Pages

Showing posts with label food to build muscles. Show all posts
Showing posts with label food to build muscles. Show all posts

May 13, 2026

Food for muscles | Tiramisu Version

Makanan untuk otot (versi Tiramisu) | Food for muscles


Bulan mei bulan harijadi en suami, saya memikirkan kek apa yang sesuai untuk membina otot.

Fikir punya fikir tercetus dengan yang satu ni ala tiramisu. 


Tertengok juga dalam lemon8 buat kek tinggi protin bakar dalam microwave seminit, boleh cuba pada masa hadapan.

Di pagi hari mesti singgah ambil suasana luar. 



Suka juga ambil sudut dalam rumah tapi macam tak sabar nak buat kek berkrim ni.



Sikit je bahanya.



Masuk rumah, oops sebelum tu bersihkan kereta dulu, tah la ada pulak tisu terselit sana sini. Ok lega bila dah buang.

Sebelum keluar, kucing jiran datang dah bagi makan.




Syukur ada pisang, kalau tidah nak rebus apple sampai empuk.



Potong nipis pisang sebiji. Ada bijirin strawberri adik punya, dia tak makan lagi oat ke muesli tu. Saya tuang bijirin dalam mangkuk bersaiz sedang

Atur pisang atasnya, tuang susu paras pisang.


Cedok yogurt 3 sudu besar, sapu rata atas pisang, tabur serbuk koko. Kebetulan ada coklat beryls tu, letak sebiji ala bakeri, cantik. 


Apa lagi takkan tengok je kan. Terus duduk makan:) sedap. Manis pisang, lemak susu yogurt, bijirin lembut macam kek. Jom try :)




May 12, 2026

Snek bina otot | Protein Snack to build muscles

Pagi yang indah, berhenti snap gambar sinar mentari pagi, menapak di laluan rumput.





Lihat longgokkan daun kering di penjuru kampung. Teragak-agak nak bungkus dalam plastik hitam buang di hari lori sampah organik datang.



Ok teringat nak buat snek berprotin simple, bahan dah ada, cuma nak tambah naik rasa.

Masuk rumah lalu tepi ruang tamu, pusing balik, buka pintu, keluar hala ke pokok daun kari. Petik 3 tangkai.



Lihat suasana, teringin nak sapu daun kering, tapi perlu bersarapan dulu. Nanti² la hal luar..

Langkah masuk, buka bidai depan. Terus ke dapur, letak dedaun kari atas meja. 


Capai sebungkus kekacang. Tuang dalam pinggan, basuh. 

Pasang periuk tekanan tinggi, masukkan kekacang kuda, masuk daun kari yang telah di basuh. 

Tadah air, masuk air ke dalam periuk biar air tinggi dari kacang. Tekan 30 minit. 


Semasa menunggu kacang masak, kebetulan saya ada kelas mengaji, naik atas mula mengaji dalam google meet. 


Seusai kelas berakhir, terus ke dapur, buka tudung periuk, sudu sedikit kacang, masuk ke mulut beberapa biji, masih keras sedikit, ya la patut rendam dulu kan sebelum rebus. Masuk kacang balik ke periuk. Tekan 20 minit. 




Sementara tu siapkan sarapan, perut dah berkeroncong. Ada sup ayam sayur brussel sprout.  Blend sup dalam blender untuk jadi sup berkrim. Hirup dengan sekeping roti. Syukur sarapan sederhana penuh makna, ada rempah, ada herba dan yang penting ada protin. 






Selesai mengenyang Alhamdulillah. 






kauk semua kacang yang masak lembut pindah dalam bekas kaca untuk di simpan. 





Tak sabar nak kunyah lepas petang² nanti. 
Perjalanan berprotin diteruskan in syaa Allah.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin