Pages

July 6, 2020

strategi minat membaca


Menyediakan sudut membaca mini buat anak-anak, ruang terhad, budget dikira di minda, sampai juga hajat. Moga anak-anak menikmati dan mendapat manfaat.

Berkurun membayangkan rak buku seluruh dinding, sebegini pun sangat bersyukur.. Apa persediaan atau strategi kawan-kawan untuk anak-anak menambah dan meluaskan ilmu? Kongsilah ☺ Letak sebakul buku atas meja memadai, inshaAllah. Contoh macam gambar di bawah.

Ada buku mestilah baca dan tanam minat dengan penuh galakkan. Memberi sokongan kpd anak-anak untuk berfikir sendiri. Cuba masukkan anak-anak dalam perbincangan tentang semua perkara dari buku, hal-ehwal rumah, makan minum hingga berita dunia.

Berusaha membaca sekurangannya sejam sehari, lebih pada hujung minggu, tidak terhad kepada buku, tetapi surat khabar semasa menunggu  majalah bila ada. Ini memberi informasi lebih luas, terkini dan penting.

Pada permulaan anak-anak mama membaca buku / komik pilihan sendiri. Baru ni ja mula baca readers digest. Ok nanti buat book review na.

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

taman rahsia /secret garden


Rahsia ada taman atau taman rahsia, bagaimana rasanya jika ada taman, menanam juga berseni, hanya penjagaan rapi dapat kecapi. Apa matlamat bercucuk tanam, secara ringkas? asal hijau, kalau boleh cottage garden, terdengarlah di telinga di sahut dengan perkataan hebat! (macam terlalu berangan)..
.
Bila ada tanah, lebih ke ulam-ulaman, herba, tomato cili ada jangka hayatnya, patah tubuh berganti? Betul, jatuh biji cili, kering jadi biji benih. Yang induk, mengering terus hilang.

Pernah tak da tanah, tanam tepi tingkap pokok penapis udara, tetap menguntungkan, ilmu ditimba juga, penemuan spesis, cabut anak pokok, cucuk ja di dlm tanah, bercambah. Pokok lidah biawak atau mentua, pokok duit pun tanda kasih sayang terhadap alam.

Langkah pertama, pilih matlamat taman atau kehidupan sudut atau dalam pasu. Kedua pulih sudut mudah di lihat. Jenis2 pokok ialah langkah yang ketiga kerana penjagaan berbeza, terdedah kepada matahari berapa lama.

Cuba sepasu, pasti tertunggu. Separuh tahun sudah berlalu, bersedia dengan pengalaman, pengakas for another 2nd half beneficial year. Armed with doas and equipped with experiences. InshaAllah.

Itupun ada yang cakap tentang jebon # mongoose . kerana pernah masuk sini. Satu isu utk diuruskan jugak. phew!

Salam pagi yang ceria, nyaman dan tenang.

July 5, 2020

Functional deco and passion nurturant


Hiasan bermakna dan memupuk minat.

Mempertimbangkan praktikalnya aquarium ikan emas, ikan emas hitam dan ikan laga tu di tengah2 dunia. Memang laluan turun tangga, ke meja makan jugak pintu masuk tetapi tetap #strategic pagi-pagi berhenti bagi ikan2 makan. Cuma kerja2 menyuci mangkuk ikan ini beberapa kali tergendala.

Dengan ada ikan2 ini menjadi satu persekitaran stimuli yang anak2 rasa tenang kedengaran bunyi air akuarium.
Bolehlah dikata sesama kami mengambil giliran menjaganya. Memberi makan, jenguk2 beriteraksi. Bila ingat balik dari mulanya ada akuarium ini sebab terjebak si abang nakkan ikan, beli, dari situ pegi kedai ikan, cari batu2, lama2 terbela beberapa ekor dlm dan luar rumah.

Peluang untuk terokai minat masing2 dalam menyumbang kepada #perkembangan identiti anak2 jugak ni.

Pengalaman memuaskan hati masing-masing jugak di ambil kira contoh berbakti kepada keluarga bila ada tugasan begini. Ok hari ini adik buat untuk abang atau mama. #favor

berbakat dalam seni



Melihat lukisan anak setiap kali ditunjuknya, atau singgah di meja belajarnya, terancang di minda mencari art school sekolah kesenian atas talian, tiada idea lagi bagaimana, bila, di mana patut mula. Pensil-pensil menjadi pendek sekerap dan sekejap mungkin, seakan pro bila tong sampah di bawa bersama kertas atau buku, pemadam, pengasah semestinya pensil sekali.  Berkemampuan nanti ingin duduk dan beri panduan, lead and guide not just let.

Hanya fikiran islamik di bawa mama.

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - (Al-Qalam 68:1) .



As he said he chose movie character concept, in dilemma for us to accept. By the art angle, the sketch corner, upskill his skill to tame til peace takes time or joke cracker to the least.

Sekurangnya pandang pada kemahiran, perlahan membawanya ke arah konsep jenaka atau drama berat.

Masa bertenangnya, sesenyapnya adalah waktu melukis, mama sendiri terbangun semasa bersarapan sambil memegang secawan kopi memerhati luar bukan meminggir tetapi masa senyap menikmati.


Cartoon writer is his aim. One by one character created for future tale. The sketcher himself is gentle in many ways, why not draw scenery we asked, "cartoon version he shall" said he. Will see how'd be. Most writers came out in writing nice words, not every time even to describe nice result come up with rough and tough fore sentences. What is seen up here is existed. The janitor. Essential.

I take this draw out loud what imagination loads, to monitor as to straighten the line art.

Ya dalam segi kemahiran dan luahan berlukis baik dari tiada berkarya. Cetakkan yang dapat dibaca mulai sekarang dapat melembutkan hasilan dengan usaha, inshaAllah. Keluaran yang ada di atas ini, satu yang memang wujud. Pembersih.
Bawa beringat dengan pesanan serta doa .

Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
Al-Hujuraat 49:1

Penting tu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin