Pages

September 14, 2021

Putrajaya Botanical Garden | Taman Botani Putrajaya

Bahasa dan video di bawah :)

English version and a video below :)

Sekolam kehidupan | water living


Bila ada sebuah pulau, permandangan menjadi indah

  The appearance of an island made everything nice



Years past by, the moment by the lake still lingers. From home we straight drove to Putrajaya, Federal Terittory. In the city itself, we searched the road to the botanical garden. Driving through the garden, entering the greenery right after wide view of highways were amazing.


We stopped at the lakes to watch ducks, went in the restaurant, went to swan lake. We even go the gallery building explaining how the type of plants selected to thrived in the lake to filter out the water and all. I didn't take it serously of what, how, when, which that makes the memory lively because in the back of my mind, I wanted to take a glance and will come here again. It is not a far drive from home via highway. Little that I know, right after that the lockdown hit, even cross districts are forbidden. 


So I Iearnt not to take anything for granted every single moment, next time I get kids to write down the detail of the places that we have been to. His the best planner. 


Love greetings,❤️


Tahun berlalu, momen semasa ditasik itu masih lagi teringat. Dari rumah kami terus menuju ke Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Dari bandaraya tersebut, kami mencari jalan ke Taman Botani. Jalan ke taman ini dikelilingi oleh kehijauan dan permandangan yang indah menakjubkan, selepas beberapa lama hanya memerhatikan lebuhraya kiri dan kanan.


Kami berhenti ditepi tasik untuk melihat itik itik dan kemudiannya ke restoran dan memerhati angsa angsa bercanda di tasik angsa. Kami juga melawat bangunan galeri yang menerangkan bagaimana tanaman tanaman tertentu dipilih khas untuk menapis air tasik tersebut dan lain lain. Saya tidak mengambil serius sangat tentang semuanya pada masa itu kerana memikirkan dilubuk hati saya ini yang hari tersebut itu hanya untuk memerhati secara rambang saja. Saya akan datang lagi pada bila bila masa nanti. Tak disangka sangka selepas PKP ini, rentas negeri dn daerah juga telah disekat. 


MashaAllah! Saya pelajari yang kita tidak boleh mengambil ringan tentang apa yang kita kecapi untuk setiap masa yang kita lalui itu, saya juga akan mengajar anak anak saya untuk mencatat fakta dan perincian untuk tempat tempat yang kami lewati nanti. Sambil lewa ingatkan ada peluang, rupanya Allah swt sebaik perancang. 


Salam Sayang, ❤️


September 13, 2021

Me Time for a fish? | Masa bersendirian untuk seekor ikan menetaskan telur-telurnya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 

Fish needs alone time to hatch 10 to 20 fry. 


Biasa minta jurujual ikan tolong pilih ikan betina yang perutnya ada telur 

We used to ask the sales guy at the fish shop to choose the fish with a big tummy. 



In one phase of my life, by chance I indulged in taking care of fish.  First, I became interested in rearing gold fish inside a big fish bowl. I bought the bowl and filled it with two gold fish for display in the living room.


I even shared with adik the idea to buy fighting fish for a present, then it lead me to have some guppies in the room.

I got to learn to set up the fish aquarium without using filter from one of my relative. 


When that idea implemented, I kept arranging cookies jar converted to aquarium. Fish in jar is also set as a present for the teacher's day. Adik brought the pair of guppies, while abang gave a pegaga plant for their respective teachers.


The condition you need to set up an aquarium for guppies without a filter; You need four things for a natural circulation aquarium.


Items to set up a natural aquarium:


  • A container, round or rectangle or square.
  • Rocks or pebbles
  • Water Plants
  • Filtered water or dechlorine solution for tap water. 


One day we decided to put one female alone in a aquarium. Then a surprise happened the very next morning. So excitedlly to see the fry (newly hatched babies) like 10 to 20 swimming in groups, they looks like tadpoles giving goosebumps to me at the same time. Of course I am excited, started to dreaming of my own fish shop, also want to give some to my friends. The feeling on that day was like I just got MYR2 Million hehe.. 


Love❤️

 

Ada fasa dalam hidup ini, saya terjebak dalam hobi membela ikan. Berminat lebih kepada ikan emas dalam balang bulat dan diletakkan di sudut ruang tamu.


Pernah saya berkongsi idea dengan adik yang mempunyai minat yang sama untuk memberi ikan laga sebagai hadiah, selepas itu terbawa-bawa pula untuk menghias bilik tidur dengan ikan gapi. Saya belajar dari seorang saudara saya tentang penjagaan ikan  tanpa mesin oksigen atau "filter".


Bila dapat idea terus saya buat akuarium dengan balang biskut. Ikan dalam bekas pun dijadikan hadiah untuk hari guru. Adik bawa sepasang ikan gapi, manakala abang bawa pokok pegaga untuk guru yang  masing-masing mereka kasihi. 


Bahan yang diperlukan untuk menyediakan akuarium tanpa mesin oksigen  untuk gapi ada empat iaitu:

 

  • Bekas plastik, balang biskut yang sedang saiznya. 
  • Batu sungai atau batu bukit bersaiz kecil atau campur. 
  • Air tapisan atau air yang dikeluarkan klorin dengan cecair dechlorine.
  • Pokok air atau pokok duit-duit. 


Suatu hari saya telah asingkan ikan betina dalam bekas lain iaitu akuarium kecil. Paginya kami dikejutkan dengan anak-anak ikan yang begitu ramai. SubhanAllah! Teruja melihat ikan beranak pinak dalam 10-20 ekor berenang selonggok bagai berudu, naik meremang bulu roma. Mula berangan-angan nak buka kedai jual ikan pun ada, nak beri sebagai hadiah kat kawan kawan pun terlintas, rasa pada masa itu bagaikan dapat duit RM2 juta hehe.. 


Salam❤️

Chicken Dendeng | Ayam Dendeng

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Chicken "dendeng" means chicken sliced thinly cooked with coconut sugar and spices


Ayam dendeng ialah ayam yang dihiris nipis - nipis dimasak dengan gula melaka dan rempah.




Loving the taste of sweetness and spicy, I thought of "Biltong"/ Jerky that I had during Seerah Camp that conducted by South African scholars, they gave us to try Biltong that is famous in South Africa.


So I was thinking which local delicacy Chicken Dendeng, which closely resembled to Biltong or Jerky, the dried sweet and spicy meat. 

I had beef dendeng before, it was delicious and yummy. It's like a snack from the RNR stop, thin sliced potato crisps with glaced sweet chili taste. However, I want a food that is drier and not sticky.  I love the taste of coconut sugar in it, as it has creamy taste and with the spices, it is so good to eat by itself provided the chicken strips are crispy before mixed  with the fiery spice paste.


Simple Ingredients of chicken dendeng:

400g chicken keel

3 red onions - blended

5-6 garlic cloves - blended

1 tbs coconut sugar add more to suit taste

4 tbs blended Dried chillies

1 tbs kurma spice (rempah kurma

1 Lemon grass stalk

Salt to taste


The recipe called out for boiling the chicken first. I didn't do that as I have the feeling that boiling the chicken it's like eating tasteless pulps, so I skipped that. 


Cut the chicken thinly and fry them crispy.. Put aside. 

Sautee the blended spices, add every each of the above, last but not least mix the sliced chicken, stir well til dried. You can serve it with hot rice, or eat it alone by itself. 


This kind of cooking is good for snack actually, but it's nice to have it with rice too. It's simply delicious. 



Happy Monday. ❤️


Suka rasa manis dan pedas dalam masakan daging yang digoreng kering. Teringat saya kepada daging "Biltong" /Jerky yang diperkenalkan oleh Ustaz-ustaz Afrika Selatan semasa menghadiri Kem Seerah. Daging Biltong itu manis berempah. 


Jadi saya memikirkan apa masakan tempatan yang hampir sama rasa dengan Biltong dan saya rasa ialah daging dendeng yang dimasak dengan gula melaka dan cili berempah.. Saya pernah makan daging dendeng sebelum ni, ia sangat sedap bagai nak ulang makan sebagai snek pula. 


Rasa seakan snek yang dijual di RNR, macam kerepek ubi cili manis tapi ianya terlalu melekit. Saya lebih suka kering dengan rasa gula melaka yang berlemak tu dengan rempah cili. Saya guna ayam yang dihiris nipis-nipis dan digoreng sebelum dimasak manis dengan cili berempah yang telah dikisar. 


Ringkasan bahan untuk Ayam dendeng:

400g ayam bahagian isi

3 labu bawang merah dikisar

5-6 biji bawang putih dikisar

1 sudu besar gula melaka atau tambah secukup rasa 

4 sb cili kering yang telah dikisar

1 sb serbuk rempah kurma

1 batang serai dititik

Garam secukup rasa.


Sepatutnya daging perlu direbus dahulu seperti didalam resepi, tetapi saya kurang gemar, kerana rasa ayam direbus dulu bagai rasa hampas. 


Jadi saya terus goreng ayam yang dipotong nipis hingga garing. Angkat dan letak dahulu di sebelah. 


Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan ayam dan gaul rata sampai kering. Hidang dengan nasi atau makan begitu saja. 


Cara masaknya memang mudah. Rasanya sedap macam snek, tetapi enak juga jika dimakan dengan nasi. Alhamdulillah, amat sedap. 


Salam Isnin, selamat berpuasa bagi yang berpuasa. ❤️


September 12, 2021

Langkawi's Happy Family | Keluarga Bahagia Langkawi

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version dan one minute video below:)


Anak mencari ibu| Baby search for mother



Bapa, ibu dan anak berkumpul | Father, mother and new born baby reunites


We went to Langkawi and of course we visited my uncle who owns a resort there. 


He also conducts cooking sessions for tourists who interested in traditional Malay cuisines. I did saw about him in magazine/TV but never had a chance to tell him about it.


Visiting them are always interesting, island life, everyday looks like they're on vacation even though it is work for some. 


We stopped by at the resort but didn't visit his Malay designed house which is beautiful to many. 


At that time, the resort was almost ready, we listened about their plan about the end of  the village resort. Kind of impressive as they received bookings from all over the world. The cooking session is `Cook with Shuk'. the resort name is Hujung Kampung Resort. 


On the way back to our hotel, we bumped into a 'happy family', adik was so excited calling 'sweety, sweety, sweety' to the mother, and more overwhelmed when the baby walked slowly to join his mama, could see adik was enlighted how she expressed it, it's the best stop ever for us, not the zoo, not the safari but real life by the village road side. 



Let's prepare for a happy holiday. ❤️




Kami pergi ke Langkawi dan semestinya melawat pakcik saya yang mempunyai sebuah resort yang bernama Hujung Kampung Resort. 

Pakcik saya juga membuat kelas memasak makanan melayu tradisional buat pelancong pelancong yang berminat iaitu 'Cook with Shuk". Pernah melihat di majalah/televisen berkenaan pakcik saya tetapi tak berkesempatan untuk memberitahunya lagi. 

Melawat mereka memang menarik, kehidupan pulau setiap hari adalah ala percutian, walau kerja kata mereka.


Kami singgah di resort yang hampir siap masa tu, tak sempat singgah di rumah pakcik yang berkonsep rumah melayu lama untuk kali itu. 


Kami mendengar  perancangan terakhir pembinaan resort yang berkonsep percutian di dalam kampung, terpegun kerana ramai dari luar negara telah membuat tempahan awal.


Semasa menuju pulang ke hotel, kami terserempak dengan 'keluarga yang cantik dan bahagia', adik begitu teruja siap  memangil 'sayang, sayang, sayang' bila ternampak si ibu. Lagi kagum dan teruja bila ternampak si anak berjalan ke ibunya, aha baby iaitu si anak yang baru lahir katanya, meh ke ibu, come to mama, kesian pula bila dengar balik terlalu ceria penuh expressi bila suka hati.


MashaAllah! Begitulah kami terasa rezeki tak sangka dapat dinikmati memerhati keluarga ini bukan di zoo atau safari tapi kehidupan sebenar di tepi jalan.


Jom rancang percutian yang indah ❤️


Waiting for food | Menanti makanan

Bahasa dan video seminit  di bawah :)

English version and one minute video below :)


Water cress/ Pegaga

Membuat pesanan, Menunggu

Order and wait

Menapak, mengambil  pula



It was a beautiful morning, but I was not so hungry. However, I had a craving for an authentic Malaysian food from a  restaurant at the nearby mall. 

As for mall outlets, normally we only can place order at 10 am.  


The restaurants that cater breakfast really early in the morning are only few that I knew of. Indian nasi kandar food which also known as restaurant mamak provides early  morning meal; Or elsewhere there are McDonald's or Coffee Bean & Tea leaf and even Starbucks.

 

I'm craving for food from the shop at the mall, but they don't open until 10 am. While waiting, I went to the kitchen and take out the garbage from two bins and in the basket for recycle items. The feeling of taking out the garbage its like detox and to make the

house smell good. Went out with the garbage, walked straight to the bin box. 


While walking I saw the pegaga herbs is also a type of water cress blooms beside the grass. I pulled them from the root and transfered to pots. This herb is quite well known for it's 'stay young' properties amongst Malaysians (or elsewhere too?) 


I walked back into the house, washed my hands, and quickly made an order for food. Approximately 20 minutes later, the nasi lemak daun pisang arrived, oh! such a relief and satisfying taste. The reward of patiently waiting.. mmm even birds had early breakfast :) 


Bon appetite! ❤️


Pagi indah yang tak berapa lapar.  Selera dipagi inginkan makanan autentik dari restoran di pasaraya yang berdekatan. Pasaraya hanya akan dibuka pada pukul 10 pagi. 


Restoran yang menyediakan sarapan yang saya tahu, kedai mamak atau nasi kandar, selain dari Mcdonald's atau Coffee Bean & Tea Leaf malahan juga dari Starbucks. 


Dah tekak teringin yang special hari ni jadi saya sanggup tunggu.


Sementara menunggu, saya pergi ke dapur, ambil bungkusan-bungkusan sampah, terus keluar dari rumah dan buang di kotak sampah.


Semasa berjalan balik menghala ke rumah, saya ternampak pokok pegaga merunyut tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Saya cabut dari akar, pindah anak pokok ke pasu. Herba ini memang terkenal dengan 'awet muda' nya dikalangan warga Malaysia (dan mungkin warga lain juga?) 


Selesai menanam saya masuk dan basuh tangan, terus tekan pesanan. Dalam anggaran masa 20 minit, Alhamdulillah sampailah makanan yang dinanti iaitu nasi lemak daun pisang yang oh! sedap, dan puas hati. Itulah ganjaran bersabar menunggu, mmm.. tengok burung-burung pun dah kenyang. 


Selamat menjamu selera! ❤️




September 11, 2021

Planting Pineapple | Tanam Pokok Nenas dan khasiat yang ketara

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Nenas diamalkan untuk kuatkan imuniti tubuh


Pineapple defends from free radical 



After knowing the goodness of pineapple for body immunity, I made a point to eat pineapple as often, kids abang adik tried it but never liked it so much. As for them I would give them oranges and apples instead.


I purchased pineapples online or bought at the shop nearby. Bought two sometimes, I give one to my neighbour. My neighbour even went and plant it and it grows successfully. 


I did the same. I cut the stalk and planted it at the back of our house. Actually I procrastinate to plant it. I hope it will grow.


Benefits that I feel after having pineapple often, I feel at normal state even when I eat something that give 'wind' to my body. For example, after eating stinky beans, I didn't feel anything funny, even glutinous rice was fine too. 


Fact of stinky beans or any beans are superfood, like milk is superfood, when we eat and stay idle, the energy don't go through sweat, it will be stucked at muscle, that's when we feel aching. 


Superfood like milk, for instant newborn baby can grow fast to become  toddler. As an adult human, if I'm taking milk or beans (bean itself is a seedling to a tree, means that I will get nutrition not like from leaf but from bean right?, folate will be in leaf but bean has both folate, protein and much more.  


Back to consuming milk or glutinous rice and idling, layback and do mild work will not be enough of energy usage, so once consume these foods, do a lot of work movement or my own remedy to eat pineapple to add more nutrition, good digestion plus detoxifcation help stabilize.  Note to self. 


Happy weekend❤️


Selepas mengetahui dan diingatkan lagi dalam berbagai media tentang kebaikan pengambilan buah nenas, setelah tahu saya mula  pastikan untuk makan nenas selalu. 


Saya buat pembelian nenas dalam online atau beli di kedai berdekatan. Beli sebiji dua setiap kali, kalau dua, saya beri satu kepada jiran saya. Saya nampak jiran tanam pokok nenas dari putiknya itu. Saya pun turut serta menanamnya dibelakang rumah. Potong bahagian bawah sikit dari jambulnya atau putiknya, tanam dalam pasu sebab emak saya cakap dia letak atas tanah tumpang pasu pokok lain, naik subur. Jadi saya tanam macam tu je. 


Khasiat buah nenas yang saya ketara saya rasai ialah bila makan benda yang berangin sepert petai atau pulut, tak rasa apa pun Alhamdulillah, rasa biasa.


Cuba bagi dekat abang adik, mereka kurang gemar, jadi diberi  buah oren atau epal untuk menambah immuniti. 


Sebenarnya makanan terbaik superfood iaitu susu, kacang, cendawan tu ada khasiat bole membesar dan menguatkan tubuh, jika tidak digunakan dan di keluarkan melalui peluh, jadi toksik yang boleh memberi sengal-sengal.


Susu tu ringkas tetapi makanan super/terbaik ini yang boleh membesarkan seorang bayi. Untuk dewasa meminum susu tetapi berlegar tak bergerak kerja lama-lama rasa badan berat dan berangin. Tetapi jika mengambil buah nenas dapat menolong menambah nutrisi, prnghadaman yang baik, detoksifikasi yang lancar dengan kuasaNya tubuh rasa biasa dan segar lagi. Jadi, sekurangnya dapt menolong jika ingin makanan kegemaran seperti petai dan pulut. Peringatan ini untuk diri juga. 


Selamat berhujung minggu❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin