Pages

March 16, 2016

Berani Miliki Rumah | Condominium

Betul, jom beli rumah, ada pay slip, single atau dah berkahwin boleh miliki rumah. Saya angkat tangan kerana saya berpengalaman membeli rumah dan kereta semasa single.

Masa tu  saya Single, ada payslip, ada hutang credit card, satu credit ja sampai la ni duk ada tapi nombor credit tu bertambah mmm...card satu ja. duk berdoa bagi langsai, belum lagi Tuhan kurniakan ..tapi bersyukur ada satu ni pun sebab tak da slip gaji tak da la credit card sekarang ada islamik card tau boleh convert. Eh different story ni.

Waktu itu saya juga nak beli kereta dan rumah, saya cakap dengan jurujual kereta, saya nak beli rumah juga ni jadi tak da cash nak bayar duit muka atau duit apa pun untuk kereta. Ok jadi beliau kira kira, ok, Beliau bertanya saya bila nak beli rumah, saya jawab dalam masa sekarang juga.   Tapi saya tahu yang saya ni ada tanggungan hutang, tak berkahwin macam susah nak dapat loan. Beliau cuba tolong saya juga,..beliau tunjuk kereta baru keluar dan ada ada diskaun, ok la tak kisah la saya cakap dah letih meminjam kereta orang. minjam kereta emak bapa, adik, penat juga kan..  Beliau tolong lagi, bertanya tentang rumah pula, dah submit semua dokumen untuk rumah, saya belum submit pun, beliau minta saya submit masa yang sama sebelum record keluar salah satu. Yeke begini .. ok ok saya buat serentak....

Lepas  beberapa hari pegawai bank interview, soal tinggal dengan siapa, bagainmana dengan rumah nanti nak sewa atau tinggal... begitu ja..kalau gaji banyak cakap tinggal kalau nak tinggal, kalau gaji skit cakap nak sewakan. Saya tinggal dengan parents mungkin pegawai bank anggap ringan tanggungan saya, kurang pasti, jika mahu rumah jawab seikhlas yang boleh, yang pasti hutang rumah boleh di bawa dengan duit sewa, hutang credit kad tak kan...jadi cepat beli rumah dari membeli benda kecik-kecik yang tak nampak ni dengan credit card. Kalau masa nak beli biar pembayaran dibank jika ada nampak elok yang lambat, cepatkan, jangan tak bayar, tak bayar relax dulu. settle dulu.

Jom shopping condo ini, harap berminat boleh contact agent Aishah Fadzil at 019-3563255 . Lokasi baik berdekatana sekolah, public transportation, yang penting ada exit ke highway, itu la dicari pembeli. Lagipun condo lebih mesra environmentnya, berjiran, harganya mahal atau murah  jika rakan blogger yang muda, jangka panjang untuk loan itu lebih tetapi bayaran bulanan rendah, kena cuba baru tahu, cukup dokumen, duit permukaan berapa percent alamak cheq tak ambik info abis ni.

Sila layan gambarnya, elok ada niat untuk miliki ni, exclusive look.


condominiums & apartments


Radius Residence, Selayang Heights                           For Sale, asking price RM 385K

Tenure: Leasehold
Restrictions: Bumi Lot
Build up: 916 sq ft
Layout: Intermediate, 3 bedrooms, 2 bathrooms
Features: Full plaster ceiling with downlights, kitchen bar and cabinets, with cooking hood and hob, shower screen and cabinets in all bathrooms, ceiling heights, walk in cabinets in 3rd bedroom, TV console
Carpark: 1 covered parking
Maintenance Fee: RM115 per month

Facilities:
1) Swimming Pool
2) Gymnasium
3) Multi-purpose Hall
4) Games Room
5) TV Room
6) Reading Room

Security System
1) 24hours security
2) Access card system
3) CCTV Monitoring

T&C
105 downpayment (3% upon booking and balance 7% upon SPA)

Amenities nearby:

Komuniti Kolej Selayang
SK Bandar Baru Selayang 2
SRK Selayang Baru 1
SK Selayang Baru 2
SMK Selayang Baru 1 & 2
SMK Darul Ehsan
SRA Selayang Baru
Hospital Selayang
UiTM Selayang
FRIM
Selayang Mall
Pasar Borong Selayang










Posting date & time: 15/3/2016, 4.30pm. Harap berminat boleh contact  Aishah Fadzil at 019-3563255. InshaAllah.

March 15, 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016

Assalamualaikum
Saya ditag oleh blogger PI Paridah Ishak dan saya nak tag semua rakan blogger. Jom memeriahkan segmen ini :) Terima kasih sis PI.http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2016/03/segmen-top-blogger-2016.html?m=1

menunggu cinta | ikatan cinta | bond of love

Sebenarnya ingin saya memohon tips dari rakan blogger tentang hal lain tetapi sebelum miliki itu saya terkenang ketika dulu saya menunggu cinta dan ingin miliki cinta. Dengar lagu dalam video di atas boleh klik dengar lirik "kenapa bersedih, bila seseorang meninggalkan kamu".

Lagu ini menjadi pilihan anak buah saya untuk permainan "musical chair" di majlis hari jadinya. Teringat pula patut buat ke  majlis hari jadi untuk Faiq hampir tiba kerana belum pernah buat lagi. Mmm...

Eh terlebih pulak tentang anak buah, ya tentang saya yang dengar lagu  liriknya "Jika jatuh cinta dengan Allah, takkan kecewa". "Ya Allah diri ini milikMu". "Ikatan cinta denganMu berkekalan "

Memang terharu dan keliru kerana cinta itu macam lain kan untuk orang muda, saya tak muda sangat pun tetapi perspektif cinta tu lain. Liriknya "bila jatuh cinta dengan seseorang, senyuman dengan bersusah hati, bila jatuh cinta dengan Tuhan memberi ikatan yang hidup lagi bersinar".  Itu la ceritanya suka dengan liriknya wlaupun saya cuba fahamkan lagipun kita biasa dengar - kenal diri dulu baru boleh kenal orang lain-. Tetapi lagu ini membuka mata dan hati juga. Cinta Allah dulu baru manusia, manusia tu mesti la, ibu, bapa.. Rasanya kumpulan raihan dapat pahala ni. Sebab saya mula jatuh cinta dengan Tuhan. Bila saya minta diri dengan kawan saya untuk solat, mereka tanya saya kerana teringin nak tahu saya doa apa dalam solat tu, ada kawan cakap beliau dah pakai tudung sekurangnya dah selesai sebhagian kan sebab saya belum bertudung kan tapi bersolat. Semuanya mengharapkan Tuhan memahami sahaja, Alhamdulillah yang bukan Islam ditunjuk jalan yang benar. Bila ingat balik, saya sorang diri ja pegi ke surau di Sungei Wang Plaza, sunyi dan seram kerana di tingkat atas.
Thank you nephew


Alhamdulillah kepada anak buah dan ibunya juga kerana kenalkan lagu '"bond of love . Love you both too. Harap dapat hayati lagu Raihan. Lirik seterusnya "Come to Allah you ll never fail. Bersama Allah hidup berjaya". Ameen.

March 13, 2016

Pulau Langkawi | two months old baby on the boat

Faiq la tu, mama tak sangka berani bawa jalan-jalan naik boat selepas pantang. Bila dapat jemputan tentu tidak menolak bercuti di lautan andaman langkawi.

Bertolak dari kuala kedah sepatutnya naik feri pukul 7 petang tetapi terlambat. Contact pi mai pi mai dengan emak, kakak semua. Mereka suruh tidur di Kuala Kedah dulu. Tetapi kami tak reti lagi tidur hotel tak book ni jadi kami mengganggu aunty saya yang tinggal tidak jauh dari kuala kedah.

Kami berangkat pagi, naik teksi ke marina di mana boat di parking untuk di jaga oleh penjaga boat sementara tuan boat berada di tempat lain. Ada yang tinggal di dalam boat dan anak mereka berhomeschooling international system.

Sampai di mana ya tak pasti macam jetty untuk ke pulau kecil tunggu bot shuttle lagi. Bila ingat sekarang Faiq sangat tabah dengan keadaan panas, bot yang laju terheantak-hentak juga. Dua bulan umurnya mama macam ambil risiko juga. Sebab dalam feri tak tahu udaranya dengan ramai penumpang. Bila ke pulau kecil tu udara bersih kerana terpinggir tiada ramai yang datang ke situ.

Bila sampai ke tengah laut di kelilingi dengan 99 pulau tu rasa risau juga, hampir maghrib macam-macam dalam fikiran, cuaca pun sejuk. Memang hati jadi tak menentu.

Anak-anak mama travel selepas 2 bulan abis pantang seperti Fadya betul sehari lepas pantang sudah terbang ke negara jiran. Tak berani nak cerita selepas pengalaman itu sebab risau tetapi dah buat. Nak cerita lagi rasa takut.

Kawan mama pun tanya kenapa biar kan orang lain yang dukung Faiq di tengah laut tu. Dah nak anak jaga la, kata beliau. Bersyukur dan berdoa semuanya selamat sihat dalaman, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bila hilang rasa perasaan serba salah mama cerita lagi. Datang pergi perasan itu. InshaAllah.

March 11, 2016

Bertukar Tips semasa sarapan

Assalamualaikum wbt,

Catatan hari ni ialah nak crita hari ni keluar breakfast dengan kawan saya. Mulanya nak breakfast ja tetapi singgah beli daging, ayam dan pulut durian berlainan tempat. Baru dapat Breakfast nasi dengan paru goreng, berdesert lempeng kelapa. Minum nescafe tarik nipis. Bersembang, kawan saya hendak kan tips dapat anak perempuan. Saya segan nak bagi tips dah lupa, dah lama dapat Fadya, lagi pun kawan saya ni ahli sains tanya saya hal saintifik macam tak sesuai.saya share juga jika ada salah tolong tunjukkan

Tips saya
Sebelum subur adalah untuk dapat anak perempuan
kerana sperma lelaki jangka hayatnya pendek tetapi laju.. jadi keluarnya sperma lelaki berenang laju, tetapi tak kan jumpa telur.. kerana belum subur lagi

Sperma perempuan jangka hayat panjang, tetapi perlahan...jadi akan berenang dengan perlahan hingga bertemu telur pada hari subur. 2 hari sebelum subur itu adalah untuk cuba baby girl

Baby boy kena betul-betul hari subur.

Saya catat di sini kalau-kalau ada rakan blogger boleh perbetulkan teori/sainstific diatas kalau salah.

Tips 2
dengar atau baca Surah Maryam untuk anak perempua
manakala untuk lelaki Surah Luqman
Surah Yusuf anak hensem atau cantik.

saya juga dapat tips dari kawan tak sabar juga nak discuss dengan en hubby

tips dari kawan.
Sejak anaknya bersekolah, beliau keluarkan astro, cuma ada njoi, beliau bagitau sangat lega.. rumahtangganya amboi rumahtangga,  lebih aman kerana lebih mudah uruskan anak-anaknya. berjadual lebih teratur, anak-anak juga lebih fokus dengan aktiviti mereka. Anaknya juga top 5 seluruh kelas di sekolah faiq, tapi anaknya dah sekolah rendah.

InshaAllah
gambar hiasan -fadya

March 10, 2016

Decor Bilik Mandi bermanfaat | Ecosystem

Ketandusan idea nampaknya, sampai ke bilik air pun nak dientrikan. Akibat botol jem yang kosong makin bertambah, dapat idea tanam pokok dalam botol. Sejak dari itu, bertambah pulak pokok dalam botol. Letak selunguk dah nampak kurang kemas, risau pun risau dengan botol kaca berkeliaran di bawah, kan anak-anak suka berlari sana sini.

Capai paku dinding, ketuk di dinding dalam bilik air. Di mulut bolot, lilit dengan dawai dari kedai hiasan bunga atau pengantin. Lilit buat loop atau tempat gantung tu bersaiz kecil.

Bila digantung berdekat pintu rasa menarik ada kehijauan. Sebelum tu,

1. di awal permulaan menanam pokok dalam botol kenalah isi dulu dengan batu kecil,
2. isi tanah selepasnya.

Jadi air tiada bertakung di dalam botol, selain itu tak risau nak siram selalu. sebab kelembapan bertahanan. Ini hiasan murahan tetapi bermanfaat kerana pokok duit ini mengeluar oxigen and menapis udara di dalaman.

Sudut terbaik ialah bahagian sinki atau cermin itulah biasa ternampak di dalam bilik air awam. Tetapi biasa saya tengok, di letak mangkuk berisi batu sahaja. Nampak ala spa, cuma kurang senang hati, mahkluk lain pun berkubang di situ. Walaupun disalin airnya, seeloknya basuh akar juga, kerana kadang ada telur terlekat. Kalau ada cicak, cicak makan nyamuk tu, jadi  sistem ekologi ada, InshaAllah selamat.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin