Pages

August 10, 2021

Hainanese Chicken Chop Rice

Hainanese Chicken Rice

Bahasa dan video semint di bawah:) 

English version and one minute video beow :) 


Rindukan Old Town Hainanese


Struggle juga keluarkan tulang isi peha ayam

We sometime had Hainanese Chicken Rice when we went out. The different between chicken rice and hainanese rice is that the sauce is with mixed vege. The chicken meat is boneless. We struggled to debone the chicken thigh. Successfully, we made it through. Learnt it from you tube video though. We supposed to mix the fried potatoes in the gravy as well. When we saw the fried potatoes were soft inside and crispy outside, we reserved it for eating just like that. The deboned chicken thigh were so good and as for the keel chicken were cut thin but didn't separate. It was as good as well. Loved the servings and how it turned out. 

We followed the recipe from the internet, altering a bit to wharever available at home. The meal is good business product. 

Salam Maal Hijrah 1443 ❤️


Kami pernah juga makan Nasi ayam Hainanese bila keluar. Perbezaan di antara nasi ayam Hainanese dengan nasi ayam biasa ialah sosnya ada mix vege. Daging ayamya adalah bahagian peha dikeluarkan tulang. Susah nak keluarkan tulang tapi kami berjaya. Belajar pun dari youtube aje. Tungkus lumus juga, risa daging menjadi hancur. 

Tentang ubi kentang, lepas goreng, sedap sangat nampak hingga tak jadi campur dengan kuah. Lembut di dalam tapi rangup di luar. Goreng biasa tapi deep fry. Tiba tiba rasa nak makan begitu saja.

Isi peha yang juga dikeluarkan tulangnya sangat enak, bahagian dada juga dihiris nipis tapi tak putus juga sedap, lembut seakan bahagian peha. Suka masakan kali ni tak sangka terjadi lazat. Alhamdulillah. Ikut resepi tapj diolah sedikit sebanyak ikut apa yang ada dirumah. Masakkan begini senang  dibawa jual ;}

Salam Maal Hijrah 1443❤️


August 9, 2021

Macaroni Bolognese | Lebih kenyang dengan toppings

Macaroni Bolognese | lebih kenyang dengan topping :)

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 



Ada saja yang tiada bila mahu buat eksperimen, video diteruskan

Kena cuba, baru tahu, kan

There comes the time for macaroni day. We simply fulfil their request. We rotate a week or two, the macaroni will make an appearance on the eating table. Sometime featuring with breaded fish, mostly none. Had one or two bowls, yet the tummy told the mind that it will be hungry in two hours time. Why? The reason might be because of not so much of grounded meat in the sauce. That means it's too much carbo but lack of protein, and yes...hungry for me. I realised that when we are eating out, the bolognese sauce will come with loads of cheese on top, that's lots of protein from the cheese. . I will get full in an instant and this will last for the next meal time. So it's normal right, when feeling hungry in between and it's like: what has gone wrong? 


We have leftover chilled macaroni and the sauce from the fridge, unfortunately when I wanted to experiment it, a sliced cheese but only left with one slice. I had to divide it in three equal portions. So manageable and full feeling, and didn't have a desire to eat anything else after that. Alhamdullilah happy ending.

Have a blessed day❤️

Akan ada suatu hari dimana kuah merah bolognese makaroni disajikan. Mengotakan permintaan budak-budak. Selang pusing seminggu dua, macaroni akan menjelma di atas meja makan, sesekali ada jemputan ikan salut tepung, walaupun biasanya tiada. Makan satu atau dua mangkuk, tetap isyarat dari perut ke minda memperkatakan yang ia masih lapar. Kenapa ya?  Sebabnya tak banyak daging kisar di dalam sos, boleh jadi. Maksudnya terlalu banyak karbo manakala kurang  protin. Ya, masih lapar bagi mama. Saya perasan bila makan di luar, kuah bolognesenya  ditutupi dengan cheese yang tebal, keju dari susu, superfood, baby pun cepat membesar. Terasa kenyang hingga ke waktu makan yang lain tak la di antara. Brunch bagai takda la masa. Barulah normal kan, kalau lapar di tengah jalan, ada tak kena tu. Saja nak ambil minum petang tu ok ni sebab lapar. 


Saya keluarkan lebihan macaroni bolognese yang sejuk dan sosnya juga sejuk dari peti ais. Tetiba keju keping tinggal sekeping. Bertabahla bahagi dua, eh bukan! tiga. Panaskan, teruruslah juga segalanya, rasa kenyang alhamdulillah selepas makan makaroni kali ni. Tak da rasa nak makan lagi. Berakhir dengan kegembiraan :) (Kalau emak saya, akan cakap tiada permulaan apa2 pun kenapa ending hehe rindu bondaku❤️

Moga hari ini dan seterusnya diberi keberkatan ❤️


Banana | Roti Pisang

Banana with bread | Roti Pisang

Bahasa dan video kurang seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)


Mudah potong, rasanya sedap

Sambil pegang handphone, sambil tabur serbuk kayu manis, tercurah

After sending kids to school, stop at the restaurant near by for breakfast. Since the pandemic, we tried to minimise going to places. Actually we thought twice to send kids to school but last year the case was low and even our  DG KKM got global recognition for his success to manage the difficult situation. Some say it was too early. There's blessing in disguise as people here will get culture shock if the changes are abruptly. 

Like 10 minutes from school we arrived home, cut banana slices, laid them on bread. Sprinkle with cinnamon powder. Instead of jam, we made it differently with sliced banana. Took photos of every corner even stomach made growling noises. 


Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, kekadang berhenti di kedai berdekatan untuk menjamah sarapan. Sejak berlaku pandemik, cuba kurangkan pergi ke tempat- tempat yang tidak berkenaan. Sebenarnya terfikir dua kali juga untuk melepaskan anak ke sekolah tetapi masa tu kes masih kurang manakala Director General KKM pun mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana berjaya kendali situasi pandemik yang payah ini dengan baik. Setengah pihak mengatakan ia terlalu awal tapi bersyukur dan lihat positifnya yang penduduk kita pun mungkin mrngalami kejutan budaya jika berubah terlalu cepat. 


Dalam 10 minit dari sekolah kami sampai di rumah. Potong pisang, atur diatas roti, terlangkup dengan roti kosong di atas pisang. Potong empat, letak elok-elok dan tabur serbuk kayu manis diatasnya, lalu ambil gambar setiap penjuru. Pusing sana pusing sini, baru makan. Perut berkeroncong bagai nak rak, tetap nak ambil video jugak.


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Salam Takziah buat Shuib, husband arwah Siti Sarah, moga beliau di tempatkan bersama orang beriman, Ameen



August 8, 2021

Sushi Roll | PKP2020

Sushi Roll |PKP2020

Bahasa dan video kurang semint di bawah :)

English version and one minute video below :)

Sushi sedang digulung

Beras sushi disimpan, dalam video gulung mudah pun ada tercicir, salah kaedah? 


When the annoucement of PKP had passed, the usual routine had stopped but the food on the plate kept going on. Though food will be alerted by growling tummies, I'd like to make sure the food will always be on the table when it is eating time. Try lah actually hehe..

I bought the seaweed at grocers, I bumped into sushi rice early on, bought and kept it at first. Got the vinegar though, it's not really necessary but it did helped to make the rice less sticky. 

Abang and adik love sushi. I took a chance to make sushi together. It's kind of dangerous to try out something unfamilliar during lockdown because we could order food only at certain times, and after 5 pm or so the delivery would only be made after 8:30 pm I think. Once an order is made, you will need to wait, and it was not convenient at maghrib time. No one wanted to wait.  

I cooked the sushi rice, grilled chicken, since we didnt have cucumber, I took out salad. Adik was excited to do it and she took over during rolling time. She laid the sushi seaweed sheet, put the rice on, cut chicken on, salad, she rolled without salad instead. It is quite filling eating a whole sushi roll like that. The moment has passed, but it sure will be missed even now, it was nice, quiet and slow living. 


Bila pengumuman diketahui, rutin yang biasa terhenti tetapj makanan macam biasa perlu diteruskan. Walau tak sedia, pasti digerakkann oleh perut perut yang lapar untuk disediakan. Saya suka sedia seeloknya sebelum lapar sememangnya waktu makan. Cuba la hehe.. 

Saya beli kepingan seaweed di grocers. Ternampak beras sushi lama sebelumnya, terus beli dan simpan. Beli juga cuka walau rasa nya tak petlu sangat, rasa masam tapi untuk mengelakkan nasi melekat nak guna juga. 


Abang dan adik gemar sushi, saya ambil peluang buat sushi ni bersama. Memang bahaya juga mengeksperimen sesuatu waktu lockdown, jika tidak jadi mood boleh jadi down terkapai-kapai bila lapar. Order makanan pun waktu tertentu, menunggu satu hal, jika lambat lepas maghrib, gelap tiada sesiapa berminat nak menunggu.

Masak beras sushi, bakar ayam, potong ayam dan sediakan salad disebabkan tiada timun. 

Adik teruja untuk buat sushi, menunggu saja dulu. Bila semua disediakan baru serah tugasan, adik letak sekeping seaweed, letak nasi dan ayam serta salad. Dia gulung kepingan seaweed yang berisi tetapi terkeluar pulak salad nya. 

Sushi yang sempurna memang mengenyangkan sebab semua ada dalam gulungan itu.  

Masa yang lepas pasti dikenang, walau sekarang mengimbas kembali, tenang, sunyi dan tidak tergesa-gesa, bersantai perlahan waktu pkp yang lalu. 


Avocado Toast | Roti. Bakar Avocado

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)

Perlu pastikan buahnya ranum dulu

Jika masih muda buahnya, patut di buat apa tah la .. ulam kut

We did grocery online shopping a few days ago, when list out things to buy,  we thought of avocado. Early on, we bought some and we tried to plant it's seed. , We poke few tooth pick on the seed and let it float in the water as shown in youtube. Day by day we checked on it, it didnt show any sign of root coming out.

We thought to buy some again and try to plant it again. We bought three and they are kind of hard. They were not soft, but by the third day at room temperature, it's started to be slidely soft. I was thinking on making avocado toast.

As usual, the peel already darkened but was still hard; I have to took it out slowy. Then, I prepared toast, and while the breads are heating up, the avocado was ready to be sliced. I sat and saw everything was ready, sliced thinly, and lay them on the bread. I was already hungry but didn't take the chance to feed my mouth on the avocado slice hehe..

When it's full on one side of the toast, I sprinkled with bit of pepper and salt. Cover with another slice of bread, cut to two and another two for bite size, share with my other half, ate all, made another batch but didn't filmed it. We were so full with good avocado fat at breakfast! 

Have a nice day ❤️


Kami buat pembelian barang dapur beberapa hari yang lepas. Bila menyenaraikan barang keperluan, terfikir tentang buah avocado. Sebelum ini, dah beli sebiji dua, dan cuba menanam pohon avocado melalui bijinya. Kami cucuk empat batang pengorek gigi di tepi biji avocado  dan letak dalam bekas berisi air, biar biji terapung atas air seperti diajar di youtube. Hari-hari menunggu akar umbi tak keluar pun. Jadi kami cuba lagi dengan biji yang baru. frasa mahu cuba lagi, avocado yang diterima masih keras. Tiga hari selepas peram atas para, tengok buahnya semakin lembut. So semalam cuba kupas, nampak isinya elok, sediakan roti dua keping, letak dalam pembakar roti, sambil menunggu. Sedia piring. Naik saja roti yang dibakar, letak atas piring, mulalah potong nipis-nipis, letak atas roti. Bila roti dipenuhi potongan avocado, tabur sedikit garam dan lada hitam.

Terlangkup sekeping roti lagi, potong dua, dan potong lagi dua menjadi saiz kecil, dikongsi lagi separuh. Makan terus tak tunggu lagi, buat satu lagi set tak videokan, kenyang betul dengan lemak bagus avocado pagi tu. Alhamdulillah.


Happy Sunday ❤️

August 7, 2021

Pandan Cake

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below:) 

Satu homemade, satu lagi kiriman dari kenduri kahwin


Buat kek, bancuhnya dan menyuci peralatannya yang lama.

At one time in our life, making cake is like a routine. It started with baking for fun, then followed with the trend of baking, filming video. Adik and abang were fond of you tube watching but only adik was interested in video. First she borrowed our phone and filmed herself of doing art, telling about Prophet of Musa AS. 


As for this pandan cake, she herself loved to do it. I tended wanting her to do but not long after came with PDPR schedule we could not force anyone. Then I love to record my  own breakfast, then love the music background, doing it everytime. I always chose the cake recipe with one or two eggs. Usually, I tried to make oats cake, the recipe were search 1 egg or 2 eggs recipe. That time I felt guilty as i started eating clean, more vege and protein and less carbo. So pandan cake turned out very nice and good to eat.  We ate, kept in the fridge and finished it in a week or so. 


Suatu ketika dalam hidup kami, membakar kek ada dalam rutin. Pada mulanya, buat kek untuk seronok-seronok. Dah mula terjebak ikut trend membakar, menvideo.. Adik dan abang suka sangat dengan youtube. Adik selalu juga minta pinjam telefon dan rakam aktivitinya, salah satu yang terharu dia buat video seerah Nabi Musa as. 


Untuk kek pandan ni, dia dengan suka hati sendiri nak terokai. Tak lama lepas tu dah ada PDPR, tak boleh la nak ajak orang tu orang ni. Dari situ mula video roti sebelum makan hehe.. hati tertambat pula dengan lagu latar, kerja nak buat ja. Duk buat la lepas tu. Okay biasa cari resepi kek yang bahannya satu biji telur atau dua biji telur. Rasa bersalah juga bila buat kek selalu sebab masa awal sebelum PKP, dah mula makan rendah karbo. Kek pandan menjadi juga, sebiji kek tu habis dalam 6 hari, sebab ia manis kan. 





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin