Pages

January 21, 2016

banana split | pisang terpisah

Aiskrim adalah makanan kegemaran Fadya masa dulu, sekarang makan tak abis. Kami tidak perkenalkan pun. Faiq lah mulanya masa dia kecik suka panggil yogurt tu aiskrim. Tak pastilah sejarah yang sebenar, mungkin Tokwan pun suka aiskrim, cucu pun ikut kut. Yang jelas saya pun terjebak. Faiq ni pula suka suka ja nak perhatian cakap nak aiskrim juga. Bila sampai di baskin robbins, banana, penjual tu tanya "banana split".?  Yeah banana split not icecream. Penjual tu baik hati, bagi free je kat Faiq.
Mom and daughter had icecream, son had only the banana at icecream parlour
Saya rasa dah datang kedai aiskrim kenalah beli aiskrim walaupun pisang tu terpisah terus dari aiskrim. Terpaksa lah kami, mama doter makan aiskrim bersama, si Faiq terasing di atas kerusi dengan sebiji pisang sorang sorang.

susu kambing | Remedy

Sesedar saya tak pernah minum susu kambing, baru ada sekotak kat rumah ni. Bersyukur, setiap kali dapat meminum susu yang Nabi saw juga minum. Keep calm ok yang tak minum sebab kita makan dan minum yang didapati di negara kita dulu. Susu lembu juga dariNya. Susu fresh milk kami dapat percuma, rezeki dariNya juga  jadi saya tak beli lagi susu omega. Kebaikkan susu ni boleh hilangkan toxic rupanya, bila google termasuk la susu unta boleh menyembuh penyakit lagi. Baru dapat menikmat susu kambing , nak kena cari susu unta pula.

Ringankan minda dengan berdoa semasa menyediakan makanan untuk keluarga dan diri sendiri. Lebih baik amalkan ini kerana Faiq minum air kosong ja yang di selawatkan jugak bila ingat, Fadya la dah minum susu fresh tanpa perasa. Dalam gambar tu dia conquer la benda manis manis ni sweet tooth dia ni.  Ye baru ni saya pegi pasar malam ada penjual susu lembu segar, tak beli pulak sebab penyediaannya kena mendidih betul2. Dulu emak memang order susu segar ni. Tah la napa tak beli hari tu..

latihan menulis | faiq writes

Saya nak pastikan Faiq boleh menulis dengan saiz yang sama. Saya tak pernak check atau buat latihan dengannya. Saya rasa puas hati bila Faiq boleh hafal surah-surah untuk umurnya 5 tahun. Tetapi menulis sama penting. Ya Faiq sekolah pra-Tahfiz tahun lepas, tak da homework. Cuma homework menghafal ada video nanti saya share.
A Happy Fat Cat
Tahun ini saya panik bila lihat penulisan Faiq, umur nak masuk 6 tahun menulis kecik besar. Ni 3 minggu lepas. Belum buat latihan, saya ambil video Faiq menulis, hanya suruh begitu ja dengan suara perlahan ikut ja buku mana-mana. Saya bercakap perlahan sebab Fadya terasa saya terlalu fokus dekat Faiq. Dia pun nak baca buku, baca A for Apol, B for Bee, kuat kuat... dalam video ni sebab nak perhatian juga. Hasil tulisan Faiq tu 3 minggu lepas, en hubby suruh practice lagi.


January 20, 2016

hubby DIY activitY

Minat DIY ni bila ada barang baru tercetus idea untuk mecipta sesuatu. Biasanya untuk kegunaan di rumah. En hubby suka buat wall shelf ja. Bila saya bagi idea semua, bila nak buat ja itu tak da ini tak da jadi shelf lagi. Biasa shelf ni kami suka cat berwarna putih. Warna ini lebih selamat dan tak nampak semak di dinding.
Hasil hobi ni dah dapat 2 buat shelf, satu letak di dalam bilik dan satu lagi di dalam bilik mandi. Dan ada satu lagi ongoing, separuh jalan paku tak masuk ke oh baru ja saya tanya hubby sebab drill tak tahu kat mana hehe..
Bila mula mengecat, seperti biasa la Faiq duk tanya bole sentuh ke tak, hanya sebab saya cakap jangan pegang ja.
Pengeringan buat di luar. Ok apa yang perlu : 1. Papan 2: jigsaw 3: paku 4:screw 5:shelf angle. Petik jari jadi hehe..

panjat pokok kacang | jack and the beansstalk

Malam sebelum hujung minggu tu, saya bagi Faiq Fadya buah oren. Buah oren tu ada biji, Fadya asyik cakap beans sambil suruh saya ambik. Saya cakap bukan bean tapi seed, ya biji limau, letak di atas meja sebab beberapa kali saya cakap buh dalam dustbin, Fadya duk bagi sambil cakap throw mama. Suruh buang , oh nak buang kut tingkap ok buang kut tingkap. Saya ok ja buang kut tingkap ni sebab terangkan la jugak sebab biji ni biodegradable bukan sampah yang tak bole compost. Kan😀😦πŸ˜₯πŸ‘ πŸ‘‘πŸ‘šπŸ‘œπŸ‘’πŸ‘‘πŸ΄πŸ—πŸ”πŸ©πŸ­πŸ—»πŸ«πŸ› sorry fadya dekat saya ni tekan icons tu.

Ok berbalik kepada biji limau tu saya suruh Fadya buang ja, tapi dia tarik suruh saya marah dan campak biji tu, macam dalam buku cerita. Tak sangka Fadya ingat cerita yang saya bacakan di bookstore sebelummya.. ya kami lepak kat bookstore beli buku cerita tentang beruang untuk Fadya, comic zombie untuk Faiq.

Ok esok paginya, apa lagi dua beradik tu duk intai la pokok kacang tu tumbuh ke belum. Not yet not yet sambil jawab sendiri. Dua beradik tu keluar siap try panjat pokok lain. Gambar yang satu lagi tu Fadya nak tangkap rama-rama sampai sergum rambut.  Ya saya tanam pokok bunga kertas dan bunga tahi ayam ja sekarang senang jaga sebab pokok kuat tak di hingap siput :) Sekian ceritanya :)

sedih | faiq upset

muka merah, red alert 
Rindu Faiq, bila dia di sekolah. Minggu lepas saya jemput Faiq, saya turun tunggu. Teacher buka pagar, terus Faiq panggil mama sambil berlari kearah saya, Memang hari sebelumnya, saya memang nak peluk dia tapi macam dalam cerita hindustan la pulak duk express kat situ kan. so saya pegang tangan dia. terus jalan ke kereta.

Tapi hari apa ya thursday kut, dia lari panggil mama, sambili lari terus ke bangku menunggu tu terus meniarap... lepas tu bangun, pergi ke pagar sekolah,  toleh ke arah saya ni, berhenti bersedih...mengalir air mata, tchr-tchr ada di situ. Saya pun tarik tangan Faiq sambil bertanya what happened, sakit ka? you get hurt ke, everyone nice laa, happy kan... dia cakap yeah...  Dengan muka sedih, kawan nangis...teacher angry marah, kesian kawan. Oh.. dia macam terkejut la bila tengok kemarahan kut. Sebab Faiq ni saya pernah marah dia masa baby masa dia tulis kat dinding. Masa tu semua dia belajar cara saya cakap ke marah ke, dia simpan dan tunjuk (dah besar culture shock).

Sejak tu saya cuba control marah tapi jenis terangkan dengan serius jugak. Tapi tone bercakap ja. Mungkin dia baru dengan environment suara meninggi dan tegas. Lagi pun umur enam tahun ni dah kena biasa di marahi. 7 tahun dah kena paksa solat dengan berrotan lagi. Parenting jenis high authority (berkuasa) dengan high warm (mesra tinggi).
High authority, ibubapa bole suruh anak buat yang patut buat walaupun budak suka ke tak suka, high warm tu kena dengar pendapat mereka contoh sebab dia mau dan tak mau tapi berbalik ke patut buat juga. Contoh kena pegi sekolah tapi lepas sekolah dia boleh main dan beri toleransi tu. (Dari Buku child development).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin