Pages

June 9, 2016

Catitan suasana Ramadan

Semalam tengahari rasa mengantuk sangat lepas buat groceries skit skit je dengan en hubby. Masa on the way balik tu, letak speaker, talipon emak. Emak jawab tak boleh cakap ni sebab dalam LRT, haaaaa mamaku cergasnya  Alhamdulillah, tak ngantuk pun tak boleh jadi, kena semangat balik.. emak dan bapa naik teksi dan ambik LRT nak buka puasa di KLCC. Emak cakap haaa beliau doakan saya bahagia dan jadi jutawan senyap...saya sebelah sini cakap lain..mungkin anggapannya, saya akan cakap pasal doa kut lagipun emak dalam LRT tak dengar...amboi emak ni nak suruh saya senyap kut...malas nak cakap tentang masa depan ni kut hehe... ok Amin YRA saya cakap masih lama lagi nak berbuka tu..emak cakap nanti gi solat..jalan-jalan beli  memang ada barang nak beli pun..solat lagi dekat masjid syakirin tu..so sekejap ja. Saya kat sini bertanya semalam tak jawab telefon..tapi mungkin beliau dah tak dengar, tambahan telefon saya pun letak speaker, letih menjerit.

Hari ni saya nak bersemangat dan bertenaga la hehe...tak da la nak naik komuter ke apa haha.. anak-anak saya hantar ke program cuti sekolah.. macam-macam juga aktiviti mereka ada di situ. nanti-nanti boleh share la ni ada pic macam ngantuk ja Faiq Fadya dengan kawan-kawan haha
..bila emak cakap naik lrt...teringat Faiq Fadya pernah naik komuter pertama kali...mama pun tak pasti sebab duk pergi klia tu LRT kan atau train shuttle dalam airport tu..mereka ni dah pernah naik la. Ni gambar Fadya dalam kommuter.

Semalam masak nasi kismis dan kurma..Fadya cakap nice..Faiq makan senyap ja..tentang komuter tu kalau kami cakap jom naik keretapi, Fadya cakap "saya sangat letih..." im so tired. Yusuf taiyoob. Faiq pula cakap dia suka nak naik lagi..
tapi Faiq tak nak tido hotel lagi sebab sejak dua menjak ni kami tido hotel budget yang tak da swimming pool, jadi Faiq cakap rumah lagi bagus ada toy semua...haha papa cakap baru tahu, duk ajak tido hotel sangat bukan semua yang indah saja hehe...

Malam semalam Faiq tiba-tiba cakap dia tak nak seronok atau happy sangat, kalau senyum pun sikit ja sebab nanti nampak macam joker dalam batman tu lagipun Faiq nak jadi character baik macam batman...alahai anak bertuah ni counter mama punya misi ja tau..senyum yang menegur la. Ternampak gambar Faiq dekat taman bumbung umah maktokwan, ingat nak gi tolong cuci daun kering tu. Tengok la macamana nanti..inshaAllah.



June 8, 2016

sedekah senyuman | Frankenweenie

Dec 2015

Senyuman itu sedekah, haa dah senyum kat suami, ibu, ayah atau anak-anak pagi ni? Saya baru ja bagitau anak-anak kena senyum dekat adik dan abang ni. Bila Fq rasa nak tinggi suara kerana mainannya, saya cakap la kena senyum, situasi jadi nak tergelak pulak. Sama juga untuk Fy saya suruh senyum. Contoh dua-beradik tu bermain, Fq cakap orang yang bukan hero ni letak dalam tempat tak bagus, Faiq ambil sangkar kucing Fy tu, apa lagi Fadya cakap sangkar kucingnya untuk orang baik dan ala ala hero juga. Fy jenis mengadu jadi sempatla saya cakap kena senyum sebelum jadi pertelingkahan haha. Fq ambik kotak apa aja untuk main.

Senyum itu sunnah
Lagipun ada poster saya buat smile is sunnah tu menyenangkan. Saja buat 3D, nak ajar Fy berus gigi. Fq diajar berus dengab betul disekolah, jururawat yang ajar.


Fq ni dari umur 3-4 tahun kami bagi dia tonton movie Frankenweenie, filem hitam putih. Suka dia dengan Filem mengisah seorang budak yang minat dengan sains dan berkawan baik dengan haiwan peliharaannya iaitu seekor dog bernama Sparky.
Bila balik sekolah Sparky sambut Victor tu dengan gaya manja. Dalam fasa tu Fq suka minta kucingnya tegurnya bila pulang dari sekolah. Tak pasti la pengaruh yang elok atau sebaliknya. Yang penting berhenti senyum kepada tersayang :) untuk diri sendiri jugak. inshaAllah

June 6, 2016

Masjid ala Wonderland

Terlintas difikiran Fya ni menuju ke masjid bagaikan Alice in wonderland.  Keluar dari kereta ternampak dua ekor arnab.
Mama pun teruja bila terserempak dengan dua ekor arnab ni..apa lagi wak keluar peralatan rakaman, tapi sayang terlalu gelap. Dalam pada itu ada remaja lelaki menuju ke arah haiwan yang comel tu.
Fadya cakap jangan ganggu.. walau mereka tidak menghampiri arnab tu pun. Risau suara Fadya makin kuat, saya tarik tangan Fya masuk pintu masjid.. 

Fy cakap nak tengok arnab itu lagi dengan harapan dapat berbicara dengan arnab seperti Sofia the First sesudah abis solat terawikh, Alhandulillah. Melangkah keluar sambil memanggil arnab...dalam kegelapan mencari..
Salam ramadan dan memohon kemaafan. Selamat berterawih, bersahur dan berbuka kepada semua rakan-rakan yang disayangi. 





June 3, 2016

inspirasi aunty

Anak sedara adik W kiri dan abang C kanan

Semalam  rasa bersyukur dapat memberi hadiah kepada anak sedara atas kejayaannya. Bersyukur kerana terdetik di hati ingin memberi tu yang rasa lega sebab saya ni bukan jenis pemberi, bila dengan anak buah ok saya panggilnya C yang adiknya yang belah kiri tu W. Bila dengan mereka ni mereka lah yang selalu memberi termasuk mommy mereka yang comel tu kakak saya memberi jugak hehe..
Kakak tersayang dan anaknya

Sejak saya juga berjinak memberi ni baru terasa nak jadi proaktif contoh bayar secepat mungkin macam minta bill cepat macam emak saya tu. Tak mau la macam teragak-agak nak memberi ni. Lagipun C baru pulang dari Austolia rindu la hehe..C ni travel Eropah solo masa belum 18 tahun lagi tau amboi dah terlebih cerita ni. Dulu C baca dan puji blog saya ni.

Ok lah itu saja dapat cerita tentang anak-anak menakan yang disayangi ni. Lagi satu C ni bersekolah kebangsaan biasa yang masih baru dan dapat 5A baru saya ingat, bila menengah C bersekolah ala ala international. Tak terikut la makcik hehe.. Inspirasi la kan sebab Fq pun pegi sekolah rendah macam tu tahun depan hehe inshaAllah  

June 2, 2016

anak bercuti bersama datuk nenek

Berfasa-fasa juga nak ceta pasal anak-anak ni sebab baru kenal tentang satu hal, dah nak kena kenal satu hal lagi..

Holiday dengan emak dan bapa serta cucu-cucu bertuah mereka la.. papa ada kerja, petang baru balik ke hotel.
@busstop

Persediaan macam biasa la mama ni, rasanya kurang kudapan.. atau memang snek yang tak sesuai untuk Fq kut. Fq cuma makan roti, nasi. Biskut tak makan, minum air kosong, baru ni ja suka air oren. Kadang tak ingat semua ni...pagi tu makan coco crunch pun sikit. Saja mama ambik letak atas meja masa breakfast buffet kat hotel tu. Tapi banyak juga Fq makan nasi goreng...kami keluar bersiar terlupa 12:30 masih duduk dalam bas hop on lagi. Rupanya Fq dah lapar. Fya ok sebab duk kunyah janjan (biskut). Mama pula bukan jenis pemakan. Kalau hari kerja dan sekolah, memang rutin sangat proper, tertib dan ikut masa. Bila bercuti lari tambah papa tak da, ikut mak tok wan yang lena dalam bas tu kira dah simpan tenaga rasanya sesiapa pun boleh tahan tak makan duduk saja, kenderaan berjalan goyang macam dibuai laju laju. Paniknya bila di cuit cuit oleh Fq ni tau. Nasib maktok terjaga tolong pujukkan dengan bagi duitRM10. Lepas tu Fya nampak kami korek duit tak da pula duit warna merah..aii pening...bagi warna hijau sambil cakap hijau lagi cantik, fya cakap nak yang tulis 10 pulak.
@beachroad

Bas hop on tak bole stop lagi. Nak stop pun tak tahu rasa kena jalan jauh ja dalam panas dengan budak-budak dalam kelaparan. Alhamdulillah Tok wan pun terjaga menolong.

Pada mulanya Fq dan Fya dah risau maktok pinjam dua batang payung di counter hotel untuk buat tongkat memudahkan maktok berjalan. Bila kami hendak melintas jalan ja kereta, motor berhenti sebab warga emas serta kanak-kanak kan, ada yang menolong lintaskan.. Masa menunggu juga mengambil masa lagi.. Fq cakap dia rindu papa.. Fya pun cakap tunggu papa baru kita bersiar. Emak saya suruh bapa cakap perlahan skit yela saya sendiri pun jenis cakap kuat. Emak kata cakap perlahan dan tenang baru Fq tak ingat papanya sebab emak cakap menantunya ni soft spoken haha.. ke situ pula adoi.  Memang la papa orang selatan.. orang selatan ni tegas tapi ton control yekkk hehe..

Bila diterangkan kita bersiar dulu petang baru jumpa papa, Fq bukan main lagi cakap ok semua ikut footprint dia jejak kakinya sambil dia mengetuai kami..Fq laju jugak, mama tak terkejar, dari belakang nampak Fq bertanya tuan beca bergerak hendak naik.  Panik jadinya bila dari jauh nampak Faiq nak naik beca tu, saya cepatkan langkah mendekati beca terdengar tuan beca cakap tak boleh sebab ramai. Bila kita macam tourist ni, driver teksi menolong tunjuk hala hotel kami ni mengambil kesempatan, bapa saya kata kami jalan saja. Tetapi bapa ni pula outspoken, cakap pula kepada emak, naik ja sambil menolong, driver teksi tu cakap perlahan skit sambil gelak walau naik dan berhenti untuk turun ja.

Sebelum hala balik ke hotel tu kami singgah makan nasi beryani, minum air botol yang kedua, Fq cakap minta maaf sambil sambut botol air tu, saya cakap haa sorry kena ada makna dan tak akan buat lagi... emak saya cakap tak yah panjangkan lagipun salah kita dah waktu makan tengahari tak turun dan terperangkap dalam jem.  Terpaksa jalan dalam panas lagi.
 @airport 
Harga hop on RM19 untuk dewasa, kanak-kanak RM12.

Ni baru nak ajar Fq bersabar.. google tadi ada beberapa tips.. elokla bulan puasa nanti, tahun lepas ok ja tunggu pukul matahari jatuh baru bole makan. Kena reset ni..inshaAllah

May 30, 2016

Filem Wall-E dan Anak

Kebanyakkan cerita filem memang memberi kesan kepada hero soleh Fq, ada yang untuk kebaikkan. Antara filem-filem itu ialah cerita Wall-E dan Frankènweenie.

Cerita Wall-E mengisahkan robot membersih sampah di masa depan di mana bumi hanya di penuhi dengan sampah saja. Tiada kehidupan lain, manakan boleh ada kehidupan kerana tiada oksigen oleh sebab tiada sebatang pokok pun.

Dalam membersih tu ada jugak sebuah lagi robot bernama Eve yang menjadi kawan kepada Wall-E. Macam-macam juga dijumpai oleh Wall-E, tetapi yang paling penting perjumpaannya ialah sebatang pokok. Pasti ia tak melepaskan tanggunjawabnya untuk menjaga pokok itu walau pada mula mendapati ia sesuatu kelainan.
Ya pokok itu juga ialah misi Eve untuk bawa ke kapal induk dimana captain ini yang berbentuk bulat kerana terlalu duduk tiada senam seperti nenek moyang kerana tiada graviti tidak dapat berdiri dan berjalan. Jadi pokok yang dijumpai dapat mengembalikan kehidupan asal dan normal manusia di bumi ini.

Dari cerita ini Fq suka dengan pokok dan menanam pokok atau meminta satu pokok semasa di pasaraya pada umur 4 tahun.
Dan menanam supaya Wall-E ada lebih banyak tanaman.
Tentang Eve dan Wall-E mencetus persahabatan juga Fq pelajari. Ada juga movie memberi impak berlainan. Mama simpan ja dulu dalam minda, walau dah lama dan Fq masih kecil, pasti dirumus di sini jugak :). InshaAllah. Hampir terlupa pokok yang Fq itu masih ada, kecil tetapi ada anak pokok, bila diberitahu pokok tu ada baby, Fq cakap oh comelnya ahh huh so cute baby.. semua ni expressi dari TV ni.

May 29, 2016

percaya - adik

Adik tersayang

Saya pernah la bertanya adik saya ni bagaimana bermulanya...tak ingat bagaimana perbualan kami tetapi adik saya cakap, percaya ada mesti ada.

Macam lagu ja..kami sambung...lebih kurang katanya..

Bermalam-malam berdoa,
hanya didengari olehNya,
Dalam hati, sebuah lagu harapan"
Sukar untuk memahami,
Hilang rasa takut,
Walaupun terlalu banyak yang ditakuti,
Sedang mengubah nasib masa yang sama,
Sebelum tahu kita mampu,

Ia keajaiban dariNya bila percaya,
Walau rasa Harapan tinggal harapan,
Sesiapa yang tahu keajaiban, mesti percaya,
ia akan berlaku, dengan percaya dulu,

Ya..dalam ketakutan kini,
Bila dalam doa perlu keyakinan,
walau harapan terbang laju,
Ya..sekarang saya berdiri di sini,
Hati penuh kesukaran digambarkan,
Mencari keredhaaNya,
Tak terfikir diperkatakan,

Biasa menjadi bila meminta,
Tak mudah mengalah dalam ketakutan,
Disebabkan diselidungi oleh kepedihan,
Tiada jalan kelihatan, tempuhi jua dalam kegelapan,
Kedengaran disana, menyatakan ada harapan,

Akan ada, bila percaya,
hanya percaya,
tentu ada. InshaAllah, Amin.




Dairi mama

Dari subuh lagi dah bangun semua kecuali si puteri solehah je belum bangun. Perut berkeroncong ni tapi en hubby cakap tunggu Fadya. Mama pun ambik kesempatan bersandar di kepala  katil capai handphone, buat catatan hari ni. Bangun tadi pun perasan ABC.. hari ni ABC bermakna boleh solat raya nanti inshaAllah. Cuma puasa enam tak bole abis dengan en suami kut. Eh mungkin lailatulqadar kut tak sempat kut. Tetap boleh berdoa kan.. dah keliru pagi-pagi ni.

Masih menunggu nak sarapan tetapi en suami tengah download shaun the sheep..filem yang mengisahkan haiwan dari ladang turun ke bandar mencari tuan mereka, Farmer yang hilang ingatan. Fadya sedih bila salah satu biri-biri di tangkap di tempat haiwan terbiar...siap cakap noo...dengan tangan-tangan sekali tu..

kira semalam putera dan puteri tonton kali kedua. Hari ni en suami dah nak download..suka jugak kut..Faiq suka, asyik bertanya bole tengok lagi..ok la cuti sekolah kasi chance la. Ni pun Fadya dah bangun.

Redup ja cuaca hari ni....rindu nak tengok pokok-pokok di luar walau tiap hari tengok haha.. memang lapar sekarang, semalam pun terasa.. semalam en suami nak turun buat nestum milo rasa lega.. beberapa ketika beliau kembali dengan air kotak susu coklat sambil gelak malas nak buat tu dan berkata sama kut ni milo nestum dengan susu kotak sambil cakap muffin saya buat tu ada diatas. Dengar muffin tu rasa boleh menyenyakkan tido juga sebab saya buat yang padat, ni kes duk tengok movie terlebih. Kalau terlelap dah selamat tenaga.

May 26, 2016

sejak poster doa makan

Dalam sibuk menyediakan sarapan, saya perasan Fadya di dapur jugak. Di ekor mata ni nampak macam dia tengah selongkar laci dapur. Saya biarkan asal tak da yang boleh pecah. Saya keluarkan segala untuk sarapan, bawak ke meja. Tak perasan apa lagi tau, tetapi Fadya angkat tangan berdoa. 

Ya Allah rasa comelnya sebab macam dalam poster ada garpu dan camca. Memang otak kanan ke kiri yang lihat imej. Jap google :)

Ok dah google memang betul otak kanan lebih ke art dan visual. Dengan poster kanak-kanak lebih ingat. Bila saya capai handphone fadya dah tak mahu angkat tangan berdoa. Segan kut tetapi dia cakap pinggan kecik atau yang serba kecik untuk kids budak-budak. (Piring cawan tu)

Geram la tengok dengan tangan sebelum pinggan tu..baru ni ada buat smile! Its sunnah tengokla macammana boleh ikut ke tak. InshaAllah.

May 25, 2016

beri ikan bertahan sehari, mengajar mengail untuk seumur hidup

Syukur ada laman membeli belah ini. Lihat gambar lamannya sangat menarik dan menepati citarasa saya yang suka kehijauan.

Sebelum ni saya dimurahkan rezeki dengan pemberian dalam akaun kan ada dalam entri yang lepas. Sejak tu, saya penat betul tau sebab asyik buka website AirAsiago. Sekejap ye, emak saya call ni hehe bagitau beliau ada di Paradigm uruskan no PUK telefon.

Ya Allah penatnya nak travel tau bukan penat travel penat check harga tiket dan nak buat keputusan saja. Kenapa susah nak buat keputusan sebab wangnya wang pemberian (ikan) itu walau syukur rasa cukup masih perlu pertimbangkan...pasti hendak buat pelaburan yang betul kan. Untuk bersedekah baju pun baru ni ja emak pesan bagi yang kain sejuk, ok saya cakap kena berdoa dimurah rezeki permudahkan perbelanjaan saya.

Berbalik kepada melayar laman tiket ni..kalau saya screen shot -  pergi ke Perth RM900 untuk seorang sekali dengan hotel cuma bawa duit belanja saja..berbaloi kan. Ok cuma masih dalam persediaan sebabnya menanti ikan diberi lagi. Tak boleh jadi, tetap berdoa lagi. Syukur dapat website membeli yang serba serbi ni, barang keperluan tidak bertoksik untuk kesejahteraan. Mudah. Dari situ boleh buat keputusan nak travel ke nak pandai mengail ke semua ada, rupanya ikan yang diberi itu masih hidup hehe.. biar ia beranak pinak boleh makan untuk masa panjang.. jadi punca rezeki. Berbalik kepada keperluan. Tanya diri apa keperluan hari ini dengan kemahiran yang sedia ada. Kemahiran memancing tak perlu belajar sebab kemahiran membeli belah sudah ada, cuma di pasaraya mana ja..amboi buat trailer pulak ni. Selebihnya menyusur, inshaAllah.


May 24, 2016

crita waktu petang hampir maghrib

Alhamdulillah boleh baring atas kerusi panjang tak lah comfy sofa sangat sebab PVC rasa panas tapi musim sejuk ni rasa nyaman saja.  Budak-budak sedang menulis dengan magic ink, baru juga perkenalkan, atas sebab bau magic ink atau marker tu tak berapa elok untuk budak-budak.
Nak snap ja, Fadya lari sembunyi belakang khemah pulak

Baru nak angkat punggung nak mandikan Fadya, alhamdulillah ternampak dia berbaju tido, rambut basah dah mandi leganya hehe.. jerit jugak la dekat fadya dengan nada dah mandi?  Fadya cakap dah mandi sendiri tapi eh sori sori papa mandikan. Alhamdulillah.

Belum kedengaran azan lagi ni, rasa dah nak masuk maghrib ni. Dah azan, ok jap nanti sambung :)

Lepas maghrib, tunggu isyak, budak-budak masuk tido. Kami sekeluarga makan malam sebelum lewat petang. Jadi dah tak da makan selepas solat maghrib atau isyak. Kira nak tengok movie ke apa lepas budak-budak masuk tido. Faiq tido awal sebab tak tido tengahari, Fadya lambat skit sebab tido tengahari, sebab lepas bangun buat homework jadi letih jugak Fadya kut, terlena awal jugakla.

Tula tentang movie ni kami ada koleksi filem Jim Carey, contoh cerita Ace Ventura tentang detektif haiwan. Kelakar cerita dumb and dumber pun. Bila ingat bab si dumb tu duk nangis teresak di depan tv ingatkan beliau tonton movie sedih apa, rupanya iklan tisu ja..haha.. satu lagi si dumber cuba ngorat seorang wanita, berkenalan secara cepat sempat la si dumber ni dapatlah info yang wanita tu dari Austria tetapi si dumber ni gi cakap slang australia haha goodaii mate!!! Memang salah la sebab orang austria cakap jerman.

Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)

May 20, 2016

catitan dairy | anak dan susu serta pertuturan

Alhamdulillah hari ini Faiq diperkenalkan susu segar. Sambil disua susu tu, mama membebel la jugak sebab Faiq dah besar, takkan nak minum susu botol kut. Kalau boleh nak cuba susu bancuh dalam cawan tetapi biasa la tak sempat. Keluar dua kotak susu putih, satu lagi susu bercoklat. Pilihan Faiq yang susu asli. 

Semalam ada baca  entri di blog www.bubblynotes.com tentang kanak-kanak pelat. Saya tinggal komen yang saya pernah bagi anak-anak saya nyanyi alif baa taa, Alhamdulillah kerana saya rasa semua pergerakkan lidah ada di alif ba taa hingga ya.. saya kurang pasti jadi saya masukkan disini supaya rakan blogger memberi pendapat. Dengan baca blog Farah bubblynotes juga, saya buka youtube alif baa taa ternampak senam soleh dan solehah, Fadya sangat suka hingga terlompat dan lakukan hingga abis hehe.. 

Terima kasih blogger Sis PI tinggal komen di sini, Maaf saya hanya dapat singgah di blog Sis PI http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/?m=1 saja tapi tak dapat tinggal komen. :(

May 19, 2016

jadi bertanggungjawab ada ganjarannya

Fadya sudah pandai menjaga barang sejak baru jugakla. Jadi saya pengenalkan beg berkelah yang sudah lama ada.

Fadya ni jika terambik baju yang tak suka ke, dia akan lipat dan simpan balik. Sejak itu baru la saya rasa waktu yang sesuai berikan picnic bag tu...

Alhamdulillah, sukanya dia bukan main, dikeluarkannya pinggan cawan, camca garpu, bila dah abis guna di basuh dan disimpan balik. Tikar juga dipastikannya dimasukkan balik.

Bila memberi sesuatu yang bertujuan sudah pasti Fadya nak guna beg dengan tujuan berkelah. Setiap kali keluar, nampak rumput ja dah nak hampar kain nak santai santai ala picnic.

Cuti sekolah hari tu, ada hari yang saya bawa bekal untuk makan tengahari. Bila berhenti ja kereta Fadya nak keluar untuk bentangkan tikar tu. Papa yang terkejut cakap tak boleh la di sini, lagipun panas, yang ketara papa tak boleh bersila dengan seluar kerja ni, tertetas nanti haha.. Fadya ni kalau duduk bersimpuh tu untuk perempuan kalau duduk bersila untuk boy.. mama selalu ditegurnya hehe.. ok la bila di rumah terpaksalah Fadya bermain berkelah sendiri macam dalam pic atas tu huhu..



May 18, 2016

Anak dan ilmu

Assalamualaikum. Faiq akan bertanya kenapa tak cakap selamat pagi atau assalamualaikum bila dia bangun sekarang ni. Papa cakap sebab Faiq sendiri boleh ucap dulu. Kesian mama dengan Faiq, fasa sensitifnya mungkin dah ada. Biasa buat sendiri semua tetapi kadang terkelip kelip mata macam nak dibuatkan.. segan nak minta kut. 

Bila diberi latihan maths atau menulis suku kata, Alhamdulillah Faiq habiskan. Saja spend time dengan Faiq lebih skit saya bagi gambar pinggan, camca dan garpu, objek besar untuk Faiq warnakan, Faiq nampak berminat juga tetapi saya beritahu projek mewarna ni amboi projek mesti diabiskan sebab ia adalah satu tanggungjawab tak bergantung kepada minat/suka..

Itu la menjadi jugak lah, Faiq abiskan, poster kecil yang membawa mesej "Doa Sebelum Makan". Doanya tak berani pula nak tulis di situ sebab dah pernah buat vocab arabik seperti  Alif untuk Alhamdulillah, Ba untuk Bismillah...Fadya tak jaga betul sebab kertas kan lagi pulak boleh mewarna, dibawaknya ke sana sini, risau takut terpijak ke apa. Jadi kali  ni buat simple macam dulu memang Faiq tahu baca doa pun sebab bila suap botol susu, mama bacakan masa Faiq baby dulu. 

Walaupun Faiq pernah sekolah islamik tahun lepas, sekarang tabiat mengangkat tangan kurang sebab mama la bila hulur makanan cuma baca begitu saja sambil hulur kan...Faiq pun sambung ja dan baca sekali sambil sambut makanan.

Itulah poster doa sebelum makan tu ada tangan mama gunting dari piring kertas tu ada lekuk sikit ala 3D hehe dua tapak tangan berdoa. Syukur sebab berkesan juga, masa makan tengahari tu, kami singgah makan di luar..memang masa terhad tak terfikir atau nak bertegas untuk mengajar berdoa ke apa, lagi pun makanan belum sampai, baru minuman ja..jus oren untuk Faiq, sejak panas hari tu Faiq jadi suka air oren pula. 

Terkejut juga bila melihat Faiq angkat tangan dan berdoa. Apa lagi mama ni ambil gambar la satu hehe, biasa waktu terhad ni mama tak sempat pun nak bersnap, tetapi cari peluang dan ruang jugak kann.. moment makan bersama :)

May 16, 2016

Anak dan Buku

Masa kelam kabut nak keluar semalam, dekat pintu, Fadya tanya nak bawak buku boleh ke tidak. Dah tergesa mungkin tak jawab lagi, Fadya tanya lagi, buku kecik ja nak bawa katanya, papanya yang tolong jawab cakap ok boleh bawak. Dalam perjalanan, nampak Fadya baca juga buku tu. Buku tentang semua merah, tak ambil gambar pun lain kali nak ambil. Sebab gambar yang tetera di sini dari perjalanan hari lain yang lama skit, mama ambik pun sebab petmandangan tingkap tu cantik, baru perasan Fadya tengok buku.

Bila dah sampai ke destinasi semalam, parked kereta, kami keluar buku tu tak dibawanya. Tiada siapa kisah la tentang buku Fadya tu, yang kudapan ada tab/phone  yang diupload online book/cerita macam tu dah dibekalkan. Pic-pic di atas tu tak bagus sebab tak pakai seatbelt, memang mama toleh pun untuk suruh pakai talipinggang keledar jugak tu, sambil snap permandangan.

Tak sangka outing semalam banyak menunggu, sampai Fadya bertanya juga tentang bukunya, mungkin nak baca kut. Rasa termalula jugak mama ni duk sedia app/phone/tab segala, yang anak nakkan buku fizikal nak baca.

Pagi-pagi ni mama teringat kisah semalam terus cakap dengan papa tolong ingatkan tentang buku untuk Fadya tak kira waktu mana pun sebab Alhamdulillah Fadya minat sendiri dengan buku ni, jadi memang patut memberi galakkan. Dah tahu pun Fadya minat buku dari kecik, sampai nak peluk buku depan cermin tu.


May 12, 2016

Hadis lemah? | Hijrah

Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.

Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.

Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti  part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)

May 11, 2016

Majlis Baca Yasin

Alhamdulilah baru balik dari baca Yasin. Tak sangka Tuhan permudahkan untuk pergi. Bila baca jemputan majlis baca Yasin dalam whatsapp tu buat tak nampak ja, bukan saja buat tak nanpak tapi terdetik dalam hati memang tak nak pegi. Punya lah mama jenis minimize je apa hal dalam satu hari bukan apa. Kadang tu jemputan mother's day spa ke masage /facial free ke memang tolak tepi pada hari sekolah ni, hujung minggu ada en King lagi la tak bole hehe. Sebabnya suka tenang ja atas jalan raya tu atau mencari parking dengan tenang. Lagipun sekolah Faiq tiada yang nak menunggu. InshaAllah mama datang awal. 

Syukur dapat air Yasin boleh la bagi budak-budak minum. Ok la dah nak time menjemput si Imam Negara haha cita-cita Faiq tu..kadang bertukar juga.


May 9, 2016

Hadiah untuk ibu


Hadiah ibu itu untuk saya, saya dapat dari email dimana seorang Hamba Allah  masukkan duit dalam akaun,  duit untuk ibu, tolong check baki anda. Berlinang jugak lah airmata ni sebab duk fikirkan kertas yang bermakna tu... itu la kertas (wang) salah satu yang saya sedang fikirkan... dan sambil dengar dan mengikut baca Al-Waqiah berniat macam-macam untuk orang ni orang ni orang yang tersayang, teringat juga seorang remaja terlajak yang bekerja angkat gas ke rumah orang, saya doakan juga untuk beliau bertemu jodoh dengan orang kaya beriman, mula doa beliau murah rezeki tetapi lebih sempurna bila bersuami rasanya.

Pada paginya saya telefon emak sebab hari Ahad tak dapat jumpa beliau tetapi abang sekeluarga datang jumpa emak bapa dan keluar makan-makan. Emak bertanya saya ada masukkan duit untuknya ke, sebab saya ada minta nombor akaun emak hari tu. Saya kata belum lagi, sebab beliau bertanya saya buka laptop sambil sembang dengannya, saya masukkan la sedikit sangat digitnya... sambil sembang tu saya cakap dah masukkan dah tapi sikit sangat. Emak cakap terima kasih tapi beliau cakap dia cuma nak tahu siapa yang masukkan untuknya sebab itu tanya saya, bukan suruh reloading lagi hehe. Saya cakap tak pa Alhamdulillah sebab saya bertangguh untuk memberi kepada dia, biasa nak tunggu salam berisi sambil main tak yah la, ambik la hehe.. tarik tali pulak dah lari keikhlasan. Macamanapun Lega sangat bila dah buat transfer untuk emak, sepagi tu saya fikirkan lah jalan diberiNya untuk semua biasalah, terlintas Nabi Musa sa. dengan laut terbelah sebab Fadya ada exam saya minta emak doakan jugak, emak cakap sepupunya 4 tahun duk rehat relax relax ja kemarin haha...

Dengan memberi kepada emak saya ni, ada khasiatnya pada petang hari... saya terima duit yang ditransfer dari pemberi iaitu seorang ibu  (bukan emak saya) transfer duit kepada ibu jugak (saya). Moga Allah saja yang membalas jasa beliau dengan menjadi hartawan, sihat bahagia berpanjangan murah rezeki dan beriman, Amin. Terima kasih dan Alhamdulillah

fashion dan perubahan

Bila lihat gambar sendiri biasa terfikir kenapa la diri ini berpakaian begini. Tak faham betul tau. Orang melayu jati tapi kalau check tu ada la darah melayu, cina, india, indon.  Dibesarkan sebagai orang biasa ja tapi pakaian berani pakai yang tak sama dengan orang ni di malaysia pulak tu.

Bila ada anak lihat anak risau kalau lah anak berpakaian macam mamanya. Syukur makin hari diri ini dah bertukar dah tapi sikit sangat. Yang pasti masa menjemput Faiq memang fesyen biasa. Faiq pun perasan kut sebabnya dia akan cakap suka atau cantik pakaian mama hari ni.

Untuk berubah kitaran yang simple adalah dengan fikiran niat, reaksi perangai dan emosi. Juga diberi jangka masa untuk berubah dan pantau sendiri dengan catatan harian Hari ni saya sedia pakaian dan skaf yang sempurna sepanjang 5 hari untuk minggu ini, termasuk hari mengaji. Tengoklah bagaimana kerana langkah ini tidak dipersalahkan masa lepas individu atau didikan kerana hanya bergantung kepada  keputusan (azam) yang dibuat masa sekarang sahaja. InshaAllah dipermudahkan.


May 8, 2016

juice vs kopi

Sememangnya minum jus buah campur sayur memberi lebih tenaga. Bukan setakat menyegarkan tetapi menjadi badan lebih sihat. Tapi tulah asyik terlupa ja bila jalan-jalan nak duduk minum kopi sebab jus ni sejuk. Biasa kat luar ada jual air kelapa, bagus juga, dalam bangunan pula jual air sejuk dalam aircond, terbayang kopi lagi menyamankan je.

Ni masa kat klia2 ni  dengan en hubby singgah minum boosts juice bar ni. Oleh kerana flight lambat lagi kami boleh berjalan sana sini..mungkin sebab budak-budak tak da masa ni, tenaga tersimpan banyak kut atau kerana jus.

Rasa suka perniagaan ni. Bila keluar dekat encorp dengan kakak pun cakap bagus jus ni rasa nak franchise perniagaan ni, kami dua beradik sembang kosong ja.

Entri ni cuma nak ingatkan mama yang nak minum air buah  walaupun dah masuk musim hujan ni dan nak buat untuk anak-ana jugak. Dulu ada babYpose dairy tapi dah delete.

#babYposediary

May 6, 2016

Harimau | Jari mengira | Buku

Nak cerita tentang peminat harimau. Dari lukisan atau jari untuk mengira matematik pun dimintanya jari harimau. Bila saya cakap nanti monkey ketakutan bila ada harimau. Serba salah dia nak pilih harimau dan cuba pilih haiwan lain. Berfikir juga untuk memilih haiwan lain tetapi keluar dengan berkata harimaunya baik macam Lion King tapi ini harimau yang melindungi haiwan lain seperti Lion King juga.
Peminat harimau tu ialah Fadya (4 tahun) pemilihannya yang tidak disangka, mama ingat Fadya nak pilih arnab atau kucing.
Fadya ada buku baru yang berbateri. Buku ini ada interaktiv dengan kanak-anak bunyi kereta dan kenapa bunyi begitu contoh bunyi kereta ambulan. Boleh dengar bunyi dengan tekan di tepi tu. Book of Why ni dari Anmum. Percuma bila beli susu. Sesiapa yang inginkan buku ini boleh la komen di bawah. InshaAllah aunty hantar secepat mungkin, tapi hari ni dah Jumaat jadi aunty biasa hantar hari Isnin. Fadya pun cakap boleh bagi fren, mula tu sayang kawal semua bila dah cakap dah baca, dan ada yang lain, baru rela haha.. 

*komen beralamat dan nombor telefon tak di publish.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin