Pages

February 3, 2016

percakapan anak-anak | kids

Sofa panjang depan tv adalah tempat merehatkan diri selain dari katil di dalam bilik. Terasa lebih lega mendaratkan diri ini di sini terutama selepas mengangkat Faiq yang lena di dalam kereta masuk ke bilik. Dari bawah ke atas. Ya, kami keluar sekejap tadi. Berkali-kali minta Faiq duduk di rumah saja kerana dia pasti akan terasa mengantuk dan terlena di dalam perjalanan.

Yang sebenarnya sebelum masuk tido, saya ingin mencatatkan tentang Faiq beritahu " i love you mama, because ..mama pakai seluar yang besar seakan kain atau skirt". Cantik. Berlainan pula, bila saya pakai legging, semasa di rumah saya lebih menyukai legging atau seluar tido, tetapi dah lama tak beli seluar tido jadi legging la dipakai dan di waktu nak keluar sarung ja skirt atasnya, dan kedengaranlah suara  Faiq "i dont love you lah bila mama pakai legging menyerupai seluar mandi tu". Biasa "saya jawab i love him lah juga kan".
Kids

Petang Rabu, saya jadualkan untuk bermain dengan budak-budak di luar masih dalam pagar rumah. Jadi bila keluar tu, saya asyik nak lihat pokok bunga atau ikan dalam pot tu. Air terlalu beralgae berlumut, anak-anak ikan sangat banyak berenang di permukaan air. Percubaan saya untuk menguna plastik cup untuk menukarkan air tidak menjadi kerana di halang oleh Fadya. Fadya cakap pour the water back mama, baby ada dalam air katanya. Saya terkejut Fadya mengunakan perkataan "pour" atau tuang. Entah di mana dia dengar perkataan itu. Saya cakap english tak betul sangat, mungkin saya guna "put the water atau throw the water. Fadya sedih kerana dia menyangka saya ingin memisahkan anak dan mak ikan. Ada la sekejap adegan drama petang tadi. Itu saja catatan hari ini. Selamat malam, moga kita bangun tahajud nanti. InshaAllah. Entri sebelumnya bekal berpavlova


4 comments:

  1. Bijak....salam singgah sini...

    ReplyDelete
  2. Wahhh memerhati jugak rupanya Faiq tu ye BP....Anak anak yg dididik dgn baik insyaallah, terapannya juga menghasilkan yg baik baik...Tahniah ye Faiq.



    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin