Pages

September 9, 2021

Sweet spread | Sapuan Manis

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Sedap 

A jar lasts a month / sejar sebulan


Eating light, lightly spread, less time preparation allow me have more time to chill or chat.

Otherwise, reading while eating is also possible. I had sweet spread of a fruit from same species as peach. A fruit that need to be picked from tree. Once its ripened mean that it has gone to far. It's apricot jam that I bought from grocer nearby. 


I love to see when sandwich cut in triangle shape. And it is sweet looking of breads on the saucer with coffee cup on the side. As mine was on a messy table, there were a jam jar. Egg coconut puree or jam and others eg butter box. That's reality. 

 

I prepared and had toasts with apricot jam with hot White coffee and it'll be enough for me for the whole morning. 


Have a lovely day ❤️


Makan yang ringan-ringan, sapuan nipis, tidak langsung memakan masa dalam menyediakannya memberi saya lebih waktu untuk santai dan berborak. 


Kalau tidak pun, membaca dan makan pun boleh juga. Saya makan roti dan jem buah yang sama spesies dengan buah pic. 


Buah ini perlu dipetik dari pokok, jika terlalu ranum sudah tak elok hehe (baca dalam wiki) 


Buah yang dimaksudkan ialah aprikot dan jemnya dibeli dari grocer yang berdekatan. 


Sekejap ja nak siap, bakar roti, sapu dengan jam, makan dengan kopi panas. Alhamdulillah Cukuplah untuk alas perut sepagi. 


Sebenarnya saya tertarik dengan sandwich yang dipotong tiga segi tu.


Nampak cosy ja roti dalam piring berdekatan dengan cawan kopi. Tapi bila tah ni, meja serabut dengan botol jem, bekas seri kaya, marjerin, itulah realiti.


Syukur selalu❤️



September 8, 2021

Janda Baik Village for sight seeing or resting | Jom Jalan-jalan ke Kampung Janda Baik

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)



Tak sangka disambut dengan meriah video no 1/

They welcomed us in the video 1


Bagai persembahan

Like a show on stage


Beautiful show ends

Kids watched it til the end

Abang adik teruja



Not far from Kuala Lumpur, there is a beautiful village at Bentong, Pahang. A residential area that has converted to resort living near the city. 


We planned to go south but  enroute to east.  We would like to have only a gateaway at that time. 


Didn't mind going to the beach nearby or  joy ride around the city and back home was fun for us. We only brought a minimum amount of clean clothes with us. 


Heading to east as far as to have Patin fermented durian curry at Termeloh. The infamous Gulai ikan patin tempoyak at Termerloh. 


But we didn't go straight but stop at the big RNR Genting Sempah  area where the Mcdonald is location, behind it has a route to Janda Baik. Along the highway we had thoughts of stopping at Bukit Tinggi, and have a walk at the Japanese Garden. 


If we go the opposite side of the highway, we will have a chance to visit Genting Highland, where one of the best experience was we 'unexpectedly stumbled' upon the canteen for the staffs and workers, and ended having a good hearty meal there. There is a hidden pathway in the mall that meant for staffs and we sort of wandered into the place. Anyway, this is my dad's way of exploration (way to go dad!) :) 


For this trip, we however decidedto have a 'u- turn' after Bukit Tinggi and visit a beautiful village with a peculiar name of Janda Baik (Good Widow or Divorcee). 


Our journey took us slightly up tothe highland location, that's what make the place different than any other normal village here. (a lot cooler too)


We found a lorong, not sure but after a short drive we found a resort; The place is kind of isolated but has the most impressive ambience and serene atmosphere. 


We decided to stop and check where we can rest and fill up our growling tummies, the operator  offered us to stay at their new villa not far from there, a lake front house. 


We quickly settled in and asked the caretaker to get us some food. In the morning, we witnessed the sprawling teratai flowers blooming all over the lake and they just look spectacularly beautiful.  



A horse rider crossed by to make the morning lovely. During the night, my dad wanted to eat durian, we didn't bother to care coz of tiredness from the long trip and ready to enjoy the night in peace. 


Dad however still had a way to have what he wanted, and the caretaker there was willing to fulfill his needs. He took mom's phone number. Keep calling her whether the price of durian outside was acceptable for them. If so, he would then buy and bring the durian to us. 


Dreams came true for dad and mom when the durians were served in the villa, we took a chance to enjoy and cherished every seconds of the village stay moment. 


I think I had the experience to be like a Janda Baik villager and eat like the resident eat. Now I remember the place name Bidaisari. 


If  I ever go on travel again, I will want to do what the locals do, yes, just like the saying 'when you are in Rome do as the Romans do'. 


Thats it the gateaway documentary hehe :) 



Enjoy your day ❤️



Tak jauh dari Kuala Lumpur, ada sebuah kampung yang permai di Bentong, Pahang.  Perkampungan yang ditukar ke pusat peranginan untuk sesetengah kawasan kampung di situ. 

Kami rancang hendak ke selatan tetapi melencong ke timur. Matlamat hanya inginkan suasana rehat. Tak kisahlah hala  ke pantai berdekatan atau pusing-pusing di sekitar bandar dan balik ke rumah pun sudah bahagia buat kami. Oleh itu, kami bawa persalinan paling minimum buat solat, biar bersih.


Menuju ke timur sejauh ke tempat mahsyur  dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin.


Kami tidak terus ke Temerloh tetapi pusing ke kanan naik ke Janda Baik, jalan masuk di belakang Mcdonald's terletak di RNR Genting Sempah.


Semasa menghala ke sana sebelah kiri akan ditemui dengan Bukit Tinggi, jika kesitu boleh la  bersiar-siar ala di negara France dan di taman orang Jepun.


Ke sebalik lebuhraya akan bertemu dengan Genting Highlands, teringat pengalaman makan di kantin khas untuk perkeja-pekerja di situ, mereka menyambut baik kerana kami sesat ke situ gara-gara ikut bapa saya yang suka terokai bangunan hotel atau mall. Seronoklah dapat sembang dengan pekerja-pekerja di situ. (syabas bapa! ):) 


Untuk perngembaraan ini, kami buat pusingan u untuk ke perkampungan Janda Baik yang indah dan permai.


Perjalanan ke tanah meninggi, itulah keunikkan kampung yang penuh kehijauaan dan dingin bayu tropikal.


Kami ternampak lorong tapi bawa kami ke mana berhenti untuk bertanya tempat mengisi perut, ditawar kepada kami rumah ala villa depan tasik.


Suasana flora dan fauna semulajadi amatlah istimewa sekali.


Kami tidak berlenggah lagi untuk berehat di situ dan dilayan oleh seorang penjaga ditugaskan untuk villa kami inapi.


Dipagi hari kami dikejutkan oleh bunga-bunga kiambang yang besar-besar kembang pagi dan boleh kata memenuhi seluruh tasik didepan rumah kami (resort).


Sesambil menikmati permandangan indah itu, kami juga nampak penunggang kuda merentas di hadapan mata, memberi suasana kampung omputih la pula. Ya dah ingat  nama tempatnya ialah Bidaisari. 


Masa malamnya, bapa menyebut-nyebut nakkan durian, kami yang keletihan diam macam tu saja. Dalam hati bila keluar esok-esok hala balik kita singgah la,. Tapi kenalnya bapa, dia akan ada cara untuk dapatkan apa yang dimahukannya. 


Bapa yang bertuah ditolong oleh petugas yang menjaga kami untuk membawa sarapan dan hidangan lain kerana resort itu belum buat buffet di dewan makan. Jadi orang yang menolong bapa tak ingat pula namanya, beliau ambil nombor telefon ibu dan menelefon tentang harga jika setuju beliau bawa durian untuk mereka. 


Impian menjadi kenyataan, bila durian disajikan, kami tidak segan silu, menumpang sekaki. Nikmat betul makan durian dengan bunyi sungai mengalir ditepi pintu berlawanan pintu menghadap tasik. 


Dari pengalaman ini, saya rasa nak cubalah buat seperti orang tempatan lakukan jika melancung ke mana-mana nanti seperti perpatah Inggeris, 'jika ke rom buatlah seperti orang roman lakukan'.


Itu saja dokumentasi  makan angin merentas negeri :) (insiden sebelum pandemik. 


Kecapi hari anda ❤️



Buka pintu dapur ada sungai

Homemade Fishball |Bebola ikan buat sendiri

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Buat bebola ikan sendiri teringat masa buat mochi


Cuma guna tepung jagung, rasa mahal macam scallop



Craving for fish pattie that has little bit of green vegetables in it. Not long after that, I had second thought. This is because I doubt if adik would want to eat it. She loves white and clean fish ball. So, I decided to make basic fish ball instead. At the same time I was thinking of making Yellow Acar Fish. Kailan vege was also in the fridge, so must cook that too. 


If I cook fish cake, I would pan fry, and prepare salad. I would like to eat protein and  vege that is good carbs full of fibre. Like to eat more vege like before, as I usually ordered only protein with vege when eating outside before the pandemic. After that I forgot all about it not much activities, foods are main errands. Maybe next time I will make fish patty and eat with bunch of vege. 


Basic fish ball:

I prepared 500 g of boneless fish

Blend it til soft add the below items:

2 tbs corn flour

1 tsp salt

1 tsp sugar

Mix well 


For future, I must adjust the corn flour to 3 tbs to make it look like the commercial version, coz adik knew to compare. 


Boil them for about 5 minutes, then take out. I put them with kailan then. The taste of fish ball were good. Kind of like scallop taste, expensive and luxury taste. Wow!


PS : Acar Fish's story willl be next time:) 


Welcome Wednesday ♥️


Sebenarnya saya teringin pattie ikan yang ada cebisan lobak merah dan sayur hijau sikit-sikit tu. Tiba tiba ada fikiran kedua, rasa ragu adik suka bersayur. Dia suka bebola ikan yang putih dan licin biasa tu.


Jadi saya putuskan untuk cuba buat yang paling asas bebola ikan. Masa yang sama ingin masak Ikan Acar. Lagipun kailan dah lama di dalam peti sejuk. Mesti kena masak kailan juga. Nak cuba makan macam sebelum pandemik dahulu. 


Kalau saya buat pattie ikan Saya akan goreng di  pan saja. Saya rasa ingin mula balik makan fibre karbohydrate seperti salad dengan kuantiti ysng banyak. Jadi akan guna salad bersama burger ikan atau pattie ikan. 


Selepas tu dah tak da idea makan rendah karbo ni, sebab kurang aktiviti. Mungkin di masa akan datang nak buat salad lengkap lah. 


Bebola ikan biasa:

Dah ada ikan 500g

Kisarkannya

Campur semua bahan di bawah

2 sb tepung jagung. 

1 sk garam

2 sk gula

campur dan gaul rata. 

Cuma nak beringat diri ni,  perlu tambah sesudu tepung jagung lagi kerana adik tahu bandingkan fish ball beli keras sikit dengan buat sendiri. 


Rebus bebola yang sudah siap dalam air mendidih selama 5 minit. Memang sangat sedap bebola yang dah masak, rasa macam scallop, rasa mewah dan mahal kan. MashaAllah. 


PS: tentang Ikan Acar Kuning, untuk post akan datang. 


Rabu menjelma ❤️


September 7, 2021

Side Plank Stretching | Uji kekuatan Tangan juga serta regangan mengiring

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Secara langkah demi langkah mengangkat pinggul

Cuba bersopan dalam senaman hehe.. (gambar dari buku Fusion Workout, steps by steps di video. 


One spot exercise is popular and meet to my liking.  It's about do or do not do hehe... sounds like Shakespeare's play from Hamlet - 'to be or not to be?' .  This is important, when you go for interview, they want specific.


I want to do but, but, end up with the want which lead me half way there.. On the way.  I have to consider a lot of things to do even at home, as my kids are around, the position of stretching varies and awkward to some. 

babypose position is also kind of different, baby pose is after you have done vigorous poses, and you will rest your forehead on the ground, like an embryo, that's babypose. That's the pose that I chose for this blog, the most rest and relaxing one. Not easy to change or to mess with at the moment in terms of name, I had a bad experience so let it be first. Til the right expert comes along hehe.. 


Okay back to the side plank,  always starts with relax, settle, listen to your breathing, who else want to listen to my breathing if not myself right? 

Place palm at the chest and feel the heart beats for our own pleasure with tender, loving, care. 


Methods:

Seat on seat bone on the floor

Legs head front, straight

Hands on side, relax both

One right hand gets ready to

work

Palm of right hand first to press on floor

Body ready to turn side to right, 

Side of right feet on the ground

Left leg bend turn over right leg

Rest left leg infront of stomach

Whole sole feet sturdy on the

floor

Lift whole body, but support at

hip with left hand

Focus to lift up body

Strenghten right to lift

 

Feel the "stable"ness 

then Raise left hand towards the sky or ceiling

Stomach muscle squeeze in a bit to support back bone

If stable enough raise left leg towards the air

And your ready to fly side way


Look up, chin up, feel the relaxation at different position of breathing, 

Rotate left side

When I'm done

Thats when I feel most relaxed, the pleasure of sitting with awareness, the gravity helps my legs to stay grounded, the pleasure of vertebra of back bone straighten and light as nothing to hold the weight of the body, let it sink for seconds :)


Thats the training of today. To be continue next limp. (note to self, before teaching or exercising need to refer anatomy for better scripts) 


Love and light❤️


Senaman setempat memang digemari dari dulu lagi. Ia juga menepati kesukaan saya. Cuma mahu buat atau tidak sahaja. Seakan perpatah Shakespeare lah pulak dari karya Hamlet - 'nak jadi ke tak nak jadi?' . Penting jika ditemuduga, perlu menjawab kata putus begitu. 


Saya nak lakukan tetapi ada tapi tu yang hanya tinggal separuh jalan nak sampai. 


Perlu pertimbangkan berbagai faktor kerana anak-anak berada di rumah. Posisi senaman regangan berjenis-jenis, ada yang boleh disalah tafsirkan hehe


Posisi babypose tu pun dah diubahsuai, tetapi ia adalah posisi rehat dimana dahi rehat di  lantai, biar berat kepala di tanggung oleh gravity amat menarik. Posisi rehat setelah melakukan regangan dan memerlukan tumpuan yang kuat. Jadi terus rehat kepala dulu denga meletak dahi di lantai. Elak pening dan sebagainya. Saja pilih nama posisi yang rehat dan tenang kerana itulah matlamatnya. 


Kadang rasa nak tukar nama tapi tak nak dulu usik blog ni sebab pernah ada pengalaman pahit. Jadi biar ia begitu seadanya, sampai masa yang betul datang adalah peningkatan hehe.. 


Kembali ke regangan sebelah tangan, posisi mengiring. 

Biasa senaman ini mula dengan tenang diakhiri dengan tenang. Jadi dengar pernafasan diri, bersedia, dengar nafas sendiri kalau tidak siapa nak dengar kan? 


Letak tapak tangan di dada bahagian kiri, rasa degupan jantung yang setia inshaAllah, Alhamdulillah dengan diri ini. 


Rasa jantung dengan penuh kelembutan, kasih sayang dan jaga betul-betul. 


Kaedahnya

Duduk di lantai

Kaki lunjur ke depan

Tangan di tepi, rehat

Tumpu kepada tapak tangan kanan

Tapak tangan di lantai,

Tubuh bersedia untuk toleh ke kanan

Tepi tapak kaki di lantai

Sebelah kaki dibengkok melangkah ke depan depan pinggang

Seluruh tapak kaki menapak lantai

Tumpu kepada mengangkat tubuh

Tangan kiri menolong mengangkat bahagian pinggul

Bila rasa "stabil" 

Regangkan tangan kiri ke atas

Manakala tangan menguat menampung berat separuh badang, biar otot-otot bekerja. 

Rasa bahagian bahu kebawah hampir dada, melapang lega.


Otot perut mengecut sedikit untuk menolong tulang belakang. Dah stabil, cuba angkat kaki kiri kearah siling atau langit

Kepala juga menongak ke atas, rasa kelainan semasa bernafas dengan posisi ini. Sedia seakan terbang mengiring :) 


Setelah selesai, ulang sebelah kiri tangan pula, selepas kegigihan habis, baru rasa kenikmatan merehatkan diri penuh lega, meratakan tulang belakang verterbra, baring terus biar berat tubuh tergelam, dan rasa gravity menarik tidah perlu menahan lagi, lega terdampar di lantai. :)


Itu saja latihan regangan tangan mengiring kali, jumpa lagi untuk anggota lain pula :) (catitan untuk diri untuk buat skrip mengajar perlu rujuk anatomi) 


Cinta yang menyinari ❤️

Cut banana on Cupcake

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Potongan pisang dan buah kering sebagai topping


Ala kek buah untuk sarapan


Inspired by low carb or eat clean, I like to make my version by using not so much of baking powder or soda.


I wanted something like fritters in the pan but oven baked, somehow it sounded like my mom hehe.. 


I wanted to find something that is easy to fix which might replace bread, oops! not really i love bread this is just to alternately have it by rotation. 


We have survived long enough wih slices of bread for breakfast, and I'm quite sure that even YB Tun Mahathir would agree as he had "The Loaf" with branches all over the country (slice vs loaf... get it?) . I do appreciate my regular breakfast with slices of bread loaf though :) 


"The Loaf" sounds grand isn't it?, roti or bread not really eh? 


My attempt was to have a variety, so I mix the oats and eggs, milk, sugar and pour in the cup. Put cut banana and sprinkle the dried fruits. Baked them for 20 minutes. Have them with hot drink. Delightful serving. Scrumptious portions.


If the recipe is good for frozen, I might repeat round and round hehe.. Yet, still having "the loaf" as fuel along the way to complete the daily work. 


Good day♥️


Berinspirasi dengan makan rendah lemak, tetapi ingin buat versi mudah yang tak banyak sangat guna serbuk penaik atau soda. 


Mahu yang seakan cucur tepung goreng yang diganti dengan oats tapi dibakar. alamak! dengar macam ibu pulak hehe..


Hendakkan yang ringkas yang boleh menggantikan roti, oops! macam kacang lupakan kulit pulak.  Roti sudah sebati dengan diri. 


Ayat yang betul tu ialah buat pelbagaikan dan pusingan carta makanan. Dah lama hidup dengan kepingan roti untuk sarapan, tentulah "The Loaf" YB Tun Mahathir yang bercawangan diseluruh negara pasti akan setuju  berbuku roti dah masuk dalam badan. 


Saya hargai makanan yang diambil selalu, tak mewah kan, roti ja..


Pelbagai yang saya cuba ialah fiber dalam mini kek. Saya campur bahan biasa, oats, gula, telur dan tuang dalam cawan kertas, letak potongan pisang, tabur buah kering. Bakar selama 20 minit. Makan bersama minuman panas. Enak dan berkhasiat. Alhamdulillah. Saiznya tak besar, sedang-sedang aje tetapi agak mengenyangkan.


Jika resepi sesuai untuk dibekukan, kemungkinan akan bancuh lagi dan diulang-ulangi  Tak bolehlah duduk berlama macam ibu saya cakap 'macam ada spring di bawah ni, "sproingg!!" terpelanting ke dapur buat itu dan ini. Tapi' sebuku roti' itu tetap dihati kerana ia dapat membekal tenaga cepat untuk buat semua kerja kerja tu. 


Salam sejahtera❤️


September 6, 2021

Header/Watermark by Designer Azhafizah MN


Thank you so much to blogger Azhafizah MN  for designing my blog header that can also be used for watermark. Appreciate so much for her efforts to do the significant headers as well as magnificent watermark for her top comentators for month of August. 


I'm honoured to be listed in her famous blog page with beautiful design and beneficial content. Effortlessly, I visit her blog pages due to interesting posts that kept me and most bloggers dropping by. 


Here I use the design for this photo which was taken of the day moon in homefront  / gambar bulan di siang hari di depan rumah


I managed to take her design converted to transparent watermark at Janda Baik, Pahang, Malaysia view


Love the cheerful design with a Hipster look that is currently trending and also everlasting appearance. 


Please visit WWW.AZHAFIZAH.COM for customize designing for web, portal or events material. As she is a professional designer besides a blogger. 


Have a nice day ❤️


Terima kasih pada blogger Azhafizah MN yang merekaciptakan secara professional blog header untuk blog saya. Header ini juga boleh diguna pakai sebagai watermark. 


Saya amat menghargai hasil kerja usaha mencipta reka design yang cantik lagi moden untuk saya dan sepuluh 'pengomen' teratas  untuk bulan ogos 2021.


Saya berasa beruntung tersenarai di dalam laman blognya yang cantik dan mempunyai pengisian berfaedah dan menarik. 

Disini saya guna header di gambar yang di ambil di permandangan Janda Baik


Watermark dari designnya dijadikan trasparency watermark di gambar bulan di siang hari di depan rumah


Bertapa menariknya topik-topik yang dipapar oleh blogger Azahafizah MN tidak rasa keberatan langsung untuk melawat, membaca isi kandungan yang membina hingga ingin response dengan komen. 


Semua dijemput singgah di blogpagenya  Untuk pengetahuan rakan blogger semua beliau juga professional designer, jika ingin design untuk apa berkenan website, portal  atau bahan events boleh menghubungi beliau di www.azhafizah.com


Moga ceria selalu❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin