Pages

July 10, 2020

KL -makan2


Untuk yang ingin ke Asia atau yang dari selatan tak kira utara, sila singgah di sini di sentral. Bandar kegemaran, setiap kali masuk, setiap itulah teruja. Kay yell.

Pokok hutan hujan tropika tetap tegap berada di tepi jalan menyerlahkan suasana, jika dikepulan awan ada garisan perak, ditepi jalan sesak kesibukkan ada, garisan warna bumi.

Anugerah dapat pergi dan sampai, mengenangkan tentang komuniti global melalui tindakkan dan sikap pelawat atau pelancung. Bila membawa minda kehairanan ke tempat dilawati, secara sengaja atau tidak pandangan menjadi luas dan memperkaya kemampuan mengaitkan dgn penduduk disitu dlm konteks jauh dikeluarkan dari kedudukkan kita.

Contoh di bandar permakanan berlainan, anak-anak perlu menerima atau membuat menyelarasan selera. Tiada pilih-memilih. Makan apa yang disaji, walau ada rancangan nak buat resepi mudah bila menjelajah. Resepi bila travel, inshaAllah buat video atau tulis2 sini ja.
°
Salam ❤ semua.

cara tegur anak


Ikut cara bapa lion king memarahi anaknya simba. Hanya berdua tiada pihak ketiga. Classy

Memarahi, menegur dengan cara lembut, man to man talk, slow talk, lady and gentlemen talk, mata bertentang mata, bersemuka, confrontation, hand in hand talk dan berbagai.

Berhenti dan memarahi, bukan berleret-leret memarahi sambil memasak, mengemas, memandu. pilihan tempat, di dalam bilik, keluar bersiar, bukan di depan adiknya atau orang lain.

Membina penghubung percakapan
Mempaut dalam pertukaran vokal dan peranan memberi laluan dua hala komunikasi serta ambil giliran.

Mengikat pertalian dalam persembangan, strategi perbincangan.
Bermula dengan niat dan visi pengakhiran.
Sesuaikan (Adjusts speech).
Bertanya tentang perfahaman, tahap penjelasan dalam mesej diberi.
Berterus terang, bercakap dengan jelas yang hendak dicapai.
(Sambil menyampaikan lihat reaksi si anak ). Sedikit points yang mama senaraikan. Membantu bila rasa yang berlaku tidak sama yang dijangka (not meet our expectations). Jika berlaku, fikir empathy (memahami bagi pihak anak)
Jemput ke youtube tapi belum kerap post babY pose youtube

social referencing /memerhati emosi



Slow and steady, melangkah perlahan berhenti perhati iatitu rujukkan sosial (social referencing) bergantung kepada reaksi emosi manusia lain memberi penilaian situasi yang tak pasti. Check out face -  pic di bawah.

Kami yang jauh memberi emosi berjangkit (emotional contagion) manakala si meow memerlukan persediaan melalui berkondisi operandi  contoh senyuman memberi kesenangan, keselamatan manakala marah memberi tidak keselesaan atau ketakutan. Di sini kami tidak bergerak memberi  hanya comfort  belum friendly lagi kepadanya.

Itulah kami mengharapkan respon  positive, si meow liar ini selesa mengisi perut kerana ini akan menghalang ia mengganggu unggas2 dan mamalia arnab yang ada di sini.

Menjinakkan mahkluk lain ( tamed wild sesambil diri kita atau mama menyesuaikan adjusting dengan kebaharuan. Sebelum ini melihat the game dalam rumah, ini lebih dekat di luar. tips to mykids  jugak fokus solusi solution focused kerana nakkan pets, belajar dari jauh dulu.



July 9, 2020

restorative / senam baikpulih


Senam baikpulih lebih baik.

Banyak berjalan luas pandangan, servis keadaan anggota tubuh yang luruh mesti dikembali pulihkan dgn senam restoratif.

Kaki mama terdampar di permukaan rata memberi nikmat lega terhingga. Kembali asal bentuknya selepas dikurung didalam sepatu berjam-jam. Jika di rumah kasut malas di pakai menghindar kesejukkan lantai batu juga ada hadnya.

Berkaki ayam semasa solat itu paling bebas jemari mencengkam atau tidak. Oleh kerana acuan kasut ada had kemasukkan udara, bila tidak berkasut lebih mendekati diri ke alam( tanah).Tiada duniawi lagi menghadap Ilahi. Kasut mahal atau murah dilepaskan dliluar dengan tawakkal.

Membaikpulihlah dengan buat regangan kaki pointing sedikit dan flex ke atas. Pelurusan (alignment) sendi dibetulkan.

Beri masa untuk angkota lain,tubuh membongkok membawa beg,menunduk melayan anak2 patut bersenam restoratif mengembalikan kedudukkan tubuh. Berdiri lurus dada sedikit kedepan bahu sedikit ke belakang, perut kempis sedikit kedalam, punggung tidak menonggek agar tulang belakang lurus. Bernafas biasa sambil meneruskan apa2 urusan :)
°

July 8, 2020

Pokok penapis air


Biasa tertarik kepada tanaman air kerana kehijauannya. Tidak menternak tetapi bercambah dengan sekelip mata, daun berkelopak seperti bunga berubah menjadi bunga yang leper. Makin nipis dimakan air, relai akhirnya berganti pokok kecil-kecil.

Juga menarik perhatian makhluk yang berterbangan singgah untuk membiak pula. Si perenang di dalam kolam menjadi penghalang, mini sistem eko yang senang diterangkan untuk anak-anak. Masa si adik abang kecil menunjuk simpati, jika anak ikan dibawa balik tanpa ibu, minta cari ibu ikan la. bila makhluk lain tak dapat menumpang buat rumah (serangga belang hitam putih), mereka sedih. Comel bila ingat.

Berbalik kepada sekolam kehidupan -  sejuk permandangan dengan setimba atau sekole berisi ikan-ikan guppy dan ikan sword.

Airnya sangat jernih dengan adanya dua pokok keladi bunting. Nasib pokok-pokok ini tidak mengeringkan air. Sebelum ini bila balik raya, air hampir kering dengan pokok teratai di dalamnya. Algae juga menjelma.

membina tabiat



Pembelajaran dalam gelanggang. Penyelidik memodalkan peluang secara rawak dengan set semulajadi 'natural setting", jadi meja, kerusi, kertas-kertas, buku-buku menjadikan persekitaran yang kondusif.

Alhamdulillah terduduk jugak di meja untuk belajar sikit sangat, harap lama-lama jadi bukit. InshaAllah

Menekankan pentingnya perancangan teliti dalam pembelanjaran / membina diri, /riadah / rehlah.
Adik berminat dengan jadual, plans (rancang-merancang) jadi masih memikirkan cara / strategi mengendali kerja (tugas) sesuatu perkara.  Tetapan yang bersesuaian belajar meletak matlamat, garis penamat,  berapa lama, kiraan hari untuk menghafal, membuat latihan dan jangkamasa yang perlu untuk melaksanakan dan menghabiskan, serta presentation (persembahan).

So, jom buat jadual, susunatur, bahan kajian, bahan bacaan untuk anak-anak, juga  untuk ibu-ibu jugak.. untuk kembali ke sekolah, tabiat yang lebih meriah, ceria, berkesan, cekap, dengan jayanya. InshaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin