Pages

Showing posts with label makanan bina otot. Show all posts
Showing posts with label makanan bina otot. Show all posts

May 17, 2026

Breakfast to build muscles Sarapan untuk bina otot

 Sejak berusaha mengelakkan diri untuk tidak konsum karb mudah macam roti, terjadila sajian berwarna warni.ada oren ada putih ada hijau.



Suka rasa tubuh selepas mengamal permakanan begini.lebih ringan lebih bertenaga. Cuma kekurangannya adalah tiada idea Dan mengambil masa dalam penyediaannya.


Lepas hantar adik, balik tu memikirkan apalah yang ada di rumah,  macam nak beli roti canai yang kuah dhalnya pekat tu, adalah protin di situ. Taoi rancang nsk buat sendiri Dan  lagipun roti canai ni untuk betul² dah nak relaks😀


Yang mudah tu buat air lah,  cuma tak lah berbagai, ulang itu ini ja Koko panas, teh hijau, susu panas, haa boleh letak teh. Nanti la nak buat teh  tarikkan. Itulah bila menulis ni ada idea masuk.nak menulis journal tak tertulis tetap, tapi tulis juga hanya tak kerap.


Ok Sampai di dapur ambil mangkuk, masukkan brokoli, carrot, pasta sikit, letak ayam Bolognese sebab memang buat lebih protin Dan tabur keju Wala, ada sarapan yang dibincang yang difikir, yang diniatkan Alhamdulillah.


Siapkan teh hijau.duduk Dan jamah, santai² tak lama tu,keluar ambil adik pula. Itu je santai hari sabtu. Didoakan sema di murahkan rezeki selalu❤️





May 13, 2026

Food for muscles | Tiramisu Version

Makanan untuk otot (versi Tiramisu) | Food for muscles


Bulan mei bulan harijadi en suami, saya memikirkan kek apa yang sesuai untuk membina otot.

Fikir punya fikir tercetus dengan yang satu ni ala tiramisu. 


Tertengok juga dalam lemon8 buat kek tinggi protin bakar dalam microwave seminit, boleh cuba pada masa hadapan.

Di pagi hari mesti singgah ambil suasana luar. 



Suka juga ambil sudut dalam rumah tapi macam tak sabar nak buat kek berkrim ni.



Sikit je bahanya.



Masuk rumah, oops sebelum tu bersihkan kereta dulu, tah la ada pulak tisu terselit sana sini. Ok lega bila dah buang.

Sebelum keluar, kucing jiran datang dah bagi makan.




Syukur ada pisang, kalau tidah nak rebus apple sampai empuk.



Potong nipis pisang sebiji. Ada bijirin strawberri adik punya, dia tak makan lagi oat ke muesli tu. Saya tuang bijirin dalam mangkuk bersaiz sedang

Atur pisang atasnya, tuang susu paras pisang.


Cedok yogurt 3 sudu besar, sapu rata atas pisang, tabur serbuk koko. Kebetulan ada coklat beryls tu, letak sebiji ala bakeri, cantik. 


Apa lagi takkan tengok je kan. Terus duduk makan:) sedap. Manis pisang, lemak susu yogurt, bijirin lembut macam kek. Jom try :)




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin