Pages

January 6, 2016

kids bonding time / menjalinkan hubungan dengan anak-anak

Fadya disiapkan oleh papa
Biasa kita dengar peluk anak setiap hari...atau bermain dengan anak dan membaca buku sebelum tido. Selain dari itu, menyikat rambut atau keringkan rambut dengan tuala. Faiq Fadya suka disikat rambut mereka sambil beri pujian atau ingatan macam hari pertama sekolah. Saya cakap hari ni tanya tchr nama apa, nama kawan...

Papa tolong ikat rambut supaya selesa menjamu selera :)
Fadya pun suka juga disikat, kalau diikat rambut tu Fadya tak berapa suka.






Faiq main sebelun button up
Ajar pakai butang pun suka sambil bersembang  dan puji .. tapi faiq suka bermain dulu. Dalam gambar tu Faiq cuba terbang seperti kelawar. Kadang faiq suruh sikat rambut masa tidur pulak. aii naik lemak tu suka dibelai pulak. Suruh bercerita sebelum tido tu memang selalu. Suruh Faiq baca sendiri dia cakap mata dah close pulak. Aii.. Fadya suka baca buku bersama siap buat rujukkan la contoh kasut dalam rumah. Dia akan cakap kasut tu macam kasut clown dalam buku sambil tunjuk.

Jom share cara rakan blogger menjalin hubungan dengan anak-anak. Pernah tengok pasangan perbetul tali leher, kira bonding tu :) Sekian Ringkasan petang ni haha..

lunch box / bekalan tengahari

Kalau rajin saya akan sediakan bekalan makanan tengahari, park kereta picnic la tepi lalang, suami akan pilih la tempat yang ada hijau skit berdekatan ofisnya dan sekolah anak-anak..
Biasa masak taruh atas la dulu pernah bawa sia bekas bertingkat suami kata lebih senang makan taruh atas ja dalam satu bekas.
Pic ni pun yang lama sharing tempat lain buat ingatan. Dalam beg dengan flask tu kat tepi isi green tea.Nak letak gambar lauk ( kat atas lebih kurang macam tu la taruh atas ni) segan sebab masak biasa tapi tak seganla untuk suami sebab makanan sihat kena terangkan pula masa makan..hehe.. semalam pun picnic juga tepi sekolah fadya, gambar lauk tak cantik sebab grilled ikan berasam jadi gelap.. tak menarik, tapi sayur asparagus nampak segar :)

fadya pets lover/ pencinta haiwan menjadi lebih caring

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Fadya suka puppy, akan di mandinya, dia cakap dia mummy puppy tu. Akan bawanya dalam cage plastik tu ke mana pun. Tu la bila nak berangkat, puppynya lagi, bag bekalan tuan puppy lagi. Kadang saya bawa yang basic untuk mereka ni. Tapi kalau lama keluar dah takda itu ini. Perjalanan jadi kalut la baju basah tak da persalinan.

Fadya macam budak lain suka pony, tu kat food court ternampak pony, papa kena tarik pula dah tak reti tunggang sendiri. Fadya lebih penyayang bila ada imaginary pet ni. Masa emak saya tolong jaga Faiq Fadya masa Fadya 2 tahun. Fadya keluarkan tuala abangnya, emak saya bagitau semua Fadya tolong tunjukkan. Rupanya di tempat sekolah pun ada beri teddy bear untuk Fadya jadi lebih caring. Hujung tahun lepas, teddy tu diberi untuk bawa pulang ke rumah. Tahun ni dah tak ada kut.

Hingga pusing tangan nak bagi anak ayam tu terus berjalan.



January 5, 2016

fadya likes coloring draw / banyak clever fadya ni

Fadya bangun pagi, ambik buku, suruh papa yang mewarnakan, banyak cantikkan. Fadya minat buku sama banyak dengan mainan juga la.

Terkejut juga bila tengok Fadya pandai lukis di tablet tu, saya yang duk golek golek depan tv ambik phone tangkap 2 3 gambar.
Menarik kan dengan hidung dan rambut warna lain. Ya la dgn tab ni kalau tersilap nak kena pilih pemadam pula. Mungkin fadya tak tahu itu. Jadi dia lukis pelan ja.

Masa makan pun dia cuba lukis, saya ingat dia 3 tahun conteng ja sebab pegang pensil tak betul lagi.
Saya pula natural parenting biar ja dengan harapan sampai umur ok tu selagi tak mengotorkan saya biarkan, kalau kotor nanti suami dan saya pun tak selesa tengok. Terlalu jelas saya tak menegur atau menerangkan cara yang betulkan, bila kotor.  Tuan kedai pun marahkan.
Syukur sangat bila lihat lukisan kucing tu dengan whisker apa tah, misai kan pun ada. 

reciting session / mengaji di masjid

Anak-anak pergi mengaji, mama pun pegi ngaji. Biasa saya pegi di masjid tapi ustazah jemput juga mengaji di rumah. Saya cuma cakap inshaAllah segan pula ke rumah. Tapi bersyukur kerana dapat ustazah yang baik, ambil berat. Bila terjumpa kat di tepi jalan pun ustazah cakap bila nak datang ke rumah untuk mengaji lebih cepat abis. Beliau akan cakap, saya kereta ada, bukan susah nak datang umahnya. Bawa anak-anak pun ok. Serba salah pula saya, tapi minggu ni beliau ke umrah. Suka saya tempat mengaji, kawan-kawan baik.
Hari yang kedua saya pegi, ada kawan baru balik dari mekah, dia beri saya sejadah berbag ni. Syukur saya tapi kawan sebelah saya cakap baru join ja dah ada rezeki dah. Hehe Alhamdulillah. Bila saya lihat ustazah, damai ja. Beliau cakap datang umahnya bila-bila pun tak pa. Terfikir saya beliau tak kemana, hanya di rumah. Saya ni asyik keluar ja, antar ambik budak hal itu hal ambil antar hal mcm2 la. Rasa sejak berdekor ni lebih suka duduk rumah tapi en suami suka nyakat, laratke duk tengok pokok ni, jom gi nurseri pokok, kut ada yang murah bole tambah.

Dalam kelas kat masjid ni ada ketua darjah tau, garang juga sebab dia cakap kalau jarang datang dia akan keluar kan nama saya dari whatsapp hehe. Saya jarang juga pegi tapi dia jemput ke kenduri rumahnya, cium pipi bersalaman sambil tepuk bahu, datang tau bila ustazah balik. Saya cakap inshaAllah. Kat kenduri tu ada yang ingat saya anak kak mana tah adoi saya cepat cakap saya duduk kat situ, mengaji dengan tuan rumah. Oh ingat anak kak tu, siap dia tanya si kak tu ni anak you ke aiii saya segan la nanti kak tu tak suka ke apa. Ok melanjut pula tajuk :) oh btw saya bawa buku iqra juga, belajar lain masa uzur.

first school day / saya pemenang

Syukur dah selesai hantar Faiq Fadya ke sekolah. Fadya ambil masa sebab masih toilet training. Lebih suka selesai di rumah. Harap esok lebih mudah.

Pukul 7 dah berangkat dan swimming littlr caliphs anjukan
Tak da foto, cuma yang lama Faiq gi sekolah dan kelas renang. Little caliphs mengajar ikut sunnah. Tahu berenang dan tunggang kuda. Pagi tadi saya duk doa ja, sampai Fadya tanya what are you doing tak cakap dengan dia. Sebenarnya saya tak perlu lalui ini kerana perkembangan kanak kanak, umur yang sesuai ialah 6 tahun tapi saya hantar umur  3 - 4 tahun. Universa atau kerajaan pun ambil umur 6 thn. Ikut budak juga, ada yang senang. Dari sekolah ni banyak perubahan keatas Fadya, lebih bertanggungjawab macam tahun lepas ada exam. Dia nak pegi sekolah cakap guru nak tanya dia. Tchr wanna ask me. Hari kedua tchr nak tanya lagi. Pegi sekolah untuk pratis sukan atau concert pun tak nak ponteng. Siap pratis kat umah lari sambil cakap go fadya go fadya, yetdrngar suara kawan dan guru kut. Gambar bawah tu dia i am the winnaa mulut besar saya menang. 
I am the winner, tengok mulutnya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin