Pages

March 3, 2016

Leteran membawa kejayaan

Pinjam tajuk surat khabar utusan zaman dulu masa sepupu saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau  beritau pihak akbar bahawa beliau berjaya kerana leteran ibunya :) Terbawa zaman lama  yang sebenar nak catit keputusan Faiq masa umur 4 tahun 2014. Tahun yang sangat mencabar kerana Faiq seorang budak yang tahu minatnya tersendiri jadi saya buat andaian yang Faiq belum sesuai ke sekolah. Tcher tcher sangat concern tentang Faiq kerana suka keluar kelas pantang tcher keluar, dia pun keluar kawan pun ikut. Rasa dah pernah buat entri tentang Faiq, mama cuma berdoa, tcher biasa cakap ada kelas tambahan aiii macam buat sale pula kat mama dah hap hap nyawa tak lepas lagi hantar sekolah tak cukup umur, nak kena pergi kelas tuition lagi...memang sekolah Faiq ni bukan sekolahnya tetapi ibubapa yang berbangsa asing yang minta semua tu atas sebab persediaan awal ke sekolah jenis kebangsaan. 

Jadi bila buka kelas, nak cukupkan kelas, kena minta ibubapa yang tak concern ni, macam kawan saya yang isteri doctor tu. (emak F jugak)  Beliau pun pening hantar anaknya, macam macam dinasihat tcher kat pintu. Beliau cakap je dengan tcher tak payah bagi homework dekat anak beliau, itu baru berani. Saya diam ja sebab dah register, kalau duduk rumah saya pun tak tahu nak tekankan apa selain belajar sekeliling..tak da la nak buat flash card berbagai. Yang hidup-hidup depan mata boleh diajar seperti baca majalah, menu. Bagaimanapun Alhamdulillah Faiq dapat keputusan yang baik, dua tiga orang tcher juga dalam sesi perjumpaan ibubapa, kena la kami suami isteri, Tcher minta Faiq hafal maths sebab dapat 92, adoi. nak tergelak pula. mengaku ja sebab kenapa 92 kan nak la 100 kan. Faiq pun dah mula ajar adiknya sekarang, lagu lion king tu ada lirik hakuna matata. dont worry.sebutan Fadya memang lain, jadi Faiq eja untuk Fadya N A na..bukan ma, hakuna dulu baru matata..Ya Allah Faiq dah besarnya bila terdengar dia terangkan begitu dekat adiknya.
mama usaha juga buat nasi buh kurma, kismis, fig inshaAllah yang sunnah ni

8 comments:

  1. Kakak nak komen nasi yg menggoda dulu:) Dpt sepinggan ni pun jadilah hihi..

    Kakak dulu pun tak rajin buat flesh-card bagai. Tapi cuma anak kakak jenis suka buku jadi dari mata dah mula pandai tengok kakak bacakan buku. Ada masa boring juga tau sebab bila dah suka tengok tapi tak pandai baca kita jadi mangsa. Kadang letih tapi terpaksa. Konon baca sebenarnya kakak pejam mata sambil bercerita. Dia tengok buku tak tahu masa tu - gelihati pulak bila ingat nostalgia itu:)

    ReplyDelete
  2. itu nasi yg menggiurkan ....

    zaman skarang dari segi pencapaian kids mmg sgt competitive kan... kekadang tu kesian gak kat anak2 bila parents push sgt2...sib baik zaman i zaman tak competitive sgt... leh rilek2 lagi.. kalo dak mau i stress hahahahhaha...



    ReplyDelete
  3. faiq dh boleh jadi guru pada adiknya ya bagustu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Faiq dan boleh ajar adik...syukur...

    ReplyDelete
  5. Faiq dh standard 1 ke, ada rasa tanggung jawab nk ajar adik ye, bagus faiq, auntie suka sikap faiq mcm ni

    ReplyDelete
  6. Bakal calon cemerlang jugak Faiq ni akan datang insyaallah....
    Sebagai ibu, mak rasa kekadang penat bercakap tak berhenti ni sebenarnya tp demi anak anak katanya.....

    ReplyDelete
  7. Apa kena mengena leteran dgn nasi tu. Erm sedapnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin