Pages

January 23, 2015

Jemputan Kelas Memasak



Kelas Memasak & Home Meeting
Anda dijemput hadir – Brunch/Hidangan sarapan disediakan / Meja kerusi, pensil dan kertas untuk keselesaan mencatat juga sedia ada. Masuk Percuma. Terima kasih. 
ClipArt

Tarikh :   Jan. 2015
Jam :       10:30am to 12:30pm
Tempat :  Business Hotel

Featuring Chef Normawati, menu : Nasi Hujan Panas, Rendang, Laksa Johor, Moist Chocolate Cake dan cara membuat roti Benggali. *Cara mudah dan sihat*


Kedatangan rakan blogger sangat dialukan..email

babypose@ymail.com untuk detail jemputan ini. yang ada 

whatsapp 

atau phone no tu sms je :) Tee Q.


 

January 22, 2015

moga ada hikmah / minta maaf / air garam untuk kulit



Terlalu naif  sangat saya masa Faiq Fadya kecik-kecik boleh bagi derang tengok show ni








Betapa khusyuknya Faiq 1 tahun 8 bulan menonton show yang tak sepatutnya dia tonton, rasa buang tenaga ...Astaghfirullahalazim... tengok mata Faiq tu... ya Allah.





Mama minta maaf sangat kerana tak filter dulu show tu ada elemen euuww.. Sebenarnya Faiq sekarang, particular tentang bersin, atau ternampak mama picking nose, tapi mama cuci hidung dalam bilik air puni...Faiq cakap Euuuw  tapi bila.bersin Faiq cakap Alhamdulillah atau excuse me.

Cuma kalau Faiq boleh makan makanan bergaram lebih elok...tapi Alhamdulillah ok jugak olive oil , tapi rasa lebih elok makan garam macam keropok bergaram untuk tekak ini, Sebab mama rasa elok ja bila minum air bergaram buah buahan, lari topik pula tapi sebab saya baru cuci aquarium dengan sarung tangan pun rasa, didalam kuku ni nak sental dengan garam.Walaupun saya ni dulu praktik gosok gusi dengan garam halus berserbuk, mandi air garam tapi tak suka masin.  Kan cuci brocoli pun dengan air garan membunuh kuman bahagian hijau rapat tu. btw air laut memang bagus.



Mama feel so sorry to let you see all this...I apologise... not yet 2 years old.

Fadya baru nak masuk 2 bulan terpaksa fokus benda bukan2 :(

 bersyukur dilindungi olehNya. 











January 20, 2015

spa / waxing




mama ambik cuti/kesempatan pergi spa bila kamu berdua ke sekolah, sebab ada voucher buat waxing..buang bulu dengan wax - lilin dicairkan, disapu di kulit lekat dengan kertas licin, lepas tu tarik cepat-cepat...tercabut la bulu-bulu...memang rasa seriau ja bila beautician sapu wax yang panas....bila sembang-sembang dengaan beautician tu, saya tanya tentang bikini line tu...ada servis tu cuma brazilian tak da...hehe semuanya main tanya ja, first time, brazilian tu baru tahu...

kesannya sangat puas hati, sebab tu report kat sini, memang bersih dan odourless, mesti try wanita-wanita yang bergelar apa pun, untuk diri sendiri dan menyenangkan untuk memastikan kebersihan :))

January 19, 2015

dah bersekolah/schooling


Fadya dah ke sekolah, Alhamdulillah happy je dia dengan Teacher. Bila saya datang menjemput, dia akan tunjuk apa yang dia main dan belajar. semua ditunjuknya sambil beritahu...Sebenarnya Fadya dari tahun lepas lagi bila kat restoran, dia akan ajar kita ABC ni, macam kakak saya iaitu aunty Fadya tengah makan pun dia akan tolak dagu tu tengok ABC yang dia nak tunjuk tu, atau nak kita toleh ke poster iklan yang ada ABC tu, then dia cakap la ABC sambil eja sekali macam cikgu kat kelas.

Saya tak da buat Flash card dekat Fadya masa baby, cuma saya ingat la nak ajar dia, beritahu benda yang depan mata ni, untuk apa semua. lepas tu tanya balik, tetapi sekarang, sesiapa pun dia nak ajar pula, menu ke atau flyers ke, dia tunjuk sambil mengeja.


I miss you


Rindu kepada semua dan masa-masa bersama...hope will see you all soon.


January 15, 2015

My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.

My Birthday Give Away-by Dr. Shikin.



http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html?m=1

Saya ditag untuk join segmen Dr. Shikin ni. Blogger Nor Azimah - srikandiofficalblog.blogspot.com. Pastu saya pun disyaratkan untuk tag sorang lagi rakan blogger, jadi saya nak tag...Blogger Paridah Ishak - karyaku-paridahishak.blogspot.com. Terima kasih :)


January 8, 2015

Enough school pula / Insta/ ect

Patut letak kat IG tapi susah cari- Faiq masa baby
Faiq bangun pagi cakap bahawa dia dah cukup bersekolah pula.."enuf school papa", see my legs are tired, Fadya masih tido, dia kena bangun..kami dua diam ja...siap persiapan dalam bag, saya turun buat breakfast, nampak roti choklat dia macam happy skit...masuk kereta. Ok ja en hubby cakap dalam telefon, tapi sayangku ni tak da smart phone, nak suruh ambik foto pun macam satu bebanan la pulak..

masa saya dan hubby jemput Faiq tu, saya masuk la dalam sekolah tu..sambil tanya tchr faiq,macam mana dia "ikut baca doa" hehe nampak sangat tak ajar sendiri kan, cuma doa makan ajar, Faiq ikut..Tcher cakap ok dia, cuma dia cakap inggeris Tchr pun cakap inggeris..Saya tengok tilam semua masih atas lantai. berbeza di sekolah dulu, tilam di simpan, kerusi meja plastik di letak semula. mungkin belum belajar lagi sebab ikut moe kut..

Dulu masa balik, tcher cakap bye Faiq, see you, rasa rindu la pula tcher lama tu hehe..
Sekarang terlalu ramai tak sempat Tchr nak kendali kan semua...

Its ok, berbanyak berdoa permudahkan urusan semua..

oK itu kemarin, semalam kami berhenti dinner sekali, dah hujan gelap,macam lapar pulak..saya dalam hati tak bergemar la kan..nak Faiq balik rumah terus, rehat di rumah..tapi kita pun tak tegas juga dengan pendirian..so kami makan dulu..

Pagi semalam tu,saya asyik tengok pic insta...saja la cuci mata ni..tertengok family mama ni di oversea..cantik ja photonya..berlaut berlangit biru,....duk la bagi tau hubby...tiba tu saya sedar sendiri laaa saya ni duk cerita sembang dengan hubby hal orang yang saya tak kenal langsung...tapi hubby kata ok ja..cerita lagi..aik cerita saya pun dah semenarik gambar ka hehe...

saya pun bertekap la sembang dengan Faiq, kawan nama apa, cakap apa, saya cakap Faiq nak cakap bahasa pun ok inggeris pun ok...tiba dia buat tone...I like bahasa..i speak with tchr bahasa..,I want bahasa mama..macam dia dah stress kut saya duk mention risau kut.. nak bahasa tapi dalam inggeris..











1 year old Faiq - 2011

January 6, 2015

school 2015 / sekolah islamik pertama

Assalamualaikum


Hari ni bangun pagi, solat, kejut Faiq ke sekolah, Alhamdulillah Faiq bangun, masuk bilik air., dia duk
merungut masih malam ni.Buat breakfast, dia makan sambil jalan sana sini, ke tingkap depan belakang cakap tak da matahari. Papa ajak masuk kereta pun masih duk cakap belum pagi lagi.  Semalam pun dah sampai masa dah Faiq mula sekolah semula sebab saya perasan dia ambik buku haiwan dan ambil kertas, tulis dan lukis lukis...

Lepas 40 minit macam tu lepas mereka bertolak, en hubby call, bagitau Alhamdulillah Faiq turun kereta disambut guru, dan ucap Assalamualaikum dan good morning. Dalam perjalanan tu Faiq bagitau papa jalan salah, "it is a wrong way papa, to my school, we need to go straight not turn.. sambil mumble lagi..mama knows..you call mama.. papa pun terangkan yang hari ni Faiq pergi sekolah baru, jumpa guru dan kawan baru, learn to make doa..and solat..bila sampai, Faiq happy cakap "my school".

Pada awal tu,  hubby dah label barang-barang Faiq, macam baju persalinan, tuala, sikat, sabun semua, cuma lepas mandi saya ada fikiran kedua nak dia pakai baju long sleeves, so saya ambik marker pen label nama dia, Faiq cerit la " duk buat apa dengan baju dia, dalam bahasa inggeris dia "what have you done with my t-shirt and pants, can get dirty" boleh jadi kotor sebab marker pen.

Faiq ni, perkataan dan ayat besar juga dia tahu, apologise, allow me, we have a problem, good morning sunshine, why are dressing so weird? yang ni bila papa dia pakai baju batik, masa dia pakai pun dia kata its a weird shirt sebab berbatik, tapi dia pakai juga. cuma tak sabar nak buka. Kadang-kadang tu Faiq datang bisik dengang saya, cakap rambut saya cantik, your hair is nice mama. Risau juga dia duk pick up dari TV apa lagi kami tak tau. Tahun lepas saya mendoakan Faiq dapat kedudukan murid terbaik, Alhamdulillah semua mata pelajaran dapat 90 ke atas, sains dapat 100/100. Syukur, Thank you Allah swt. Dan tahun ini saya mendoakan Faiq menjadi adalah anak, murid dan mukmin terbaik serta Imam di sekolah dan globally.

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji. Surah al-Hajj :24

For they have been guided (in this life) to the purest of speeches; they have been guided to the Path of Him Who is Worthy of (all) Praise. Surah Al-Hajj:24

InsyaAllah. Ameen

January 4, 2015

travelling kids

buat sesuatu sambil menunggu
kill the time

budak-budak dalam perjalanan ni biasa akan buat sesuatu untuk dapatkan perhatian. kalau- rajin lap ja mereka dengan tuala lembab, biar segar dan duduk bagi makanan ringan dan minuman.

January 2, 2015

strawberry snapshot

armed with brochure, wrong side shoes worn, biting strawberry after farewell to the little puppy behind, oh greetings 2015 :)


berkepit brochure, kasut salah pakai, sambil makan strawberry, berhenti menjenguk puppy, salam 2015 :)


remain colorful, truthfully and faithfully, more systematically discipline, loveable and peaceful inside out. more attractively interesting, better global citizen and please be granted the unexpected reaction.

December 27, 2014

pray for pantai timur

for now at particular affected place. Ameen.

sedih 2014 diakhiri begini. May Allah brings them back to normal state and life. Moga mereka mula kehidupan seperti biasa semula. InshaAllah.

may painful ending of 2014 ends now and brings light and stronger faith.

beruang / bear

english version below


Bila nampak beruang madu honey bear ni, saya perasan hutannya sangat sesuai untuk makhluk ini, macam dalam TV, banyak pengalaman dari minda melalui televisyen saja, macam pernah lalui tapi hanya dengan tontonan. Syukur dengan media sedia ada,

When I saw the honey bear I also realized that the forest is made suitable for the creature, like on the TV, many things of my mind came just from TV, like I have experienced but only by watching. Grateful with the existence of the media.

serenity


airy


December 26, 2014

JOM JOIN SEGMEN Blogger NA: Ambillah iktibarnya.

Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.


google imej
*********************************************************************************
Ulasan Iktibar dari saya - babYpose

Percaya rezeki itu hanya dari Allah swt, jika tergerak untuk mengambil permata itu kerana Allah yang gerakkan hati ni maka ia rezeki. jika tidak bukan rezeki.  Jika tidak bersyukur sudah perolehi permata yang berharga maka akan terasa  buntu kerana tiada sesiapa Allah menghantar untuk membelinya juga tiada harganya, jika bersyukur hanya menyimpan permata itu menjadi berharga suatu hari nanti itupun jika Tuhan yang tentukan. Contoh hamba Allah itu ada rumah yang besar di lokasi yang mewah, tetapi tiada siapa mahu membeli pun rumah itu maka rumah itu tiada harga, semua bergantung kepada Tuhan yang menentukan (cerita benar : dimana penduduk disitu terdiri dari orang yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin, jadi rumah itu tak dapat dijual kecuali ada orang kaya lain yang mahu membelinya tetapi sukar kerana orang kaya lain sudah ada rumah). manakala ada yang bersyukur rumah tepi jalan dan ingin menurunkan rumah itu kepada anak-anak, tak mahu jual tapi kerajaan nak ambil perbesar jalan, dapat rezeki duit pula ..semua pinjaman dariNya yang penting berdoa, dari tiada apa pun boleh ada sesuatu bila bersyukur kerana kita nampak yang ada. Seperti masuk terowong itu, pengalaman usaha masuk terowong itu lebih bermakna dari pengetahuan - knowledge is good experience is better. Tentang tolak rezeki atau buang permata itu kerana terlalu berat tanggungannya, ambil hikmah dari situ kerana tiada rezeki wang  tapi ada rezeki kesihatan diberi atau rezeki masa seperti kerja siang malam, terpaksa tak kerja malam demi rezeki kesihatan. walaupun gaji malam lebihkan ...ini contohla :)

Malay
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. 
- Surah Ash-Shuraa :27

If Allah were to enlarge the provision for His Servants, they would indeed transgress beyond all bounds through the earth; but he sends (it) down in due measure as He pleases. For He is with His Servants Well-acquainted, Watchful.


Assalamualaikum semua..entri di atas tu adalah SEGMEN yang julung-julung kali saya  (blogger Nor Azimah) buat semenjak saya berblog ni, puas saya memikir-mikir macamana saya nak buat sebuah segmen yang darinya sesiapa yang join dapat sedikit ilmu dan iktibar, so inilah dia..senang je..ceritanya ada IKTIBAR nya, bagi sesiapa yang dapat memberi ulasan atau iktibar  yang paling tepat, in shaa Allah ada hadiah yang tak seberapa untuk kengkawan yea.
Syarat nak join mudah saja.
1. Sudilah follow blog saya, jadi teman ukhwah saya. ( kawan yang dah sedia follow pun boleh join)
2. Kalau sudi jadikan saya dalam bloglist anda. ( taknak pun takpe )
3. Copy cerita di atas tu, beri komen berbentuk iktibar dan backlink ke sini.
4. Tinggalkan URL entri kat comment box.
5. Segmen ni akan berlansung sehingga 31/12/2014 sahaja. So ini adalah sticky entri, untuk entri baru sila skroll ke bawah, tq....tapi rasanya untuk tempoh ni, takde entri kot, sbb nak BW ke semua blog kengkawan baru yang sudi join di sini.

Oh ya..satu lagi khabar gembira yea..( gembiralah sangat kan, gembira bagi saya ofkoznya )...kepada rakan follower baru saya akan follow back dan jadikan anda sebagai bloglist saya juga. Haaa..so tak rugi join tau.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin