Pages

April 3, 2015

Sejarah berulang / moment repeats

english version below
Sejarah Faiq ja, diulangi oleh Fadya, sama style pula budak-budak ni, nak ke sekolah, bila nak keluar, terus kata "nak jumpa papa pulak". saya ni pula jenis cakap positif, ok kita jumpa papa tengahari, sekarang ke sekolah dulu...naik kereta sampai simpang Fadya tau simpang ke ofis papa terus cakap "nak jumpa papa" tunjuk simpang belok kiri, ok later, saya cakap sekarang jumpa teacher dulu...bila sampai kena la pujuk, dah tengok luar tingkap pula terkenang papa ke...


Parenting sangat la saya dengan sabarnya, doa lama teringat balik, Ya Latiff semua keluar dari mulut ni sambil tukar uniform pula, ikat rambut semua.  Bila jumpa teacher, teacher cakap good la datang awal, kena macam ni tiap-tiap hari siap teacher pesan lagi. Bila saya keluar perkataan apa yang rasa melambatkan ja, teacher cakap saya kena angkat ja Fadya tu. Saya ni suka pujuk dulu, bila nangis nanti Fadya yang rasa biasa nangis depan orang kan..jadi saya control itu dulu, lagipun Fadya berumur 3 tahun.


english version
I maintain conversation to keep on Fadya going to school, lead her to get what she wants later but let her know the main purpose of waking up in the morning is going to school. Reach at school she acted like this, slowly i persuade this 3 years old to school. She was ok when seeing her teacher. 

April 1, 2015

senam di meja kerja / work out at work place



http://img2.timeinc.net/health/img/mag/2015/03/yoga-desk-scale-up-122x122.jpg
Saya baru selesai bersenam mengikut senaman dalam youtube. Rasa best sangat. Saya google senam yang boleh lakukan di meja kerja dari health.com . yang penting dengan seluruh tapak tangan bukan dengan penggelangan tangan atau jari jemari untuk mengangkat seluruh berat badan ni. dan stomach muscle /otot perut tu kena bekerja jugak :))

Ok selamat mencuba.

thanks to
http://www.health.com/health/gallery/thumbnails/0,,20899500,00.html

 *dan mula ada seminar, jom join :)

March 31, 2015

3 bulan menjelir lidah / majalah pama


Pic faiq ni tak sengaja kut tunjuk lidah, posisi yang sama kami duk ambik pic jadi terpaksa la dia buat sesuatu kat muka dia. pic di bawah tu dari iG pama. memang sirius baby 2 bulan tunjuk lidah tu.

rindu this moment kan..sekarang kena larang ler  :)



March 26, 2015

Schemas kanak-kanak mengenal sesuatu

Sorry masih duk baca child development.


piaget's theory mengatakan makanisme penyesuaian mengisi ruang permikiran -  dimana kanak-kanak mengubah suai skema yang sedia ada iaitu kali pertama melihat objek.
sebagai contoh : kanak-kanak 2 tahun diberi tahu haiwan berkaki empat lembu memakan rumput dan juga diberitahu haiwan itu mengeluarkan susu. mulanya akan keliru dengan anjing tidak mengeluarkan susu. kanak-kanak dua tahun itu akan mengubah suai dengan makanisme penyesuaian dengan tambahan diberi seperti bunyi-bunyian, moo untuk lembu dan woof.

Macam Fadya memang masa nak masuk 2 tahun tu asyik tunjuk anjing bukan sebut anjing, asyik woof, woof, saya cakap itu anjing, dia tak sebut dog, setiap kali jumpa anjing duk woof, woof, saya pun tukar la percakapan, anjing di tepi jalan, berapa ekor, dua ekor. dari situ baru la look mama, two dogs are running, kalau nampak anjing menjilat, Fadya pun akan menjilat pipi mama ni...hai lagi advance. Tapi memang saya neglect dari tunjuk menunjuk dekat Fadya ni sebab dah pernah tunjuk kat Faiq kut. Tapi Fadya yang tunjuk kat saya. Jadi Teori Piaget ni kira applicable juga, ikut skema, lihat pertama kali, bentuk, pergerakkan, bunyian.



macam Faiq akan mengubah suai posisi senam yang lebih senang :))





Accommodation
The other process is accommodation, which is when a person modifies
existing schemas to create new schemas. For example, the same 2-year-old
child is now taught that the animal with a tail and four legs that she saw
on the field eating grass is a cow. She is also told that a cow gives milk,
which a dog doesn’t. She is initially slightly confused but makes adjustment
to her existing schema of a dog with this additional information. This
modification is an example of accommodation.

March 23, 2015

cara balas salam lebih afdal / right greetings


Duk baca Al-Quran terjumpa ayat di bawah dari surah an nisa :86 dan teringat kakak saya
pun pesan balas salam biar lebih dari kita terima waalaikumusalam warahmatullaahiwabarakatuh


When a (courteous) greeting is offered you, meet it with a greeting still more courteous, or (at least) of equal courtesy. Allah takes careful account of all things.

Malay

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.


March 22, 2015

Faiq's 3rd birthday

english version below

Dua tahun lepas, kami adakan makan-makan untuk harijadi Faiq. Kami tiada niat pun tetapi ibu mertua saya ingin menyambutnya secara kecil-kecilan sambil mengajar Faiq memotong kek itu sendiri. Kami bersetuju kerana kek birthday tu bolehla sekali arung untuk minum petang, lagipun MIL saya suka minum petang, jika di rumahnya kami biasa akan di jamu minuman petang. Jadi,  saya sediakan minuman dalam teko yang cantik,  hubby menyalakan lilin, ibu mertau mengajar Faiq kemahiran hidup iatu memotong kek :) Doa dan lagu kami mulakan. Saya terkenang masa ini kerana keberatannya saya adakan kek-kek ni dah untuk anak-anak tahun ini. Birthday Fadya baru lepas, jamu aiskrim ja kat dia, baju baru ada, hadiah ada. Alhamdulillah.


It has been 2 years ago, we did a small birthday party for Faiq. We didn't want to do but my Mil had insisted to buy a cake for the cut the cake ceremony. We agreed to do it at tea time as my mil is a fan of tea break. So I fix tea in a nice tea pot. My hubby had lighted up the candle and my mil had taught Faiq to use the knife to cut his birthday cake. We sang we cite doas as well. Love the small gathering and wonder when can we have this again.


March 19, 2015

pokok bunga dan pasar malam / gst



baru kumpul empat pokok bunga, dua bunga batang kuat tu, satu bunga kertas dan satu bunga dalam pic tu. semalam pegi pasar malam tak da pula orang jual pokok. tapi ramai berniaga, kalau saya belum isi peti ais lagi, saya beli ikan kat situ, kerana kagum kerajinan mereka, nampak fresh pulak tu. saya beli buah, memang mahal skit sebab peniaga pun nak shopping kat tempat gst juga, kalau bukan mereka sendiri, anak'anak mereka so better derang letak harga buffer. saya beli lebih skit bagi dekat adik duduk meminta sedekah.
saya memang bole bersedekah bulan ni sebab yuran sekolah anak, saya yang bayar :))  Alhamdulillah dapat juga contribute.

March 18, 2015

first time guna chopstick

me n my sweet junior


Pertama kali saya guna chopstick ni masa di sekolah Assunta, PJ, tak reti guna, dahla kawan-kawan duk ber i and u dengan saya, nak minta sudu garpu pun segan.  Tapi seorang kawan ni duk tolong ajar la juga, beliau duk subang jaya, sambil ajar dia cakap dengan saya yang kami makan bawah pokok atas rumput lebih senang pegang mangkuk dengan chopstick.. Suka sekolah Assunta ni ramai retis hehe.. ramai la muka dalam iklan tu terutama dalam majalah remaja.


March 17, 2015

senam kaki dan lengan / stretches pose

#downward #legforward #breathe #sweatandfresh


Fadya mula bersenam sejurus tikar senam terbentang. sebenarnya ingin duduk menikmati pokok-pokok bunga yang baru tanam hehe dan sambil teman hubby sedang buat rak dan mengecat sekali rak dalam pic bawah... tapi fadya spontaneous je terjun terjunam bersenam :) saya baru ja selesai bersenam ni dengan tonton youtube memang detox and light ja rasa. sebab serius dan focus, semasa pose berhenti sambil tumpu pada pernafasan bole berpeluh sangat.


bangga dengan hubby bole berjaya buat platform rak ni.
proud of hubby self made rack platform by solid wood.


March 15, 2015

habit membeli terkawal / fall for a watch

Dalam flight magazine ada jual jam, berkenan sangat
tapi saya beritahu kakak dan adik saya suruh tolong belikan :)
segankan bila tengok sesuatu, nak! bayangkan anak-anak buat perangai macam ni mesti saya tak suka. Jadi diam-diam ja la. Biasa tak beli depan anak-anak pun.

Desire to buy something similar that already have is hid for a sake of kids, hope it will come naturally for practical stuffs only.

March 12, 2015

mengenal kanak-kanak dengan reaksi mereka/get to know a child by his reaction/

 a bit of english below.
 
Saya ingin tahu tentang perkembangan Faiq di sekolah sebenarnya, saya nak tanya teacher dah rasa segan memandangkan Faiq dah nak masuk 5 tahun, saya biasa menganggap Faiq seorang yang dewasa. Dalam tahun ini cuma minggu pertama sahaja saya bertanya kepada teacher Faiq kerana terlalu teruja, sejak saya tahu Faiq sudah besar, saya bertanya sendiri dengan empunya diri ja...dengan bantuan buku yang saya sedang baca, saya sendiri cari idea, untuk dapat reaksi yang saya mahukan.. sebagai contoh saya baca surah ikhlas depan Faiq dan tengok reaksinya. Alhamdulillah Faiq sambung dan baca sama...kalau suruh macam kena soal siasat ni Faiq terasa dia di interogate macam kita ni polis hehe.. Bila pasang tv oasis pun ada doa dhuha...Faiq tahu...ini kebetulan tetapi saya terharu sangat rasa bersyukur sangat bila dia ikut baca doa dhuha di tv tu. memang syukur.  Faiq lipat baju sebelum letak dalam bag pun saya terpegun. Cara bersantai ja dengan Faiq ni. nanti ada parent teacher meeting bole dapat info lagi, inshaAllah :)

 
Perkembang kanak-kanak - satu study telah di lakukan ke atas kanak-kanak berumur 2 tahun, dengan memberi patung yang sengaja di putuskan tangannya, apabila kanak-kanak yang diuji itu angkat saja patung itu, tangan patung itu terjatuh, jadi penyelidik memerhati reaksi mereka sedih dengan mengatakan "Ow" Ohh, expressi menunjuk mereka berperasaan concern, risau atau peduli dengan belas kasihan dan ada daripada mereka ingin patung itu diperbaiki. - technique (Farver & Bransttter, 1994)




Fadya bangun melindungi abangnya, tak bagi saya marah kat Faiq, siap protect sambil cakap no, no, no macam dalam pic ni. saya marah Faiq sebab biar mata terbuka bila syampu rambut, jadi mata merah. reaksi Fadya menunjukkan ambil berat atau tak suka bising-bising kerana sedang tonton tv. sebab dari mereka baby, saya la suka berexcuse me dengan mereka sebab nak ajar hormat ni, tarik botol dari mulut pun berexcuse me, mama ambil botol k, sebab susu dah abis.. mmm  tengok  kali ni,  mama tak bole tahan bila tengok mata Faiq merah ...laju ja popet popet popet ...duk putih elok mata tu..jadi merah pulak.





In one study, 2 years olds' emotional reactions to harm that they thought they had caused were observed by asking them to take care of a rag doll that had been modified so its leg would fall off when the child picked it up. To make the child feel at fault, once the leg detached, an  adult, "talking for" the doll, said, "OW!"

Researchers recorded children's facial expressons of sadness and concern for the injured doll, efforts to help the doll, and body tension - responses that indicated remorse and a desire to make amends. - Child development book.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin