Pages

July 6, 2020

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

taman rahsia /secret garden


Rahsia ada taman atau taman rahsia, bagaimana rasanya jika ada taman, menanam juga berseni, hanya penjagaan rapi dapat kecapi. Apa matlamat bercucuk tanam, secara ringkas? asal hijau, kalau boleh cottage garden, terdengarlah di telinga di sahut dengan perkataan hebat! (macam terlalu berangan)..
.
Bila ada tanah, lebih ke ulam-ulaman, herba, tomato cili ada jangka hayatnya, patah tubuh berganti? Betul, jatuh biji cili, kering jadi biji benih. Yang induk, mengering terus hilang.

Pernah tak da tanah, tanam tepi tingkap pokok penapis udara, tetap menguntungkan, ilmu ditimba juga, penemuan spesis, cabut anak pokok, cucuk ja di dlm tanah, bercambah. Pokok lidah biawak atau mentua, pokok duit pun tanda kasih sayang terhadap alam.

Langkah pertama, pilih matlamat taman atau kehidupan sudut atau dalam pasu. Kedua pulih sudut mudah di lihat. Jenis2 pokok ialah langkah yang ketiga kerana penjagaan berbeza, terdedah kepada matahari berapa lama.

Cuba sepasu, pasti tertunggu. Separuh tahun sudah berlalu, bersedia dengan pengalaman, pengakas for another 2nd half beneficial year. Armed with doas and equipped with experiences. InshaAllah.

Itupun ada yang cakap tentang jebon # mongoose . kerana pernah masuk sini. Satu isu utk diuruskan jugak. phew!

Salam pagi yang ceria, nyaman dan tenang.

July 5, 2020

Functional deco and passion nurturant


Hiasan bermakna dan memupuk minat.

Mempertimbangkan praktikalnya aquarium ikan emas, ikan emas hitam dan ikan laga tu di tengah2 dunia. Memang laluan turun tangga, ke meja makan jugak pintu masuk tetapi tetap #strategic pagi-pagi berhenti bagi ikan2 makan. Cuma kerja2 menyuci mangkuk ikan ini beberapa kali tergendala.

Dengan ada ikan2 ini menjadi satu persekitaran stimuli yang anak2 rasa tenang kedengaran bunyi air akuarium.
Bolehlah dikata sesama kami mengambil giliran menjaganya. Memberi makan, jenguk2 beriteraksi. Bila ingat balik dari mulanya ada akuarium ini sebab terjebak si abang nakkan ikan, beli, dari situ pegi kedai ikan, cari batu2, lama2 terbela beberapa ekor dlm dan luar rumah.

Peluang untuk terokai minat masing2 dalam menyumbang kepada #perkembangan identiti anak2 jugak ni.

Pengalaman memuaskan hati masing-masing jugak di ambil kira contoh berbakti kepada keluarga bila ada tugasan begini. Ok hari ini adik buat untuk abang atau mama. #favor

berbakat dalam seni



Melihat lukisan anak setiap kali ditunjuknya, atau singgah di meja belajarnya, terancang di minda mencari art school sekolah kesenian atas talian, tiada idea lagi bagaimana, bila, di mana patut mula. Pensil-pensil menjadi pendek sekerap dan sekejap mungkin, seakan pro bila tong sampah di bawa bersama kertas atau buku, pemadam, pengasah semestinya pensil sekali.  Berkemampuan nanti ingin duduk dan beri panduan, lead and guide not just let.

Hanya fikiran islamik di bawa mama.

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - (Al-Qalam 68:1) .



As he said he chose movie character concept, in dilemma for us to accept. By the art angle, the sketch corner, upskill his skill to tame til peace takes time or joke cracker to the least.

Sekurangnya pandang pada kemahiran, perlahan membawanya ke arah konsep jenaka atau drama berat.

Masa bertenangnya, sesenyapnya adalah waktu melukis, mama sendiri terbangun semasa bersarapan sambil memegang secawan kopi memerhati luar bukan meminggir tetapi masa senyap menikmati.


Cartoon writer is his aim. One by one character created for future tale. The sketcher himself is gentle in many ways, why not draw scenery we asked, "cartoon version he shall" said he. Will see how'd be. Most writers came out in writing nice words, not every time even to describe nice result come up with rough and tough fore sentences. What is seen up here is existed. The janitor. Essential.

I take this draw out loud what imagination loads, to monitor as to straighten the line art.

Ya dalam segi kemahiran dan luahan berlukis baik dari tiada berkarya. Cetakkan yang dapat dibaca mulai sekarang dapat melembutkan hasilan dengan usaha, inshaAllah. Keluaran yang ada di atas ini, satu yang memang wujud. Pembersih.
Bawa beringat dengan pesanan serta doa .

Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
Al-Hujuraat 49:1

Penting tu.

Sempena barber shop dah buka


The view of a home turned to a barber shop, the caused of accidentally become things collector. Not bought but thankfully accepted and willing to care, keep til it is asked back by the giver. And yet takes time to decide. Time spent where and which corner makes it look cosier. The flexi of the chair can do seater feel cuddled as in a mother arms, safe and sound, sort of like dental chair, sit back, heart poses higher then head. Ops its about us the gratefully receiver love to give too

Secara tidak langsung terjadi pengumpul barang unik pula, tidak membeli tetapi menerima dengan penuh kasih dan syukur. Jaga seeloknya sampai yang memberi meminta kembali itupun ambil masa untuk putuskan. Masa terisi memikir dimana dan sudut mana tampak damai. Kerusi bergerak bahagian sandarnya ke belakang membuat yang duduk di dalam pelukkan ibu. Seakan kerusi klinik gigi, bila duduk diturun penyandar serendah hingga jantung terangkat tinggi.  Eh ni tentang kita penerima pemberian. Dan terangsang untuk memberi .

Ayat di bawah bagi yg darjat tinggi kerana tidak meminta di sangka org kaya pula tu

Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya." Al-Baqarah 2:273

Nampak ada iklan meminta, harap diri ini tidak memberi kiasan, MashaAllah. Memang mohon dikurniakan rezeki berterusan dan berkat. InshaAllah.

Salam semua 😊

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin