Pages

April 15, 2016

rutin biasa | dear dairy | choc cake

Kalau dulu tulis dairy, mesti tulis dulu, kejap na dairy nak kunci pintu bilik dulu, atau emak panggil ke.. yang ni pun tulis patut kena kerap beli dairy baru...

Hari ni mama bersyukur Faiq kancingkan baju sekolahnya cepat.

Fadya pun siap untuk ke sekolah senang, bangun sendiri hari ni keluar dari biliknya, siap-siap lepas tu tido balik.

Saya seperti biasa bancuh nestum, oat, susu, gula milo 2 cawan untuk diri dan habibi. Letak atas meja, ambik roti dua keping sapu untuk Faiq, tunggu roti canai goreng dengan minyak zaitun atas api siap untuk Faiq juga, ke dapur balik, isi air bekal untuk dua beradik tu. Datang ke meja sapu roti dua keping lagi untuk kami berdua. Flow ni hampir sama sebab tak nak tertinggal apa pun.

Kadang bakar  cake untuk fadya bawa bekal. Ke belakang lagi bancuh susu. Ok baru duduk, ngap telan ja.. berdiri papa, mama pun bangun ambik beg fadya, roti baru digigit pun letak tepi bersebelahan epal hijau dalam gambar atas tu hehe.

Lepas bye bye.. masuk siap kan diri, masak nasi keluar servis kereta, kalau kesempatan nak jumpa adik kesayangan yang tinggal di amerika balik untuk beberapa minggu ni. Alhamdulillah.



Bersyukur selepas subuh, senaraikan.

April 14, 2016

bangku membantu


Bangku yang dibeli dari Ikea ni hanya untuk budak-budak duduk main atau menulis. Dari perspektif anak-anak bangku ini ada berbagai kegunaannya.

Bangku ini boleh di jadi meja, seperti Fadya masak roti (virtual) dalam tablet tu. Pun di letaknya atas kerusi.

Kaki bangku di jadi pedang star was tak da pic pula tetapi pedang mainan ada tetapi sebab beli satu je jadi Fadya pegang kaki bangku jadi pedang.

Sejak Faiq berdikari ni pun, bangku ini di jadikan tangga untuk petik lampu bilik air dan juga bukak shower di dalam bilik mandi, yang ni memang bersyukur Faiq buat sendiri, tetapi terdetik juga sayu, dulu meminta mama tolong itu ini. Macam fadya pun ambil baju pilihan sendiri cuma naik atas bangku ja.

Bila tengok bangku ini di jadikan monopod tu lagi terkedu tak mungkin anak sendiri saja yang pandai pasti anak-anak lain juga.

Ia dijadi tempat main tu biasa la seperti Faiq buat tingkat platform bermain superheronya. Gambar yang dijadi robot pun ada. Rasa cute jugak kan.

Kekretifan mereka tak di sangka kadang tu. Mama ni nampak pun tak perasan kadang tu, fikir 2 kali juga nak ambil gambar ke tak,  cuba ambil kalau sempat inshaAllah.

April 13, 2016

semangat | sedekah

Bila buat sesuatu yang kita suka mana boleh terlupa nak cerita kan.. mesti la buka rahsia hati apakah yang memberi tenaga hari-hari, salah satu rehat hati ni.. kata Ustazah Dr Nik Salida Suhaila .untuk rehat hati  perlu bergurau.

Emak saya pun suka bergurau kadang tu lawak ulangan ja, contoh lawak yang saya segan nak cerita tu tapi cerita di sini jugak ialah emak selalu beri minuman sejuk seperti 100 plus setiap kali keluar bila balik singgah kedai beli yang sejuk dan hulur je botol minuman tu melalui tingkap kereta kepada pengawal keselamatan kawasan rumah emak, jadi saya pun cakap dengan emak yang saya pun nak beri lah minuman juga..emak cakap tak boleh sebab nanti pak security tak tidoq lena.. sebab saya muda haha.. nak tergelak pula bila ingat..

Berbalik kepada tajuk saya, sentuh sedekah air dan Semangat mengutip syiling sebenarnya, kutip di sekeliling dalam rumah, Alhamdulillah dalam plastik aiskrim malaysia tu ada RM5 dan dapat berbungkus juga tau :)  ingat tak nak cakap lagi tentang ciptaan manusia untuk ditukar dengan ciptaan Tuhan ni seperti makanan dari bumi iaitu bendang, kolam ikan.  Di awal keperluan adalah makanan, lebih sedekah kalau kurang kongsi. 

Bila minta sesuatu mesti ada niat atau matlamat penting, memang la si BP ni nak travel dah rasa bersalah nak travel tak menolong jadi duit yang dapat tu diberi kepada golden rice (beras yang tahan lama) lebih kurang (contoh) seperti Bill Gates beri duitnya kepada makanan ruji di Filipina dipanggil golden rice atau ladang susu sebab matlamat pertama makan dulu :) Itulah kenyataan. InshaAllah, Ameen.

Betul selepas published saya ada post baju untuk sedekah dan diletak di kotak iklan page ni. Itulah saya delete sebab tak pasti bile boleh poskan tetapi blogger AA dah komen jadi memang untuk sedekah dan gambar tu contoh baju untuk diberi. InshaAllah. (T&C untuk stocks, masa & blogs)


April 12, 2016

bila air yang disediakan tak diminum

Bagi saya kalau rasa semacam ja mesti cari air dulu, sebab emak la yang pesan dari dulu lagi suruh minum air bila ada sesuatu. Kalau kawan berbangsa lain memang sentiasa bawa botol air. Sepatutnya minun air sekerap yang boleh kan..
 
Dengan Faiq, saya bersyukur dia ambil air  sendiri di bawah. Saya perasan memang kerap juga dia turun naik ambil air kosong tanpa ais. Sambil tengok tv atau belum mula buka tv dah ambil air untuk di minum sambil-sambil tu. Fadya ajak main pun dia liat lah nak join sebab dah tahu apa yang di minat di tv. Lagi pun Fadya main candy dalam bakul atau terpurung kelapa tu tak menarik bagi mata Faiq.

Oh tentang minum air tu , Fadya turut sama tetapi ambil air kotak. Yang sebenarnya Fadya dah mula minum air kosong, jika nampak ada air warna dia ambik yang warna dulu.

Jika saya keluar saya akan sedia air, susu, makanan untuk Faiq kerana dia tak nak ikut. Jadi Fadya terpaksalah berkawan dengan teddy bear nya dah abang kat rumah.. Dalam pic tu Fadya cakap dia minum dulu baru teddy bear minum...aiii :)

Biasa bila saya balik dari keluar, saya masuk rumah tengok Faiq dah mandi dan makanan dan minuman abis tetapi kali ini tak di sentuh, hal ini baru jugak jadi walaupun dah lama juga Faiq tak nak ikut bila kami keluar.

Sedihnya perasaan ini, maksudnya anak saya ni dah terlalu asyik nonton tv atau bermain. Macam saya dulu main komputer sampai malam pun tak sedar nak buka lampu. Dari situ saya pesan betul-betul kena peka atau alert dan ingat nak minum air.


Fadya memang cakap dia good girl sebab habiskan air botolnya siap tunjuk lagi, saya tak perasan semua ni, dia nak tunjuk sangat, mungkin di sekolah di ajar minun air sampai abis kut.


Oh ya air bekal Faiq abis, saya check jugak :), Alhamdulillah. Letak juga botol Faiq yang dibeli 3 tahun lepas.. berjasa jugak, kerana yang sebelum ni asyik pecah ja.

April 11, 2016

compost | kompos sampah

Saya dah buat kompos secara serius juga kali ni. Sebelum tu saya sentuh tentang kitar semula dulu. Saya asingkan sampah kering ja dulu, sampah plastik dalam beg plastik kecik, kertas atau kotak pun dalam plastik kecik. Plastik bersaiz kecik senang sebab cepat penuh, jadi yang dah di ikat kemas tu di letak atas rak besi lama di luar rumah bahagian penjuru laman berbumbung. 

Sampah besar dan tak di penyek saya letak dalam beg sampah besar. Sampah plastik tu macam botol plastik, bungkusan plastik tepung atau biskut. Contoh berus gigi baru dalam kotak tu atau bungkusannya plastik di atas dan yang cardboard kertas tu dibawah. Saya koyak bahagian plastik masuk dalam beg plastik, yang kertas tu dalam beg sampah kertas. Gambar tak ambil pula. Semua beg plastik barang walaupun di sini plastik kena bayar 20 sen jadi di rumah tak banyak sangat tetapi tetap ada. 

Bila kami shopping memang bawa beg sendiri. Kalau terlupa kena la bayar 20 sen. Kalau simpan sampah kitar ini dalam beg sampah rasa rimas sangat kalau lambat penuh. Jadi ada 3 tong sampah. Plastik, kertas, tin dan sampah basah.

Sampah basah macam kulit epal, kulit bawang atau lebihan sayur saya komposkan jadi tanah. Kompos ambil masa 3 bulan. Sisa makanan macam tulang ke saya buang sebab bahan ni tak sesuai mengundang haiwan seperti anjing kucing mengunjung. Tetapi sayur, daun kering, batang  pokok semua bole dikompos. Bole jadi baja.  Oh sampah tin atau tong sebab lambat penuh saya letak  diluar jugak. Dalam beg plastik jugak. Bahan kompos tadi saya letak dalam beg beras sebab beg plastik beras susah di tebuk atau hancur. Amalan ini memang masuk duit, bahan kompos sampah basah pun jadi tanah tak payah beli tanah lagi. Saya catit di sini sambil mencari cara mudah dari rakan-rakan blogger. Perasaan lega menolong juga alam sekitar walau sikit demi skit. InshaAllah, Alhamdulillah.

April 10, 2016

mendoakan cinta mencintai

Bahagia dunia akhirat, baru teringat nak mendoakan en habibi mencintai diri ini dan saya juga mencintai en habibi. Asyik mendoakan yang tiada bagi ada, dah lupa pula yang sedia ada. Bersyukur dapat menyuburkan lagi. Itulah saya pun tak pasti nak mendoakan bagaimana, tetapi biasa sebut suamiku menyayangiku dan aku menyayangi suamiku eh wah dalam doa tu. Terlintas juga moga en habibi memfokuskan padaku. Ini kawan saya yang beritahu yang beliau mahukan suaminya fokus pada dirinya. (aku nak laki aku fokus kat aku, inilah ayat kawan saya). Baru ingat balik  yang seorang kawan siblings saya la, suatu ketika dulu beliau kakak angkat saya tau (beliau juga seorang peguam) sanggup tolong masakkan ikan haruan masa saya dalam pantang, kami keluar makan-makan beliau ingatkan saya berdoa hati mencintai suami dan suami mencintai isteri. beliau bagitau soal hati ni ditangan Allah jua.

Serasa saya lah jika mahu suami fokus kat isteri, si isteri kena fokus pada diri sendiri, tetapi kekadang terbabas sebab mood swing tu kerana wanita ada kitarannya jadi fokus kat diri tetapi nak suami fokus juga time ni, kena lebih fokus pada diri juga :) mengaji ke, melaram dalam rumah ke menonton tv ke perlu ada hobi atau minat rancangan apa-apa. Dalam buku bahasa inggeris, isteri kena jadi interesting tak boleh membosan. Maksudnya jadi cergas kut.. tak pasti la kalau rakan blogger lebih berpengalaman boleh la kongsi. En suami cakap beliau doakan kami bahagia dunia akhirat dan stay in love amboi macan staying alive ala John Travolta pula hehe... yang penting "dalam doa ada nama awak" , InshaAllah Ameen ♡

April 9, 2016

Anak lebih ke depan | advance

Bila tengok budak sambil keling mata dari handphone ja rasa kesian pula. Kalau dulu bapa yang tengok saya dengan selakkan surat khabar ja. Kadang tu saya terus letak phone nak betul fokus kepada anak-anak ni. tetapi ambik balik handphone sebab nak rakam moment yang manis yang di lakukkan anak anak.


Mula heran juga kenapa la Fadya keluarkan semua buku-buku ni, bersepah-sepah. Dibukanya dahulu, dari satu mukasurat ke satu muka surat lain, sambil memenggang pen. Rupanya ini ke di buatnya. Haha.. sempatla ambil video untuk tunjuk kepada papa.. ada beberapa lagi video, letak satu dulu kut.. Faiq pun ada buat lebih kurang begini tetapi lebih advance, kelakar pulak apa yang diperhatikan mereka di sekolah di bawa balik ke rumah :)

Dah marking macam guru lagi hehe


April 6, 2016

Diri sendiri | Dalaman

Dengar pernafasan diri sendiri juga rasa tenang, bila suasana senyap sunyi dengupan jantung pun boleh didengari.
Bila dengar pasti nak buat sesuatu angkat tangan ke berdiri bengkok badan ke depan atau ke belakang, baring baru angkat seperti pic di bawah,  apa posisi pun, berhenti seketika, tumpu kepada pernafasan. Me time yang biasa di minta ramai tu, iaitu sambil pejam mata, pastikan rehat di antara kening biar dahi rehat fikir sihat, segar, nyaman..

Pinterest

Posisi babYpose iatu tersemnbam di lantai tu lebih tenang kerana kepala lrbih rendah dari badan, pengaliran darah lebih ke wajah menjadi lebih pink :)

April 5, 2016

Syukur ada tempat menumpang

Alhamdulillah saya dapat mesej dari kakak tersayang yang beliau boleh menjaga anak-anak kalau kami hendak ke umrah. Beliau minta bagitau awal kerana beliau pun perlu bincang dengan anak-anaknya dan abang ipar jika tarikh berselisih dengan rancangan mereka.

Beliau cakap pergi umrah dan suruh saya pasang niat, itulah, pegi umrah tu ambik masa 2 minggu juga. Ustazah pun pesan pegi sendiri suami isteri dulu. Macam tak bagi bawak budak-budak tu :)

Seperti biasa saya ingin juga hendak ke tempat tidak jauh yang ambik masa satu hari satu malam ni, saya main main bertanya emak saya la untuk letak budak-budak ni, emak cakap boleh cuma  risau tentang tangga di rumah beliau ja. Dalam foto Faiq fokus tonton tv, kalau..

Fadya ni budak yang tegas jugak, kalau nak main tu memang ajak betul-betul. Tarik seluar Faiq pun muka relek ja. Kalau Faiq tak nak ke apa, merajuk..kalau siapa tak faham, susah jugak nak pujuk.

Pernah jugak saya tinggal budak-budak ni, saya sediakan stamp pad barang stationery yang baru untuk Faiq, magic ink yang baru highlighter...saya cakap kalau budak-budak buat hal, keluarkan barang ni satu-satu,..siap ada strategi tu :)

April 4, 2016

buku waktu tido anak


Faiq cakap kadang dia terasa nak pegi sekolah tetapi macam ada orang nak suruh dia main, adakah itu syaitan. Tetapi bila berdoa membaca surah suci, dia jadi strong. Jadi dari situ saya fokus yang ayat strong dulu dan berbanyak berdoa untuk dapat perlindungan. walaupun pertanyaan Faiq itu ingin saya panjangkan, saya lebih suka terangkan tentang solat, ngaji dan doa.

Pilihan Faiq untuk buku bedtime ialah buku Juz Amma. Bagi faiq  bad guy tu syaitan dan mengucap Auzubilah bila rasa takut seperti dalam lagu Yusuf Islam yang saya pasang masa Faiq umur 3 tahun dalam kereta ke sekolah. Buku feveret Fadya lain pulak.


April 3, 2016

Maha mendengar dan memberi rezeki

Macam terkejut sangat bila saya dapat mesej dalam perbualan tentang roadtax kereta parents saya. Soalan saya pun tentang pelancungan sebab fikir nak melancung, permintaan pun ingin melancung dalam entri ini - ikhlas-dalam-meminta.

Tiba beliau hantar namecard nya tentang travel /pelancungan. Memang sebelum ni saya tahu beliau dah nak tukar karier dan ingin buat business di luar negara. Bila beliau ke luar negara beliau cakap nak jual belacan, seperti biasa saya akan cakap good nanti maju saya pergi sana melawat.

Rupanya beliau dah ada business tours/melancung terus berlokasi di Perth. Saya minta beliau buat quotation sebut harga ke ostolia untuk 4 hari kira kalau cuti pun cuma 2 hari ja kan. Tengok beliau dah nak kena ke eropah business makin maju tu.

Tetapi itula dalam post yang lepas saya minta nak travel melancung ke luar negara, sekarang Allah telah beri jalan mudah kerana adik kawan saya yang buat business tours di australia. Saya pun response positif ja minta beliau bagi kosnya. Lepas tu baru teringat semasa makan tengahari dengan en habibi. Laa saya tak minta duit untuk melancung dalam doa saya. Terkapai-kapai kejap.

Kenapa tak dapat duit untuk travel pun, sebab tak sebut duit tapi nak melancung, kenapa. Kerana malu nak straight to the point betul tak.

Hari ni saya minta dari Allah yang saya mahu RM5 juta. Ameen:) untuk travel untuk education anak-anak dan lain-lain misc :) InshaAllah, Alhamdulillah.

Grateful healthy attitude remains...mind physically..

April 1, 2016

Syukur....adalah Solusi

Ni dari buku "The Magic" menyatakan bila bersyukur atau berterima kasih sahaja akan bertambah apa yang kita mahukan..

Di dalam buku ni pun ada petikkan Surah Al-Quran

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, Surah Ibrahim14:7"

Saya ada tiga buah buku dari penulis yang sama, cuma magic belum abiskan lagi sebab saya bagi emak baca dulu supaya dia explain kat saya hahaha...

Tula bila tak da duit bagaimana la nak bersyukur... kena besyukur juga duit seduit dekat mesin basuh tu ke terima kasih kerana dengan duit  seduit boleh jadi satu juta, tak cukup seduit dah baru RM999999...atau syukur duit atas meja duit sen-sen tu ke atau duit kemarin seratus tu ke...ingat balik yang ada saja, yang tak da tak boleh ingat ..adoi...

Ok  (ok pulak, saya tak bagi anak sebut ok sekarang ni saya suruh mereka biasakan InshaAllah, Alhamdulilah) InshaAllah sedang bersyukur duit dalam purse saya tu...yang kawan saya cakap purse tu dah berkulat, tukar la.. purse tu dah isi beribu-ribu keping duit..ada duit tu..bersyukur :)

Bersyukur itu penting sampai buku tu berjudul " Magik"...InshaAllah..Bersyukur kepada Allah yang memberi. Hanya meminta dari Allah, Hanya Allah saja yang boleh memberi.

Contoh rumah tak banyak tingkap, bila bersyukur Tuhan bagi idea...letak pokok hidup kat tepi tu,, letak kotak-kotak rak hiasan di isi dengan bekas janjan..seperti keropok, sebelahnya bekas lada hitam garam, sebelah lagi tisu macam kat kopitiam, cermin ala tingkap :)) Selamat bersyukur.

Decor berfungsi, keropok, garam lada, tisu, capai ja menambah rasa, kunyah sambil gebang, tarik tisu lap mulut :))
Alhamdulillah

March 31, 2016

Dengan meminta ....Dapat

Ok ini dari buku yang saya baca lama dulu, rasanya kebanyakkan dari rakan blogger sudah tonton videonya.


Dalam buku itu penulis menyatakan bahawa kemahuan dapat mengubah hidup dengan meminta, yakin (percaya) , dapat yang diminta itu.


Bukan apa, saya perlu solusi saya fikir balik bagaimana caranya sambil berusaha itu. Merendah hati meminta tolong dari ibubapa mendoakan. Macam saya bila jumpa ibu mertua, saya bagi duit, Ibu mertua saya tanya untuk apa kan saya cakap terima kasih doakan saya. Beliau buat pintu baru ke apa,  beliau cakap ni duit dari saya beliau sebut dua tiga nama lagi. Beliau akan beritahu bila sesiapa tanya tentang perubahan baru tentang rumahnya tu.


Dalam Surah pun sebut supaya kita menjalankan usaha masing-masing lepas solat.


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Jumu'ah 62:10



Contoh usaha seperti sediakan meja kerusi untuk anak-anak ulangkaji.



Dugaan anak-anak terasa kenapa meja besar dan kerusi tinggi untuk abang, aadik tukar sendiri meja dengan buku-buku sekali. Abang selamba ja buat latihan untuk umur 4 tahun kadang tu.

Hajat untuk dicapai dengan meminta di dalam doa dalam sujud atau dalam solat sebelum beri salam. Sesudah itu cari jalan yang ditunjukkan untuk diusahakan. Catitan diri sendiri, InshaAllah


Oleh itu, bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah orang-orang yang tidak menyakini apa yang engkau sampaikan iut menjadikan engkau resah gelisah.
Ar-Ruum 30:60

March 30, 2016

ikhlas dalam meminta


Apa yang anda inginkan sekarang :)
Saya pula ingin travel, suka bau airport transit sebab mesti singgah untuk minum kopi kan bau kopi di airport sangat merasakan diri ini sebati dengan suasana bagai di rumah tetapi jauh dari rumah ala home away from home, begitu lah heeee..

Suasana itu saya buat di rumah ja dengan coffee maker dengan fresh ground coffee dan buat raisins scones. Bau kopi seperti di airport :). Itu perbuatan yang benar mahu tetapi..

Scones, mentega, peach jem
Fokus itu kurang kerana saya lebihkan anak-anak kerana inginkan anak pegi sekolah dengan buku kehadiran penuh inshaAllah. Tak seperti tahun-tahun lepas. Persediaan tahun ini untuk peperiksaan tempat pertama dan kelas pertama mulai hari ni kan, inshaAllah.  Di ragui dengan anak-anak sekolah dan bila cuti sekolah rasa rimas orang ramai walau belum cuba. Itulah belum dapat travel tu heee.. bila meminta kena betul bersungguhkan...

March 29, 2016

Idea | Dressing

Ya syukur dapat idea pakaian Faiq untuk pegi mengaji. Kelas mengajinya di registered cuma still persendirian. Tahun depan baru nak masukkan Faiq ke sekolah agama kerajaan, di situ di kenakan berseragam.

Walaupun tahun lepas Faiq dikenakan baju melayu. Untuk tahun ini Faiq pakai t-shirt putih dengan seluar track bottom ja. Budak lain memakai baju melayu dan berbaju kurung. Saya rasa lebih sesuai kerana baju putih dengan seluar sukan menampak Faiq budak sekolah dan lebih selesa. lagipun baju melayunya ada di tempat lain. Tak sempat nak ambik lagi.

Dari idea ini saya pun pakai baju yang sama ke kelas mengaji saya heee :) Tiada fikir panjang lagi. Biasala lebih jimat dan tenaga memikir nak pakai apa. Tersalah pakai jadi seperti Faiq memakai baju merah, nampak lain dari lain. Ya Fadya 3 tahun dalam gambar tu. Sekarang baju putih lebih mesra keadaan :). Tetapi Faiq ada 2 helai baju putih dalam RM5.90 macam tu dan beberapa seluar, pun dari mydin harga around tu jugak, sebab kelas ngajinya setiap hari.  Stay sweet :)


March 27, 2016

Rindu Alam | Nature trip

Semasa buka blog ni, bunyi pintu kuat sebelum menaip sempatlah, jentik tangan Faiq sebab dia main pintu, tutup kuat tak pasal-pasal.

Selepas tonton zootopia, perasaan rindu kepada alam dan haiwan tetiba ja. Kalau dapat ke elephant camps thailand ke atau ke camel farm boleh lah menunggang haiwan yang slow and steady ni kan. 

Ternampak juga iklan di langkawi ada tempat yang boleh menunggang kerbau. Kalau plan ke Langkawi nak jenguklah tempat ni try naik kerbau. Dalam gambar atas tu saya ambil kat tepi jalan ja :)

Hari ni cuma breakfast kat luar, plan nak jalan kat luar tapi Fadya tak bawak topi pulak, tapi Faiq lengkap dengan sunglass, mamapapa kesungguhan pun tak da dan kurang berani main panas ni, balik ke rumah lagi best boleh la golek heee :) atau tengok burung kat taman di rumah yang tak seberapa tu.



March 25, 2016

diduga dengan soalan berpanjangan


Video di bawah. Budak berumur nak masuk 6 tahun berdepan dengan dugaan. Budak itu ialah Faiq yang disoal bertubi-tubi oleh adiknya. Keadaan masih dalam kawalan kerana saya begitau biarlah Fadya ingin membuka begnya kerana Fadya ingin memeriksa ala spot check tu. Faiq risau bukunya dikoyak oleh adiknya. Dipesan kepada Fadya elok'elok ambik buku dan buka. Fadya membuka buku itu dengan perlahan dan hendak bertanya sesuatu kepada Faiq katanya. Semua ini berlaku selepas Faiq yang happy masuk ke kereta dari kelas ngaji. 

Biasa selepas jemput anak-anak, kami terus balik atau singgah isi perut. Pada hari kejadian, kami ingin turun dari kereta tetapi Fadya tetap hendak abiskan dengan soalannya seperti "what is that?" dengan mendapat jawapan segera. Dalam video tu bolehla lihat  dan dengar bertapa tekunnya seorang budak 4 tahun buat check keatas abangnya seperti guru lagi. Faiq penuh sabar sekurangnya, itupun ada suara yang tak senang hampir keluar ditekak tetapi masih bersabar hingga akhir, Alhamdulillah :)

Fadya menyoal Faiq tiada henti 

March 24, 2016

Diet | Homemade Pizza

Emak saya selalu berpesan pergi check kolestrol, kolestrol ni, bila kita check, kalau rasa tinggi kita boleh diet, macam tekanan darah juga, boleh cepat diet balik, tengok balik apa kita makan. Kurangkan yang sepatutnya.. kalau kritical kena jumpa doctor. Lebih baik berdiet seperti di bawah air sayur pun elok. Check darah yang hantar ke lab tu memang menakutkan...kalau saya belum pernah mengandung rasa takut semua ni. 

Jadi pegi la kami ke farmasi biasa untuk check kolestrol, caj RM10 tak salah sebab en hubby yang bayar, tetapi temankan emak biasanya around RM10. Dapat result memuaskan Alhamdulillah, bukan main lagi en hubby nak celebrate, shopping cheese la, hotdog la sausage ( masih dalam peti es). Homemade pizza atas roti pun dah tak tahan nak ngap heee

Tapi saya suka buat minuan buah-buahan campur dengan buah kurma dan kismis dengan blender biasa ja :) Memang segar  minum air buah, elok la amalkan, tetapi kalau guna juicer tu, fibre/serat buah tu memang sayang...kadang jadikan mask untuk facial.

Saya berbangga juga penasihat nutrisi Nurul Zayani dari majalah Natural Health didalam bahasa inggeris, diet utama yang diberikannya ialah berpuasa. Amalan ini membuat kita lebih bertakwa, ia juga efective untuk detoxify, buang toksin dalam badan, merehatkan organ badan, melambatkan penuaan..Alhamdulillah.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

March 23, 2016

perubahan anak-anak | pencarian anak-anak

Sumber google
Bercuti tanpa merancang apa-apa cuma diajak oleh ibu kawan Faiq untuk naik hop on. Tak jadi kerana fikir Fadya belum bersedia kut, risau kena kejar dia tanpa papa.

Tetapi Fadya dah berubah sebenarnya, sejak berjumpa ramai orang awam ni, Fadya jadi tak suka kepada orang yang cubit pipinya bila menegurnya. Jadi Fadya mengadu kepada saya cakap orang tu cubit pipinya. Saya cepat bagitau "betul, tak boleh cubit pipi, lepas tu Fadya cakap tegas "saya panggil polis kalau cubit lagi". Dalam hati saya amboi Fadya siap nak panggil polis, saya biar dulu, anak perempuan perlu protection tapi tak pasti apa patut terangkan). Sejak tu dia duduk dekat dengan mama dan papa ja. Kadang terleka nak main juga bila ingat ada orang dia datang balik ke meja kami.

Kat rumah seperti biasa cari ranting pokok, batang pokok hampir nampak kasar duk ambik batang pokok yang panjang pulak. Nak bakar dalam cuaca panas-panas ni.

Lepas main rehat atas  buaian


Itulah update hari ni heee :)

March 22, 2016

Satellite | Bintang berkelip

Selepas keluar kereta, Faiq dongak lihat langit, tunjuk bintang, dia cakap itu satelite sebab lampunya tidak berkelip, bintang berkelip.

Kami jadi keliru, tetap cuba terangkan bahawa bintang juga tidak berkelip. Kita nampak bintang berkelip kerana pergerakkan udara yang menutupi bintang dengan cepat membuka kembali itu yang membuat bintang nampak berkelip. Bintang itu adalah matahari yang berada sangat jauh.

Masa awalnya di rumah, Faiq datang menunjuk lego campur dengan toy lain yang direkanya satellite seperti cendawan terbalik. Saya baru nak tunjuk satellite astro tu. Tetapi biasa la saya sebagai ibu suka bertanya dari bercerita, jadi expresi biasa "pandainya buat satellite, untuk apa tu satellite, "Faiq jawab untuk connect atau berhubung".

Adoi mama pun tak tahu nak respons pasal sains ni. Cuma memuji sekali lalu, ambik gambar menunjuk suka.


star
stär/
noun
  1. 1.
    a fixed luminous point in the night sky that is a large, remote incandescent body like the sun.
    synonyms:celestial body, heavenly bodysun;More

March 20, 2016

Drawing | ibu dan anak

Setiap kali tengok Fadya lukis mesti macam ni rupanya, muka mama di atas muka Fadya di bawah. Selalu heran bila tanya, dia cakap dia kecik mama besar. Nampak sangat mama pakai tudung jenis pendek. Semua lukissn dia lukis tudung round macam tu ja. Saya tak heran sangat la tapi bila tertengok pic ni atau pic bersama Fadya, biasa saya tarik dia di depan jadi pic dia di bawah :)

Kalau lukisan Faiq tu semua manusia di dalam rumah, pastu sebatang pokok di tepi, cari pic tak jumpa pula nak post sini. Bila tanya mana orang-orangnya, semua dalam rumah. Adoi bila tengok betul-betul kerumun orang dalam rumah, ni zaman tahun lepas la, tahun ni tak sure tak perati lagi kertas-kertas derang ni. Duk suruh mrmbaca soalan dulu.

March 19, 2016

Green Trip | Makan Angin

Amboi tiru life inspired channel dan astro channel ni, simple je pengembaraan mereka. Singgah di manapun berborak dengan local people. Ada kawan saya pun ambik foto dengan cashier, waitress. Saya baru cuba tegur juga dengan penduduk di tempat yang saya lawati. Di Gerai jualan, saya bertanya kakak duduk di mana, beliau jawab berdekatan sini ja, pisang goreng baru ke ni, tak baru sangat beliau beritahu..saya sambung lagi sedap nampak buah pelam tu dan buah jambu tu, kuning elok ja pelam, beliau mesra saja bagitau pelam di celup warna bagi menarik.

Saya ambik air tin saja untuk menolong dulu. Saya dapat agak bua-buahan sekarang ni di letak ubat penahan sebab saya tengok buah epal tak hitam-hitam, ni dah lama sebab masa Faiq kecik, cuma makan epal ja, terjumpa epal yang dipotong tetapi was-was, sekarang teringat buah epal tu. Sekarang dah makan pisang. Fadya makan semua buah, pisang ambil sampai dua :)

Semasa berkenalan dengan seorang yang menolong jaga Fadya, beliau juga singgah beli ubat tahan untuk masakan pengusaha kecil-kecilan.

En hubby cakap quantiti yang skit tidak memberi efek, tetapi semasa bershopping di pasaraya saya nak beli susu dalam kotak  amoi tu cakap beli yang boleh bancuh la sebab ada ubat tahan dalam minuman dalam kotak, minuman tahan di sini orang yang minum pegi dulu, aii seram dengar. En suami kata susu pasturised tak letak ubat tahan mungkin yang berperisa tu ada coklat itu mungkin ada. 

Green trip yang creepy pulakkan saya cerita ni. Bersederhanalah dalam permakanan. InshaAllah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin