Pages

January 18, 2022

Kentucky Fried Chicken | Ayam KFC

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Brought KFC to visit parents| | Berbekalkan KFC untuk menjenguk emak bapa



This time around I took along the whole entourage to visit. We planned to overnight for one or two nights


Upon arriving, we set up the 'pop up' tents again, we found it was pretty convenient to have our own 'caves' and not bothered to set up any bedsheet in any room. 


I encouraged kids to stay outdoors more than inside. First day arrived there, adik refused to swim in the pool. I swam with abang, she wanted to stay in and sneaked on the cats. Unfortunately, no one took any photo of me while floating in the pool. 


The second day, early in the morning adik was excited and warmed up to jump in the water. I took photos of them and filmed the kaffir lime (limau purut) that bore a lot of fruits. 


After tired of swimming, adik came out and had nasi bungkus. This year, we started eating back homecook meals. Early on, we were not sure where we're supposed to settle in; either the hustle bustle spot or scenic nature which was not so off grid. 


Love having KFC after a good time swimming in the pool. Any food would also tasted good after the recreational activities. 


Happy Tuesday ❤️


Untuk kali ini saya bawa seluruh angkatan untuk meluangkan masa mereka bersama mak tok dan tok wan. Rancangnya ialah untuk bermalam satu atau dua malam. 


Semasa sampai tu, kami terus naikkan khemah 'pop up', kami pun suka pula dan rasa mudah ada 'gua' kami sendiri. Tak payah nak pasang cadar di bilik. 


Saya galakkan anak-anak lebih berada di luar daripada duduk didalam rumah. Pada hari pertama, adik enggan masuk ke dalam kolam renang. Saya mandi terus dengan abang. Mungkin adik nak duduk didalam sebab nak memerhati kucing. Sedihnya tiada siapa ambil foto saya yang sedang terapung.


Pada hari kedua pula, awal pagi lagi adik dah teruja dan mesra alam untuk lompat dalam air. Saya ambil video mereka dan juga pokok limau purut yang banyak benar buahnya.


Selepas letih berenang adik naik keatas dan makan nasi bungkus. Tahun ni dah mula balik makan masakkan di rumah. Pada awalnya tak pasti lagi nak melabuh di dalam kesibukkan bandaraya atau di alam nyaman yang tak berapa hijau 'off-grid' sangat.


Suka makan KFC selepas berenang atau berendam. Rasanya semua makanan pun rasa sedap lepas beriadah kan. 


Salam Selasa❤️

January 16, 2022

Egg and Salmon at Coffee Bean

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Lunch after chaos in the morning when dad has no clothes to wear when I accidentally put all in the washer | makan tengahari setelah melalui saat kelam kabut bila semua baju bapa masuk dalam mesin basuh untuk dicuci

Went to pharmacy to get some aid stock | Singgah farmasi dapatkan stok aid. 


Planned in the morning to go to the bank. Since all dad's clothes ended up in the washer, we decided to buy him shirt first. But then, we found one and only malay tradition shirt (baju melayu). Dad could come along afterall, and his mood turn better as to get a new shirt.


After we stopped at the pharmacy, yes..we chose the one that by the roadside coz we didn't want to take a long time there.


We tried to figure out a mall that was relatively 'quiet', and we found Quill mall that wasn't with too many people. Just right after the entrance is the H&M boutique. I was worry since it was kind of brandy and pricey clothes store, but turned out it was only about RM40+ for a nice shirt for dad.


Then dad gave us money, as a way to say thank you for bringing him to the mall for shopping. I tended to do the same like dad somehow, but some say 'no need, no need' refusing to accept it. OK by me.


Sometimes when we had a nice meal, I told my kids that this was from someone, whom I try to gave her/him money, but he/she refused. So, I assumed that they 'belanja' us (their treat) in a way.


Opps overboard. Grateful, we stopped for sandwich and pasta. It was delicious, and guess everybody knows it. 


Happy Sunday ❤️


Rancang di pagi hari, hendak ke bank. Dah sedar yang baju bapa semuanya termasuk dalam mesin basuh. Kami ingat beli baju dulu. Tiba tiba kami terjumpa satu-satunya baju iaitu baju melayu. Bapa boleh la ikut sekali, tapi dia dah 'terjebak' dalam mood nak beli baju baru. 


Setelah berhenti di farmasi, cari yang tepi jalan sebab tak nak duduk lama lama, lengang juga pagi-pagi di KL. 


Kami cuba cari mall yang lengang juga, nampaknya Mall Quill tak ramai orang. Di pintu masuk ja dah bertebung dengan pintu kedai baju H&M. Risau juga takut mahal, tapi tak pula cuma RM40 lebih untuk kemeja yang lawa. 


Bapa bagi duit dekat kami, sebagai tanda terima kasih kepada kami kerana bawa dia shopping kut, macamana pun saya terikut dengan caranya tu. 


Kadang kadang apabila kami makan makanan sedap, saya beritahu abang adik yang ni dari seseorang yang saya bagi duit, tapi dia beri balik atau ada yang tak terima, jadi ni kira merekalah yang belanja. 


Alamak terlebih cerita pula. Alhamdulillah kami berehat makan sandwich dan pasta. Memang sedap, boleh kata semua orang tahu. 


Salam Ahad ❤️

January 8, 2022

Scrambled eggs Sandwich and learn journaling | Sandwic Telur hancur dan belajar menulis jurnal

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Brought kids overnight in KL | Bawa abang adik bermalam di KL



Camping in the sky while journaling | berkhemah di awangan sesambil berjurnal


Overnight in KL for a few days to accompany grandparents who had stayed there for awhile. 


I briefed abang adik on how to take care of grandparents. Take turn to accompany them watching any documentary or sitting together for tea or dinner. 


At the same time, I introduced and familiarized for abang adik in the art of journaling. I'm not really sure how to start at first, but I started with like 'what I studied' .. or 'I practiced' ..or just write a date first.. like jotting a diary more or less. 


Woke up, we cooked scrambled eggs. Had it with bread in Kuala Lumpur City. 


Happy Saturday ❤️

Bermalam untuk beberapa hari bagi menemani emak bapa yang tinggal di KL tak pasti berapa lama.


Bagi taklimat  kat abang dan adik cara nak jaga tok mereka. Bergilir teman tok samada masa tonton dokumentari atau duduk untuk minum atau makan. 


Pada masa yang sama, cuba bagi abang adik berjinak dengan seni berjurnal. Saya tak pasti bagaimana tapi bermula dengan 'saya belajar' .. atau 'saya berlatih' .. atau mula dengan menulis haribulan dulu.. macam coretan dalam dairi lebih kurang.. 


Bangun pagi, terus masak telur hancur. Alhamdulillah. Makan bersama roti di bandaraya Kuala Lumpur. 


Salam Sabtu ❤️


January 7, 2022

Mixed Rice from Pelita Restaurant and watched BBC's Lifestyle Channel | Nasi Kandar Pelita dan tonton Siaran Lifestyle dari BBC

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minut video below :) 


Fried chicken, curry, vege n rice

Being in KL with dad, he wanted Southern Asian Rice | berada di Kl, bapa mahukan Nasi Kandar


Dad wanted to have it at the restaurant, sadly gone are the days on outing like that | Bapa mahukan makan di restoran tapi sedih hari kegemilangan keluar lepak sudah jarang buat kami. 


I ordered for delivery, we then waited... And had it for lunch. We ate quietly and dad told that he accepted what had happened due to pandemic. 


Later on after lunch, we watched BBC's Lifestyle with the projector screen as here don't have TV.


Since my parents stayed overnight in KL, I headed back home in the heavy rain. This is when the doa from verses that ocean split of Prophet Moses crossed my mind, to make the road cleared from torrential rainwater and heavy traffic. Verse 26 :63.

 

It was December Rain. 


Happy Friday❤️


Saya buat pesanan untuk penghantaran makanan, kami pun menunggu... Dan makan tengahari dengan nasi kandar Pelita. Dan bapa cakap dia terima takdir macam ni akibat pandemik yang melanda dunia. 


Selepas makan, kami nonton siaran Lifestyle dari BBC dengan skrin projektor sebab disini takda TV. 


Oleh kerana parents bermalam di KL. Saya pun bergerak pulang ke rumah di dalam hujan. Masa nilah baru hendak ingat ayat-ayat Surah laut terbelah terutama ayat Nabi Musa AS untuk melancarkan perjalanan dalam air hujan lebat dan trafik padat dengan kenderaan. Surah 26:63. 


Hujan Disember ni. 


Salam Jumaat ❤️



January 6, 2022

Baked Potatoes with Bolognese sauce | Ubi bakar dengan sos spageti Bolognese

Bahasa dan video seminit  di bawah :)

English version and one minute video below :) 



Acknowledged that eating real food in their original form is good | Dapat pengetahuan yang makan makanan baik adalah dalam keadaan ia asal. 

So potatoes were chosen |

 Jadi ubi kentang terpilih


Since eating processed food was inevitable while I am outside, I tried baking potatoes just like that. 


Cut them into pieces, sprinkled with oil and bake for 25 mins I think, in the oven. Then, I scooped up the bolognese sauce from the dinner leftover and put on top of the potato wedges to eat it with. 


Kind of fusion and rare but simply tasty. Might try it like this again. Still on the 2021 throwback meal. 


Happy Thursday ❤️


Sejak makan makanan proses tidak dapat dielakkan bila di luar, saya cuba bakar ubi kentang dalam ketuhar macam tu jer. 


Potong ala kadar macam 'wedges', tuang minyak dan bakar dalam 25 minit kot. 


Ceduk sesudu sos bolognese yang disimpan dari makan malam untuk dimakan bersama. 


Macam makanan fusion dan jarang pula tapi sedap secukup rasa. Alhamdulillah. Mungkin nak buat lagi. Masih tentang hidangan tahun 2021 ni. 


Salam Khamis ❤️


January 4, 2022

Shrimp paste Fried Rice and Movie Jungle Cruise 2021 (Disney). | Nasi Goreng Belacan and Watch the movie Jungle Cruise 2021 by Disney

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and a minute video below :) 


Arrived home late evening, straight pounded with mortar all the ingredients. |

 Sampai rumah dah malam, terus tumbuk bahan-bahan dengan batu lesung. 



Fast prepared and yummy meal like this gave time for movie. | Makanan cepat dalam penyediaan dan sedap macam ni dapatlah menyusul untuk tonton wayang. 


It crossed my mind to make the simple fried rice with shrimp paste and thinly sliced fish cake.   


So I quickly cut all the onion, garlic, chillie flakes and put them in the mortar.  Sauteed it, mix with rice. 


Made a volcano hole around the rice, broke the egg in it, and let it cooked a bit and mixed well with rice. 


The food was delicious and quite filling. We went up for prayers and lie down for movie time. 'Jungle Cruise' was an enjoyable adventure movie, plots thickening with inquisitive ending.


That's it the activity of the night without any plans :) 


Happy Tuesday ❤️


Terlintas di minda nak kan nasi goreng ringkas dengan belacan dan fish cake dipotong nipis.


Jadi hiris bawang, bawang putih, kepingan cili dan masuk dalam batu lesung. Tumis semua dalam belanga, campur nasi sejuk. 


Buat lubang ala gunung berapi, pecah telur didalamnya dan biar masak sikit dan gaul sebati. 


Begitu enak sekali dan mengenyangkan. Naik keatas, solat dan terus melunjur sambil tonton filem yang mengasyikkan iaitu 'Jungle Cruise', setiap babak penuh misteri, tertunggu-tunggu apa pengakhirannya. Itu jer lah aktiviti malam itu yang tanpa dirancang :) 


Salam Selasa ❤️






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin