Pages

June 20, 2014

timbul kasih sayang lebih mempercayai /existence of Love leads to believe

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
 


Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts): verily in that are Signs for those who reflect.













June 19, 2014

lepas satu, satu tentang Faiq / after one another about Faiq

Bila saya menjemput Faiq awal sikit, saya dapat lihat Faiq sedang duduk dan memegang pensil, saya bersembunyi tepi dinding dengan harapan dia tunduk sekurang nampak dia menulis. Saya perhati kawan-kawannya khusyuk menulis. Tapi saya terpaksa berfikir kelebihan Faiq ni mahu juga duduk sambil pegang pensil, fokus duduk di kerusi dan mejanya. Duduk mengedap, Faiq ternampak saya, dia terus bagitau Teacher, mama ada sini. Teacher ambik buku dia, dia pun bangun, ambik beg dan botol air, siap kata bye friends lagi dengan cepatnya, sampai kat pintu kata bye lagi, aihh lega sangat ka nak balik...

Kat pintu Faiq cakap nak pee dengan poop, saya ni segan pulak nak masuk balik pegi ke toilet. Saya cakap dengan Faiq tahan dulu, macam tunggu papa untuk swimming, Faiq faham tentang jaga keselamatan "safety violation" sebab diajar kat TV, kena ada papa dulu baru boleh lintas jalan tu...tapi kadang dia belakun nak jugak terjun dalam pool imaginasi dia, sebab dalam TV tu ada budak degil, dia ikut yang tu pulak.

Bila sampai, dia terus ke toilet, saya bersyukur dia dapat tahan, sebab budak macam Faiq ni kalau nak ke toilet kena cepatkan, tak bolehla sampai 15 minit, kalau tidak saya kena buat dua kerja la...Tapi lepas selesai tu, tak mau basuh pulaa...dia minta kertas, dia kata Teacher bagi kertas..aik sejak bila pula guna kertas toilet ni, umah pun tak de cuma gantung ja buat perhiasan atau untuk mengeringkan.... ok dia nak kertas, saya terangkan lebih baik basuh dengan air, guna sabun matikan bakteria...dia pun ok sambil kata teacher guna kertas...Ni kali kedua dia nak kertas ni...

english version
When I fetched Faiq lilttle early, I saw Faiq was sitting down and holding pencil, I purposely hide behind the wall hopefully I saw he at least bend his head down and write. I noticed his friends focusing on writhing. But I had to think of the upside of Faiq as he at least sit still and hold pencil, focusing sitting down at the desk. While I was watching, he saw me, he straight tell teacher that his mom was there. Teacher took his book and he stood and took bag and bottle water, wave hands to frienda abruptly, at the door turned and said bye some more, aihhh like really a relief got to go back home..

At the door he said he wanted to pee and poop, I was thinking to do it at home, lazy to go in the school again. I told him to hold like patiently wait for papa to go for swimming as he just learn to be patient to wait for adult for crossing the road or swiming, but he even act to go in the imagination pool like stubborn kid.

When arrived he straight went to the bathroom, grateful he made it coz like him  need to attend to him when he told us that he wanted to go to toilet. But after he finished he wanted paper to clean it, since when we used paper to clean, we used water and soap to clean the germs,  then he follows while saying teacher used paper only.





June 18, 2014

Baju raya 2011

Sampai rumah emak bapa, kami biasa pergi jalan-jalan tengok baju di PKNS Shah Alam walaupun baju dah di beli. Bila ternampak baju grey ala Cleopatra ni, teringin pula, terus beli, harga murah kerana jatuh hari akhir. Gambar ni saya preggy kan Fadya..dapat la mama suap dengan garpu emas tu nak :)Alhamdulillah.

Saya suka baju ni cuma lengan tu melabuh bila nak ambik makanan tu kena berjaga-jaga nanti tercicah kuah.

Pemilik mug hijau tu ialah...Blogger Sara, terima kasih Sara kerana sudi join, nanti boleh email detail k. Terima kasih daun keladi bila ada rezeki join lagi :) foto fadya tolong bercabutan bertuah.

Arrived at parents' house, we normally got out to to look what a miss at PKNS Shah Alam, even already bought some baju, when seen this grey baju ala Cleopatra, I simply wanted it, straight purchased  price lowered coz it fell on the last day. i was preggy with Fadya, worth i got to feed you with golden fork :)

i love the baju but the sleeves were too baggy when outstretct to food on table, must careful otherwise it dips in saucy.


June 17, 2014

tiba terfikir / thoughts of life

Melihat faiq dan fadya, bersyukur kerana kewujudan mereka, hidup ini lebih penuh tetapi tanggungjawab sangat besar tak seperti dulu, semasa saya bermain dengan anak buah, ceria tanpa risau kerana saya tahu mereka di lapis dengan penjagaan oleh ibu bapa mereka dan maktokwan juga memikirkan tentang mereka.

Dengan anak-anak,  kami mengutamakan mereka dahulu seperti keluar malam dikurangkan kerana anak-anak perlu tidur awal dan menghabiskan kerja sekolah jika ada kerana ini memupuk Faiq menjadi lebih bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu hingga habis, atau mengaji untuk mereka memahami salah satu amalan kehidupan juga selain solat. Atau membaca, sekurangnya Faiq menunjuk minat menyelak mukasurat buku dan terangkan apa yang di lihat seperti juga menonton TV. Hidup lebih baik kerana mereka makin membesar...
di mph



Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi join GA 13-16 Jun iaitu
1. Blogger Kak Zakie -
2. Blogger Sara
3. Blogger Rai Ourkizuna
4. Blogger AtieYusof Family
5. Blogger Sura Mohd
6. Blogger Nurul

Pemenang nanti saya umumkan nanti ye..
Terima kasih sangat kerana sudi join GA kecil-kecilan ini, jika ada lagi, harap semua dapat join lagi :)

english version thought of life
Looking at Faiq and Fadya, I feel grateful with their existence, life becomes whole but responsible is bigger not like before I played with my nephews, cheerful without fear because I know they are in layers of caring parents and thoughtful grandparents.

With kids, we put them first like hanging outside at night we particular to make it less because kids need to sleep early and finish homework if any, this is to ensure he could endure his responsible to finish one task given , or citing verses for them to understand it is one of the ritual life other than prayers. Or to read books, at least I have noticed that Faiq showed interests in books even flip pages like how he showed interests in watching TV. Life is getting better though, as they grow...




June 16, 2014

perjalanan hidup / diary or journal

Kenang kembali, di mana saya berada masa tu, di mana waktu malamnya sangat panjang walaupun waktu kerja awal pagi. Pulang saya dari kerja singgah di Myoga terletak di the gardens  di situ saya bersenam, bersegar kembali dengan bermandi di tempat yang di sediakan kadang kala bermandi stim dulu. sebelum pulang ke rumah kami bermakan malam di cafe dengan hidangan salad. "Kami" ialah saya dan adik saya. Keahlian Myoga dibayar dulu oleh kakak saya, semangat datangnya dari adik menanti saya untuk bersenam bersama.

Di sudut hati saya tertanya juga adakah ini semua perlu untuk perjalanan hidup saya. Senam, punya salary yang boleh buat loan rumah tanpa guarantor, boleh buat loan kereta dengan tanpa banker menanya atau query berapa lama kerja. Ya memang saya kerja kembali untuk membeli kereta sahaja disebabkan mereka mahukan slip gaji. tetapi dari ingin sesuatu saya memperolehi persahabatan yang memberi pengajaran dan pengetahuan..pada mulanya kononnya dapat kereta bole buat MLM dan mengajar senam itu hasratnya.tetapi rancangan bertukar, saya terus bekerja...

melalui hari-hari bekerja pasti tergerak di hati apa matlamat hidup /
through working days there must something triggered in the heart what are the life aims




Flashback, where i was, the night time was long though time to start working was early. back from work, straight to myoga the gardens where i did exercise, refreshed myself in the shower or sometime steambath first. before we got home we took dinner that served us salad. we are that were me and brother, myoga membership was paid first by my sister. the spirit came from my brother who waited for me to exercise together.

in the corner of my heart, had questioned were that all i needed for life journey? Exercise, having salary can do house loan without guarantor, can buy a car without a banker query how long have been in the company i worked at.. yes i got back to work to get the pay slips to get something but gaining friendship that educate me with knowledge. thought after i got  the car i'd like to be mobile to networking business or teach exercise. but plan changed that made me to continue working...



June 14, 2014

hormati manusia / respect people

Surah AL-HUJURAAT - english version below

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

english version
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).


Beribadah ialah melakukan perkara-perkara yang disuruh Allah swt dan biasanya memanfaatkan manusia lain. Endahkan juga "apa orang kata" kerana mereka ini  dihantar olehNya untuk kebaikkan atau ujian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin