July 16, 2020
July 14, 2020
July 13, 2020
Oren zest
Semangat yang meninggi, tiba menurun bila nak kisar kulit buah oren jadikan zest tenggendala bila mesin kisar tak jalan.
Memanglah mesin lama, dengan cara betul masih berguna. Teruskan juga bagai ada solusi, cuba mesin yang jarang guna tak berjaya.
Macam tenang tapi kalut naik bot juga, kejar masa, tak menyabar nak selesaikan langkah-langkah biasa. Inilah akibat selalu beli prabancuh atau kek siap kat kedai, duduk nikmati ja. Duduk, baca doa panjang, potong dengan garfu kecil, buka mulut, kunyah acah, telan mmm nyumm. Apapun kulit ada phytonutrient elok diambil sesekali.
Aktiviti tanam pokok
Jadi sesambil mengurus tu sampaikan mesej pada insan2 tersayang, apa, di mana, bila, pasaipa patut buat untuk semua makhluk. Mcm senang no tunjuk ajaq di umah. الله أكبر
Sebenarqnya jenuh jugak...tapi penting insan2 sekeliling kita ni
Sabtu adalah hari untuk buat sesuatu, tertanamlah pokok english ivy dalam pasu.
Sepi kerana hati berbisik-bisik doa kepadaNya
Buah fig banyak biji ?
Minta ahli keluarga review kek lobak campur fig. Belum apa2 terus terdengar aduan buah tin ada betibu-ribuan biji. Saat tu mama terfikir apa yang patut adik makan sebab tiada snek makan petang hari tu. Fokus tentang mengisi perut adik dulu. Beberapa jam kemudian baru cakap tentang buah tin makanan sunnah, naklah kita semua gemari.
Minta review Kek oren dicampur buah apricot kering bagi naik warna oren, kats adik masam, kisaran carrot ditabur di atas adunan kek, tekan sedikit biar tergelam agar tak hagus. Resepi disimpan, ulasan untuk memastikan rasa kek itu untuk masa depan, harap bukanlah iklan. InshaAllah masak lauk pauk lah nanti.
Hutan di bandar
Bersyukur bunyi kicauan burung dipagi hari. Solat di waktu subuh memberi kesegaran dan doa-doa diakhirnya melancarkan urusan. .
.
Buka bidai tingkap dengan terharunya betapa cantik permandangan cahaya semakin menerang sangat menakjubkan. Kadang terfikir biar perrmandangan sama untuk masa yang lama. Biasa ada langsir, lawa bila diikat ditepi, bergerak terbang bila ditiup angin. Lain untuk bidai bila ditiup angin terbunyi kepaq kepaq :) .
Tak lama mama toleh kebelakang ke katil berselerak. Meninggal permandangan tenang, kelam kabutlah memulakan penyelengaraan kekeluargaan di mana, INI juga sangat disyukuri. Mungkin ini takuk ni, takuk ni juga menjadi idaman ramai, juga suatu ketika dulu harapan dan
doa kita. Bersyukur dan inshaAllah akan ditambahkan nikmatNya. InshaAllah. Bila hari sekolah, bertungkus lumus menyelesaikan hal ehwal hantar menghatar, melambai memesan agar berzikir di sekolah. Alhamdulillah memudahkan urusan. Ketja sekolah juga habis cepat, sempurna atau tidak masih memerlukan permantauan.
Apapun.. bangun2 semua....
Ok wake up wake up wherever you are. 🙆
Salam pagi yang indah. Pic taman di putrajaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)