Pages

February 2, 2022

Roti canai (Flat bread) etc for breakfast | Sarapan Roti Canai etc

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English Version and a minute video below :)

Roti canai of  last night reheated. |

Roti canai semalam dipanaskan




Add on tortilla | Tambah wraps tortilla 


Since it's the end of the month, I had made a point not to do any grocery until the new month. So, I prepared some items based for breakfast that can kept in the fridge for a few days. 


So, that's why abang also asked for milk as we had yet ready to stock up til' the month of Feb. All must adjust the quantity (rationing) for budgeting purpose. 


Though the food were kind of same but we made it different and had it outside on 29.1.2022. Life goes on. 


Happy Wednesday ❤️


Bila melalui hujung bulan, rencana asal tak nak beli barang dapur hingga tiba bulan baru. Jadi saya sediakan barang asas untuk sarapan yang boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari. 

 

Jadi terdengarlah juga si abang bertanya tentang susu dan kami tak akan tambah stock hingga bulan Februari. Semua terpaksalah ubah kuantiti (catuan) dan ber"budget". 


Walaupun makan seakan sama, saja buat tempat menikmati berlainan bila di pada sabtu lepas. luar. Hidup mesti diteruskan. 


Salam Rabu ❤️



January 29, 2022

Waffles with whipped cream and Overnght oats with choc chip cookies and macaron

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)


At dawn of previous day, prepared overnight oats | Senja sebelumnya buat oats semalaman

Waffles were made 10 pieces a   few days before |  beberapa hari lepas buat waffle 10 biji


Initially planned to reheat the overnight oats for supper, as I doubted that my tummy would tolerate chilled meal in the cold early morning. 


Since I woke up a bit late and wanted to take photos of the quiet morning, so just took risk by eating it cold. And I also added waffle to release the feel of desserts eating later on..lol. 


It was a good choice of having oats and waffles as I ended up feeling full and energized through out the fasting day. 


By the way, for the overnight oats, I never realised that we were short of dried fruits, so I added choc chips cookies and macaron as topping instead, it was tasty amazingly. 


Happy Friday ❤️


Rancangnya nak panaskan oats untuk sahur, rasa was was pula samada perut ni boleh terima ke tidak makanan yang sejuk gedi sebelum waktu subuh.


Dahla bangun lewat sikit, nak juga ambil foto waktu sahur yang sunyi dan nyaman, terpaksa la bertawakkal makan oats tu sejuk-sejuk. Sekali harung  tambah waffle, melepas selera pencuci mulut kut-kut terasa lol. 


Alhamdulillah pilihan terbaik menjamah oats dan waffle, kerana terasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari berpuasa. 


Nak jadi cerita, oat semalaman tu, tak sangka stok buah kering elek (tamil - habis), saya campur cookies chip coklat dengan macaron sebagai toppingnya, memang sedap. 


Salam Jumaat ❤️



January 26, 2022

Mustard Greens & Mushroom Mix Vege | Sawi Bunga & Sayur Campur Cendawan

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and a minute video below :) 

Came back from Teh Tarik Place as in album on 12th Nov 21,  as for dinner, I cooked mushroom mix with baby spinach. 

¦ Balik dari Teh Tarik Place tu pada 12hb Nov 21, masak cendawan dan baby spinach pada malam tu. 

On 15 Nov 21, I had fried Sawi Bunga (Green Mustard) for dinner. |  Pada malam 15 Nov 21 pula makan sawi bunga goreng. 


Feel like starting all over again for night green meals when I saw the previous photos of fibre rich servings. 


It looked like I've made it halfway eating low carb when nights fall. It was declining towards December as the mood was for holiday feasts.


When I heard or saw any friends or relatives went on for holiday overseas, I tended to treat myself with travelling food. 


This year I started having supper to fast for the day, skipping lunch, have dinner to break fast. But then, I can't eat vege for that particular day, so I am back with rice but quarter of carbo, quarter of vege and half of protein. 


Back to the vege above, it was delicious and flavorful because I cooked it with fish sauce. It tasted like broth or fish stock. Anyway, there is food tech (fish stock) in there that made it yummy :) 


Happy Wednesday 💖


Rasa nak mula balik semula untuk jamahan hijau bila jatuh malam hari, sejak nampak gambar makanan kaya fiber je. 


Nampak gaya, dah berjaya separuh jalan untuk makan rendah karbo. SubhanAllah. Mula menurun sejak bulan Disember bila mood makan makanan percutian. 


Tambahan lihat sedara mara, kawan, pergi bercuti di luar negara, terjebak pula melayan diri dengan makanan percutian pula. 


Tahun ini saya dah mula makan sahur sebelum subuh, berpuasa sunat/bayar seharian, berbuka di waktu senja. Tapi itula, berbuka mestilah makan nasi, cuba juga ala diet suku suku separuh, di mana separuh tu ayam atau ikan.


Berbalik ke sayur di atas, teramat sedap sebab saya letak sos ikan. Rasa sos tu macam rebusan sup atau serbuk perasa. Ada la tu dalamnya bahan teknologi makanan ala kimia yang menyedapkan :) 


Salam Rabu 💖



January 24, 2022

Baked beans and Fried potatoes | kacang panggang dari Ayam Brand dan ubi goreng

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute below :) 

Thought of doing laundry Saturday morning and having baked beans. 

| Nak membasuh pagi sabtu dan rasa nak makan kacang panggang

Looked for sausage but found Chicken patty. | 

Mencari sosej tapi nampak burger daging ayam


Tried to figure out, how my routine would be if I make some changes a bit?


Should I buy things to fix like a dryer? As I've been doing at people's house i.e. drying clothes for my parents, it was so easy to wash and dry. While it took time even with the issues of global warming in this tropical sunny country, it did settle in a short time; Yet, you still need to wait. 


Let our mentality leads to use on what we have first, and not to involve with additional cost second. God blessed..I still settled freely with the abundant free solar :) 


OK, I had chicken patty and baked beans, potatoes with salad for that lazy (or productive?) Saturday morning hehe.. (only two tasks for the 1/4 morning time) 


Happy Monday 💗


Tengah kira-kira bagaimanalah akibatnya  jika saya buat perubahan sedikit dalam hidup ini. 


Patutkan saya beli barang tertentu macam mesin pengering? Sebabnya, terbawa rasa senang ja nak membasuh dan mengeringkan pakaian emakbapa  di rumah orang. Ambil masa dan mesin tu memanaskan suasana di dalam negara yang sudah sedia panas tapi selesai sekejap ja, walaupun mestilah menunggu.  


Biarlah pemikiran ini mengarah kepada menggunakan dulu dengan apa yang ada, dan tidak membabitkan lebih wang ringgit ni. SubhanAllah! Terselesai juga dan percuma ja, dengan kuasa yang melimpah ruah dari solar mentari :) 


OK, saya menjamah daging ayam burger Ramly dengan kacang panggang, ubi goreng bersama salad di hari santai (atau produktif?) sabtu pagi hehe.. (baru 2 tugasan kan untuk 1/4 pagi) 


Salam Isnin 💗


January 21, 2022

Prep foods - Overnights Oats / Marinated Chicken | Presediaan Awal Ayam Perap dan Oats Semalaman

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English and one minute video below :)

Been out and about, tried to make oats and  marinated chicken for one or two days servings. |

Selalu keluar ke sana sini, cuba buat oats dan ayam perap untuk satu dua hari hidangan

Manage to make 4 jars of oats and 2 containers of sliced chickens. | Dapatla buat 4 balang oats dan 2 bekas ayam yang di potong. 


When tight routine rushed in, I breathed slowly and keep calm. I priotized my needs of everyday needs. 

Love to start with a good breakfast, I preferred the green vege with protein. But I also tolerated anything else too, with as good as it gets. 


Preparation for oats 

1:1 which is 1 cup of rolled oats and 1 cup of milk, some dried fruits and I also add sliced bananas when serving. 

Another mix was same as above but I layered it with sliced bananas in the middle. 

As for the marinated chicken, I deboned the drumsticks in a box and chicken breasts in another one. Both of them seasoned with italian herb mix and honey. 

These prep food made my life easier for few days and pocket saving too, at least a few ringgits. 

Happy Friday ❤️


Bila rutin yang padat menjelma, saya bawa bertenang dan nafas perlahan-lahan. I utamakan keperluan setiap hari. 

Gemar memulakan hari dengan sarapan yang baik,  lebih suka sayuran hijau dan protin. Tapi juga bertoleransi dengan apa yang baik itu lah yang bagus.  


Persediaan untuk oats

1:1 di mana 1 cawan oats yang digelek (rolled) dan 1 cawan susu, sikit buah kering dan ditambah hirisan pisang bila nak makan tu.

Yang set jar kedua tu, sama macam di atas tapi di lapiskan dengan pisang diantara oats dan buah kering.

Untuk ayam pula, saya keluarkan tulang dulu untuk isi peha. Bahagian dada ayam pula dipotong dan diletak dalam bekas berlainan. Kedua duanya dilumur dengan rempah campuran Itali dengan madu. 

Proses 'prep food' ni dapatlah menyenangkan hidup saya untuk beberapa hari dan InsyaAllah juga menyelamatkan duit poket, beberapa ringgit, sekurang kurangnya. 

Salam Jumaat ❤️



January 18, 2022

Kentucky Fried Chicken | Ayam KFC

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Brought KFC to visit parents| | Berbekalkan KFC untuk menjenguk emak bapa



This time around I took along the whole entourage to visit. We planned to overnight for one or two nights


Upon arriving, we set up the 'pop up' tents again, we found it was pretty convenient to have our own 'caves' and not bothered to set up any bedsheet in any room. 


I encouraged kids to stay outdoors more than inside. First day arrived there, adik refused to swim in the pool. I swam with abang, she wanted to stay in and sneaked on the cats. Unfortunately, no one took any photo of me while floating in the pool. 


The second day, early in the morning adik was excited and warmed up to jump in the water. I took photos of them and filmed the kaffir lime (limau purut) that bore a lot of fruits. 


After tired of swimming, adik came out and had nasi bungkus. This year, we started eating back homecook meals. Early on, we were not sure where we're supposed to settle in; either the hustle bustle spot or scenic nature which was not so off grid. 


Love having KFC after a good time swimming in the pool. Any food would also tasted good after the recreational activities. 


Happy Tuesday ❤️


Untuk kali ini saya bawa seluruh angkatan untuk meluangkan masa mereka bersama mak tok dan tok wan. Rancangnya ialah untuk bermalam satu atau dua malam. 


Semasa sampai tu, kami terus naikkan khemah 'pop up', kami pun suka pula dan rasa mudah ada 'gua' kami sendiri. Tak payah nak pasang cadar di bilik. 


Saya galakkan anak-anak lebih berada di luar daripada duduk didalam rumah. Pada hari pertama, adik enggan masuk ke dalam kolam renang. Saya mandi terus dengan abang. Mungkin adik nak duduk didalam sebab nak memerhati kucing. Sedihnya tiada siapa ambil foto saya yang sedang terapung.


Pada hari kedua pula, awal pagi lagi adik dah teruja dan mesra alam untuk lompat dalam air. Saya ambil video mereka dan juga pokok limau purut yang banyak benar buahnya.


Selepas letih berenang adik naik keatas dan makan nasi bungkus. Tahun ni dah mula balik makan masakkan di rumah. Pada awalnya tak pasti lagi nak melabuh di dalam kesibukkan bandaraya atau di alam nyaman yang tak berapa hijau 'off-grid' sangat.


Suka makan KFC selepas berenang atau berendam. Rasanya semua makanan pun rasa sedap lepas beriadah kan. 


Salam Selasa❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin