Pages

January 3, 2022

Oatmeal Pancake with strawberry and strawberry juice

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Just remember I had strawberries in the freezer a week before.| | Baru teringat ada stroberi di peti ais dah seminggu. 



Thought the frozen strawberries would still be good. | ingat stroberi beku masih sedap. 


It has been long time that I hadn't have oatmeal pancake, so I made them. I made a lot, like 10 servings. 


We ate 2 each and kept the rest for frozen. I was excited to defrost the strawberries and wanted to eat them raw. Turned out the strawberries was watery after thawed. 


I immediately decided to make strawberry juice instead. It was good and refreshing. 


That's it, felt good that I made a low carb breakfast  once in awhile :) 


Happy Monday and wish you all a blessed new year of 2022 ❤️


Dah lama tak makan pancake yang beroats, alhamdulillah terbuatnya suatu pagi. Dapatla dalam 10 biji. 


Kami makan 2 biji seorang dan simpan selebihnya untuk dibekukan. Saya teruja nak nyahbekukan stroberi dan menjamahnya.  Tapi ia berair dan lain rasa dari buah berri beku dari kilang. 


Saya terus tukar fikiran dan segera buat jus stroberi.  Alhamdulillah jadi elok dan menyegarkan. 


Itu saja, rasa lega juga dapat buat sarapan rendah karbo sekali sekala :) 


Doakan tahun baru penuh baraqah and rahmah. 💗 Salam Isnin ❤️ 



December 29, 2021

Chicken Pies brought to KL for food tasting | Pai Ayam di bawa ke Kl untuk dirasa

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and a minute video below :) 

Planned to have my pie be tasted by expert people | Rancang hendak juga insan yang pakar untuk merasa pai saya


From home to pickup parents and take them to KL | Dari rumah pergi ambil parents dan bawa ke KL


Prepared the pies in a better way this time. Used the cupcake tray and I made the design on top of the pies.


Brought them to KL but before that, we had to pass by the nature residential area to pick up my parents, and over there saw a magpie-robin bird , yes "nature" said adik and abang because the internet was kind of slow there.  


On the way, I took photos of the unique kind of building, with greenery facade under the crossover of jalan Ampang, and then slightly the De'Wan Cafe of the local celebrity Chef Wan fame, which located at the Linc mall. 


Back to the pies, it went into the elevator, arrived to the kitchen and I took them to the window with the skylines view for a photo profile :)


Dad & co said the pies were delicious,  the fillings were  flavourful but they doubted that I can provide them again the next day. So right, I doubted it myself, hehe.. 


I made the video by sequence of what I took. I didn't have the ones while making it. I knew I used gloves and sure adik helped me to film it at that time. Perhaps the videos were in my phone somewhere. Gonna get digging to find them. 


Happy Wednesday❤️


Menyediakan pai dengan cara yang lebih elok kali ini. Buat di dalam talam cupcake dan saya buat desain ala logo dan letak di atas pai. 


Bawa pai ke KL tapi kena singgah di kawasan perumahan alam kehijauan untuk ambil parents, ya..alam hijau di sini kata abang adik sebab kelajuan internet pun perlahan.


Di dalam perjalanan, saya ambil gambar gambar bangunan unik, kehijauan tepi crossover jalan Ampang tu teruja, cuba juga ambil sipi-sipi ganbar restoran Chef Wan 'De Wan' di the Linc. 


Berbalik ke pai-pai tersebut; pai ayam dah masuk lif, sampai di dapur dan saya bawa pula ke tingkap berdepan dengan permandangan pencakar langit untuk ambil gambar profil :) 


Bapa dan geng kata pai saya sedap, intinya pun secukup rasa, akan tetapi mereka ragui bolehkah saya buat lagi untuk esok. Hmm? Saya pun raguinya juga, dengan masa dan tenaga yang ada.. hehe


Saya buat video ikut haribulan terdahulu. Tak nampak pula video yang semasa tengah membuatnya. Memanglah ada pakai sarung tangan, biasanya adik akan menolong. Mungkin ada dimana-mana video 'the making' dalam handphone saya tu InshaAllah. Akan usaha mencarinya. 


Salam Rabu ❤️



December 27, 2021

Grilled Salmon Salad

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Salad with little bit of fish |

 Daun salad dengan ketulan kecil ikan



The night before, prepared night light for adik |

 Malam sebelumnya, pasang lampu malam untuk adik


Feeling good when I got to prepare for breakfast. Love having the green in the morning.


The night before I tried to place a  table lamp beside Adik's table. As before this, Adik didn't need night light because she had a fish bowl with light.


Since the fish aquarium is 'under contruction' due to not much time to care of it and also need to train adik to be really responsible to take care of her pet. So, I just decided to arranged the table lamp first.


Yes, about breakfast I loved having breakfast like this but it seemed to be so time consuming nowdays. I would try to make 'prep food' ahead for a few days. Let's just see...


Happy Monday ❤️


Rasa gembira bila dapat siapkan sarapan seperti ini. Suka dapat makanan yang hijau diwaktu pagi.


Malam sebelumnya, saya telah meletakkan satu lampu meja di meja bilik adik. Sebelum ini dia tak perlu lampu meja sebab ada lampu di akuarium ikannya.


Namun sekarang, akuarium ikan ni 'dalam pembinaan' semula, sebab tak banyak masa nak menyelenggarakannya. Dan juga kena latih adik untuk lebih bertanggung jawab menjaga ikan ikannya itu. Oleh itulah saya letak lampu meja dahulu.


Oh ya! Mengenai sarapan ini, saya memang suka nak buat sarapan sebegini. Tetapi kini agak susah disebabkan oleh kekangan masa. Saya nak cuba buat 'prep food' masa akan datang untuk beberapa hari. Tungguuu.....


Salam Isnin ❤️




December 25, 2021

Spaghetti Carbonara

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

After we went to see swimming pool, dad wanted Fried Mee for Lunch. |

Setelah pergi tengok kolam renang, bapa minta Mi Goreng Mamak untuk makan tengahari

Due to Friday, the delivery is temporarily closed (based on my experience). (just started using shopeefood

| Disebabkan hari Jumaat penghantaran tutup buat sementara waktu (dah mula guna shopeefood) 


It was a beautiful day. We wanted to take parents for a walk down the park. After entering the elevator, we had second thoughts and remembered that the swimming pool level in the tower also had some open air space. 


We did sightseeing to the below view, and saw the other building's swimming pool. The swimming pool  area  of our building was still closed but the gym was open for use. 


I  also sat down, took a lot of photo of parents but Dad enjoyed the scenic view for awhile. It was still late morning going to 12noon I think, but my dad was getting hungry.  


He wanted south asian fried mee. We negotiated with him to eat Spaghetti Carbonara instead. He was okay with it. 


I bought a slice of chocolate cake and shared it with many people hehe.. 


My mother had a Bolognese Spaghetti and yes she preferred the red sauce over the white Carbonara. (To tight for me to do filming at the time). 


Both of them enjoyed pasta so much, but dad said it was a bit expensive. True. 


Happy Weekend & Holiday ❤️


Cuaca hari itu sangat baik dan indah. Rasa mulanya hendak bawa emak dan bapa saya jalan-jalan hingga sampai ke taman. Selepas masuk dalam lif, terfikir pulak lebih baik singgah ke tingkat kolam renang bangunan ini, dimana ada sedikit ruang terbuka untuk semua menikmati udara segar di luar. 


Kami pakat cuci mata dari  permandangan atas ke bawah, dapat skodeng kolam renang bangunan lain. Kolam renang di bangunan kami berada masih tutup, tetapi gimnasiumnya dah di buka. 


Saya duduk sekejap, dan ambil banyak gambar parents tapi bapa cuma boleh layan sekejap je. Masih awal rasanya tak sampai tengahari, bapa dah mula rasa lapar.


Dia minta mi goreng mamak. Saya rasa kedai banyak tak dapat buat penghantaran watu hari Jumaat ni kalau ikut pengalaman. Kami runding dengannya untuk makan Spageti Karbonara lagi. Dia terus okay je.


Saya beli sepotong kek coklat, dan berkongsi dengan ramai orang hehe..


Emak pula makan Spageti Bolognese, ya dia lebih suka kuah merah dari kuah putih Karbonara. (kelam kabut sikit masa ni nak ambil video).


Mereka memang suka makan pasta, tapi bapa kata mahal. Betul tu. 


Salam  Sabtu & Selamat bercuti ❤️






December 23, 2021

Korean Spicy Macaroni, Matcha drink and Coffee Gula Melaka from Zus Cafe

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Since parents were around, the meal time kind of shorter. 

| Oleh kerana parents ada bersama, jarak waktu makan menjadi pendek



They asked for Carbonara, we ordered macaroni Korean style for us and ate at the  zus cafe  while waiting. 

| Mereka minta hidangan pasta carbonara, kami pula pesan makaroni gaya Korea dan makan di kafe sementara menunggu.


Before going to the cafe, I took a book was thinking to rest, most of the books here are from religion testaments, the hosts are into Seerah (history).


Sit to lean but stand up for call of duty, to fill loved ones' tummies. 


Yes back to eating in by the corridor, I got nervous with the new variant existed. Quickly eating and left, immediately brought the food up.


We had :

Korean Macaroni Cheese 

For drink, I chose matcha and coffee gula malacca


Love the dining in ambience and having unwind time, it was relaxed but a bit rush. 


Happy Thursday❤️


Sementara duduk-duduk, ambil sebuah buku, kebanyakkan buku di sini dari  kitab agama. Hos sini berminat dalam pembelajaran Quran dan Seerah. 


Duduk hampir melunjur tapi berdiri demi panggilan bertugas, untuk mengisi perut kesayangan. 


Ya berbalik tentang makan 'dine in' ni di kaki lima tepi kaunter, saya gementar la juga dengan "variant baharu" yang menjelma. Cepat pulun makan dan bangun hantar makanan ke atas. 


Kami makan:

Makaroni Cheese Korea

Untuk minuman saya ambil Matcha dan kopi Gula Melaka. 


Suka makan di suasana luar, Alhamdulillah santai ja  walaupun sedikit kalut. 


Salam Khamis ❤️




December 22, 2021

Homemade Waffle with Waffle maker from Shopee. | Waffle buat sendiri dengan mesin waffle yang dibeli dari Shopee

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :)

Thinking to freeze waffle | Fikir untuk bekukan waffle pula

Searched for the lowest price of waffle maker. 

| Buat pencarian harga terendah mesin waffle


During discussion with adik for breakfast, she also mentioned waffle. Thinking of waffles, we started drooling, wanted to eat waffle. 


I searched for waffle menu first from grabfood, there were none. Not even A&W, they are not selling it for delivery. 


So, I searched out for waffle maker at a famous online order platform. Saw one with costing only RM26. ++.  I asked around for approval and clicked to buy it now. 


Like a day or two, the item is delivered to me. I mixed flour like pancake recipe but using two eggs instead. I put the mixing batter in a squeezed bottle for easy pouring.  


Squeeze the batter on the maker til cover all and close to cook until the red light off. Open up and Voila! One well cooked waffle inside :) 


Ok done, yummy breakfast is ready. 


Happy Wednesday ❤️


Semasa berbincang dengan adik, dia ada sebut waffle. Bila sebut je waffle, kami terus teringin nak makan waffle. 


Saya cuba cari menu waffle dari menu grabfood, tiada pula yang jual walaupun A&W, dia tak jual waffle untuk penghantaran kerumah. 


Saya cari pula mesin buat waffle di platform jualan online yang femes, ternampak mesin berharga RM26:++ tanya tepi untuk sistem sokongan dan klik beli sekarang. 


Dalam sehari dua, barang pun sampai. Campur tepung macam adunan penkek tapi dua biji telur. 

Letak adunan dalam botol kicap yang senang picit untuk memudahkan kerja semasa tuang. 


Picit campuran tepung waffle atas mesin hingga menutupi bahagian corak acuan tu dan tutup dan masak sampailah lampu merah padam. Tup tap! buka dan satu waffle yang dah elok dimasak :) 


Ok siap, sarapan sedap dah terhidang. 


Salam Rabu❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin