Pages

June 9, 2016

Catitan suasana Ramadan

Semalam tengahari rasa mengantuk sangat lepas buat groceries skit skit je dengan en hubby. Masa on the way balik tu, letak speaker, talipon emak. Emak jawab tak boleh cakap ni sebab dalam LRT, haaaaa mamaku cergasnya  Alhamdulillah, tak ngantuk pun tak boleh jadi, kena semangat balik.. emak dan bapa naik teksi dan ambik LRT nak buka puasa di KLCC. Emak cakap haaa beliau doakan saya bahagia dan jadi jutawan senyap...saya sebelah sini cakap lain..mungkin anggapannya, saya akan cakap pasal doa kut lagipun emak dalam LRT tak dengar...amboi emak ni nak suruh saya senyap kut...malas nak cakap tentang masa depan ni kut hehe... ok Amin YRA saya cakap masih lama lagi nak berbuka tu..emak cakap nanti gi solat..jalan-jalan beli  memang ada barang nak beli pun..solat lagi dekat masjid syakirin tu..so sekejap ja. Saya kat sini bertanya semalam tak jawab telefon..tapi mungkin beliau dah tak dengar, tambahan telefon saya pun letak speaker, letih menjerit.

Hari ni saya nak bersemangat dan bertenaga la hehe...tak da la nak naik komuter ke apa haha.. anak-anak saya hantar ke program cuti sekolah.. macam-macam juga aktiviti mereka ada di situ. nanti-nanti boleh share la ni ada pic macam ngantuk ja Faiq Fadya dengan kawan-kawan haha
..bila emak cakap naik lrt...teringat Faiq Fadya pernah naik komuter pertama kali...mama pun tak pasti sebab duk pergi klia tu LRT kan atau train shuttle dalam airport tu..mereka ni dah pernah naik la. Ni gambar Fadya dalam kommuter.

Semalam masak nasi kismis dan kurma..Fadya cakap nice..Faiq makan senyap ja..tentang komuter tu kalau kami cakap jom naik keretapi, Fadya cakap "saya sangat letih..." im so tired. Yusuf taiyoob. Faiq pula cakap dia suka nak naik lagi..
tapi Faiq tak nak tido hotel lagi sebab sejak dua menjak ni kami tido hotel budget yang tak da swimming pool, jadi Faiq cakap rumah lagi bagus ada toy semua...haha papa cakap baru tahu, duk ajak tido hotel sangat bukan semua yang indah saja hehe...

Malam semalam Faiq tiba-tiba cakap dia tak nak seronok atau happy sangat, kalau senyum pun sikit ja sebab nanti nampak macam joker dalam batman tu lagipun Faiq nak jadi character baik macam batman...alahai anak bertuah ni counter mama punya misi ja tau..senyum yang menegur la. Ternampak gambar Faiq dekat taman bumbung umah maktokwan, ingat nak gi tolong cuci daun kering tu. Tengok la macamana nanti..inshaAllah.



18 comments:

  1. Macam best je progr cuti sekolah anak2..puasa penuh ke faid fadya..muka mengantuk tu letih puasa kot..

    Kelakar la faid..budak2 biasa la kan klu tido hotel mesti nk yg ada swimming pool.yg kt rumah ni pun sama aje.hehe

    ReplyDelete
  2. macam macam keletah anak anak ni kan..

    ReplyDelete
  3. Sukalah mama/papa BP sihat dan ceria walau dibulan ramadhan. Dah kata ibu doa dia sentiasa kita mahu. Beruntung mereka masih ada.

    JB tak ada LRT so auntie ni tak pernah naik tau Faiq/Fadya. Kalau MRT adalah naik itu pun di S'pore.

    ReplyDelete
  4. doa mak akan dikabulkan Allah BP...best mak BP doakan jadi.jutawan tu.
    Yalah tido hotel takde swimming fool,boringlah kan faiq...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah ... selamat berpuasa 😊

    ReplyDelete
  6. Cergasnya dorang yea, larat naik lrt nk buka puasa kt klcc.
    Faiq ngantuk dan letih puasa ke tu?
    Wah..bolela syer resepi nasi kismis tu.😃

    ReplyDelete
  7. nampak macam joker eh..gelak kejap

    ReplyDelete
  8. InshaAllah doa mak tu makbul, moga BP jadi jutawan satu hari nanti. Cergas betul mak ayah BP berjalan-jalan ke klcc tu.

    bestnyer faiq fadya ada aktiviti di waktu cuti sekolah, tapi kenapa macam mengantu je tu

    ReplyDelete
  9. adoi la faiq...kelakar pulak bila dia cakap rumah lagi best...gelak besar aunty kat sini...comel tau awak ni...

    ReplyDelete
  10. haha...fadya fadya
    im so tired. yusuf taiyoob.

    apa kena mengena yusuf taiyoob tu anak oi, tergelak aunty

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat doa dari mak...
    Meh...meh...kita ambik semangat maktok.....walaupun dah kilauan tapi tetap cergas gitu. Malulah kalau kita yg muda ni asyik letih je kan BP lainlah Faiq... baligh pun belum hihi

    ReplyDelete
  12. bestnya pegi program cuti sekolah ye anak BP... banyk aktiviti tu nampaknya.. bab2 naik komuter LRT ni sllu budak2 excited..Pae pun sama..tapi jarang dpt naik lah sbb sni takdo..hehe...
    semangat Mak ye..kuat juga tu tak letih..alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. Mesti seronok dua beradik tu pergi program cuti sekolah.
    Selamat menunaikan ibadah Ramadan. BP :)

    ReplyDelete
  14. Salaam Ramadan dan selamat berpuasa...terima kasih singgah.

    ReplyDelete
  15. Salaam Ramadan dan selamat berpuasa...terima kasih singgah.

    ReplyDelete
  16. saya minggu pertama cuti sekolah tu aje agak aktif bawa anak2 jalan
    lepas tu dah tak ke mana...hehe

    p/s - saya nak minta alamat boleh? nak hantar something. nanti hantar dekat blues.fren@gmail.com ye =)

    ReplyDelete
  17. Selamat berhari minggu Bp
    Alhamdulillah ya ibubapa Bp masih sihat kuat beejalan2 nikmat sihat yg Allah berikan syukur alhmdulillah

    ReplyDelete
  18. lya ct sekolah baru2 ni xde buat apa2 xtvt.. just bwk jln kaw dekat2 je..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin