Pages

July 5, 2020

Burung kacau daun / birds & squirrel


Begitu cerianya haiwan-haiwan ini masuk hari ke hari, di dalam laman ke atas wayar elektrik. Hati ringan, minda bebas dari kerisauan kerana penjagaan alam, tugasan manusia.

Mama melangkah masuk terpandang lagi seekor yang belum pernah terjah iaitu burung murai kampung, sesambil ambil gambarnya terlihat, si tupai menakl8uki makanan kucing, tupai ditempat burung , burung merbah tengek pula seakan dalam cerita kartun tom and jerry. Inilah menjadi inspirasi jika menghayati sekeliling. .

Taklah lama dapat menikmati kerana tanggungjawab mendidik anak bersilih ganti, tiada misi atau visi cuma naluri melihat anak berjaya dengan sedikit ilmu supaya laju dalam tunjuk ajar, mama permudahkan dengan mengenal anak-anak lebih dekat seperti.. .

1. Menerima perbezaan individu. Contoh: Lebih suka berdikari dalam mengulangkaji atau lebih suka berguru membuat latihan. Beri ruang dan perhatian.

2. Peka atau sensitif terhadap persediaan masing-masing. Latih dari situ.

3. Pembelajaran dari explorasi, bukan dari buku tetapi penemuan baru (discovery). Contoh:  ikan akuarium memerlukan udara, bukan hanya dari mesin oxygen tetapi dari pokok. Dari pokok juga dapat menapis air. Ujikajikanlah bersama. Sejak tu rumah kita ada byk balang ikan kan.

Salam๐Ÿ’›๐Ÿž๐ŸŒท

July 4, 2020

Kaki dekor



Keperluan perabut. Cara terbaik mengenakan kehendak terperinci kerusi, permukaan dan penyimpanan. Ini perlu kesesuaian ruang bilik atau sudut meja makan. Tiada kira dengan perabut yang sedia miliki. Biasa yang utama harganya lebih mahal. Untuk permukaan boleh ditambah seri, untuk di bawah juga tidak membabitkan ribuan kalau ia bukan kilim atau dari permaindani dari timur tengah. Mama bersyukur ruang ini, tidak berubah sejak bertahun walau trend terkini terpamer merata. Tahan membeli hanya terbeli pengalas meja 6 keping khas untuk 6 pax. Suka dekor jugak perlu kawalan diri, tengok-tengok mengambil masa, ubah2 jugak terjebak kehilangan tenaga. Pengalas biasa tiada makna tetapi untuk perhiasan diri ada nilainya seperti dalam cerita Fatima as. .

Filemkan burung di taman, teringat buah melaka tak jadi

Walaupun suka filemkan video burung-burung yang singgah di tembok depan tu. Ada masa tak nak bangun atau berganjak langsung, nak duduk berehat tapi sanggup zoom bagai nak rak, nak jugak ambik video.

Syukur makanan yang diberi, baik burung atau tupai tidak memilih makanan yang diletak yang terkejut tu termasuklah buah melaka ha buah melaka?? Kenapa buat tapi tak mrnjamah sendiri sebab buah melaka nampak macam jadi tapi keras macam besi haha. Layak masuk #masakapatakjadiharini
walau masak berkonsultasi dengan papa #suamimasakapaharini dah bukan rezeki. Cuba lagi nanti :) Yang nak jadi cerita bukan buah melaka saja, ada lagi yang tak jadi. Masha Allah

Selamat perang semua๐ŸŒน๐Ÿž๐Ÿ

Disinfektasi bilik


Disinfektasi bilik abangnya dengan febrese sejak covid 19 menular, mama ingatkan diri jika post terkenal di socmed ni guna je perkataan famous atau dikenali ramai, diketahui ramai, mega post ke bukan viral-viral ni bagai mendoakan virus yang  betul menjelma. Nauzubillahiminzalik

Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu. (Ibrahim 14:19) .

Menyiapkan bilik abang beragenda sebaliknya. Meneutralkan bilik peribadi ke  menjadi hos atau tuan bilik sesekali iaitu membenar dan menerima tetamu terhormat di bilik ini. Jadi adalah sesuatu alatan disediakan memudahkan pertukaran bilik transformasi peribadi ke bilik tetamu :) saksi video akan datang, tak sempat nak merge video atau gabung video. Biar asing2, tetap ada, itu yg penting.

Tkasih rakan2 yang singgah sini, moga dirahmatiNya selalu. May yall hv blessed and best days always. ❤

Berkelah di rumah / Picnic at home



Permulaannya berriadah di rumah walau tak jauh dari sini ada beberapa tasik.  InshaAllah nak merancang ke salah satu tasik masa terdekat ni.  Dekat2 dulu agar dapat balik bersolat atau dapat mengelakkan penggunaan tandas awam.

Tak sangka Si abang dengan sendirinya menyanyi lagu menikmati berada diluar. favorite adik, sambil rasa2 rumput.

"Hidu bau rumput, tanah macam saya impikan
Rasa bayu musim panas macam memanggรฌl kami
Pertama kali, bebas sepenuhnya
Boleh berlari,
Berlumba, menari, main kejar2".

Yang si adik tak sabar nak makan hott dogg.

Sorry mama ada hal jap... be right back nanti, salam jumaat yang barakah semua ๐Ÿ’š Alhamdulillah.



Salam mesra alam๐ŸŒฑ⚘๐ŸŒท๐ŸŒผ๐ŸŒป๐ŸŒฒ

Tanam Kucai, kesum, pegaga dlm satu pasu

Pokok yang dibeli naik elok didepan rumah, tak sanggup pula nak pindahkan ke belakang rumah. Jadi dicucuk dulu 3 jenis kucai, kesum dan pegaga dalam satu pasu, biar induk tetap di tempat asal.
Untuk pegaga cabut dari akar
Kesum patahkan 4 inci dari pucuk ke bawah,
Kucai pun ambil dengan akarnya sekali.

Alhamdulillah membesar, bolehlah bawa ke belakang. “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.” Riwayat al-Bukhari (2320)

Niat sedekah berkali-kali berniat kerana bila daun pisang nampak terpotong bila bangun pagi, atau kering atau nampak siput menjamah, patah hati kerana ia kesayangan, kesukaan belum besar dan belum ada banyak tetap pasang lagi niat sedekah dan berdoa juga memujuk diri, Allah swt akan  menyuburkan lagi atau digantikan yg lebih baik dan yang berlaku mesti ada erti untuk hadapi dan pelajari. Nantikan luahan lagi bukan mudah nak dapat pahala :) Walaupun dah tanam atas tanah, tetap tanam tepi tingkap, bekas kitar semula kecil digantung inshaAllah dimemorikan di sini.

Selamat berhari minggu ๐Ÿƒ๐Ÿ€๐ŸŒต
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin