Pages

February 26, 2016

Assalamualaikum Dunia dan Video anak-anak

Amboi tajuk lagu hehe..Berblog ni kekadang rasa senang ja nak tulis, kadang rasa susah pula. Pagi tadi berbual dengan emak, emak tanya apa lagi Fadya cakap yang menghibur hati, saya jawab tak ingat pula, tak berapa ada dah kut. Ada video bapa dan abang dia menyakat ada tapi sekerat ja pun ambiknya..

ada juga video Fadya bagitau papanya yang dia ni Fadya bukan bantal (pillow) ada. Fadya berkata begitu kerana papa buat buat nak lena dekat bahunya.. saya letak ja video ni.

 
 Fadya 4 year 1 month

Bila tanya Fadya happy tak di school, Fadya jawab happy tapi mama i miss youuuu mulut tu muncung sangat bila sebut youuuu tu rasa sayu pula mama. Tanya en suami ok ka menghantar Fadya ke sekolah lama sangat dari 7:30am, En suami cakap ok tapi bila sambut dia kat pintu sekolah Fadya cakap teacher pukul kat tangan tu yang tak suka la en suami cakap. Mulalah saya mendoakan ayat pelindung untuk Fadya.

Kami makin sibuk sekarang terpaksa adjust masa juga, kesibukkan ni saya mula fokus menyelesaikan hal yang diutamakan dulu, Biasanya, saya akan menggunakan surah surah yang reti baca ja tetapi membayangkan Nabi Musa as meneruskan perjalanannya melalui laut yang dibelah oleh Allah  ...Ada hal yang sukar sukar tu saya mengharapkan di beri jalan penyelesaian olehNya juga. Perasaan lega untuk melalui rutin harian lebih mudah, kadang terbayang juga air laut kat tepi yang saya rentas ni sejuk pun ada rasanya....

"Dan kenangkanlah ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu " Surah Al-Baqarah 2 Ayat 50

InshaAllah, Ameen

February 25, 2016

Pulau Pinang | ETS

Jika ingin ke penang, senang ja, saya ingin catatkan di sini sepasang warga emas yang mengembara dari Petaling Jaya ke Penang. Emak saya risau bila bapa bangun pagi nak pergi ke Penang. Emak tak gemar berjalan jauh. Tiba emak call dah on the way ke Penang. Saya biasa hujung minggu ingin bertandang ke rumah  parents tetapi mereka dah berangkat ke KL sentral kerana bapa hendak menaiki keretapi laju. Bapa memandu sekitar KL ja. Bapa tak sabar nak naik ETS tu, syukur ada tiket keretapi biasa boleh la teruskan perjalanan ke Penang.

pakai mask atas ferry turun dari bahagian penumpang duduk ke dek kereta
Dari Butterworth, emak bagitau yang mereka naik teksi atau jalan ke jetty untuk naik ferry. Tak pasti.

Duk spot check
Sampai di sana bapa mahukan bilik hotel di Penang Road. Kami belum berada di sana, hanya menelefon ok ke semua. Bapa cakap naik keretapi nyek nyek tak boleh tahan badan  sakit sebab lambat nak sampai.

ada lukisan dinding di bahagian hotel
Hari yang ke 2 tu kami sampai, Faiq dan saya la teringin nak lihat bilik mereka di hotel budget. Emak tak berapa nak bagi sebab 2 beradik ni suka lompat atas katil. Saya pun risau, pesan kat Faiq Fadya hanya tengok dan duduk ja bila masuk hotel maktok.

Sembang dengan pelancung asing
Bapa seperti biasa suka nyakat terus cakap "Jangan lompat sebab nak tilam bersih". Pandai pula Faiq jawab, bilik saya pun ada katil dan tilam.
Sempat la puppy Fadya makan angin

Kami keluar makan di Padang Kota. Bila masuk dalam kereta, bapa tanya "Faiq ada dalam?  Jawab "present" bapa ajar Faiq bagaimana memberi jawapan kalau dalam kelas jawab "datang" atau "present". Faiq dengan cepatnya menanya tok wan ada present untuk saya ke?. Maktok dengar, berkata pandai Faiq tahu present tu hadiah lah.

Lepas makan mereka berbincang lagi bila nak balik sebab nak juga balik dengan ETS yang sepatutnya kena booking awal. Boleh buat di website easybooking pernah terbaca, belum cuba.

February 24, 2016

Lagu kegemaran anak-anak | ucapan anak

Lagu favorite Faiq, masuk kereta ja nak dengar lagu ni, Faiq mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang mendoakannya dan dia juga mendoakan yang terbaik juga untuk semua InshaAllah. Semalam buat video. Nanti buat lain yang elok-elok lah :)

Lagu dibawah ni sangat digemarinya, harap semua dapat mendengarnya. Kadang mengalir airmata, terutama semasa Allahuakbar tu yang memberi dan mrnyukuri dimulut di hati tetapi dengan perbuatan belum cekap lagi. InshaAllah. Saya juga ingin Fadya minat lagu yang menyebut Allah juga tapi belum lagi cuma lagu Alif Ba Ta tu Fadya suka.

Faiq nyanyi kuat dekat Allahuakbar :)

February 23, 2016

Tenang dengan Pra-Tahfiz

Semalam saya ada google mengatasi anak tidak mahu duduk di meja makan. Ada menyatakan, setiap individu lain sifatnya ada yang dari dalam perut dah kicking ada yang meniru kelakuan ibu bapa. Jadi hal ini tidak boleh memaksa. Tetapi ibubapa kena lebih kretif dengan setting meja anak itu, dan beri makan secepat mungkin baru biar main pula.


fadya sendiri yang bawa teddy bagi minum, saya suruh la duduk
Saya cadangkan kepada en suami untuk hantar Fadya ke Pra Tahfiz di mana saya nampak perbezaan Faiq dahulu lebih tenang di sekolah pra tahfiz itu. Setahun di sana sudah membuat perubahan hingga rasa terharu dengan Faiq yang lebih bertanggungjawab, caring.

rupanya bawa teddy jalan-jalan pula
Disebabkan bayaran permulaan yuran sudah dibuat saya akan survey camp cuti sekolah berkonsep tahfiz ni. Yang sebenarnya sekolah sekarang yang Fadya pegi ni adalah sekolah satu-satunya yang mengambil budak umur 3 tahun. Ada buku ada exam semua. Fadya juga faham mahu dapat 3 star untuk latihan yang diberi guru, jika tidak dapat dia sedih. Dia nak belajar supaya dia dapat 3 star cuma tidak duduk lama di tempat makan. Sekarang dah ada pra tahfiz umur 4 tahun, rasa berminat la.

February 22, 2016

nota hari ini | mendidik anak-anak dan diri

Sedang menunggu Fadya abis sekolah, hati membara juga sebab Faiq terlena ke atau buat lena saya tak pasti. Saya cuba kejutkan dia bila sampai tempat mengaji tak bergerak pula dia. Mainan ditangannya terjatuh. Nampak macam memang tidur ja. Saya teruskan memandu ke sekolah Fadya. Matikan enjin, turun tingkap sikit, duduk ja dalam kereta. Ada 2 buah buku untuk di baca iaitu Tafsir Al-Quran dan 7 Habits of effective people. Suka ulang buku 2 ni walau tak abis lagi pun. Dalam 7 habits tu tulis, contoh yang diberi tu orang rajin pergi ke surau atau masjid tetapi tidak bergaul atau sampai ilmu kepada orang yang tak pergi tu tidak manfaat kata penulis. Bagi saya tetap efektiv walaup3un beliau tidak memberitahu kepada sesiapa pun yang beliau pergi ke surau kerana beliau sudah mengisi surau itu dan efektiv kerana beliau menuju ke syurga, bermanfaat pada dirinya.

Sekarang Faiq yang inshaAllah akan ke kelas mengaji esok terbangun dan mengadu kepanasan. (Saya dapat agak tutup aircond pasti bangun). | Saya cakap minyak mahal kena jimat,  aritu mama duduk dalam kereta papa, papa cakap kena perlahankan aircond (tak berkenaan) kerana keretanya "hirup" minyak. Sekarang mama pun rasa patut matikan enjin walaupun papa cakap kereta mama tak "hirup" (perkataan umah ni :) minyak tetapi demi orang yang berjalan diluar rasa kurang haba dari enjin kereta juga mengurangkan pencemaran udara, lebih elok matikan enjin.
menunggu sambil menikmati pokok berbunga
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Surah Taha, Ayat 28

"Supaya mereka faham perkataanku; Surah Taha, Ayat 29

Rancangan anak-anak | kids planning

Bangun dan tidur balik pada hari hujung minggu itu perkara biasa. Dikejut oleh Faiq hendak bersarapan itu sudah pasti sebab Faiq sememangnya "morning person".

Saya mengarah saja Faiq menyediakan sarapannya, bermula keluarkan piring, sudu dan sebagai letak di atas meja. Faiq ikut saja malah lebih tahu mengisi air minumannya, meyediakan roti semua.

Saya pun turun rasa simpati pula dengan Faiq, hari cuti lah dapat menikmati sarapan dengan tenang, tiada bergegas seperti hari sekolah. Sampai saya di bawah, ternampak, barang-barang lain pula tersiap di ruang tamu iaitu khemah, bakul untuk berkelah picnic basket, float, ada didalam gambar tu. Saya pun terkejut tak sempat nak ambil gambar, yang ada sudah diubah-ubah takut terkotor dengan makanan cheese pun diletaknya. Tetapi memang itulah penyediaan Fadya untuk bercuti rupanuya, Fadya want to go beach. cakapnya.. Fadya sambil keluarkan piring letak dalam bakul tu, sebenarnya semua di letaknya, saya keluarkan takut terlupa, bersemut pula nanti.

Sebelum hujung minggu tu, en hubby ada bertanya nak ke mana ke hujung minggu ni, saya cakap nak la tapi Faiq sekolah betul ni risau la dia letih hari isnin. Dulu masa dia kindy berbayar, memang tak kisah. Kurang displinnya, ni dah sekolah dan inilah sekolah harapan hingga 6 tahun lagi, nak seelok boleh untuk melaluinya.

Emak dan bapa pun biasa bertanya berjumpa ke tidak hujung minggu, sudah tak semudah tahun sebelum ini, kerana saya menjaga kebajikan amboi kebajikan pula si Faiq ni, Biar dia segar bugar hari Isnin inshaAllah kalau boleh. Tetapi saya mencari solusi juga untuk bersama dengan tokwan maktok mereka, kerana hari Ahad emak ada call untuk sembang walaupun beliau tiada mention apa-apa cuma bertanya "apa rancangan nanti"?. di atas tu mesej yang lama saya simpan kerana sejak beliau guna smartphone dah tak tahu nak sms pula. nanti nak ajarlah bila jumpa. mesej yang simpan ni sebab ada tag sehati sejiwa tu yang comel tu, macam emak ni orang Facebook atau twitter atau instagram pula :)) Abeang tu orang utara kan abeang kok (kakak) hehe..


Dan taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. 
-Surah Maryam  Ayat 14-


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin