Pages

Showing posts with label food journal. Show all posts
Showing posts with label food journal. Show all posts

March 17, 2022

Japanese Food at Jalan Nagasari | Makanan Jepun di Jalan Nagasari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Headed to pick up parents|  | Bergerak menjemput ibubapa

Before uncle meet up with his friends, I brought abang adik along | Sebelum Uncle berkumpul dengan kawan-kawan, saya bawa dulu abang adik sekali


Hustled up and down about Uncle's quarantine. To release his wrist band was tricky, he couldn't go in any building coz his 'under quarantine' status. He had to go via government channel, not sure about the arrangement and system. 

While he trying to figure out how to go about doing it, the chip on his wrist would be able to detect all the places he went. 

Ok back meeting up for Sunrise country food, he chose jalan Nagasari,  I'm not quite a food adventurer, but whenever travelling, we searched for kosher or halal based on our local Islamic scholar Hussein Yee, by checking the ingredients.

We had a good time there, a flower guy from outside the eatery stopped to sell roses. We bought one each for Uncle and adik. Wow! This would be the first time adik recieved a rose.

Roses are red Violets are blue...  

Somehow having lunch reminded me of a movie "Holiday in the Wild". She and her friends just women who lunch but have benefits out of it when in aid. 


Happy Thursday ❤️


Renyah dan remeh hal kuarantin Uncle. Nak potong gelangnya ambil masa kerana dia tak boleh masuk mana-mana bangunan (untuk PCR) dengan status kuarantinnya tu. Kena buat melalui kerajaan, tapi tak pastilah peraturan dan sistemnya. 

Sementara dia perlu uruskan, chip dekat pergelangan tangan tu boleh mengesan ke mana saja beliau pergi. 

Ok lah, berbalik ke perjumpaan jejak kasih di restoran negara matahari terbit. Uncle pilih yang terletak di jalan Nagasari, saya tak berapa jenis meneroka bab makan, tapi pilih yang halal dan berasas pesanan Ustaz Hussein Yee, periksa bahan-bahannya.

Kami bersantai berkumpul, seorang jejaka dari luar kedai jual bunga ros, belilah 2 kuntum sekuntum untuk Uncle, lagi satu untuk adik, wah! adik ni pertama kali menerima bunga ros.

Bunga mawar merah...sebuah misteri.. 

Tiba teringat movie Holiday in the wild, dimana wanita-wanita ini (women who lunch) hanya berkumpul untuk makan tengahari, tetap memberi faedah bila didalam kesukaran


Salam Khamis ❤️


March 15, 2022

Rice quail eggs with chilli paste | Nasi dan sambal telur burung puyuh

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Planning was tight of that day, decided to eat lil heavier for breakfast | Rancangan padat untuk hari tu, terus nak makan lebih berat untuk sarapan



Actually eggs with broccolli added rice | Sebenarnya telur burung puyuh bersama brokoli tambah nasi


Told the kids that I'm going to film moments and noted down what I did and have done while they are at school or studying and vice versa; They did the same after came home or finished school. 


I took photos of the breakfast meal, with video of squirrel visiting at the window before we took off to KL City. 


In KL, the task is to clear the unit and to fill up the fridge with food supplies, for their uncle to stay for quarrantine, upon arrival from California. 


Took view of the buildings, I wondered why I like all that. Squirrels, photos of breakfasts but not lunch. Funny but true hehe..


Happy Tuesday ❤️


Bagitau abang adik yang saya rakam suasana dan tulis sikit apa yang telah berlaku dan lakukan semasa mereka di sekolah atau sedang belajar dan disebalik tu, mereka juga buat yang sama bila habis sekolah atau berlajar.


Saya ambil gambar sarapan, video tupai singgah makan di tingkap sebelum bertolak ke KL.


Di KL, kami kemas unit dan stok makanan dalam peti ais, untuk Uncle mereka yang akan menginap di sini apabila beliau sampai dari California untuk kuarantin.


Ambil permandangan bangunan, hairan juga kenapa saya suka sangat semua tu. Tupai, dan gambar sarapan tetapi bukan gambar makan tengahari. Pelik tapi benar hehe..


Salam Selasa ❤️

March 12, 2022

DiY Coffee Art | Kopi Cantik DIY

Bahasa dan video pendek di bawah:)

English version and  short video below:)

Since we are in charge of  thinking about cafe idea at the madrasah, I tried to toy around with coffee art stencil |

Dah diberi tugasan untuk memikirkan tentang cafe di madrasah, saya cuba buat seni kopi guna stensil

I initially thought of just adding marshmallows on both hot and cold coffee | Mulanya, saya ingat cuma nak letak marshmallow kedalam kopi panas dan sejuk. 


I tried to heat up milk, and pulled and poured to foam it but the milk bubbles and the art shape didn't last long. 


I then sprinkled the cocoa powder on the floating marshmallows, but it didn't turn up the way I expected as well. 


Last but not least, I sprayed whipped cream on to the coffee and let it settle. Then, I sprinkled the cocoa powder and Voila... ! What amazing result.. like I am at the hipster cafe already lol. So grateful.  


Stuff needed:

- A cup of coffee 

- Whipped Cream

- A plastic or paper cut stencil with coffee art design (I got a set online from Shopee) 

- Cocoa powder


That's it. My heartfelt prayers for peace abroad and may God protect all humankind safe from war and any natural disaster all around the world. 


Happy and safe Saturday ❤️


Saya dah cuba panaskan susu dan tarik macam teh tarik untuk mendapatkan buih, tapi bentuk corak atas kopi tu tak boleh bertahan lama. 


Kemudian, saya cuba tabur serbuk koko atas marshmallow, pun tak jadi elok.


Akhir sekali, saya 'spray' krim putar atas kopi dan biar ia 'settle' dulu. Kemudian baru saya tabur serbuk koko,  Wow! Hasil yang mnenakjubkan, rasa ala ala berada di cafe hipster pulak hehe. Alhamdulillah... 


Keperluan:

- Kopi secawan

- Krim putar (dalam spray can) 

- Stensil plastik bercorak atau kertas dipotong corak kopi (coffee art card stencil) 

- Serbuk koko


Itu saja. Hati kecil mendoakan keamanan diluar sana, juga perlindungan serta keselamatan didunia untuk keseluruhan manusia sejagat dari perang dan bencana alam. 


Salam Sabtu dan moga selamat semuanya. ❤️



March 7, 2022

Upside down Apple Cake | Kek Epal Terbalik

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)


Inspired by dear blogger kathyinozarks from Hummingbird Studio at the Lake-My Doings and Creativity Adventures | Dapat inspirasi dari dear blogger kathyinozarks dari Hummingbird Studio at the Lake-My Doings and Creativity Adventures


I searched for an easy  and simple recipe | Saya cari resepi yang mudah dan  ringkas.


When I started eating cake, I always tend to eat more. Oops! It's just one of my myth theory on my craving for sweetness lol. Nevertheless, when I saw fruits on top of a cake that blogger Kathy made, immediately I would thought it's healthy food, my psychology perspective. 


I kinda tweaked the recipe a bit and added one cup of oats. My original tendency was to put only oats but I feared that the cake won't turn up fluffy (It could become a solid cake that we called locally "bengkang". 


Loved how the cake turn up to be, it was delicious and yummy, a slice each day, after I had it, I'm looking forward to another day🤭 


Thank you dear blogger Kathy of 

http://hummingbirdwoodlandstudio.blogspot.com/?m=1  for the inspiration. 


Happy Monday ❤️


Bila dah mula menjamah kek, saya selalunya terlajak makan. Oops! Ini teori mitos saya berkenaan ketagihan makanan manis saya ni lol. Namun begitu, bila nampak buah buahan diatas kek yang blogger Kathy buat, terus ingat macam makanan sihat, kecenderungan psikologi saya. 


Saya mengubah resipi ni sikit dengan menambah secawan oats. Asalnya saya nak ganti terus tepung dengan oats tapi takut pulak kek ni tak naik gebu dan akan jadi macam bengkang.


Gembira lihat kek ni menjadi, dengan rasanya sedap dan lazat. SubhanAllah Hari hari makan sepotong, dan dengan bersemangat menanti hari esok :) 


Sekali lagi terima kasih pada blogger Kathy dari

http://hummingbirdwoodlandstudio.blogspot.com/?m=1  kerana memberi inspirasi. 


Salam Isnin ❤


March 5, 2022

Wedding Meal | Hidangan majlis. Bertandang Kenduri Kahwin

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Sorry that I didn't bring my kids to any wedding for time being. | Dukacita juga tak bawa anak-anak ke mana-mana majlis perkahwinan sementara ni. 

Wedding welcoming of dear niece from my mr hubby side | 

Majlis bertandang perkawinan anak sedara yang dikasihi di sebelah encik suami 


The meals were grand, the taste that I have been waiting for, it doesn't matter if it rice or others, I knew it's something delicious course set and been served. 


It has been awhile that we did everything, whether ordered or prepared food by myself. Thought of what to cook or what to order, once ready, served and cleared the table.  


At the wedding I just brought myself, be seated and being served. Grateful to God. 


Special meal served:

- Ghee Rice, chicken or beef,  acar (pickled dried fruits and garlics and mixed with sesame seed

- Fruits 

- Desserts

- Hot tea and cold drink

- Box of cookies as table gift 

- Packet of cookies as door gifts


It was an enjoying moment. Thanks dear niece and family for having us around. 


Happy Saturday ❤️


Hidangan pastilah yang meriah, rasa secukup rasa yang dinantikan, tak kiralah set nasi atau set hidangan barat, tentu sedap dan terhidang. 


Dah lama duk buat semua sendiri, diantara pesanan atau menyediakan makanan untuk keluarga. Fikir apa nak dimasak atau nak order, bila dah tersedia, hidang pula seterusnya kemas meja. 


Di majlis begini hanya bawa diri, duduk diam-diam dan dilayan. Syukurnya padaMu.


Hidangan istimewa:

- Nasi minyak, ada ayam atau  daging

- Acar

- Buah-buahan

- Pemanis

- Sekotak cookies buat Buah tangan di meja 

- Sepaket cookies cenderahati di pintu masuk. 


Memang inilah moment yang sangat meriah. Terima kasih anak buah yang dikasihi sekeluarga kerana menjemput kami ke majlis bertandang ini. 


Salam  Sabtu ❤️


February 28, 2022

Black Forest Cake

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Planned to have the birthday party at the roof top in KL since parents stayed there for awhile | Rancang nak buat majlis harijadi 'roof top' di KL sementara parents masih ada di sana

For the sake of everyone's health, we went for plan B | Demi menjaga kesihatan masing-masing, kami teruskan dengan rencana B


We went to the mall instead, felt worse than any other plans, but then remembered that we "must hang to God and our efforts" and" "life must go on" . No choice, must have been there for an hour or more to buy a cake and presents. 


Came back, the birthday girl chose the living room for her event. I had only one person to discuss about party, food with. And, usually it's with adik, who's the birthday girl. For other matter with regards to decor also with her.


Set up a bit, wrap up some gifts which includes 'Youtuber for dummies', Sunflower planting seeds and another book of a different topic. She loved them all. 


And the black forest cake was bought from Komugi, a Japanese chain bakery shop. I also served hot Cadbury drink, and add on marshmallows. Gratefully, we had it ala Hi-Tea with cuppa Cocoa with macaroons and cookies, and the special one was the slice of black forest cake.


Happy Monday ❤️


Gerak ke mall, rasa paling tak selesa di antara rencana lain, tapi terpaksa ikut "hidup mesti diteruskan  dan bertawakkal. Tiada pilihan, sampai sana, luangkan masa sejam dua untuk beli kek dan hadiah. 


Balik ke rumah, birthday girl pilih ruang tamu untuk majlisnya. Saya pun ada seorang ja yang boleh bawa bincang tentang majlis-majlis ni. Biasanya adiklah orangnya kerana dia suka parti. Tentang dekorasi pun bincang dengan adik juga. 


Siap sikit-sikit, balut semua hadiah hadiah yang terdiri dari buku 'Youtuber for dummies', biji benih bunga matahari dan buku cerita topik lain. Adik suka semua. 


Dan kek Black Forest dibeli dari kedai kek Jepun Komugi. Saya bancuh minuman panas Cadbury dan letak marshmallow. Syukur terasa ala Hi Tea dengan secawan air panas bersama manisan macaroon, cookies dan yang teristimewa sekali tu ialah sepotong kek black forest.


Salam Isnin ❤️

February 18, 2022

Cauliflowers and Fish | Bunga Kobis goreng dan Ikan

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Searched of protein ended.. after the small block of fish found | Pencarian protin berakhir dengan terjumpanya seketul ikan  jenahak 



Ifi  serve it during lunch it would be fought over | Jika dihidang di waktu makan tengahari akan menjadi rebutan ramai


Since the fish was from the tail portion so the flesh was not much. I grilled like to 'get rid' of it from my fridge quickly hehe, sometimes ordering from online does gave heartache. 


By the way, about the birds, the yellow vented bulbul, every morning they always come at the back window thats why I hang a bird food container at the window to share food with them. (sometimes even squirrel pay us a visit too) :) 


Ok back to fish and cauliflowers. Small serving and simple preps were nice  with coffee. Thank God. Already safe in tummy. Relief :) 


Happy Friday ❤️



Oleh kerana potongan ikan itu dari bahagian ekornya, jadi tak banyak isi. Bila goreng pun macam nak cepat 'clear' peti ais hehe. Masalah juga bila order dari online ni. 


Burung Merbah Kapur dalam video ni memang suka bertandang kat tingkap dapur. Tu  sebabnya saya letak bekas makanan burung kat situ; Dapat kongsi rezeki dengan burung burung tu. (kekadang tupai pun singgah) :) 


Oklah, berbalik kepada kobis bunga dan ikan. Hidangan yang kecil dan penyediaan yang mudah, disempurnakan dengan sechangkir kopi panas. Terima kasih Allah SWT, telah selamat di dalam perut. Leganya.. :)


Salam Jumaat ❤️




February 12, 2022

DIY Apple Pie & Pizza

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English and a minute video below :)

While parents visiting, I wanted to serve them something different. | Semasa ibubapa datang, nak juga jamu mereka yang lain skit.

Strive enuf to make it apple fillings from scratch. | Tungkus lumus juga buat isi epal dari mula


My parents came, sat for awhile, and later wanted to make a move back. So I kept the apple jam in the jar. For 2 apples, sugar plus cinnamon equals to 1 jar.


As the morning rose, I rolled the the bread slices and cut patterns with cookie cutter and filled with apple jam, baked them in the oven. Where I got all the ideas from? Youtubers :) 


The bread with apple fillings were not filling enough, so I laid the tortilla sheet and sprinkled the  premium ingredients at my standard, baked for 10 mins and ate them as second round breakkie. 


And I'm also glad to see a squirrel came and had the food that I put in the container which is hanged at the window outside. 


Happy Saturday ❤️


Parents datang, duduk dan nak gerak balik. Jadi saya simpan epal dalam jar. 2 biji epal, gula tambah serbuk kayu manis jadi 1 balang. 


Bila pagi menjelang, saya canaikan roti, corakkan dengan acuan biskut, bakar dalam ketuhar. Dapat mana la pulak idea macam ni? Warga-warga youtuber :) 


Roti berisi jam epal tidak dapat mengisi perut sepenuhnya. Jadi hampar kepingan wraps, tabur potongan premium piza "standard" saya, dan bakar dalam ketuhar, makan sarapan buat kali kedua Alhamdulillah. 


Dan seronok pula nampak tupai makan makanan yang diletakkan di dalam bekas yang digantung di luar tingkap tu. 


Salam Sabtu ❤️

February 7, 2022

Rice and Fish curry with Fried Chicken by the lake | Nasi dan ikan kari bersama ayam goreng tepi tasik

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Having rice at the jogging track near a lake | Makan nasi di larian jogging dekat dengan tasik

No joggers but food scooters deliver passed by looked so lively | Tiada orang jogging tetapi ada penghantar makanan dengan skuter menghidupkan suasana


At one point, we need to connect to nature. I planned going to the botanical garden at Shah Alam, but dad called wanted to come over to our house. So we detoured at the nearby lake to have lunch.


We got to finish the mission and unwinded by sketching a bit. As long as we got fresh air and took a break from screen time, I felt the mission is accomplished. 


Somehow I loved video editing and inserted again the singing with video eating rice and fish curry for abang and fried chicken with rice for adik. We bought them from the Original Kayu Nasi Kandar :)


Happy Monday ❤️


Sampai pada satu masa, kami perlu juga menikmati alam. Saya rancang ke taman botani Shah Alam tapi dapat panggilan bapa nak datang ke rumah. Jadi kami pun pusing ke tasik berdekatan.


Nak juga selesaikan misi dan ambil angin dengan lukis-lukis sikit. Syukur bila dah dapat udara segar dan merehatkan mata dari asyik melihat skrin, rasa dah berjaya kecapi misi.


Rasa seronok pula edit video klip, masukkan nyanyian abang dengan video tengah makan. Nasi dan kari ikan untuk abang dan nasi ayam goreng untuk adik. Beli dekat Original Kayu Nasi Kandar :)


Salam Isnin ❤️

February 4, 2022

Coconut Milk Rice with anchovies and Kids updates | Nasi Lemak Biasa dan hal anak

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Walked to the business centre for groceries but had dinner there instead. |

Jalan ke pusat beli belah nak beli barang dapur tapi duduk makan malam pula


Previous years, son abang was busy practicing singing and playing the piano for exam, concert and wedding performance. 

| Tahun lepas-lepas ni si abang sibuk berlatih menyanyi dan bermain piano untuk perperiksaan, konsert dan persembahan di majlis perkahwinan. 


Since it is holiday now, we craved for holiday yet supress the intention due to many circumstances. Leisurely, we went outside for a walk with a purpose to buy groceries. 


Brought our shopping bags but arrived there adik asked for cold drink, I felt the same, moreover with outing environment we felt like to unwind. 


As to buy anything, we must line up and scan, so might as well we went to a one stop cafe where everyone can sit, drink and eat. 


So I filmed more of kids, abang adik and inserted the old video of them practicing (sponsored by loved ones) and also having nasi lemak ala video clip hehe..  


Happy Friday ❤️


Masih dalam cuti ni, rasa mengidam nak bercuti di pusat peranginan tapi pantang dulu atas beberapa sebab. Santai-santai keluar menapak bertujuan membeli barang dapur. 


Bawala beg, pabila sampai, adik minta air sejuk, saya sendiri pun dahaga tambahan rindukan suasana lepak. 


Apapun nak membeli mesti beratur untuk imbasan, rasa lebih baik masuk restoran duduk, minum dan makan sekali harung. 


Jadinya saya ambil video abang adik dan selitkan video zaman latihanya (kami berterima kasih kepada insan-insan tersayang yang menaja pembelajaran sampingan baik musik dan ngaji, Alhamdulillah) dan makan nasi lemak buat ala video klip cuma dipendekkan di sini.. Hehe.. 


Salam Jumaat ❤️




February 2, 2022

Roti canai (Flat bread) etc for breakfast | Sarapan Roti Canai etc

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English Version and a minute video below :)

Roti canai of  last night reheated. |

Roti canai semalam dipanaskan




Add on tortilla | Tambah wraps tortilla 


Since it's the end of the month, I had made a point not to do any grocery until the new month. So, I prepared some items based for breakfast that can kept in the fridge for a few days. 


So, that's why abang also asked for milk as we had yet ready to stock up til' the month of Feb. All must adjust the quantity (rationing) for budgeting purpose. 


Though the food were kind of same but we made it different and had it outside on 29.1.2022. Life goes on. 


Happy Wednesday ❤️


Bila melalui hujung bulan, rencana asal tak nak beli barang dapur hingga tiba bulan baru. Jadi saya sediakan barang asas untuk sarapan yang boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari. 

 

Jadi terdengarlah juga si abang bertanya tentang susu dan kami tak akan tambah stock hingga bulan Februari. Semua terpaksalah ubah kuantiti (catuan) dan ber"budget". 


Walaupun makan seakan sama, saja buat tempat menikmati berlainan bila di pada sabtu lepas. luar. Hidup mesti diteruskan. 


Salam Rabu ❤️



January 29, 2022

Waffles with whipped cream and Overnght oats with choc chip cookies and macaron

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)


At dawn of previous day, prepared overnight oats | Senja sebelumnya buat oats semalaman

Waffles were made 10 pieces a   few days before |  beberapa hari lepas buat waffle 10 biji


Initially planned to reheat the overnight oats for supper, as I doubted that my tummy would tolerate chilled meal in the cold early morning. 


Since I woke up a bit late and wanted to take photos of the quiet morning, so just took risk by eating it cold. And I also added waffle to release the feel of desserts eating later on..lol. 


It was a good choice of having oats and waffles as I ended up feeling full and energized through out the fasting day. 


By the way, for the overnight oats, I never realised that we were short of dried fruits, so I added choc chips cookies and macaron as topping instead, it was tasty amazingly. 


Happy Friday ❤️


Rancangnya nak panaskan oats untuk sahur, rasa was was pula samada perut ni boleh terima ke tidak makanan yang sejuk gedi sebelum waktu subuh.


Dahla bangun lewat sikit, nak juga ambil foto waktu sahur yang sunyi dan nyaman, terpaksa la bertawakkal makan oats tu sejuk-sejuk. Sekali harung  tambah waffle, melepas selera pencuci mulut kut-kut terasa lol. 


Alhamdulillah pilihan terbaik menjamah oats dan waffle, kerana terasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari berpuasa. 


Nak jadi cerita, oat semalaman tu, tak sangka stok buah kering elek (tamil - habis), saya campur cookies chip coklat dengan macaron sebagai toppingnya, memang sedap. 


Salam Jumaat ❤️



January 26, 2022

Mustard Greens & Mushroom Mix Vege | Sawi Bunga & Sayur Campur Cendawan

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and a minute video below :) 

Came back from Teh Tarik Place as in album on 12th Nov 21,  as for dinner, I cooked mushroom mix with baby spinach. 

¦ Balik dari Teh Tarik Place tu pada 12hb Nov 21, masak cendawan dan baby spinach pada malam tu. 

On 15 Nov 21, I had fried Sawi Bunga (Green Mustard) for dinner. |  Pada malam 15 Nov 21 pula makan sawi bunga goreng. 


Feel like starting all over again for night green meals when I saw the previous photos of fibre rich servings. 


It looked like I've made it halfway eating low carb when nights fall. It was declining towards December as the mood was for holiday feasts.


When I heard or saw any friends or relatives went on for holiday overseas, I tended to treat myself with travelling food. 


This year I started having supper to fast for the day, skipping lunch, have dinner to break fast. But then, I can't eat vege for that particular day, so I am back with rice but quarter of carbo, quarter of vege and half of protein. 


Back to the vege above, it was delicious and flavorful because I cooked it with fish sauce. It tasted like broth or fish stock. Anyway, there is food tech (fish stock) in there that made it yummy :) 


Happy Wednesday 💖


Rasa nak mula balik semula untuk jamahan hijau bila jatuh malam hari, sejak nampak gambar makanan kaya fiber je. 


Nampak gaya, dah berjaya separuh jalan untuk makan rendah karbo. SubhanAllah. Mula menurun sejak bulan Disember bila mood makan makanan percutian. 


Tambahan lihat sedara mara, kawan, pergi bercuti di luar negara, terjebak pula melayan diri dengan makanan percutian pula. 


Tahun ini saya dah mula makan sahur sebelum subuh, berpuasa sunat/bayar seharian, berbuka di waktu senja. Tapi itula, berbuka mestilah makan nasi, cuba juga ala diet suku suku separuh, di mana separuh tu ayam atau ikan.


Berbalik ke sayur di atas, teramat sedap sebab saya letak sos ikan. Rasa sos tu macam rebusan sup atau serbuk perasa. Ada la tu dalamnya bahan teknologi makanan ala kimia yang menyedapkan :) 


Salam Rabu 💖



January 24, 2022

Baked beans and Fried potatoes | kacang panggang dari Ayam Brand dan ubi goreng

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute below :) 

Thought of doing laundry Saturday morning and having baked beans. 

| Nak membasuh pagi sabtu dan rasa nak makan kacang panggang

Looked for sausage but found Chicken patty. | 

Mencari sosej tapi nampak burger daging ayam


Tried to figure out, how my routine would be if I make some changes a bit?


Should I buy things to fix like a dryer? As I've been doing at people's house i.e. drying clothes for my parents, it was so easy to wash and dry. While it took time even with the issues of global warming in this tropical sunny country, it did settle in a short time; Yet, you still need to wait. 


Let our mentality leads to use on what we have first, and not to involve with additional cost second. God blessed..I still settled freely with the abundant free solar :) 


OK, I had chicken patty and baked beans, potatoes with salad for that lazy (or productive?) Saturday morning hehe.. (only two tasks for the 1/4 morning time) 


Happy Monday 💗


Tengah kira-kira bagaimanalah akibatnya  jika saya buat perubahan sedikit dalam hidup ini. 


Patutkan saya beli barang tertentu macam mesin pengering? Sebabnya, terbawa rasa senang ja nak membasuh dan mengeringkan pakaian emakbapa  di rumah orang. Ambil masa dan mesin tu memanaskan suasana di dalam negara yang sudah sedia panas tapi selesai sekejap ja, walaupun mestilah menunggu.  


Biarlah pemikiran ini mengarah kepada menggunakan dulu dengan apa yang ada, dan tidak membabitkan lebih wang ringgit ni. SubhanAllah! Terselesai juga dan percuma ja, dengan kuasa yang melimpah ruah dari solar mentari :) 


OK, saya menjamah daging ayam burger Ramly dengan kacang panggang, ubi goreng bersama salad di hari santai (atau produktif?) sabtu pagi hehe.. (baru 2 tugasan kan untuk 1/4 pagi) 


Salam Isnin 💗


January 21, 2022

Prep foods - Overnights Oats / Marinated Chicken | Presediaan Awal Ayam Perap dan Oats Semalaman

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English and one minute video below :)

Been out and about, tried to make oats and  marinated chicken for one or two days servings. |

Selalu keluar ke sana sini, cuba buat oats dan ayam perap untuk satu dua hari hidangan

Manage to make 4 jars of oats and 2 containers of sliced chickens. | Dapatla buat 4 balang oats dan 2 bekas ayam yang di potong. 


When tight routine rushed in, I breathed slowly and keep calm. I priotized my needs of everyday needs. 

Love to start with a good breakfast, I preferred the green vege with protein. But I also tolerated anything else too, with as good as it gets. 


Preparation for oats 

1:1 which is 1 cup of rolled oats and 1 cup of milk, some dried fruits and I also add sliced bananas when serving. 

Another mix was same as above but I layered it with sliced bananas in the middle. 

As for the marinated chicken, I deboned the drumsticks in a box and chicken breasts in another one. Both of them seasoned with italian herb mix and honey. 

These prep food made my life easier for few days and pocket saving too, at least a few ringgits. 

Happy Friday ❤️


Bila rutin yang padat menjelma, saya bawa bertenang dan nafas perlahan-lahan. I utamakan keperluan setiap hari. 

Gemar memulakan hari dengan sarapan yang baik,  lebih suka sayuran hijau dan protin. Tapi juga bertoleransi dengan apa yang baik itu lah yang bagus.  


Persediaan untuk oats

1:1 di mana 1 cawan oats yang digelek (rolled) dan 1 cawan susu, sikit buah kering dan ditambah hirisan pisang bila nak makan tu.

Yang set jar kedua tu, sama macam di atas tapi di lapiskan dengan pisang diantara oats dan buah kering.

Untuk ayam pula, saya keluarkan tulang dulu untuk isi peha. Bahagian dada ayam pula dipotong dan diletak dalam bekas berlainan. Kedua duanya dilumur dengan rempah campuran Itali dengan madu. 

Proses 'prep food' ni dapatlah menyenangkan hidup saya untuk beberapa hari dan InsyaAllah juga menyelamatkan duit poket, beberapa ringgit, sekurang kurangnya. 

Salam Jumaat ❤️



January 18, 2022

Kentucky Fried Chicken | Ayam KFC

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Brought KFC to visit parents| | Berbekalkan KFC untuk menjenguk emak bapa



This time around I took along the whole entourage to visit. We planned to overnight for one or two nights


Upon arriving, we set up the 'pop up' tents again, we found it was pretty convenient to have our own 'caves' and not bothered to set up any bedsheet in any room. 


I encouraged kids to stay outdoors more than inside. First day arrived there, adik refused to swim in the pool. I swam with abang, she wanted to stay in and sneaked on the cats. Unfortunately, no one took any photo of me while floating in the pool. 


The second day, early in the morning adik was excited and warmed up to jump in the water. I took photos of them and filmed the kaffir lime (limau purut) that bore a lot of fruits. 


After tired of swimming, adik came out and had nasi bungkus. This year, we started eating back homecook meals. Early on, we were not sure where we're supposed to settle in; either the hustle bustle spot or scenic nature which was not so off grid. 


Love having KFC after a good time swimming in the pool. Any food would also tasted good after the recreational activities. 


Happy Tuesday ❤️


Untuk kali ini saya bawa seluruh angkatan untuk meluangkan masa mereka bersama mak tok dan tok wan. Rancangnya ialah untuk bermalam satu atau dua malam. 


Semasa sampai tu, kami terus naikkan khemah 'pop up', kami pun suka pula dan rasa mudah ada 'gua' kami sendiri. Tak payah nak pasang cadar di bilik. 


Saya galakkan anak-anak lebih berada di luar daripada duduk didalam rumah. Pada hari pertama, adik enggan masuk ke dalam kolam renang. Saya mandi terus dengan abang. Mungkin adik nak duduk didalam sebab nak memerhati kucing. Sedihnya tiada siapa ambil foto saya yang sedang terapung.


Pada hari kedua pula, awal pagi lagi adik dah teruja dan mesra alam untuk lompat dalam air. Saya ambil video mereka dan juga pokok limau purut yang banyak benar buahnya.


Selepas letih berenang adik naik keatas dan makan nasi bungkus. Tahun ni dah mula balik makan masakkan di rumah. Pada awalnya tak pasti lagi nak melabuh di dalam kesibukkan bandaraya atau di alam nyaman yang tak berapa hijau 'off-grid' sangat.


Suka makan KFC selepas berenang atau berendam. Rasanya semua makanan pun rasa sedap lepas beriadah kan. 


Salam Selasa❤️

January 16, 2022

Egg and Salmon at Coffee Bean

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Lunch after chaos in the morning when dad has no clothes to wear when I accidentally put all in the washer | makan tengahari setelah melalui saat kelam kabut bila semua baju bapa masuk dalam mesin basuh untuk dicuci

Went to pharmacy to get some aid stock | Singgah farmasi dapatkan stok aid. 


Planned in the morning to go to the bank. Since all dad's clothes ended up in the washer, we decided to buy him shirt first. But then, we found one and only malay tradition shirt (baju melayu). Dad could come along afterall, and his mood turn better as to get a new shirt.


After we stopped at the pharmacy, yes..we chose the one that by the roadside coz we didn't want to take a long time there.


We tried to figure out a mall that was relatively 'quiet', and we found Quill mall that wasn't with too many people. Just right after the entrance is the H&M boutique. I was worry since it was kind of brandy and pricey clothes store, but turned out it was only about RM40+ for a nice shirt for dad.


Then dad gave us money, as a way to say thank you for bringing him to the mall for shopping. I tended to do the same like dad somehow, but some say 'no need, no need' refusing to accept it. OK by me.


Sometimes when we had a nice meal, I told my kids that this was from someone, whom I try to gave her/him money, but he/she refused. So, I assumed that they 'belanja' us (their treat) in a way.


Opps overboard. Grateful, we stopped for sandwich and pasta. It was delicious, and guess everybody knows it. 


Happy Sunday ❤️


Rancang di pagi hari, hendak ke bank. Dah sedar yang baju bapa semuanya termasuk dalam mesin basuh. Kami ingat beli baju dulu. Tiba tiba kami terjumpa satu-satunya baju iaitu baju melayu. Bapa boleh la ikut sekali, tapi dia dah 'terjebak' dalam mood nak beli baju baru. 


Setelah berhenti di farmasi, cari yang tepi jalan sebab tak nak duduk lama lama, lengang juga pagi-pagi di KL. 


Kami cuba cari mall yang lengang juga, nampaknya Mall Quill tak ramai orang. Di pintu masuk ja dah bertebung dengan pintu kedai baju H&M. Risau juga takut mahal, tapi tak pula cuma RM40 lebih untuk kemeja yang lawa. 


Bapa bagi duit dekat kami, sebagai tanda terima kasih kepada kami kerana bawa dia shopping kut, macamana pun saya terikut dengan caranya tu. 


Kadang kadang apabila kami makan makanan sedap, saya beritahu abang adik yang ni dari seseorang yang saya bagi duit, tapi dia beri balik atau ada yang tak terima, jadi ni kira merekalah yang belanja. 


Alamak terlebih cerita pula. Alhamdulillah kami berehat makan sandwich dan pasta. Memang sedap, boleh kata semua orang tahu. 


Salam Ahad ❤️

January 8, 2022

Scrambled eggs Sandwich and learn journaling | Sandwic Telur hancur dan belajar menulis jurnal

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

Brought kids overnight in KL | Bawa abang adik bermalam di KL



Camping in the sky while journaling | berkhemah di awangan sesambil berjurnal


Overnight in KL for a few days to accompany grandparents who had stayed there for awhile. 


I briefed abang adik on how to take care of grandparents. Take turn to accompany them watching any documentary or sitting together for tea or dinner. 


At the same time, I introduced and familiarized for abang adik in the art of journaling. I'm not really sure how to start at first, but I started with like 'what I studied' .. or 'I practiced' ..or just write a date first.. like jotting a diary more or less. 


Woke up, we cooked scrambled eggs. Had it with bread in Kuala Lumpur City. 


Happy Saturday ❤️

Bermalam untuk beberapa hari bagi menemani emak bapa yang tinggal di KL tak pasti berapa lama.


Bagi taklimat  kat abang dan adik cara nak jaga tok mereka. Bergilir teman tok samada masa tonton dokumentari atau duduk untuk minum atau makan. 


Pada masa yang sama, cuba bagi abang adik berjinak dengan seni berjurnal. Saya tak pasti bagaimana tapi bermula dengan 'saya belajar' .. atau 'saya berlatih' .. atau mula dengan menulis haribulan dulu.. macam coretan dalam dairi lebih kurang.. 


Bangun pagi, terus masak telur hancur. Alhamdulillah. Makan bersama roti di bandaraya Kuala Lumpur. 


Salam Sabtu ❤️


January 7, 2022

Mixed Rice from Pelita Restaurant and watched BBC's Lifestyle Channel | Nasi Kandar Pelita dan tonton Siaran Lifestyle dari BBC

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minut video below :) 


Fried chicken, curry, vege n rice

Being in KL with dad, he wanted Southern Asian Rice | berada di Kl, bapa mahukan Nasi Kandar


Dad wanted to have it at the restaurant, sadly gone are the days on outing like that | Bapa mahukan makan di restoran tapi sedih hari kegemilangan keluar lepak sudah jarang buat kami. 


I ordered for delivery, we then waited... And had it for lunch. We ate quietly and dad told that he accepted what had happened due to pandemic. 


Later on after lunch, we watched BBC's Lifestyle with the projector screen as here don't have TV.


Since my parents stayed overnight in KL, I headed back home in the heavy rain. This is when the doa from verses that ocean split of Prophet Moses crossed my mind, to make the road cleared from torrential rainwater and heavy traffic. Verse 26 :63.

 

It was December Rain. 


Happy Friday❤️


Saya buat pesanan untuk penghantaran makanan, kami pun menunggu... Dan makan tengahari dengan nasi kandar Pelita. Dan bapa cakap dia terima takdir macam ni akibat pandemik yang melanda dunia. 


Selepas makan, kami nonton siaran Lifestyle dari BBC dengan skrin projektor sebab disini takda TV. 


Oleh kerana parents bermalam di KL. Saya pun bergerak pulang ke rumah di dalam hujan. Masa nilah baru hendak ingat ayat-ayat Surah laut terbelah terutama ayat Nabi Musa AS untuk melancarkan perjalanan dalam air hujan lebat dan trafik padat dengan kenderaan. Surah 26:63. 


Hujan Disember ni. 


Salam Jumaat ❤️



January 4, 2022

Shrimp paste Fried Rice and Movie Jungle Cruise 2021 (Disney). | Nasi Goreng Belacan and Watch the movie Jungle Cruise 2021 by Disney

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and a minute video below :) 


Arrived home late evening, straight pounded with mortar all the ingredients. |

 Sampai rumah dah malam, terus tumbuk bahan-bahan dengan batu lesung. 



Fast prepared and yummy meal like this gave time for movie. | Makanan cepat dalam penyediaan dan sedap macam ni dapatlah menyusul untuk tonton wayang. 


It crossed my mind to make the simple fried rice with shrimp paste and thinly sliced fish cake.   


So I quickly cut all the onion, garlic, chillie flakes and put them in the mortar.  Sauteed it, mix with rice. 


Made a volcano hole around the rice, broke the egg in it, and let it cooked a bit and mixed well with rice. 


The food was delicious and quite filling. We went up for prayers and lie down for movie time. 'Jungle Cruise' was an enjoyable adventure movie, plots thickening with inquisitive ending.


That's it the activity of the night without any plans :) 


Happy Tuesday ❤️


Terlintas di minda nak kan nasi goreng ringkas dengan belacan dan fish cake dipotong nipis.


Jadi hiris bawang, bawang putih, kepingan cili dan masuk dalam batu lesung. Tumis semua dalam belanga, campur nasi sejuk. 


Buat lubang ala gunung berapi, pecah telur didalamnya dan biar masak sikit dan gaul sebati. 


Begitu enak sekali dan mengenyangkan. Naik keatas, solat dan terus melunjur sambil tonton filem yang mengasyikkan iaitu 'Jungle Cruise', setiap babak penuh misteri, tertunggu-tunggu apa pengakhirannya. Itu jer lah aktiviti malam itu yang tanpa dirancang :) 


Salam Selasa ❤️






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin