Pages

July 7, 2020

Rabbit dan kangkung



Arnab berlari di tepi pokok kangkung.

Pokok kangkung tumpang sekaki  tanam di dalam bekas ikan,  Alhamdulillah menjadi. Masih halus,mnakala harapan membesar dapat beri si bulus gebu makan.

Tumbuhan main letak-letak tempat matahari berakses sahaja. Matlamat kehijauan ja yang ingin nikmati.

Makin tahu beredit video asyik nak berposting, ada di https://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg     yhttps://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg   yang penting catitan ini meringankan minda yang disarat dengan pokok kangkung dah cuba tanam, pokok limau, sepasu 3 serangkai dah cuba tanam ada dalam pos lepas.

Berhobi, bersiar, bersenam, bercucuk tanam antara cara mengenal diri, menjaga diri, memyukuri diri baik kesihatan, emosi, bahagi masa dan tenaga dengar penafasan diri, tapak tangan di dada rasa degupan jantung, rentak penuh makna dan fungsi. MashaAllah.

Dalam menaip ni,,dapat rezeki tak disangka-sangka syukur kepada Allah swt, Alhamdulillah. Jazzakallah with full loves.

sarapan dan lunch


Persediaan dalam semua situasi termasuk penyediaan makanan. Ready inshaAllah steady.

Fikir hijau dalam permilihan bahan-bahan, bagi tujuan pula, pasti untuk lebih ringan badan, kenyang agar tenang dan memberi tenaga.

Sesekali ada tolak ansur, cincai juga makan roti mentega kaya kerana kononnya semua bergantung kepada ketetapan minda ni,  rasa sihat, sihatlah tetapi tak sesegar rasa. Didik diri semula, Bangun, mula lain. Capai hijau, potong potong pagi pagi baru Warna warni sarapan hari ni. InshaAllah

Sarapan apa yall arini😊 


InshaAllah waktu tengahari pun cuba2 lah
menikmati hijau segar dengan pandangan dan dlm hidangan. Sarat dengan serat.

Pilihan mama, sayur yg diutamakan. Sumber vitamin C,  asid folic. Dalam sayur atau buah dikonsum oleh individu yg memerlukan,  hanya mencari vit c dan potassium. keraplah mengamalkan fruit n fiber ni.

Biar rasa asal dari sedap yang ditokok tambah. (Masih mendidik citarasa kearah itu). Moga mama beristiqomah, adik tahu mama makan lebih vege sebelum, tapi baru2 ni dah terbabas, bangkit perbetui balik prinsip. More green sekurangnya letak satu keputusankan agar jadi kegemaran. Babitkan anak-anak juga.

Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah 2:172)

Luahan hati


Singgah simpan gambar permandangan hijau kegemaran kejap. Ada keyboard ni terasa nak tulis keluar apa dari dlm minda yang berlegar moga matlamat masih tetap di dalam ramadhan  menemui syawal baru ni dan melalui bulan2 seterusnya inshaAllah. .

Ayat di bawah dalam bahasa inggeris tu, ada perkataan tekad atau azam tu mama terjatuh cinta, dalam menikmati, kemungkinan ada yang tergendala, ada solusi disuruh buka Quran untuk penyelesaian mashaAllah, tiada lagi peringatan mengecapi cita-cita, harapan masa depan yang terbaik untuk diri dan anak-anak.

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

An-Nisaa' 4:59

Obey Allah, and obey the Messenger, and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to Allah and His Messenger, if ye do believe in Allah and the Last Day: That is best, and most suitable for final determination.

An-Nisaa' 4:59

Simpan dalam minda hati dan jiwa. Selamat pagi yang indah.

Ok. Dah cantaih daun pokok nyiok buat ketupat nasik :) . Nanti la mama ceta lagi.

Salam sejahtera dan bahagia.

July 6, 2020

berharmoni dengan alam


Mama berhenti memerhati, tengok2 tak leh gerak ke atas lagi kerana rindu untuk menikmati ruang tamu. Petik lampu snap pic, tak dapat labuhkan punggung pun.

Memperbesarkan kebanyakkan elemen digabung untuk dekorasi ruang tamu. Tak kira pokok hidup atau plastik, akan memberi ton warna dan kehidupan. Begitu jugak lukisan, menambahkan seri sudut yang berhias cermin kayu jati di sebelah kirinya. Terlalu coklat kayu berkerawang sudah ditemani lukisan berwarna-warni. Lampu tanglong dibeli dari ikea mencerahkan biasa ala suasana relaxing bukan untuk mentelaah.

Untuk info adik abang, lukisan kadang bole menggantikan tingkap, ala ala ada elemen menonjol di bucu malap ni.


By the way, dalam pemilihan pokok perlu dibuat dengan pertimbangan ke atas kecukupan cahaya di dalam bilik. Pokok dalam rumah ada berbagai jenis, mengeluarkan udara segar di waktu malam lebih elok dari waktu siang. Waktu malam, kita berada di dlm rumah lebih lama. Waktu tidur, pernafasan lebih mendalam, eloklah pilih pokok lidah mertua, pokok duit-duit.  Kerana pokok mengikut persekitaran, bila tanam dlm pasu kecil, pokok membesar setakat besar akarnya. Pasu kecil, pokok pun kecil. Jadi mengeluar karbon oksida tidak ketara.

Selamat malam ❤



strategi minat membaca


Menyediakan sudut membaca mini buat anak-anak, ruang terhad, budget dikira di minda, sampai juga hajat. Moga anak-anak menikmati dan mendapat manfaat.

Berkurun membayangkan rak buku seluruh dinding, sebegini pun sangat bersyukur.. Apa persediaan atau strategi kawan-kawan untuk anak-anak menambah dan meluaskan ilmu? Kongsilah ☺ Letak sebakul buku atas meja memadai, inshaAllah. Contoh macam gambar di bawah.

Ada buku mestilah baca dan tanam minat dengan penuh galakkan. Memberi sokongan kpd anak-anak untuk berfikir sendiri. Cuba masukkan anak-anak dalam perbincangan tentang semua perkara dari buku, hal-ehwal rumah, makan minum hingga berita dunia.

Berusaha membaca sekurangannya sejam sehari, lebih pada hujung minggu, tidak terhad kepada buku, tetapi surat khabar semasa menunggu  majalah bila ada. Ini memberi informasi lebih luas, terkini dan penting.

Pada permulaan anak-anak mama membaca buku / komik pilihan sendiri. Baru ni ja mula baca readers digest. Ok nanti buat book review na.

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin