umur ini, rasa puas hati terutama bila blend ni, rasa macam masuk ja berkhasiat macam susu untuk dalaman seperti tulang dan luaran seperti gigi, inshaAllah..

keep balance*

November 5, 2014

swimming activity

Pagi-pagi bangun laju ja Fadya ni sebab nak swimming, nak juga letak tuala kat badan
macam mama.Fadya ni 2 tahun lebih tahun depan masuk 3 tahun. Dah nak skul dah. Not much story tentang aktiviti ni, yzng best pun breakfast kat cafe ja ;))

November 4, 2014

kesenian anak2 / kids art

beli alat coloring dan kanvas berframe harga Rm10 sekali kaler dan berus,
tak sampai umah lagi dah nak kaler, panik
mama, takkan nak biar kereta kotor rumah kotor lebih baik tak payah nak berseni, biar ja ambil pengalaman ini di sekolah.. Sampai umah dah nak celup celup dengan jari. keluar berus, minta tunggu dulu nak ambil berus beli hari lain sebab yang tu memang confirm berus halal. dalam kereta fikir dah nak set up macammana nanti supaya bersih ja umah. cakap dengan faiq fadya tak bole messy, pandai pula cakap nanti
papa gets angry.  masuk umah cepat2 letak tudung meja plastik  atas lantai, meja hat lama dan bangku buat homework. lampin lama jadi apron. boleh la dari tak buat aktiviti langsung, Faiq dah besar pun dia nak buat elok tapi fadya main cat ja. bila siap gantung kat wall, semua cakap its mine, mine, i did i did.
yang bawah tu :)

November 3, 2014

buku dalam basket

tak tau nak dekor tapi nak dekor juga sampai buh buku dalam bakui.


books in baskets

November 1, 2014

Olive oil / minyak zaitun


botol kosong minyak zaitun dijadikan vase bunga yang dipetik oleh anak-anak / empty olive oil bottle recycle as vase for flowers picked by kids

Sejak Faiq batuk malam adalah mulanya minyak zaitun ni menjadi bahan keperluan di rumah. Dari umur 2 tahun lebih lagi, ada rakan en hubby jual olive oil ni cakap boleh menghilangkan batuk, syukur.Jadi saya cuba la letak dalam masakkan terutama untuk Faiq, lama kelamaan untuk sekeluarga. Kalau nak lebih elok letak selepas masak. Sebetul ambil satu sudu teh lagi bagus tapi Faiq ni tak suka makan macam ubat.. Lagipun masa Faiq baby, dia tak suka minum air masak, bila diberi air kosong lagi batuknya dibuat-buat. Jadi cara diatas la sesuai buat masa ni. Tapi Faiq dah besar ni baru minum air kosong air manis tak minum langsung, walaupun begitu, minyak zaitun tetap diamalkan. Alhamdulillah♡♥

english version
not sure how it started olive oil became our main household. i could guess when Faiq cough at night. luckily, mr hubby's friend who recommended it as he said proven coughs cured.since Faiq 2 years old we family take olive oil in our food preparation. It is better to put it after cooked meal or best take it solely per yea spoon but Faiq do not take this as medicine. Faiq exagerated coughs when given plain water when he was a baby, as he grows he takes only plain water, not at all sweet colored drink. Thus, olive oil remain as daily intake.

October 31, 2014

excuse to exercise / sebab nak senam

Assalamualaikum

                                                                            
Faiq refused to go to school and giving excuses 
wanted to exercise like mama at home

Pagi semalam Faiq tak nak turun kereta ke school. Bila tanya whats wrong (apa yang tak kena) saya tukar whats the matter (apa halnya) sebab Faiq ni pandai tangkap perkataan ni, nanti boleh dia cakap school teaches me wrong things la. Bila tanya whats the matter, dia fikir panjang, cakap i want to go to work = nak pegi keja macam papa pula. jadi saya cakap pegi school baru bole keja. Dia diam ja, sambung cakap I want to do exercise. Haa.. dah ingat saya ni duk buat exercise ja pula. Saya cakap ok belajar anatomy skeleton dulu baru tahu nak gerak anggota badan, dan petang kita sama-sama exercise, baru Faiq turun.Kebetulan semalam pegi mall, dapatla try mesin gym yang nak dijual tu, suka dia, ada masa dia cakap nak sekolah. Dalam fikiran saya hal macam ni pun boleh jadi, dulu saya bangga emak bekerja. Mungkin Faiq pun baru nak beranalisa tentang mamanya.



October 29, 2014

keep poise / sikap tenang / check her out




Mata yang cantik, lihat kebaikkan orang lain, untuk bibir yang cantik, hanya menyuarakan kebaikkan dan untuk sikap tenang, membawa diri dengan tiidak merasa keseorangan. 

For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone."

Audrey Hepburn



Biasa dengar keep calm tapi keep poise (bersikap tenang) pun pernah dengar dan sangat sesuai dengan Fadya ni, pagi-pagi siapkan Faiq, Fadya sangat tenang walaupun kami huru hara siapkan diri masing sekali dengan Faiq, saya buat breakfast, Fadya dah diturunkan letak kat sofa terus Fadya tido balik. Fadya ni tenang walaupun dunia di sekelingnya sibuk.
kawan sebaya check beg, check tangan  Fadya, baru berkenalan.

kat airport Fadya check in begnya.

keep balance in life 



October 26, 2014

senam / work out / detox

Dah lama tak bersenam selama sejam,  saya cuma ambil masa setengah jam macam tu sebab tak sempat. Mesti buat juga walaupun tak sempurna, suka mengeliat, renggangan atau stretch terasa ni di kulit, joints semua sebab tu buat. Pernafasan pun smooth bila bahagian chest kedepan dan bahu kebelakang, perut ke dalam. mengenali kemampuan diri, cara paling mudah dengan bersenam.

To detox pastikan minum air yang banyak. detox bersenam lebih segar kerana peluh keluar melalui liang roma. slow workout tidak memaksa jatuh bekerja tetapi pernafasan yang perlahan dengan seiring dengan pergerakan dapat memanaskan badan.  paling best ada lil instructor to align me :)
breathe, move and feel at your best.
detox, purify, cleanse 


October 24, 2014

Nama baby / Name

Faiq suka sangat ada kawan bernama sama dengan namanya iaitu Aish tapi ejaan untuk nama Faiq, Aaish. Bila ingat balik masa mencari nama Faiq ni, dalam fikiran nakkan mula dengan alphabet A dan F sebab en hubby A dan nama saya F, Faiq tu saya suka dah lama sebab ada Q tu hehe..maksud semua tak tahu, bila nak letak tu baru cari, tapi bila bagitau Dato Sheikh Abdul Majid, Tokoh Maal Hijrah, dia cepat je cakap yang terungul, orang atasan..sama dengan uncle saya yang belajar di Mesir, excellent maksudnya. InshaAllah Faiq seorang yang terbaik dunia akhirat seperti namanya.

Yang Aaish tu memang tak terlintas pun nama tu, dengar pun tak pernah sebut pun tak tau, tapi nama tu memang Tuhan yang suruh letak kut, atau Faiq pilih nama dia sendiri. Dah Aaish kan, very rare, lepas beranak kat Faiq baru tau anak Imam Muda Asyraf pun nama Aisy, ejaan tu kalau dalam jawi sama ja sebutannya.. tu la nama ni di takdirkan hanya dalam inpirasi atau terbuka buku atau terfikir kerana Tuhan yang tentukan.. jadi la nama Faiq - "Aaish Faiq". bermaksud kesenangan hidup, yang hidup, yang kaya. Masa cakap dengan anak saudara lepasan Tahfiz pun memberi tahu makna yang sama. Itu la nak cakap plan nak letak nama lain jadinya lain, buka buku buka internet terkeluar itu ja juga, cakap dengan saudara pun nak sebut pun tak reti, tetap nama ini milik shayang mama juga. Tiba di sekolah ada kawan nama sama. Shukur, rasa nama Aaish Faiq yang terbaik, ada yang cakap middle east name sounded international, ada yang cakap fortunate sebab ada kedai emas di Bangsar Village, Faiq Jewellery :).

Tapi plan kami untuk Faiq ni, nak juga dia jadi Tahfiz Professional,masih mendoakan jalannya. Sepupu-sepupunya yang Doctor, Engineer bertahfiz, saya dan en hubby memandang tinggi pada abang saya dan kakak ipar saya yang mendidik anak-anak hingga ke tahap dunia akhirat, en hubby kata dah Tuhan hantar abang kakak ipar yang beranak ramai bila tanya 9A sebab bahasa Arab, 11A sebab ada Arab atau subject arab2 ni, bila tanya nape tak masuk U lagi sebab buat tahfiz dulu, bila maduk U, umur lari skit dari peers, biasiswa tunggu juga, ni semua untuk kita lihat, takkan nak buat tak tahu lagi. Kalau dalam Amway ikut upline, hal hidup ni ikut abang saya kut maksudnya :) InshaAllah Faiq ke sekolah English Islamic Pre School tahun depan. Amin, jauh sikit, abang saya pun hantar anak ke sekolah jauh juga.

October 23, 2014

Mariah Carey Ticket

Saya dah pergi konsert Mariah Carey bertempat kelas pertama tetapi konsert Mariah yang pertama di Malaysia bukan yang baru :) Tiket dibelanja untuk saya dan adik, terima kasih kerana memahami kami dua beradik meminati Mariah. "I can make it through the rain" :)

Cerita sebalik tiket Mariah yang saya dapat itu, saya letak ja merata tapi harga tiket tu harga RM500 kut sebab kerusi kat depan sekali. Bila hilang tiket saya gelabah bagai nak rak, saya buat laporan polis. Polis datang, punya la ramai, rasa gerun pula. Seorang dari mereka, intetview saya, tanya suspect, seorang lagi bergerak pantas dengan berus check tapak tangan ke cap jari di semua almari meja, pintu.

Seorang lagi pula minta copy rupa tiket tu, bila diberi tak sanggup lihat sebab pakaian Mariah tu kurang kain, malu juga saya masa tu.

Seorang lagi pula akan ke konsert itu untuk tengok siapa yang akan duduk dikerusi saya distadium nanti. Saya cakap saya nak tiket itu dicari sampai jumpa sebab saya nak ke konsert. Polis kata kena ada suspek kukuh baru boleh siasat. Tak berani la sebut, diantara kami adi beradik, ada la orang asing juga. Jadi saya redha bukan rezeki, kalau fikiran saya masa sekarang lain la saya akan fikir Tuhan melindungi saya dari terjebak ke alam larangankan. ok berbalik, sedih tiket hilang saya ingat nak beli lain duit sendiri, dalam nak beli tu adik pun cakap tiket pasti abis. Saya buka buku terjumpa tiket, punya terkejut, berkelarian ke pejabat polis, buat laporan dah jumpa, ada polis mengeluh sambil berjenaka tak dapat pergi konsert percuma.

October 22, 2014

True Colors / Warna sebenar

Sejak dua menjak ni saya memang sibuk, kadang perlukan bantuan dari pihak mana-mana untuk menjaga anak-anak di setengah-tengah lokasi. Walaupun begitu, hati ini berbelah-bahagi untuk melepaskan anak-anak kepada mereka yang kenal betul dan yang tak berapa kenal ni. Jadinya Tuhan menyebelahi saya la rasanya sebab bila saya tanya yang ramai-ramai ni hanya untuk mendapat info masa terdesak, boleh ke tak mereka ni menolong...Terserlah sangat mereka tak mahu, ada yang mengaku jaga cucu sendiri pun tak nak (kesiannya kat cucu tu)...siap sambung lagi semua dekat umah dia pun tak mau, bila saya cakap ramai tak perlu duit dah la ni kita dah maju kan, terdiam seketika, lagipun bukan saya tanya dia pun cuma buka cerita kalau-kalau ada yang dia kenal mahu dan sudi.

Yang lagi satu pulak, cakap mereka ni RM100 sejam tak layan beb, saya bersyukur saya ada dan boleh beri.  Kesimpulan yang terlintas di fikiran saya mungkin orang sini sudah mewah. Walaupun yang ambil ratus untuk 2 jam tetapi ternampak susu cair sangat macam air bila tanya, jawapan diberi sukatan salah dan mengaku dia sendiri tak jaga, anaknya yang baru 7 tahun keatas yang buat susu dan jaga itu memberi isyarat kepada saya supaya saya tak boleh hantar lagi nanti kan. Berterus-terang begitu pun bagus juga kan.. bertambahlah orang asing di Malaysia nanti kerana terpaksa. Saya ni kalau rasa teraniaya atau menjadi pilihan untuk berseronok sahaja sebab di atas ni ada yang saya kenal dari saya baby lagi (bukan ahli keluarga) dan juga baru kenal, saya akan doa yang terbaik dan percaya Allah makbulkan. bestkan :)
sedang mencari rama-rama/looking for butterfly

Surah Al_Nasr (The Help)
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Since now and then, I have been quite busy, sometimes help needed from some parties of some locations. Even then, my heart is heavy with divided feeling to let my kids to be cared under known parties or unknown. So God had to be on my side as I believe the answers were most nos from them. I asked just in case for my desperate situation that I might need. Obviously that they were not willing to, some had admitted that even their grand children they do not want to, even around their housing area. Actually I didn't ask them, I was just broke the ice and bring up the topic, if I am lucky, I would have chance to have help. then I just mention that now people here are successful and money are not in need, suddenly quiet moment for awhile after i said that.

Another time, I got the response that said they dont bother RM100 babe. It matters to me and grateful that I have and I can give. To conclude here that crossed in my thoughts perhaps people are successful and achieved financial freedom. Even though I had once who willing with RM hundrehs but confessed that she didn't take care but let her daughter did, and brought back with me diluted milk like water, when asked wrong measurement as the daughter did. In a way giving me hints to not want me to send kids again. Though I gave hundreds for few hours. In fact, telling upfront is always good, moreover its a sign that foreigners will be more here under desperation. For me when feeling betrayed or persecuted or im an option to have fun, I will pray and believe that Allah will grant me.I am the lucky one right: :)

The Help
  When comes the Help of Allah, and Victory,
And thou dost see the people enter Allah's Religion in crowds, Celebrate the praises of thy Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft-Returning (in Grace and Mercy).

October 9, 2014

pray, learn, ply

Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
 


in english
It is He Who doth show you the lightning, by way both of fear and of hope: It is He Who doth raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain!


another bright and moist day :)
from one n only source n force


October 8, 2014

cupcake ala bahulu

guna blender je, bahan ikut cara bahulu, telur gula dulu, bahan cecair minyak kemudian baru tepung digaul manual dan perlu susu mencairkan semasa blend, adunan kena liquid(cair)!. bahannya lebih kurang ye 1 biji telur, 1/2 cawan gula, 1/2 cawan minyak atau butter dicairkan, tepung  naik sendiri atau guna serbuk penaik, lebih kurang 11/2 cawan tepung, susu untuk mengagak adunan menjad cair senang di tuang dalam kek cawan dalam 6-8 cawan.


terlalu tinggi, sepatutnya letak 1/3 cup baru naik ngam atau rendah skit

tak sempat nak ambil pic bahulu pakai baju (frosting)  sebab dah ada boboboi santai atas kabinet pula..

blend ingredients make only liquid for small amount cakes as this in blender that can pour in cups

October 7, 2014

Home /Kediaman


 my home by prayers not by choice

 tempat tinggal bukan kerana pilihan tetapi kerana doa, saya melawat kawan di San Francisco, saya terfikir bestnya bandar berangin bayu. Bila di Hong Kong pun terfikir yang sama, masih teringat pertama kali menjejak kaki di Sydney, terjatuh cinta juga dengan bandar di tepi berteluk-teluk itu, kerana udara dari laut sangat segar. Berhati-hati dengan fikiran ia satu doa. terjadinya ia adalah terbaik untuk diri :) Nak bagi lebiih baik, kayuh basikal di sekeliling bandar dalam gambar di atas sebagai kesyukuran.. Pernahkah anda terfikir main-main ja tapi menjadi kenyataan?

have u crossed your mind and phooff it is yours?  :) 

October 5, 2014

tegas memberi perhatian / firm in giving attention

english version below

Faiq ni memang ringan mulut untuk kata sorry dari dulu lagi tapi bagi saya biarlah bermakna.


Jadi saya tanya kenapa minta maaf bila air tumpah, rasa marah sebab Faiq main sangat. Faiq jawab invisible fish hidup dalam airnya sebab tu air tertumpah (ni dalam movie Frakenweenie).

1. sorry bila betul2 tak sengaja

2. berhati-hati mengelakkan buat kesalahan.

bila ajar banyak2 dengan Faiq ni dia cakap i am glad you are here mama, are you happy?

Bila saya cerita dengan kawan saya dia kata saya kurang bagi perhatian, saya ingat untuk anak yang sensitif tapi untuk anak yang aktif. Jadi dari situ saya mula beri perhatian kepada Faiq dengan pandang wajahnya, lihat mata ke mata, tanya dia, cerita tentang dia.


Baru ja mula tapi dah nampak kesan, dia jadi geng dengan saya, contoh jawapannya lain dari dulu, macam semut tu Faiq cakap perosak(pest) bila berada di dalan rumah boleh hapus tapi di luar rumah biar hidup. memang ini papa dia yang ajar. bila makanan jatuh kurang untuk dia makan, jadi dia rasa rugi dan tempat dia jadi kotor.

Saya ni pula tak reti duduk sembang dengan budak tapi kena paksa diri ibu-ibu di luar sana. Jadi saya bercakap dan terangkan bila dia minta yogurt, saya cakap yogurt bagus ada kalsium kuatkan gigi dan tulang ada blue berry (memang  Faiq suka) blue berry ada vitamin c bole increase your immune system, Faiq tanya apa immune system, saya pun main jawab ja protect you from bad germ (pelindung dari virus lebih ketahanan diri) pandai pula dia dengar dan cakap i dont want bad germ" and you are pretty good mama.

kena la jadi macam mak-mak,  bila ajak tido saya sambung la.. tido awal, esok bangun awal segar kuat, senang belajar...baru suka dia macam supehero baru la nak tido, kalau dulu Faiq cakap tak letih lagi. Style mak-mak tu memang classic dan effektif, baru saya ingat dalam surat khabar, lama dulu sepupu saya dapat keputusan cemerlang dan di interview oleh pihak media, headlinenya ialah "leteran ibu membawa kejayaan" memang ibunya iaitu aunty saya bila hidang buah pun cakap bagus untuk kulit segala dia cerita...kalau saya bermalam di rumah mereka, saya dijamu milo sebelum tido, dan diingat ke bilik air dulu supaya tido lena sampai pagi. sangat mak-mak kan :)

salam aidil adha, maaf zahir batin♡♥



english version - summarised

worries me i cant control feeling with my son, Faiq. very active and overly want to play.i figure i have to focus on him and give attention like talk to him make him say meaningful sorry. just be motherly it works fine. tell him whats good for him whats not, simple stuff just i never do for instant, Fadya wanted to play with umbrella just now, ii told her it is for rainy day, when it rains we'd use it, then she put it back..last time i used to say dont play, its not a toy. thats too stern. mother's way is the greatest way.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin