Pages

August 17, 2021

Nuggets Wraps for Movie |We bought a Zoo

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Lukisan yang ditolak dihargai juga


Hanya perlu 20 saat keberanian dapat mengubah kehidupan

Another wonderful movie based on a true story again. A widower with two kids needs to start over after the death of his beloved wife. When his son drew vulgar poster, the school had to expel his son of being a gothic artist apart from other displinary issues. The incident motivates him to move to a new place. While he and his daughter Rosie searched for a new house, they finally found a home. While discussing with the real estate agent, they heard a lion roarrr! It turned out the house comes with a zoo.

Rosie went wandering off to feed some pheasants led him to the decision to buy; Finalized when he saw Rosie enlighten with the rural country environment. 

A bit step backward, when they arrived, Rosie was busy taking photos of the place to compare with the other house they saw before. Benjamin, her dad said stop taking photos as they will live there, nice right? Love at first sight. Aww.. A lot of work to maintain the zoo and reopen to public. It seems that their decision was a beautiful. journey. 

The staff in the zoo named Kelly had asked why he bought the zoo, since the municipal will check or inspect schedulely, but  Benjamin just answered "Why not? ". Yes right he did want to buy a zoo:) 

Behind him was also his brother whom gave advices to him; One of the deep conversation, he relates how he missed human while he was months in a fishing boat working to catch fish. I could understand how calm and silent the moment at fishing boat, being quiet not to scare the fish. I can imagine that any  human in the situation will be at lost without any social interaction and will be longing to go back to dry land. 

Anyway, they are trying to open back the zoo and they have to make sure that the zoo meet all the regulations and safety condition for the public. Benjamin's brother couldn't agree for his big responsible to want to own a zoo, he asked him to get rid of the animal and the rest but keep Kelly a 28 year old as it is a true joy. (funny right?) human nature that everyone would agree. 

Early on, the son was expelled but his son was positive and

said that the school was sensitive. Infact Dylan moved on but the school hold grudges, exactly. 

Benjamin's brother was concerned about high cost of upkeeping the zoo as I didn't

mention earlier that he was an accountant. Miracle happened, there's some funds left from his late wife. So they managed to open the zoo and start making money after all.  By right it was a functional zoo before; But in between owners, the zoo had short of progress. But they finally made it. 

The response from the public were overwhelming, and they were excited to visit and take a look at the animals in there. 

Another memorable moment to note after they bought a zoo. Nice, one script that touched me is when Ben answered to his daughter question on that he never talk about dream or story anymore, Ben said that they are already in the story, living the dream. And Ben took his son drawing of a tiger face art for the zoo's advertisement poster, Dylan the son was happy that his father is his fan. Yes, this gothic artist has a fan. Benjamin's brother finally came to help and give support everybody, united in the modern day adventure, for the love of.animal. Yes! we bought a zoo. 

Modern day adventure, sponsor an animal.

Salam Selasa❤️


Filem keluarga keluaran 20th Century Fox yang menarik lagi berdasarkan kisah benar. Ia mengisahkan tentang Benjamin Mee, seorang duda beranak dua yang ingin memulakan hidup baharu setelah kematian isteri. Bila anak lelakinya bernama Dylan melukis mural menakutkan serta beberapa kesalahan displin yang lain, pihak sekolah terpaksa memberhentikan Dylan dari sekolah. Dylan gemar melukis lukisan 'gothic'. Malah keadaan yang sedia ada juga memudahkan Benjamin untuk membuat keputusan berpindah rumah. Dia dan anak perempuannya bernama Rosie pergi mencari rumah baharu. Tiba rumah yang mereka berkenan itu, sesambil berbincang dengan ejen hartanah mereka terdengar singa mengaum. Rupa rupanya rumah itu adalah sebahagian sebuah zoo! Ia adalah zoo yang berfungsi elok sebelumnya. Anaknya Rosie yang 'hilang' dari pandangan sebentar telah berjalan di bahagian burung merak dengan riak keriangan di wajah anak yang kehilangan ibu, kelihatan kembali ceria. Benjamin terus membuat keputusan untuk membeli rumah yang datang dengan sebuah zoo itu.

Oh ya! Sebelum itu, semasa mencari cari rumah yang sesuai, Rosie telah mengambil gambar gambar rumah rumah dan Benjamin beritahu anaknya, boleh berhenti ambil gambar sebab mereka akan tinggal di rumah zoo itu. Bestkann... :) macam jatuh cinta pandang pertama. 

Dibelakang lagi, abang Benjamin yang mengambil berat tentang Benjamin juga memberi nasihat, salah satunya tu yang mendalam ialah dalam memilih perkerjaaan jangan seperti beliau pernah membuat kerja menangkap ikan komersil, memancing memerlukan kesabaran dan senyap kerana akan menakutkan ikan-ikan. Jadi perkerjaan begitu akan terasa rindu kepada manusia. Seakan keaadan kita yang masih merlukan interaksi sosial dari masyarakat. 

Walaupun mereka cuba membuka kembali zoo itu, perkara utama adalah unruk memastikan semua mengikut undang undang dan selamat kepada pengunjung. Abang Benjamin tidak setuju dengan keputusan Benjamin membeli zoo. Tindakan keputusan tergesa kerana rindu isteri, abangnya nasihatkan dia supaya lebih baik lepaskan haiwan, dan berkawan saja dengan Kelly, seorang perkerja berumur 28 tahun yang arif tentang zoo tetapi keletihan dengan operasi di situ. Rasa kelakar la juga bila apa yang di cadang, betul, sasaran point yang penting hehe.. Dimana dia sebut 'that's a true joy!`

Macammana pun, tidak begitu mudah untuk Benjamin mengembalikan zoo itu berfungsi untuk awam. Keputusan yang indah dalam perjalan kehidupan mereka.

Pekerjanya ya, beli zoo sekali dengan peketja sekali, salah seorang bernama Kelly bertanya kenapa dia beli zoo itu, Benjamin cakap 'apa salahnya?', kan.. suka macam ni kerana kita semua pun suka ada zoo. Hehe..

Benjamin juga runsing pada masa yang sama kerana pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan berjadual untuk memastikan keaadan haiwan serta keselamatan sekeliling termasuk untuk mereka dan orang awam.

Tentang anak lelakinya Dylan masa awal tu dikeluarkan dari sekolah, masih berfikiran positif dengan mengatakan pihak sekolah yang sensitif dengan lukisannya iaitu gambar orang yang terjeler tu. Dia dah lepaskan dan move on, tapi sekolah yang belum haha, sekolah selalu mengajar maaf dan lupakan tapi ternyata tak begitu mudah untuk dikotakan.

Apa apa pun, sokongan orang awam yang menanti berminat untuk meluangkan masa di zoo tempatan mereka itu. Poster iklan untuk promosi zoo juga dambil dari anaknya, lukisan muka harimau, Dylan terharu ada yang menghargai lukisannya yang menjadi poster dan logo zoo tersebut. 

Anaknya Rosie juga ada bertanya pada Benjamin kenapa tak bercerita masa depan dan impian lagi, dan Ben beritahu anaknya yang mereka sedang berada didalam cerita dan hidup dalam impian. Betul kan, 20th Century Fox dah keluarkan pun, orang ramai sedang menonton ni. Kena berani dalam 20 saat untuk merubah kehidupan mereka. (ada sebaliknya juga panjang pula nak cerita sini) 

Abang Benjamin yang juga seorang akauntan menasihatkan Benjamin yang kos mempunyai zoo sangat tinggi. Permasalahan juga berlaku, tetapi rupanya ada wang simpanan dari arwah isterinya untuk menyelamatkan zoo itu. Berlaku keajaiban pula di situ.

Usaha gigih yang diberi, akhir mereka berjaya, kehidupan berlainan sejak beli zoo.

Mereka bersatu dalam kembara moden, demi kasihkan haiwan. Happy ever after kan. Mereka beli zoo :) 

Moga hari ini memberi kebahagiaan inshaAllah❤️


PS : Adik baru bertanya siapa PM baharu, adik doakan bukan yang semacam Pemimpin Korea Utara tidak membenarkan rakyat meraikan hari ibu, kerana beliau hanya mahu kasih sayang rakyat hanya beri kepada beliau. sahaja. Nauzubillahiminzalik. 


August 16, 2021

Apricot, Dates Toppings | Chef Gordon Ramsay

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



Topping pisang, appricot, date penuh dengan potassium



Chef Gordon Ramsay pun ada cabaran :) 


Last night, before I got message from my maksu. She wanted to ask me to cite Surah Yassin everyday. And she also asked about Mochi recipe, I sent her the recipe. She said she would call me today as the day was late already. I wished good night to her. While I was messaging maksu, I was watching Gordon Ramsay cooking in South Africa's Kwa-Zulu Natal region. The view in Africa is beautiful. It kind of funny when he had to go fishing but first he had first to find worms. Ramsay said, he felt like some eyes were watching him where he was, exactly right as giraffes and rhinos were watching. He was with the local guy. He was in scary state, he even said its okay he stood behind the guy just incase. Beautiful scenery, MashaAllah. Just now I recited Surah Yassin, Surah Taubah, last but not least I wanted to recite Surah Inshirah. By the time I wanted to do it, my mind was full of stuffs as abang and adik haven't finished their Merdeka school projects as yet. Abang has just showered looked fresh and ready. I said come we read Al-inshirah together so that Allah SWT make it easy for you to finish the project InshaAllah. He also recite the doa before studying from surah Taha. So now he is in PDPR. And I'm going down for breakfast. Sometimes I had oats with dates, apricots, banana and raisins just to shared. 


Moga dipermudahkan urusan kita, inshaAllah.❤️


Semalam, dapat mesej whatsapp dari maksu yang dirindui, beliau mengingati saya membaca Surah Yassin setiap  hari kerana banyak hikmahnya (nanti mama huraikan) beliau juga bertanya tentang resepi mochi, saya hantar resepi, beliau beritahu yang beliau akan call saya. Semasa saya bermesej dengan maksu, saya sedang menonton Chef Gordon Ramsay dengan expedisinya memasak di South Africa daerah Kwa-Zulu Natal. Sebelum memasak, dia perlu menangkap ikan, dan sebelum memancing perlulah cari umpan, itupun dia perlu cari dulu dengan seorang warga tempatan di sana. Kelakar bila Chef Ramsay beritahu yang dia dapat rasa ada mata mata yang memandangnya, dan sememangnya pun, sekumpulan Sang Ziraffah dan Badak Sumbu sedang memerhati beliau. Dia terpaksa cakap yang dia akan duduk di belakang jejaka Afrika itu untuk melindung diri. Permai sangat permandangan di situ. MashaAllah. Saya baru habis membaca Surah Yassin dan dua potong akhir surah Taubah. Baru nak berganjak ke Surah Al-Inshirah, terfikir yang abang dan adik belum habiskan projek hari merdeka mereka. Jadi ajak abang yang kacak segar lepas mandi mengenakan tshirt dari Aeon Jusco berharga RM10 itu untuk membaca surah Al-Inshirah bersama-sama, mudah mudahan selesai kerja-kerjanya hari ni. Abang juga dipersiapkan doa sebelum belajar dari surah Taha. Sekarang abang berada dalam kelas PDPR dan saya nak turun bersarapan. Kekadang saya ambil oats dengan taburan apricot, pisang, kismis dan kurma hanya dikongsikan disini. Alhamdulillah. 


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa, Salam Isnin❤️


Carrot Cake | Butter Scotch Gardenia

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 

Sepotong kek dibahagi dua


Mesti beralas perut sebelum nikmati kek


As we are in the month of our merdeka celebration, I am thinking of making merdeka chocolate cake consists blue, red, yellow and white butter cream. But I ain't an artist nor expert in cake making. SubhanAllah even at position of knowing bssic to do it, I did got order for birthday and nikah event. When delivering the cakes, I also gave money as a gift for the event. The money flow in and out and back inshaAllah increasing. The order was just a plain cake without any cream frosting, I searched on the net and found this beautiful marble cake recipe.  I tried and it turned out similar and hand delivered to them. 

I have few experienced in this area and made some delivered via delivery service. I kept the photos in the hard disk and will dig out and keep the memory in here, InshaAllah. 

As I ever mentioned before, I've tried some food concepts like keto diet, a discpline which consume protein and fibre more. My current diet is more to 'on and off' but less carbo or sometimes no carbo at all and see how it goes with my mood. I'm just human and a woman right, whom loves sweet, and moreover having a partner in common interest right? Having said that, I 'accidentally' ordered a slice of carrot cake from Secret Recipe for remedy of longing, I even planned to eat early of the day and vowed to have it half only and promised to eat something else first. So it happened... that one morning in the breeze of early morning, I shared it with adik,  the partner in common interest. We had bread butter scotch gardenia. 


Syukur Selalu. InshaAllah.❤️ 


Sempena bulan kemerdekaan, terasa nak buat kek coklat krim mentega putih, merah, biru, dan kuning. Tapi tak berseni lagi tak reti pula. Tak patut bercita-cita tinggi kan? Dalam tak pandai pun, pernah dapat order kek marble jelita, pesanan hanya cuma kek butter kosong, tak berkrim tapi saya cari resepi di net, terjumpa yang viral dan saya cuba buat dan hantar kepada mereka. Ada untuk majlis harijadi atau ada untuk majlis nikah, saya kirim pula duit untuk hadiah majlis masa hantar kek, duit 'pun pi mai pi mai" tapi bertambah inshaAllah. Ada photonya tapi dalam harddisk, akan korek nanti buat bahan memori di sini. InshaAllah.


Sebenarnya sebelum PKP tu, pernah saya sebut adalah permulaan saya makan rendah karbo.. tah lah. Diet saya tu, cuma sayur dan lauk iaitu protin dari ikan atau ayam. Kurang nasi atau tak ambil langsung begitu on dan off. Tetapi sesekali tak boleh tahan, perempuan kan? salah jatina pula ek, lepas tu ada geng pula tu iaitu adik suka juga kek. Terorderlah kek carrot dari secret recipe buat b ubat rindu. Rancang makan pagi, berikrar nikmati separuh je, janji makan selepas makan alas perut dulu. Jadilah bersarapan kek carrot tu disuatu pagi hening sebelum tengahari. Alhamdulillah. 


Moga sihat sentiasa❤️




August 15, 2021

Mochi - Dessert orang Jepun

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Alamak melekit, pa nik juga, letak je serbuk tepung di tangan. 

Tepung perlu disangai sebelum menyaluti Mochi, tapi terlupa menyangai, buat cara lain


There were few times we saw mochi at running sushi or on conveyor sushi rail. At the side of moving one way sushi, eyes at par view, looking at the assorted sushi but once in awhile mochi come by. First impression it looks like buah melaka, malacca cuisine, second look like kuih abuk-abuk. 


Thinking didn't considered it as decision until action taken rightly. We took one, tried it slowly and softly as it is soft and delicate. It taste so good as how it looks MashaAllah. 


So the memory remains and reminisce not enough to fill the tummy.

Since yesterday, we got to go out to search for home improvement items. Yes, to repair and not to decor; That's why we had to go out for a while. At this time around, we don't dare to go out for dentist. Which is important for growing kids. I had to to be a 'weredoctor' not 'werewolf' sometimes hehe.. Since the hardware shop is near by the baking supply shop, so took a chance and buy packs of glutenous rice flour and wheat flour. 

Came back home, and made mochi 


Mochi Recipe:

2 cups of flour

2 cups of water

Oil for coating

Peanut butter for filling (or your own choice) 

A bit of corn flour to sprinkle. 

Mix flour and water and stir well. Coat the rice cooker pot with oil thoroughly but lightly. Pour the mixture and cook for 3 minutes. Stir again until the dough look like ready mochi hehe.. 

Then scoop with table spoon, powder with the cornflour and fill with peanut butter and shape it to ball. I put them in the microwave for awhile to cook the coating flour. Then let them cool and ready to eat. Turn out like fine cusine exactly and soft and supple hehe. It taste so good, so simple ingredient but delicious like no other. Should try. Just now, I took out some from the fridge but it didn't become hard yet soft like yesterday. No need to defrost just ready to eat. Amazing.. 


Moga beringat mengamal sedekah subuh, berselawat❤️


Beberapa kali terserempak dengan pencuci mulut orang jepun, di running sushi atau sushi conveyor. Berada di tepi conveyor tu sudah pasti mencari beraneka sushi, wasabi, atau jeruk halia yang lalu sehala di paras mata. 

Sesekali ternampak Mochi. Mula malas nak ambil sebabnya, nampak macam kuih abuk-abuk atau kueh buah melaka tapi harga orang jepun, lebih baik makan kuih tempatan yang dijual di luar, lebih asli. 

Macammanapun terambil, makan pun perlahan sebabnya ia pun sangat lembut dan halus teksturnya, kita pun macam spontan jadi lemah gemalai. 

Semalam terpaksa keluar sebab mencari barang hardware, ada keperluan membaiki rumah, bukan mencantikkan rumah tetapi home improvement. Kesukaran zaman begini memang la terasa bila gigi anak anak sepatutnya  berjumpa doktor gigi, walhal itu adalah penting. Terpaksa tangguh dan jadi doktor gigi jadian, bukan serigala jadian hehe.. Dah keluar baking supply shop pun dekat situ je, beli tepung roti, bercadang nak buat roti, beli tepung pulut nak buat mochi. 

Ok resepi Mochi:

2 cawan tepung pulut

2 cawan air

Minyak  

Campur tepung dan air, kacau sebati hingga tiada ketulan. Sapu minyak di periuk nasi, biar rata.

Masukkan campur tepung pulut dan air tadi. Tekan on di periuk nasi. Biar masak 3 minit dia mula nak jadi macam kanji. 

Gaul sampai nampak macam doh mochi besar, tah tak ambil video kut sebab tangan berlemoih pun ya, phone pun di ambil orang pun ya. Adik la peminat tik tok, phone yang lain tak da tik tok apps. Lepas tu guna sudu besar kaut doh mochi sesudu dan bubuh sikit tepung jagung supaya tak melekit. Buat bentuk guli dan tekan rata. Masukkan peanut butter ditengah dan bulatkan balik. Serbuk tepung untuk disalut patut disangai, disebabkan tak disangai, jadi microwave sekejap, biar sejuk, siap dijamu. 

Memang lembut dan boleh dikategorikan makanan delicacy. Sebab 'fine cuisine' , pagi ni keluarkan dari peti sejuk mochi yang disimpan semalam, buka bekas, sentuh tetap lembut tak payah tunggu nyahbeku. Istimewa. 

Alhamdulillah ❤️


Moga berbanyak beribadah, terbaca entri Aidaniez (sorry jika tersalah ejaan) tersentuh tentang Surah Al-Baqarah, pernah amalkan, terlalu menakjubkan kesannya seperti magik ke atau rahmat. Tetapi itulah takut benar mencerita hal amalan kita, tetapi mungkin boleh menolong orang lainkan. Saya pula suka mencerita hal begitu, tu terberhenti blog atau share penulisan. Tah nantila solat istikarah. InshaAllah. ❤️




August 14, 2021

Super Ring for Movie "Togo" the leadership spirit Dog

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Siap super ring, buah oren dan cawan-cawan diisi air untuk nonton


Togo keletihan untuk meneruskan misi penting

Last night we had movie night. We watched a 'based upon a' true story movie, about a dog with leadership spirit named Togo. Togo lived with a maried couple in Alaska which bred and trained sled dogs. The village was hit by Diphtheria bacteria which attacked mostly kids. 

The master of Togo, Seppala volunteered to get the serum to the hospital for curing the disease, which was about 680 miles away round trip.

Togo was a hyperactive puppy is the beginning, they thought they couldn't cope with such behavior. They gave him away but he always find a way to escape and came back where he always felt faithful and belonged to the couple. The wife was trying to keep Togo but the husband on the other hand try to get rid of Togo. In the end, it turned out that Togo is great lead dog for the sled ride. Togo was already 12 years old when they need his service to lead in sledge during heavy snow and winter storm. The wife reluctant to let them go but the husband had no choice and get Togo to lead to the place where the serum was available. 

There were many rest points to go the main destination and come back to the hospital where the serum should be ended. 

Since Togo was an old dog, he still determined to finish the mission. He was lacked of energy at the second last destination, and he has to stop and other dog Balto had to continue the mission. Sadly, other dog had the name when the serum arrived, with the press was ready there to record the history of the arrival of the serum. 

Happy Saturday❤️


Semalam kami menonton filem berdasarkan cerita benar mengenai seekor anjing yang berjiwa kepimpinan bernama Togo. Togo tinggal dbersama pasangan suami isteri di Alaska. Ia dibesarkan dan dilatih untuk menjadi anjing sled. 

Kampung Togo dikejutkan dengan serangan bakteria Dipththeria dimana mengancam hanya nyawa kanak-kanak. Tuan Togo, Seppala, secara sukarela mengambil serum di hospital yang jauh., dianggar 680 batu dari kampung mereka. Demi nyawa kampung, seppala dan Togo redah ribut salji.

Togo adalah seekor anak anjing yang hyperaktif pada mulanya, dimana mereka tidak sanggup memelihara anjing berkelakuan demikian. Mereka serahkan Togo kepada orang yang sanggup menjaganya. Akan tetapi Togo mencari jalan unyuk melepaskan diri, dan kembali ke pangkuan yang ia kenali semasa dilahirkan. Si isteri mencuba sedaya upaya untuk membela Togo tetapi si suami ingin melepaskanya. Akhirnya, terserlah yang Togo adalah seekor anjing bersemangat dengan kepimpinan yang tinggi. Ia dilahirkan seekor anjing yang berada didepan untuk meminpin 6 ekor anjing-anjing yang di belakang. Tiba masanya mereka terpaksa mengguna khidmat Togo untuk membawa Tuannya ke  bandar mengambil serum. Mereka tidak begitu yakin kerana Togo sudah berumur 12 tahun, masa yang sama mereka tiada pilihan dalam keeadaan terdesak menyelamatkan kanak-kanak dijangkiti bakteria. 

Dalam perjalanan terdapat  beberapa tempat berhenti rehat ke destinasi dan kembali ke hospital dimana berakhirlah misi mereka. 

Walaupun Togo seekor anjing yanv tua, ia masih bersemangat untuk melengkapkan misinya untuk memgambil serum pembunuh bakteria. Sedihnya, Togo kekurangan tenaga semasa mereka sampai di destinasi yang kedua akhir. Juga Tuannya pun lemah. Togo terpaksa berhenti berehat, dan terpaksa serahkan tugasnya kepada anjing lain yang dibeti nama Balto untuk menyelesaikan misinya ke hospital iaitu hanya satu tempat lagi sahaja. Togo tidak berdaya lagi. 

Sedih teramat sedih bila Balto yang diberi pengiktirafan dan disambut ramai dengan pemberita, serta jurugambar merakamkan saat bersejarah semasa ketibaan serum di hospital itu. SubhanAllah.

Sangat tersentuh dengan kejadian yang seakan kehidupan manusia harian. Sedih hingga kami terus search ceritanya lagi di net.  Filem keluaran Disney. 

Salam Sabtu ❤️

Sandwich green and orange :)

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :)

Potong kecil-keil, pada firasat nak ulang makan

Tiga lapis lagi kenyang, tapi hanya letak 2 lapis 


In this week we ate sandwich. We have the ingredients but l feel like eating the ingredients just like that. But be reminded that eating them alone will not be satisfying or fufilling. In the beginning, we ordered avocados, 3 pieces in a packet. Planned to plant them, yet the seedings are still sitting by the sink. It seemed we cannot be farmers as yet. 

So here we go, prepared with slice of bread. Little bit of sauce only to avoid the taste go over the top. As seen in the restaurant or on the net  they add scrambled eggs, it would be three layers of color ie: yellow (eggs) , green (avocado) and orange (salmom) . After the breads, I placed the sliced of smoked salmon then cut avocado. The taste of the individual items will still have a lasting lingering final taste. Unlike how we eat rice with squid, we would finished the rice first and kept the squid aside, then eat squid only and tasted solely squidy. A trait brought forward from our chilhood past - 'save the best for last' 

I've also put up the photo of flowers that are neatly placed on the pot's plate as to invite butterflies, Yet only pesky snail tried hard to climb up for the feast. SubhanAllah. 


Assalamualaikum❤️


Dalam minggu ini ada termakan sandwich lagi.  Order avocado, datangnya 3 biji, cadang nak tanam dengan biji benih dari buah yang sudah dimakan. Tapi ia masih jadi hiasan di tepi sinki. Bahan-bahan yang menarik begini rasa nak makan begitu sahaja. Perlu diingat bila ratah sahaja takkan kenyang. 

So pengorbanan berlaku. Terpaksa sediakan dua keping roti,  pengalas iaitu sos dan butter disapu nipis-nipis, lepas itu letak smoked salmon, biasa di dalam menu restoran atau net, ada yang tambah telur hancur. tiga  lapis jadinya. Setelah fikir masak-masak tak nakla, nak rasa avocado dan ikan semangga-mangga.

Sos pun letak sikit, memang suka rasa asli bila sesuatu yang lazat, macam makan sotong atau udang, kita letak asing hingga nasi habis baru bau dan kunyah pelahan-lahan sotong tu kan. Teringat zaman kanak- kanak, 'simpan yang sedap untuk penghabisan' 

Saya lampirkan foto bunga-bunga yang diletak atas piring pasu untuk mrnjemput rama-rama tapi siput slow and steady usaha memanjat untuk  datang kenduri bunga :) 

Moga kita aman dan damai sentiasa. ❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin