Pages

September 15, 2021

Oats with pear & habbatussauda and chit chat about love story

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video :)

This morning I was thinking of  "Why married with this person'

Bangun pagi fikir akan soalan "kenapa kahwin dengan dia" 


Apapun hal isi perut mesti dilaksanakan dulu, 

Anyhow, eating matter must first get it done. 


Keluarkan epal, pear dan taburan Habbatussauda / Took out apple, pear and sprinkle of Nigella sativa


Almost forgot to eat cereal recently, Eating simple this morning,  oats with cut pear, apple and sprinkles of black seed. 


For quick fix, five spoons of oats in each bowl. While doing I was thinking whether should I talk about "fate of a marriage with this person and not with that person" . Is there a person would analyse this or would let it past?.


I continue cutting apple, pears, and reminding myself to sprinkle black seeds.


I wonder too about a statement "don't want commitment". Be friends.. Haaa this is all the effect from watching a movie of 500 days of Summer. (Summer is the girl's name). 


I overslept but dear hubby watched it till finished and answered my questions about it. 


The story of a couple get along very well for 500 days but ending up marrying someone else. Sounds familliar right, the awkward part is, no one ever asked why they didnt make it., its fate (jodoh) and accepted it (redha). So in the movie the girl answered why she married her husband. The ex-boyfriend agreed with her. 


Hope you have an amazing day. ❤️


Hampir terlupa nak makan oats sejak dua menjak ni. Persediaan ringkas pagi ni, makan oats dengan potong buah pear, epal dan taburan habbastussauda. 


Ringkas saja untuk penyediaan dua mangkuk, letak 5 sudu setiap satu mangkuk. Semasa sedang membancuh oats tu, patutkah bangkitkan isu, jodoh dan takdir perkahwinan ini. Ada ke orang buat analisa tentang perhubungan yang berakhir dijinjang pelamin dan sebaliknya.  Atau biar yang lepas dan lalui hidup seperti biasa.


Saya sambung potong epal, pear dan mengingatkan diri, nak letak habbatussauda. 


Hairan juga tentang "tak mahu komitmen, berkawan dulu... Haaa semua ni effek dari menonton filem '500 hari bersama Summer', Summer itu ialah nama seorang wanita.


Saya terlena semasa menonton filem ini, dear hubby la yang tonton hingga habis dan beliau lah yang menjawab soalan saya. 


Filem keluaran 20th Century Fox itu mengisahkan sepasang kekasih yang begitu akrab selama 500 hari tapi berakhir dengan perpisahan dan berkahwin dengan orang lain. Biasakan? Tetapi yang lainnya tidak siapa yang bertanya "kenapa tidak berkahwin dengan saya". Bagi kita mempercayai jodoh dan takdir diitangan Allah swt dan redha, malas tanya-tanya, yang penting nak teruskan matlamat. Lagi bagi kita Doa boleh mengubah Qada dan Qadar. Tetapi dalam filem ini, teman wanita beri jawaban kenapa dia berkahwin dengan suaminya yang baru kenal. Dan, bekas teman lelakinya bersetuju dengan jawabannya itu.


Harap kita melalui hari dengan penuh keindahan. ❤️




Bukit Gasing Educational Forest | Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Tasik yang indah | Beautiful lake is the opening  


Bas dua tingkat menaikkan seri

Double decker bas made the best trademark




Encountered an eagle view spot with monkeys! the spoiler | 

 Penemuan permandangan mata helang dan monyet monyet yang kacau daun. 



We were so excited after the announcement that we are free to go out as the MCO went to phase 2. We were planning to go somewhere nearby that suits the kids.


I saw the lake was full of visitors. Unfortunately, the A&W ordering was long queue too.  I found it frustating because I have planned already to eat waffles, I immediately suggested to go to McD instead to keep up everyone's spirits alive. We proceeded to McD, as I didn't want anyone to get upset.

 

I even brought picnic basket to set up by the lake with lush green backdrop hehe.. 


We bought the food and park at the square. Even at the small park by the corner has water fountain splashing opposite. We saw a few families there. Kids ran ecstatically after water shoot up.  


We also want to check out the hiking place nearby, so we drove up and saw the signage direction  to the Gasing Hill Education forest. We passed thru but didn't find it, we mistakenly turn left to the residential area. Big houses with spacious yards. One of the houses even have Roman and gladiator statues infront. 


We ascended up and further up, we encounter a beautiful view. We thought we wanted to park the car and take photos.  Unfortunately the area was full of monkeys. We thought of fruits leftovers on the ground were for monkeys. 


Anyway it is nice that we discovered that spot, we captured thd open wide scenery and it was such a beautiful sight. The monkeys were on the scene for a moment. 


After a while we passed thru the arch entrance of education forest and it was actually sealed and closed. There is another entrance called Taman Rimba Kerinchi: If time permits, we will explore there. 


Peace! ❤️


Kami teruja bila pengumuman PKP masuk phasa 2 dimana 'rakyat jelatek dah boleh keluar merendek'. 


Rancangan asalnya ialah keluar tempat berdekatan yang sesuai untuk budak-budak. 


Saya nampak ditasik meneru orang menuju ke situ Di A&W, terlalu panjang queuenya, saya 'koni-kechiwa' la juga sebab tak dapat makan A&W waffles.


Cepat-cepat saya cadang untuk singgah McD bagi mengelakkan tergugat semangat suka-suka.


Kami beli makanan dan berhenti di tepi taman square bandar di depan tu ada air pancut dari seberang jalan, ada beberapa keluarga, ramai juga budak-budak berlari kegirangan bila air meletus tinggi. 


Sebenarnya saya siap bawa beg berkelah. Hajat nak menghampar tikar tepi tasik berlatarbelakang kehijauan tebal, hehe..


Kami juga ingin melawat dan memanjat bukit di sini, terus memandu lalu ternampak papan tanda tentang haluan ke Hutan Pendidikkan di Bukit Gasing.


Kami lalu depannya tak perasan, tersilap pula pusing kiri, masuk ke kawasan perumahan besar-besar dengan laman luas-luas. Satu tu siap ada patung Gladiator Roman di depan rumahnya. 


Pandu naik keatas, naik hingga terjumpa puncak bukit dengan permandangan yang indah.


Ingat nak la berhenti dan ambil gambar. Sedih juga kerana ada banyak monyet monyet liar berkeliaran.


Agaknya buah-buahan bersepah diatas tanah tu untuk monyet. Apapun perancanganNya itu lebih baik. SubhanAllah kerana mempertemukan puncak dengan keindahan dari atas ke bawah, permandang yang sangat menarik. 


Semasa pandu hala turun ambil laluan yang sama barulah ternampak yang pintu gerbang naik ke bukit tu ditutup dan di letak tape belang merah. Ada satu lagi pintu masuk iaitu di Taman Rimba Kerinchi, bila ada masa, kita teroka situ pula :)


Salam! ❤️

September 14, 2021

Edamame with vegetable for breakfast - Inspired By Gordon Ramsay's Book

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Kacang soya hijau dengan sayur untuk sarapan - inspirasi dari Buku Gordon Ramsay


Memandangkan ada kacang edamame | Since edamame in the fridge




First attempt to prepare the healthy appetite recipe inspired from Gordon Ramsay's recipe book. My version would be a bit different to suit whatever items that we have in the fridge. 

 

Percubaan menyediakan selera sihat inspirasi dari buku resepi Gordon Ramsay. Versi saya  diolah dengan sedikit kelainan berdasarkan bahan yang ada di peti sejuk. 


Last night, I flipped thru the recipe book, and found a makeable dish with the existing ingredients. In my mind I would like to try eating back clean, with more green. I don't have the real support as when I become moody, some would said it's because I am hungry, is it logical that not enough food will affect moods. For kids I knew, let them feel full, and they will be more calmer. 


When I skipped rice or some meal and acted certain behaviour, some said "perhaps I didn't have enough food". 


Same with the situation of my dad, when we went out, dad nagged of something,  we would hear someone asked  'mom, you didn't feed dad yet hehe.. I giggled actually it is a serious matter.


Mom said on the phone that she told dad that be like abang adik, they made their own' 'quickie' food (sandwich, oranges etc.) and never ask for food. 


Ok, today's breakfast was so good, and I got the comment that the eyes wide open and feel fresh after had the healthy meal. Glad that I tried. 

The ingredients that I used

  • Garlic butter
  • Brocolli
  • Edamame or  Green Soy Beans
  • Sausage
  • Egg
  • Balsamic dressing
  • Pepper
  • Salt



Enjoy your day❤️



Semalam saya tengok setiap mukasurat buku, terjumpa  hidangan yang rasa boleh buat dengan bahan yang sedia ada. 


Dalam minda, saya ingin cuba balik permakanan rendah karbo.


Saya tahu kurang dapat sokongan kerana ada masa saya jadi "moody" kononnya saya tak cukup makan, lapar memainkan peranan kepada perasaan ye?

Saya memang tahu untuk anak-anak, biar mereka kenyang baru lebih tenang. 


Bila saya tak ambil nasi dan setengah makanan, berperangai semacam, ada yang akan cakap "ha tak cukup makan kut ni'. Kalau dengan anak, saya akan suruh derang menngucap 'auzubillahiminashaitanirajim'.  Betul ke perut lapar, naik angin?


Sama situasi bapa saya, kalau kami keluar, dengar dia berleter tu ni, kami akan dengar yang bertanya, bapa tak makan lagi kut ni? hehe. Ye, saya gelak-gelak sebenarnya hal ini adalah serius. 


Baru ni emak beritahu dalam telefon yang dia suruh bapa jadi macam abang dan adik, Alhamdulillah, yang menyediakan makanan 'pantas' mereka sendiri (roti, belahan oren dsb. ) tanpa meminta untuk diberikan makanan.  



Ok, pagi tadi sarapan yang disediakan sangat enak, Alhamdulillah dapat komen yang mata celik betul dan rasa ringan tubuh setelah sarapan. Syukur saya cuba buat. 


Bahan yang saya gunakan

  • Mentega bawang putih
  • Brokoli
  • Edamame atau kacang soya hijau
  • Sos Balsamic 
  • Lada hitam
  • Garam
  • Telur
  • Sosej


Nikmati hari kalian ❤️


Putrajaya Botanical Garden | Taman Botani Putrajaya

Bahasa dan video di bawah :)

English version and a video below :)

Sekolam kehidupan | water living


Bila ada sebuah pulau, permandangan menjadi indah

  The appearance of an island made everything nice



Years past by, the moment by the lake still lingers. From home we straight drove to Putrajaya, Federal Terittory. In the city itself, we searched the road to the botanical garden. Driving through the garden, entering the greenery right after wide view of highways were amazing.


We stopped at the lakes to watch ducks, went in the restaurant, went to swan lake. We even go the gallery building explaining how the type of plants selected to thrived in the lake to filter out the water and all. I didn't take it serously of what, how, when, which that makes the memory lively because in the back of my mind, I wanted to take a glance and will come here again. It is not a far drive from home via highway. Little that I know, right after that the lockdown hit, even cross districts are forbidden. 


So I Iearnt not to take anything for granted every single moment, next time I get kids to write down the detail of the places that we have been to. His the best planner. 


Love greetings,❤️


Tahun berlalu, momen semasa ditasik itu masih lagi teringat. Dari rumah kami terus menuju ke Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Dari bandaraya tersebut, kami mencari jalan ke Taman Botani. Jalan ke taman ini dikelilingi oleh kehijauan dan permandangan yang indah menakjubkan, selepas beberapa lama hanya memerhatikan lebuhraya kiri dan kanan.


Kami berhenti ditepi tasik untuk melihat itik itik dan kemudiannya ke restoran dan memerhati angsa angsa bercanda di tasik angsa. Kami juga melawat bangunan galeri yang menerangkan bagaimana tanaman tanaman tertentu dipilih khas untuk menapis air tasik tersebut dan lain lain. Saya tidak mengambil serius sangat tentang semuanya pada masa itu kerana memikirkan dilubuk hati saya ini yang hari tersebut itu hanya untuk memerhati secara rambang saja. Saya akan datang lagi pada bila bila masa nanti. Tak disangka sangka selepas PKP ini, rentas negeri dn daerah juga telah disekat. 


MashaAllah! Saya pelajari yang kita tidak boleh mengambil ringan tentang apa yang kita kecapi untuk setiap masa yang kita lalui itu, saya juga akan mengajar anak anak saya untuk mencatat fakta dan perincian untuk tempat tempat yang kami lewati nanti. Sambil lewa ingatkan ada peluang, rupanya Allah swt sebaik perancang. 


Salam Sayang, ❤️


September 13, 2021

Me Time for a fish? | Masa bersendirian untuk seekor ikan menetaskan telur-telurnya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 

Fish needs alone time to hatch 10 to 20 fry. 


Biasa minta jurujual ikan tolong pilih ikan betina yang perutnya ada telur 

We used to ask the sales guy at the fish shop to choose the fish with a big tummy. 



In one phase of my life, by chance I indulged in taking care of fish.  First, I became interested in rearing gold fish inside a big fish bowl. I bought the bowl and filled it with two gold fish for display in the living room.


I even shared with adik the idea to buy fighting fish for a present, then it lead me to have some guppies in the room.

I got to learn to set up the fish aquarium without using filter from one of my relative. 


When that idea implemented, I kept arranging cookies jar converted to aquarium. Fish in jar is also set as a present for the teacher's day. Adik brought the pair of guppies, while abang gave a pegaga plant for their respective teachers.


The condition you need to set up an aquarium for guppies without a filter; You need four things for a natural circulation aquarium.


Items to set up a natural aquarium:


  • A container, round or rectangle or square.
  • Rocks or pebbles
  • Water Plants
  • Filtered water or dechlorine solution for tap water. 


One day we decided to put one female alone in a aquarium. Then a surprise happened the very next morning. So excitedlly to see the fry (newly hatched babies) like 10 to 20 swimming in groups, they looks like tadpoles giving goosebumps to me at the same time. Of course I am excited, started to dreaming of my own fish shop, also want to give some to my friends. The feeling on that day was like I just got MYR2 Million hehe.. 


Love❤️

 

Ada fasa dalam hidup ini, saya terjebak dalam hobi membela ikan. Berminat lebih kepada ikan emas dalam balang bulat dan diletakkan di sudut ruang tamu.


Pernah saya berkongsi idea dengan adik yang mempunyai minat yang sama untuk memberi ikan laga sebagai hadiah, selepas itu terbawa-bawa pula untuk menghias bilik tidur dengan ikan gapi. Saya belajar dari seorang saudara saya tentang penjagaan ikan  tanpa mesin oksigen atau "filter".


Bila dapat idea terus saya buat akuarium dengan balang biskut. Ikan dalam bekas pun dijadikan hadiah untuk hari guru. Adik bawa sepasang ikan gapi, manakala abang bawa pokok pegaga untuk guru yang  masing-masing mereka kasihi. 


Bahan yang diperlukan untuk menyediakan akuarium tanpa mesin oksigen  untuk gapi ada empat iaitu:

 

  • Bekas plastik, balang biskut yang sedang saiznya. 
  • Batu sungai atau batu bukit bersaiz kecil atau campur. 
  • Air tapisan atau air yang dikeluarkan klorin dengan cecair dechlorine.
  • Pokok air atau pokok duit-duit. 


Suatu hari saya telah asingkan ikan betina dalam bekas lain iaitu akuarium kecil. Paginya kami dikejutkan dengan anak-anak ikan yang begitu ramai. SubhanAllah! Teruja melihat ikan beranak pinak dalam 10-20 ekor berenang selonggok bagai berudu, naik meremang bulu roma. Mula berangan-angan nak buka kedai jual ikan pun ada, nak beri sebagai hadiah kat kawan kawan pun terlintas, rasa pada masa itu bagaikan dapat duit RM2 juta hehe.. 


Salam❤️

Chicken Dendeng | Ayam Dendeng

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Chicken "dendeng" means chicken sliced thinly cooked with coconut sugar and spices


Ayam dendeng ialah ayam yang dihiris nipis - nipis dimasak dengan gula melaka dan rempah.




Loving the taste of sweetness and spicy, I thought of "Biltong"/ Jerky that I had during Seerah Camp that conducted by South African scholars, they gave us to try Biltong that is famous in South Africa.


So I was thinking which local delicacy Chicken Dendeng, which closely resembled to Biltong or Jerky, the dried sweet and spicy meat. 

I had beef dendeng before, it was delicious and yummy. It's like a snack from the RNR stop, thin sliced potato crisps with glaced sweet chili taste. However, I want a food that is drier and not sticky.  I love the taste of coconut sugar in it, as it has creamy taste and with the spices, it is so good to eat by itself provided the chicken strips are crispy before mixed  with the fiery spice paste.


Simple Ingredients of chicken dendeng:

400g chicken keel

3 red onions - blended

5-6 garlic cloves - blended

1 tbs coconut sugar add more to suit taste

4 tbs blended Dried chillies

1 tbs kurma spice (rempah kurma

1 Lemon grass stalk

Salt to taste


The recipe called out for boiling the chicken first. I didn't do that as I have the feeling that boiling the chicken it's like eating tasteless pulps, so I skipped that. 


Cut the chicken thinly and fry them crispy.. Put aside. 

Sautee the blended spices, add every each of the above, last but not least mix the sliced chicken, stir well til dried. You can serve it with hot rice, or eat it alone by itself. 


This kind of cooking is good for snack actually, but it's nice to have it with rice too. It's simply delicious. 



Happy Monday. ❤️


Suka rasa manis dan pedas dalam masakan daging yang digoreng kering. Teringat saya kepada daging "Biltong" /Jerky yang diperkenalkan oleh Ustaz-ustaz Afrika Selatan semasa menghadiri Kem Seerah. Daging Biltong itu manis berempah. 


Jadi saya memikirkan apa masakan tempatan yang hampir sama rasa dengan Biltong dan saya rasa ialah daging dendeng yang dimasak dengan gula melaka dan cili berempah.. Saya pernah makan daging dendeng sebelum ni, ia sangat sedap bagai nak ulang makan sebagai snek pula. 


Rasa seakan snek yang dijual di RNR, macam kerepek ubi cili manis tapi ianya terlalu melekit. Saya lebih suka kering dengan rasa gula melaka yang berlemak tu dengan rempah cili. Saya guna ayam yang dihiris nipis-nipis dan digoreng sebelum dimasak manis dengan cili berempah yang telah dikisar. 


Ringkasan bahan untuk Ayam dendeng:

400g ayam bahagian isi

3 labu bawang merah dikisar

5-6 biji bawang putih dikisar

1 sudu besar gula melaka atau tambah secukup rasa 

4 sb cili kering yang telah dikisar

1 sb serbuk rempah kurma

1 batang serai dititik

Garam secukup rasa.


Sepatutnya daging perlu direbus dahulu seperti didalam resepi, tetapi saya kurang gemar, kerana rasa ayam direbus dulu bagai rasa hampas. 


Jadi saya terus goreng ayam yang dipotong nipis hingga garing. Angkat dan letak dahulu di sebelah. 


Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ayam dan gaul rata sampai kering. Hidang dengan nasi atau makan begitu saja. 


Cara masaknya memang mudah. Rasanya sedap macam snek, tetapi enak juga jika dimakan dengan nasi. Alhamdulillah, amat sedap. 


Salam Isnin, selamat berpuasa bagi yang berpuasa. ❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin