Pages

August 12, 2014

dekor dapur ala kedai tomyam :) / tropical decor

Tutup dengan tikar ala kabinet menutup pipe bawah sink. Yang mewah skit di atas sink tu ialah E-Spring water filter dari business sendiri heee :) plastic drawers kat tepi.

August 11, 2014

kebahagiaan berganda / double happiness / wedding

saya menghadirikan wedding of the year, anak jiran emak bapa saya. anak jiran kelulusan kedoctoran dan menantu pun sama. Yang memberi speech pun pun doctor iaitu kakaknya dan abang ipar juga seorang doctor.

rasa sayu bila ingatkan masa kecil mereka tapi sangat meminati keluarga ini bersatu menjayakan majlis. Dan persembahan nyanyian diterbang dari Arab Saudi iaitu aunty mereka.

"Mengingatkan majlis perkahwinan saya yang sangat simple yang didoakan oleh abang sendiri, MC sepupu yang cantik, khatam quran anak anak buah sendiri, ucapan dari kakak sendiri, slide show diusahakan oleh adik sendiri, persembahan dari anak-anak buah bermain guitar dengan lagu "to love somebody". akhir sekali saya diucap tahniah dari seorang student senam saya iaitu anak dato' pemilik channel TV (jiran lama patents juga), menyatakan dia akan buat wedding macam wedding saya,  dia suka sangat, rasa honoured juga dapat complement macam tu dari orang yang berada, yang kapal layar beberapa bilik ingin buat kenduri yang kecil ja. Sangat bersyukur, entri ni buat saya Rindu dan cintanya kat  en hubby heee :) beliau la watak pertama :)"

parents duk sembang
anak buah melarang berflash kerana mengganggu suasana

majlis akad nikah mereka di Carcosa Seri Negara. Sampuk emak, memberitahu rakan semeja bahawa lagu yang dipasang adalah lagu "Everything i do, i do it for you" Rakan semeja yang  dari singapore tu terkejut seorang "nenek" tahu lagu itu. Penyanyinya "Brian Adam" sambung emak saya, tergelak besar mereka sambil berkata nenek tercanggih yang kami pernah jumpa haha..

Bila nak bergambar pulak, emak enggan bergambar sebab takut  gambarnya "merosakan facebook", lagila mereka tergelak..


Kakak saya pula tak sabar nak buat kenduri juga, nak simple yet personal.. saya cakap buatla tepi pantai macam kawan saya buat tepi pantai, semua hadirin sangat sporting berpakaian tema turquoise... dia cakap nak lebih kurang macam tu...


August 9, 2014

Solat Raya di Kempas

Di pagi raya kami sempat bersolat raya di sebuah masjid di Taman Kempas. Khutbah yang diberi sangat compact penuh makna, "saya mengingati diri saya dan menyeru umat Islam supaya bertaqwa kepada Allah swt. Ayat inilah dimulakan oleh Imam masjid di situ...

Tak sempat nak berfeeling di pagi raya, Fadya cepat bangun mencari papanya...


Fear Him for betterment, do what had asked, leave what had warned, InshaAllah.

August 8, 2014

Langkah pertama Berbisnes /A step to business

lepas bersalin cari jeans berbunga :)
english version below -
Selepas keputusan dibuat, sponsor saya yang memperkenalkan bisness beri sebuah buku "berfikiran luas"/ thinking big  tajuknya- salah satu topik ialah "Dress right" / berpakaian betul. Adoi permakaian saya ni memang lain dari lain. Ada yang tegur iaitu Investor (ni masa nak jual baju baru ni, kami pergi survey, partner saya tu cakap dia tak pernah tengok orang lain berpakaian macam saya. Tergelak kami berdua. Rakan sekerja saya dulu pun cakap saya dibesarkan oleh siapa dan suasana bagaimana, sangat berbeza perwatakkan dari kawan-kawan lain dari segi permakaian. Jadi, sekarang saya pun naik takut nak pakai macam mana mmmm..dalam topik ini juga menekan "look important" iaitu "Tampak penting" seperti orang pandai, bijak, properous (makmur/mewah) dan boleh diharap "dependable". so macamana ek...kalau bijak baik saya jadi Tun Mahathir menjaga satu negara ke... nanti jumpa rakan sekerja saya yang cerdik dulu pasti komen tak kisah pakai je, masa Ihram pakaian sama ja.. sangat betul.

english version -
After I've made the decision to do this business, my sponsor who had introduced the business to me had given me a book titled "Thinking Big". One of the topic is "Dress right" Phew this is heavy case my dressing is diffrent to people's eyes. I got commented by my investor at that time we wanted to sell dresses, she said never seen anyone wears like me, it cracked the joke and found it funny. My previous colleague also wondered how my upbringing environment and people around me was as so different personality than other friends. Those statements demotivate me to dress how up or down mmm...In this topic highlightef to  "look important" like clever, intelligent, prosperous and dependable. So howw...if i had to look intelligent, i might already be like Tun Mahathir ran the country not a business. I am also sure that a smart friend would comment just wear whatever as during Ihram in Mecca all have to wear the same..thats so true.

August 7, 2014

deko meja makan / dining table decor

Saya memang berminat menghias rumah. Bila sembang ja pasti berbincang tentang apa nak le tak itu ini. Berbincang teori ni memang memberi semangat untuk buat duit cepat hehe yela bila praktikal ambil barang tu terus letak lagi puas.

Jadi saya letak dulu kaki lilin tembaga, lepas tu beli lilin warna hijau kerana hijau dengan warna bumi coklat meja makan tu rasa naik seri. Bila meja semata rasa tak da sambutan dari tepi kiri atau kanan, saya usung rak buku bawak ke meja makan belah hujung. Sebelah hujung satu lagi belum letak cermin berbingkai kayu.

Rasa lengkap skit :) seiringan dengan itu, chandlier putih mencerahkan bahagian makan.


I love decoring the house. When chating lead to discussing about what to put here and there. Theory discussion motivates me to make money asap hehe it relates well coz practically put the stuff could see result live and satisfied.

So I put first bras candle stand, then i bought green candle matches the earth colorvwooden table, stands out bit. When only table in the middle nothing at the side I find it bare and no frames or a corner of its own. I pushed books shelf to the side and thinking to put wooden frame mirror would complement the centre.

Feel almost almosr complete :) Btw the white chandlier to brighten the area.

August 6, 2014

Matlamat / Goal

Saya sudah mula bekerja. Saya adalah Pemegang Perniagaan Berdikari iaitu perniagaan Amway. Saya pilih untuk membina perniagaan ini kerana ingin memiliki pendapatan pencen dan pendapatan lebihan yang ditawarkan. Dengan cara ini kekufuran yang
 Raya 2014
berpunca dari kemiskinan akan terhampus. Saya berharap membina perniagaan ini sambil beribadah. Bersyukur kerana sudah mengguna produk amway bertahun-tahun lamanya dan menjadi seorang ahli yang memperbaharui keahlian sendiri tanpa disuruh.

Ada yang mengatakan membina  perniagaan untuk menambah pendapatan lebih baik dari berjimat.  Saya berjimat dengan memotong rambut sendiri dan memakai pakaian raya yang recycle, tetap ingin mempunyai pendapatan yang boleh memilih pilihan yang diberi seperti sekolah swasta atau tidak untuk anak-anak.

Yang saya amalkan tiada foto lama atau kebendaan yang telah tercapai masa lalu untuk saya bergantung hari ni. Tetapi sesetengah masih perlu. Matlamat untuk mendapat kebebasan kewangan untuk memajukan umah patut dilakukan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin