Pages

July 15, 2021

Nyonya curry / Kari Nyonya

Bahasa dan video di bawah.:) English version and video below:) 




Lunch preparation started with asking each of everyone's tastebud. They have willingnes to fix their own dish.

One wanted fried chicken another we knew the answer as he (son) is a middle east foodie. To many times curry, we alternate to nyonya curry, it was our first time making it. Vege is overall must take or leave it.

We prefer roast chicken in the oven instead of frying for many reasons, save time, save cooking oil, save the air, first and foremost inshaAllah is healthy.


May Allah swt blessed us all with happiness❤️


Penyediaan makanan tengahari bermula dengan mengetahui kesukaan masing-masing. Dan mereka berbesar hati untuk masak hidangan sendiri.

Seorang suka ayam goreng (tetapi mama bakar dalam oven). Yang seorang lagi iaitu abang gemar ala ala masakkan Timur Tengah. Asyik gulai, kari, kami tukar ke ikan masak kari nyonya. Itupun pertama kali cuba masak kari nyonya seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul je. 

Lebih suka masak ayam dalam ketuhar kerana pelbagai sebabnya, jimat masa, tenaga, jimat minyak masak, kurang berbau di dapur, yang akhir yang patut diutamakan sihat. InshaAllah


Moga kita diberkatiNya selalu. 

Bread and Ciku/ Roti dan ciku

Versi bahasa dan video dibawah:) English version and video below:) 








The rise of sun was the time for breakfast. With the efforts of people, bread from the shelves gave ways and times for us to prepare peel and cut fruits, ciku, our local tropical fruit. 


The whole meal was the choice as full of fibre filled the tummy till lunch.  As seen the date was march during mco2 back to school.  Difference between the routine  now and then that we got to go out from home to school back home. The best part was to see the sunrise. March 2021.


May all of us stay safe and happy. InshaAllah


Terbitnya mentari, mulalah bersarapan, daya usaha orang (roti beli, roti wholemeal) memudahkan urusan kita memberi masa mengupas, memotong buah kampung, ciku.

Pilihan roti berserat, rasa padat di perut sebelum tengahari. Kami nikmati masa mco kembali ke sekolah, rutin berlainan hampir sama sebab tak kemana, rumah sekolah rumah. Cuma mula awal pagi dapat teruja dengan suasana matahari naik. March 2021. 


Moga semua berbahagia dan sihat senantiasa. InshaAllah




Chicken Karipap | Karipap Ayam

Versi bahasa dan video di bawah:) English version and video below:) 



Developing tastebud of pastry, adik's motivated to knead the dough,  flatten, put fillings and shape it but bake it this time. Relieved because using less oil by baking instead of frying and mama is at ease when adik keep wanting to eat one after another. That means its a starting point of balance diet. Otherwise roti, indian food are first to ask. As for recipe, think mama had put some notes in the video. The methods more or less like flatbread but more kneading. 


Happy blessed Thursday💕


Dah makin suka makan pastri selain roti terdorong menguli, mencanai, kali ni membakar. 

Alhamdulillah, kurang minyak, rasa senang hati bila adik asyik nak lagi. Rasa inilah permulaan makanan seimbang adik, asyik makan roti, roti canai, nan atau makanan india sewaktu dengannya ja sebelum ni. Untuk resepi, mama ada catit dalam video. Resepi lebih kurang macam roti canai tapi canainya yang berlebih. 


Moga hidup kita penuh barakah ❤️

July 14, 2021

Instant dessert | Puding segera ala puding roti

Versi bahasa dan video di bawah:) English version and video below:) 





Some magic show for adik when a fruit comes 2 in 1, the pumpkin meat or pulp as dessert while the seeds as snack. We always impress with coconut meat and the coconut water is just like combo meal. 


Simple preparation, cut the pumpkins, steamed, scoop it alone to eat or add on with coconut milk, boiled sagu, sticky rice and  syrup. Really delicious and its low carb. SubhanAllah


Love greetings❤️


Saja buat persembahan magik dengan adik yang gemar pencuci mulut.  Labu juga dicipta olehNya 2 dan 1 hidangan, isi seakan puding roti kurang gula dimana bijinya kan kuaci dijadi kudapan depan tv.  Mama memang tertarik sangat dengan buah kelapa ada isi untuk makan airnya adalah minuman segar. Hidangan 2 dalam 1 atau combo, combination di antara 2.


Mudah ja penyediaan puding segera. Labu dipotong. dikukus, ceduk, makan begitu saja atau di tokok tambah dengan sagu, santan atau susu, sagu atau pulut  serta gula melaka sebagai menu special.. Memang special, sihat dan rendah karbohidrat. SubhanAllah


Salam sayang semua. Moga dimurahkan rezeki sentiasa.❤️

Scones | Fefeeling di airport

Bahasa version dan video di bawah :) 

English and video below :) 





Somehow scones made the atmosphere more relax and settling.

Son takes fruits as dessert even better. He never likes cakes or any similar. 

If only the feeling of being at cafe or hotel, airport appeared, should one tries to make it, otherwise stick to fruits inshaAllah more fruitful😊

The ingredients are at the video. I think

Have an amazing day ❤️


Tak sangka scones membuat keadaan lebih relax dan tenang. Si abang lebih rela makan buah sebagai pemanis mulut. Memang tak suka kek atau apa2 berkenan pencuci mulut ni.


Jika terasa nak ke cafe, hotel atau airport boleh la cuba. Kalau tidak potong buah inshaAllah lebih lazat.

Mama catit bahan2 dalam video kalau tak silap. 

Salam sejahtera semua❤️

Flatbread by a kid| | Roti Canai

Bahasa dan video di bawah:) / English dan video below:) 





Flatbread or roti canai is  abang's favorite food. As so we asked him to fix his own happy meal.  Found recipe and use common sense, with his willingness, the roti canai  ingredients were on the table to be made. 


Mama just jot down the ingredients at the video. It just some ideas to encourage kids to do sone kitchen jobs. First of course choose his or her favorite food. From there will some progress:). InshaAllah.


May we be blessed always ❤️



Roti canai adalah makanan kegemaran abang. Jadi peluanglah nak ajak dia buat sendiri makanan yang mengembirakan dia. Tak samalah makan di kedai kan. Dapat resepi, guna  logik dan kemahuan abang nak lakukan serta bahan2 pun ada, bolehlah buat.


Mama catit ja bahan di video rasanya. Ini cuma nak menggalakkan anak-anak untuk masuk dapur. Pertama mestilah pilih makanan kesukaannya. Dari situ berkobarlah minat nak buat. InshaAllah.


Inna haza larizquna malahu min nafad- Surah Sad.

InshaAllah moga kita semua dirahmati Allah swt. ❤️

Roasted Chicken like Fried Chicken / Bakar tapi macam goreng

Bahasa dan video dibawah :)  English and video below:) 




Roasted chicken that fix it like fried chicken as to save cooking oil.  Manage to manipulate the taste by place the grill at top near the heat. It came out crisps, most importantly is that adik the o fried chicken lover only approved it.


The simple ingredients are tamarind, sugar, salt, and tumeric, didnt dare to add pepper as the purpose is to ensure she eats not to fix new meal.


It takes 20 minutes for one side then take out flip another for 20mins in 200°C so total are 40 minutes. Obviously we need to plan early before proceed:) 

Hope you all have an amazing day ❤️



Ayam bakar sengaja dimasak seakan ayam goreng. Selain menjimatkan minyak juga menyelamatkan udara dari lebih terbau. Seakan ayam goreng terjadi bila letak grill atas sekali yang hampir pemanas. Bila keluar rangup, sedap yang penting adik rasa sama macam goreng dan lulus. 


Bahan yang sedia ada saja yang dilumur iaitu asam jawa, garam, gula, kunyit. Tak berani letak lada hitam sebabnya tak kuasa nak buat hidangan lain. 


Ayam roasted di bakar 20 min bahagian atas dan bawah dalam 200°C. Seluruhnya 40 minit la juga jadi rancang awal2 :) 


Harap semua menikmati hari yang paling indah❤️

July 13, 2021

Anchovies Spinach Cheese Muffin / Cucur Ikan bilis Sayur bayam berkeju

 




FInger food in the evening or morning with hot tea. Traditionally prepared by deep frying but changed it to baking, Tasty no oil and inshaAllah healthy.


We had it during MCO3. Making  fritters from scratch is to avoid buying Gardenia loaf too often.


Hope this give you some food ideas as most out there are good in fusion food.  Share it out the rare. shareouttherare


Have a blessed day everyone. 


Cucur ikan bilis yang biasa digoreng dalam belanga, saja tukar bakar dalam oven. Enak kurang minyak dan inshaAllah berkhasiat. 


Kami nikmati hidangan ini masa MCO3. Untuk mengelak kekerapan membeli roti gardenia lah yang berusaha buat cucur ni. 


Harap cucur masak dalam oven memberi idea untuk mereka yang pandai masak boleh tokok tambah dan kongsi. Lebel kongsi makanan rare


Moga kalian dirahmati selalu.





 



Oats Pancake Vs Conventional Pancake

 




Salam Selasa 🥰



Since we tried to take low carb meal, oats pancake were our attempt, similar tasty, even full. Just for adik we made pancake with flour to avoid dissapointment face. Alhamdulillah we enjoyed it with peace.  Original and Oats recipes are down below. 

Sejak mengamalkan makanan rendah karbo, cuba juga buat pancake oats, sedap juga, kenyang pun sama, cuma untuk adik, mama buat juga pancake dari tepung hanya kekecewaan bila air muka memilih menjelma. Alhamdulillah menikmati  sarapan dengan senyap dan aman. 


Ramuan pancake oats

1 cawan oats

Sebiji telur

1 cawan susu - mama bancuh susu tepung (sayang susu segar untuk anak-anak minum) 

1 sk baking powder

1 sb butter

1 sk cinnamon

Kacau sebati


Conventional pancakes nanti tanya papa sebab hasil kerjatangannya. Alhamdulillah ❤️

Ok dah dapat resepi


Pancakes


1.1.5 cup all purpose flour

2. 3.5 tsp baking powder

3. 1 tsp salt

4. 1 tbl spn white sugar

5. 1.25 cup milk

6. 1 egg

7. 3 tbl spn butter melted


a) add 1. 2. 3. and 4, mske a hole at ctr

b) add 5. 6. and 7 mix til smooth

c) cook in frying pan



Selamat mencuba ❤️

July 19, 2020

Post baru di blog baru

Jemput dan tinggal komen, mungkin ada rezeki di sana Post baru

July 16, 2020

July 14, 2020

July 13, 2020

Oren zest



Semangat yang meninggi, tiba menurun bila nak kisar kulit buah oren jadikan zest tenggendala bila mesin kisar tak jalan.

Memanglah mesin lama, dengan cara betul masih berguna. Teruskan juga bagai ada solusi, cuba mesin yang jarang guna tak berjaya.

Macam tenang tapi kalut naik bot juga, kejar masa, tak menyabar nak selesaikan langkah-langkah biasa. Inilah akibat selalu beli prabancuh atau kek siap kat kedai, duduk nikmati ja. Duduk, baca doa panjang, potong dengan garfu kecil, buka mulut, kunyah acah, telan mmm nyumm. Apapun kulit ada phytonutrient elok diambil sesekali.


Aktiviti tanam pokok




Belum rak dibuat, rasa beli lagi cepat. Teringat juga pasu kecik, kecik la pokok?. Rupanya bergantung pada penyiraman dan pengcahayaan.bukan persekitaran.  Alhamdulillah.

Jadi sesambil mengurus tu sampaikan mesej pada insan2 tersayang, apa, di mana, bila, pasaipa patut buat untuk semua makhluk. Mcm senang no tunjuk ajaq di umah.  الله أكبر‎

Sebenarqnya jenuh jugak...tapi penting insan2 sekeliling kita ni




Sabtu adalah hari untuk buat sesuatu, tertanamlah pokok english ivy dalam pasu.

Sepi kerana hati berbisik-bisik doa kepadaNya

Buah fig banyak biji ?


Minta ahli keluarga review kek lobak campur fig. Belum apa2 terus terdengar aduan buah tin ada betibu-ribuan biji. Saat tu mama terfikir apa yang patut adik makan sebab tiada snek makan petang hari tu. Fokus tentang mengisi perut adik dulu. Beberapa jam kemudian baru cakap tentang buah tin makanan sunnah, naklah kita semua gemari.

Minta review Kek oren dicampur buah apricot kering bagi naik warna oren, kats adik masam, kisaran carrot ditabur di atas adunan kek, tekan sedikit biar tergelam agar tak hagus. Resepi disimpan, ulasan untuk memastikan rasa kek itu untuk masa depan, harap bukanlah iklan. InshaAllah masak lauk pauk lah nanti.



Hutan di bandar


Bersyukur bunyi kicauan burung dipagi hari. Solat di waktu subuh memberi kesegaran dan doa-doa diakhirnya melancarkan urusan. .
.
Buka bidai tingkap dengan terharunya betapa cantik permandangan cahaya semakin menerang sangat menakjubkan. Kadang terfikir biar perrmandangan sama untuk masa yang lama.  Biasa ada langsir, lawa bila diikat ditepi, bergerak terbang bila ditiup angin. Lain untuk bidai bila ditiup angin terbunyi kepaq kepaq :) .

Tak lama mama toleh kebelakang ke katil berselerak. Meninggal permandangan tenang, kelam kabutlah memulakan penyelengaraan kekeluargaan di mana, INI juga sangat disyukuri.  Mungkin ini takuk ni, takuk ni juga menjadi idaman ramai, juga suatu ketika dulu harapan dan 
doa kita. Bersyukur dan inshaAllah akan ditambahkan nikmatNya. InshaAllah. Bila hari sekolah, bertungkus lumus menyelesaikan hal ehwal hantar menghatar, melambai memesan agar berzikir di sekolah.  Alhamdulillah memudahkan urusan. Ketja sekolah juga habis cepat, sempurna atau tidak masih memerlukan permantauan.
Apapun.. bangun2 semua....

Ok wake up wake up wherever you are. 🙆

Salam pagi yang indah. Pic taman di putrajaya.

July 12, 2020

Ikan untuk kawan


Memang jelas, penambahan dalam pemerhatian dan pangalaman yang pasti, kita ada rezeki yang ditetapkan untuk menyediakan persekitaran yang baik dan menarik untuk keluarga.

Diantara, semangat memberi bila ada yang meminta, biasa adik terdedah kpd pemberian hari raya buat jiran2, selain duit sedekah adhoc,  kali ini menyediakan sepasang ikan guppy utk diserahkan kepada seorang sahabat yang dikasihi, si adik memerhati dan sukahati serta menanya tentang kawan di tempat mrngaji atau yang lain. Mama memberi ikan2 ini kepada kawan sekolah mama.

Dari memberi, dapat berjumpa sekian lama beragak ingin bertemu, sudah ditadir bersemuka waktu tengahari, tak sampai petang kawan lain pula membuat temujanji. Rezeki sillaturahim.

Sedikit usaha, masa, memesrakan tali persahabatan dari seorang kepada seorang lagi... Alhamdulillahirabbil alameen.

Rindu pula kepada slippery creature ni. Catch em if ya can :) bekas transit je. .

Salam ceria semua..

Durian di tepi pantai


Teruja juga serta memahami, bersama mata celik dengan benda tanpa terjangka sebelum ini, makan durian  di atas pantai lebih enak, berdepan dengan laut yang luas, ramai mengambil usaha, bangun dari sofa, katil, membawa keluarga menikmati alam ciptaanNya yang semua berkongsi.

Nak duduk atas pasir dilapik kanvas pun bukan senang, sebab itu, orang barat buat senam regangan, dari berdiri, berbongkok kedepan, bertelentang ke belakang, regang kaki berdiri, posisi duduk hanya untuk duduk bersila (lotus pose) kerana terlalu bergantung kepada perabot, hingga duduk di bawah, susah. 
Jika makan di restoran arab, bahagian duduk di bawah tetap ada, kenduri kendara kita pun dah kurang duduk di tepi dinding bersimpuh. .

Bila rasa kesukaran, berbaliklah ke asal usul dulu, bertikar. Syukur kita pengguna sejadah (prayer mat), sikit sebanyak rasa mudah. Bukan apa bangga hanya dekat dengan bumi :)



July 11, 2020

Mengaji di rumah



Merata-rata meletak status mencari rezeki, samalah mama sendiri memikirkan tentang rezeki dan tindakkan didahului dengan berdoa setakat ini, bersedia menerima rezeki, ingin juga memberi manfaat.

Selain berdoa, bertekap membaca Surah Yasin, Waqiah kadang terbabas. Berbanyak berdoalah. Apapun mama mula bersyukur dengan ada Ustaz dikirim oleh hambaNya untuk mengajar online. Ada institusi menawarkan pengajaran online percuma. Iaitu Taalim. Atas keikhlasan sendiri utk bayaran infaq. .

Ringan rasa minda bila berusaha mengajak anak2  mendekatiNya dengan berzikir, baca Al Quran inshaAllah ada rahmatNya. Sejak usaha ajar anak hafazan sendiri, Allah hantar ustaz lepasan Madinah, mashaAllah, Alhamdulillah.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha 20:132) .

Mama letak video itik berenang di rumah di youtube babYpose
Itik berenang di rumah

Salam barakah,

July 10, 2020

kongsi Tv


Memupuk tolenrasi atau berbudibahasa terhadap anak-anak, memegang teguh sivik serta tertib. Mama ingin beri "pat on my back" atau lebih biasa disebut tabik spring dekat diri sendiri  kerana mama minta diri dulu, cakap maaf nak tukar siaran tv kepada anakanak, siap cakap ok ye mama tukar kejap. Jika mama sendirian bebasnya terlentang, juga tukar siaran. Tak sama bersama anak-anak lebih meriah. .Mama jugak cuba  pratikkan mulakan dengan maaf atau excuse me semasa anak-anak sedang bermain atau buat sesuatu agar kita hormat menghormati.
.

Ada yang menyatakan kehadiran anak-anak seolah hantaran syurga dunia. Tugasan ibubapa mendidik mereka taat kepada Pencipta. .

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. .


Salam

KL -makan2


Untuk yang ingin ke Asia atau yang dari selatan tak kira utara, sila singgah di sini di sentral. Bandar kegemaran, setiap kali masuk, setiap itulah teruja. Kay yell.

Pokok hutan hujan tropika tetap tegap berada di tepi jalan menyerlahkan suasana, jika dikepulan awan ada garisan perak, ditepi jalan sesak kesibukkan ada, garisan warna bumi.

Anugerah dapat pergi dan sampai, mengenangkan tentang komuniti global melalui tindakkan dan sikap pelawat atau pelancung. Bila membawa minda kehairanan ke tempat dilawati, secara sengaja atau tidak pandangan menjadi luas dan memperkaya kemampuan mengaitkan dgn penduduk disitu dlm konteks jauh dikeluarkan dari kedudukkan kita.

Contoh di bandar permakanan berlainan, anak-anak perlu menerima atau membuat menyelarasan selera. Tiada pilih-memilih. Makan apa yang disaji, walau ada rancangan nak buat resepi mudah bila menjelajah. Resepi bila travel, inshaAllah buat video atau tulis2 sini ja.
°
Salam ❤ semua.

cara tegur anak


Ikut cara bapa lion king memarahi anaknya simba. Hanya berdua tiada pihak ketiga. Classy

Memarahi, menegur dengan cara lembut, man to man talk, slow talk, lady and gentlemen talk, mata bertentang mata, bersemuka, confrontation, hand in hand talk dan berbagai.

Berhenti dan memarahi, bukan berleret-leret memarahi sambil memasak, mengemas, memandu. pilihan tempat, di dalam bilik, keluar bersiar, bukan di depan adiknya atau orang lain.

Membina penghubung percakapan
Mempaut dalam pertukaran vokal dan peranan memberi laluan dua hala komunikasi serta ambil giliran.

Mengikat pertalian dalam persembangan, strategi perbincangan.
Bermula dengan niat dan visi pengakhiran.
Sesuaikan (Adjusts speech).
Bertanya tentang perfahaman, tahap penjelasan dalam mesej diberi.
Berterus terang, bercakap dengan jelas yang hendak dicapai.
(Sambil menyampaikan lihat reaksi si anak ). Sedikit points yang mama senaraikan. Membantu bila rasa yang berlaku tidak sama yang dijangka (not meet our expectations). Jika berlaku, fikir empathy (memahami bagi pihak anak)
Jemput ke youtube tapi belum kerap post babY pose youtube

social referencing /memerhati emosi



Slow and steady, melangkah perlahan berhenti perhati iatitu rujukkan sosial (social referencing) bergantung kepada reaksi emosi manusia lain memberi penilaian situasi yang tak pasti. Check out face -  pic di bawah.

Kami yang jauh memberi emosi berjangkit (emotional contagion) manakala si meow memerlukan persediaan melalui berkondisi operandi  contoh senyuman memberi kesenangan, keselamatan manakala marah memberi tidak keselesaan atau ketakutan. Di sini kami tidak bergerak memberi  hanya comfort  belum friendly lagi kepadanya.

Itulah kami mengharapkan respon  positive, si meow liar ini selesa mengisi perut kerana ini akan menghalang ia mengganggu unggas2 dan mamalia arnab yang ada di sini.

Menjinakkan mahkluk lain ( tamed wild sesambil diri kita atau mama menyesuaikan adjusting dengan kebaharuan. Sebelum ini melihat the game dalam rumah, ini lebih dekat di luar. tips to mykids  jugak fokus solusi solution focused kerana nakkan pets, belajar dari jauh dulu.



July 9, 2020

restorative / senam baikpulih


Senam baikpulih lebih baik.

Banyak berjalan luas pandangan, servis keadaan anggota tubuh yang luruh mesti dikembali pulihkan dgn senam restoratif.

Kaki mama terdampar di permukaan rata memberi nikmat lega terhingga. Kembali asal bentuknya selepas dikurung didalam sepatu berjam-jam. Jika di rumah kasut malas di pakai menghindar kesejukkan lantai batu juga ada hadnya.

Berkaki ayam semasa solat itu paling bebas jemari mencengkam atau tidak. Oleh kerana acuan kasut ada had kemasukkan udara, bila tidak berkasut lebih mendekati diri ke alam( tanah).Tiada duniawi lagi menghadap Ilahi. Kasut mahal atau murah dilepaskan dliluar dengan tawakkal.

Membaikpulihlah dengan buat regangan kaki pointing sedikit dan flex ke atas. Pelurusan (alignment) sendi dibetulkan.

Beri masa untuk angkota lain,tubuh membongkok membawa beg,menunduk melayan anak2 patut bersenam restoratif mengembalikan kedudukkan tubuh. Berdiri lurus dada sedikit kedepan bahu sedikit ke belakang, perut kempis sedikit kedalam, punggung tidak menonggek agar tulang belakang lurus. Bernafas biasa sambil meneruskan apa2 urusan :)
°

July 8, 2020

Pokok penapis air


Biasa tertarik kepada tanaman air kerana kehijauannya. Tidak menternak tetapi bercambah dengan sekelip mata, daun berkelopak seperti bunga berubah menjadi bunga yang leper. Makin nipis dimakan air, relai akhirnya berganti pokok kecil-kecil.

Juga menarik perhatian makhluk yang berterbangan singgah untuk membiak pula. Si perenang di dalam kolam menjadi penghalang, mini sistem eko yang senang diterangkan untuk anak-anak. Masa si adik abang kecil menunjuk simpati, jika anak ikan dibawa balik tanpa ibu, minta cari ibu ikan la. bila makhluk lain tak dapat menumpang buat rumah (serangga belang hitam putih), mereka sedih. Comel bila ingat.

Berbalik kepada sekolam kehidupan -  sejuk permandangan dengan setimba atau sekole berisi ikan-ikan guppy dan ikan sword.

Airnya sangat jernih dengan adanya dua pokok keladi bunting. Nasib pokok-pokok ini tidak mengeringkan air. Sebelum ini bila balik raya, air hampir kering dengan pokok teratai di dalamnya. Algae juga menjelma.

membina tabiat



Pembelajaran dalam gelanggang. Penyelidik memodalkan peluang secara rawak dengan set semulajadi 'natural setting", jadi meja, kerusi, kertas-kertas, buku-buku menjadikan persekitaran yang kondusif.

Alhamdulillah terduduk jugak di meja untuk belajar sikit sangat, harap lama-lama jadi bukit. InshaAllah

Menekankan pentingnya perancangan teliti dalam pembelanjaran / membina diri, /riadah / rehlah.
Adik berminat dengan jadual, plans (rancang-merancang) jadi masih memikirkan cara / strategi mengendali kerja (tugas) sesuatu perkara.  Tetapan yang bersesuaian belajar meletak matlamat, garis penamat,  berapa lama, kiraan hari untuk menghafal, membuat latihan dan jangkamasa yang perlu untuk melaksanakan dan menghabiskan, serta presentation (persembahan).

So, jom buat jadual, susunatur, bahan kajian, bahan bacaan untuk anak-anak, juga  untuk ibu-ibu jugak.. untuk kembali ke sekolah, tabiat yang lebih meriah, ceria, berkesan, cekap, dengan jayanya. InshaAllah.

July 7, 2020

Bandar / Skylines



KebesaranNya memberi inspirasi kepada manusia membina bangunan2 tinggi terlalu menakjubkan. Memang megah dam meriah tetapi sudah tiada gah lagi sebab merata-rata bumi banyak mempunyai mercutanda begini. Bukannya masa untuk ini "akupunya dan yang ini # kaupunya.
Macamanapun, nanti2 kita ke tempat kehijauan pula eg Hutan Lipur Bukit Nanas di bawah.

Its amazing that man had given # inspiration by Him to build # concrete jungle. Indeed, lively and proud but its gone are the days regards this skylines been our pride as most continents on earth has the same.  In the # modern era like this is not the time to compete # thisismine and # thisisyours or this is my time !

Bukan saja macam best tapi pasti best. MashaAllah.

Night2 🌹

Rabbit dan kangkung



Arnab berlari di tepi pokok kangkung.

Pokok kangkung tumpang sekaki  tanam di dalam bekas ikan,  Alhamdulillah menjadi. Masih halus,mnakala harapan membesar dapat beri si bulus gebu makan.

Tumbuhan main letak-letak tempat matahari berakses sahaja. Matlamat kehijauan ja yang ingin nikmati.

Makin tahu beredit video asyik nak berposting, ada di https://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg     yhttps://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg   yang penting catitan ini meringankan minda yang disarat dengan pokok kangkung dah cuba tanam, pokok limau, sepasu 3 serangkai dah cuba tanam ada dalam pos lepas.

Berhobi, bersiar, bersenam, bercucuk tanam antara cara mengenal diri, menjaga diri, memyukuri diri baik kesihatan, emosi, bahagi masa dan tenaga dengar penafasan diri, tapak tangan di dada rasa degupan jantung, rentak penuh makna dan fungsi. MashaAllah.

Dalam menaip ni,,dapat rezeki tak disangka-sangka syukur kepada Allah swt, Alhamdulillah. Jazzakallah with full loves.

sarapan dan lunch


Persediaan dalam semua situasi termasuk penyediaan makanan. Ready inshaAllah steady.

Fikir hijau dalam permilihan bahan-bahan, bagi tujuan pula, pasti untuk lebih ringan badan, kenyang agar tenang dan memberi tenaga.

Sesekali ada tolak ansur, cincai juga makan roti mentega kaya kerana kononnya semua bergantung kepada ketetapan minda ni,  rasa sihat, sihatlah tetapi tak sesegar rasa. Didik diri semula, Bangun, mula lain. Capai hijau, potong potong pagi pagi baru Warna warni sarapan hari ni. InshaAllah

Sarapan apa yall arini😊 


InshaAllah waktu tengahari pun cuba2 lah
menikmati hijau segar dengan pandangan dan dlm hidangan. Sarat dengan serat.

Pilihan mama, sayur yg diutamakan. Sumber vitamin C,  asid folic. Dalam sayur atau buah dikonsum oleh individu yg memerlukan,  hanya mencari vit c dan potassium. keraplah mengamalkan fruit n fiber ni.

Biar rasa asal dari sedap yang ditokok tambah. (Masih mendidik citarasa kearah itu). Moga mama beristiqomah, adik tahu mama makan lebih vege sebelum, tapi baru2 ni dah terbabas, bangkit perbetui balik prinsip. More green sekurangnya letak satu keputusankan agar jadi kegemaran. Babitkan anak-anak juga.

Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah 2:172)

Luahan hati


Singgah simpan gambar permandangan hijau kegemaran kejap. Ada keyboard ni terasa nak tulis keluar apa dari dlm minda yang berlegar moga matlamat masih tetap di dalam ramadhan  menemui syawal baru ni dan melalui bulan2 seterusnya inshaAllah. .

Ayat di bawah dalam bahasa inggeris tu, ada perkataan tekad atau azam tu mama terjatuh cinta, dalam menikmati, kemungkinan ada yang tergendala, ada solusi disuruh buka Quran untuk penyelesaian mashaAllah, tiada lagi peringatan mengecapi cita-cita, harapan masa depan yang terbaik untuk diri dan anak-anak.

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

An-Nisaa' 4:59

Obey Allah, and obey the Messenger, and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to Allah and His Messenger, if ye do believe in Allah and the Last Day: That is best, and most suitable for final determination.

An-Nisaa' 4:59

Simpan dalam minda hati dan jiwa. Selamat pagi yang indah.

Ok. Dah cantaih daun pokok nyiok buat ketupat nasik :) . Nanti la mama ceta lagi.

Salam sejahtera dan bahagia.

July 6, 2020

berharmoni dengan alam


Mama berhenti memerhati, tengok2 tak leh gerak ke atas lagi kerana rindu untuk menikmati ruang tamu. Petik lampu snap pic, tak dapat labuhkan punggung pun.

Memperbesarkan kebanyakkan elemen digabung untuk dekorasi ruang tamu. Tak kira pokok hidup atau plastik, akan memberi ton warna dan kehidupan. Begitu jugak lukisan, menambahkan seri sudut yang berhias cermin kayu jati di sebelah kirinya. Terlalu coklat kayu berkerawang sudah ditemani lukisan berwarna-warni. Lampu tanglong dibeli dari ikea mencerahkan biasa ala suasana relaxing bukan untuk mentelaah.

Untuk info adik abang, lukisan kadang bole menggantikan tingkap, ala ala ada elemen menonjol di bucu malap ni.


By the way, dalam pemilihan pokok perlu dibuat dengan pertimbangan ke atas kecukupan cahaya di dalam bilik. Pokok dalam rumah ada berbagai jenis, mengeluarkan udara segar di waktu malam lebih elok dari waktu siang. Waktu malam, kita berada di dlm rumah lebih lama. Waktu tidur, pernafasan lebih mendalam, eloklah pilih pokok lidah mertua, pokok duit-duit.  Kerana pokok mengikut persekitaran, bila tanam dlm pasu kecil, pokok membesar setakat besar akarnya. Pasu kecil, pokok pun kecil. Jadi mengeluar karbon oksida tidak ketara.

Selamat malam ❤



strategi minat membaca


Menyediakan sudut membaca mini buat anak-anak, ruang terhad, budget dikira di minda, sampai juga hajat. Moga anak-anak menikmati dan mendapat manfaat.

Berkurun membayangkan rak buku seluruh dinding, sebegini pun sangat bersyukur.. Apa persediaan atau strategi kawan-kawan untuk anak-anak menambah dan meluaskan ilmu? Kongsilah ☺ Letak sebakul buku atas meja memadai, inshaAllah. Contoh macam gambar di bawah.

Ada buku mestilah baca dan tanam minat dengan penuh galakkan. Memberi sokongan kpd anak-anak untuk berfikir sendiri. Cuba masukkan anak-anak dalam perbincangan tentang semua perkara dari buku, hal-ehwal rumah, makan minum hingga berita dunia.

Berusaha membaca sekurangannya sejam sehari, lebih pada hujung minggu, tidak terhad kepada buku, tetapi surat khabar semasa menunggu  majalah bila ada. Ini memberi informasi lebih luas, terkini dan penting.

Pada permulaan anak-anak mama membaca buku / komik pilihan sendiri. Baru ni ja mula baca readers digest. Ok nanti buat book review na.

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

taman rahsia /secret garden


Rahsia ada taman atau taman rahsia, bagaimana rasanya jika ada taman, menanam juga berseni, hanya penjagaan rapi dapat kecapi. Apa matlamat bercucuk tanam, secara ringkas? asal hijau, kalau boleh cottage garden, terdengarlah di telinga di sahut dengan perkataan hebat! (macam terlalu berangan)..
.
Bila ada tanah, lebih ke ulam-ulaman, herba, tomato cili ada jangka hayatnya, patah tubuh berganti? Betul, jatuh biji cili, kering jadi biji benih. Yang induk, mengering terus hilang.

Pernah tak da tanah, tanam tepi tingkap pokok penapis udara, tetap menguntungkan, ilmu ditimba juga, penemuan spesis, cabut anak pokok, cucuk ja di dlm tanah, bercambah. Pokok lidah biawak atau mentua, pokok duit pun tanda kasih sayang terhadap alam.

Langkah pertama, pilih matlamat taman atau kehidupan sudut atau dalam pasu. Kedua pulih sudut mudah di lihat. Jenis2 pokok ialah langkah yang ketiga kerana penjagaan berbeza, terdedah kepada matahari berapa lama.

Cuba sepasu, pasti tertunggu. Separuh tahun sudah berlalu, bersedia dengan pengalaman, pengakas for another 2nd half beneficial year. Armed with doas and equipped with experiences. InshaAllah.

Itupun ada yang cakap tentang jebon # mongoose . kerana pernah masuk sini. Satu isu utk diuruskan jugak. phew!

Salam pagi yang ceria, nyaman dan tenang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin