Pages

July 3, 2020

Pets ala2 petting zoo



Every minutes count so as our limbs move to maintain comfortable and enough life. Outside or under the shade we still attend to our pets, morning noon and evening. Like our PM said nobody is left behind, all souls accounted for including mr and mrs rabbit, yeow2 etc.

Berlegar luar melayan haiwan kesayangan, sempat belai-belai dan memastikan keperluan mereka mencukupi, menahan dengan kaki tu salah ya adik walau niat untuk mengelak mereka mencakar sesama sendiri. Yang penting Memastikan keselesaan mereka. Tiada siapa yang tercicir , setiap jiwa berharga sambil menaip ni terdengar di berita yang zootaiping akan di buka, rindunya.. semua diambil kira termasuk encik dan cik nab, meow2 dll.

Memelihara jiwa-jiwa lain, memupuk diri lebih prihatin, penyayang dan bertanggungjawab, inshaAllah. Berbudget masa untuk berehat, rehat jugak satu tugasan penting.

Kasih, mama🌻

Food review from rihlah /picnic activity



Dalam salah satu video, adik seronok sangat sebab nak grill hot doggg (ada dia sebut tu) bila rihlah, riadah, berkelah pastilah ada f&b, makan2 dan minum2. Pilihan ikut selera nak bawa bekal, menyedia bahan berbbq untuk disiapkan di destinasi atau beli bungkus.

Nak rasa angin segar dan berlama sikit budak2 duduk luar, penyediaan juga di luar.
Menyalakan api pasti berasap ke jiran. Api terbuka tak digalakkan. Jadi, bawa keluar oven letak atas tempat rak bbq. .

Alhamdulillah masa makan, terkeluar dari mulut abang mmm sessedap atau rasaasedapp tastesoogood, kita intepret it positively ja laa, biar diterjemahkan yang menyenangkan hati.

Menu ringkas - protin, fiber, karbo dan lemak yang boleh adik abang belajar buat sendiri nanti. InshaAllah.



Moga hari ini dan hari seterusnya penuh berkat buat semua πŸ’–


pandangan luar inspirasi syurga

Bersantai diluar mesti berperisai dari serangga menggigit atau menyengat. Dengan tali diikat untuk ditarik ayunan megelakkan serangga mendarat ke tubuh atau memasang penghalau makhluk2 luar juga membantu.

Berberapa kali naik ayunan dibuai mimpi, dah dibiasakan bawa buku utk dibaca sambil merehatkan diri. Sebelum terlentang patut tolong papa beri makan ikan.
πŸ‘„Happy father's day my lover πŸ’‹ everyday kan.

Memang minat duduk diluar, pandang luar dari dalam jugak kegemaran. Suka teramat suka.  Rupanya semua ni dari inspirasi syurga.


Aamin YRA. AllahuAkbar.

Moga aman damai selalu semua yang dikasihi dan dihormati πŸ’• .

July 2, 2020

Minat melukis

Memaparkan lukisan dari percubaannya dalam menghasilkan kartun komik. Diperhalusi, rajin tanpa berkira-kira. Kalau tiada minat, hanya kerana disuruh tak mungkin sanggup melukis bermacam-macam, kecil besar, banyak sikit, berkarakter berbagai rupa. Bakat dah terselah, sokongan dah ada, hanya teruskan dengan berperingkat, inshaAllah.

Special feature of abang's comic attemption. Detailed, meticulously hard working . If we were not interested in doodling we wouldn't. drawn too many, big small, few shapes, characters etc. The talents encountered for sure, encouragement is here, proceed properly, inshaAllah.



Salam kasih semua πŸ’›

July 1, 2020

Anak-Anak masak broccoli



Biar abang menyiapkan sayur untuk dimasak dalam oven, hijau nampak menyelerakan, tak masak lagipun dah tahu sedap, istimewa ciptaan Allah swt.  Berserat, berjus mengenyang makan begitu saja selepas distim sekejap pun sedap. Untuk abang dan adik, mama letak mentega dan keju menambah rasa.

Toyyibannya mesti basuh bersih dan cara cuci mama guna air garam.
Jamah hijau lebih ya semua. InshaAllah sama2 kita.πŸ’š

Kek carrots Ala roti tanpa mixer


Resepi mudah tanpa mixer melancarkan pengemasan dapur. Kurang membasuh, cepat ja duduk menikmati, dulu di cafe, sekarang Kat umah. Yang penting makan catu2 na.

Bahan kering
2 cawan oats
1 cawan tepung
1 cawan carrots dikisar kasar
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan raisins
1 sb baking powder
1 sb baking soda
1/2 st serbuk kayu Manis
1/4 st garam

Bahan cecair
3/4 susu
2 telur
1/4 cawan minyak atau minyak zaitun
1 st vanilla

Satukan semua bahan kering, juga bahan cecair dituang ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga Sebati. Masukkan adunan dalam loyang separuh penuh. Bakar selama 40-50min ,dalam suhu 180°C. Cuba cucuk juga untuk memastikan Kek masak di tengah.

Sepotong Kek ini sangat mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan. Mengurangkan kolestrol, manakala serat oats membersih dalaman "detoks". InshaAllah.
Selamat mencuba.



adik bancuh tungkus lumus kerana suka slime je tu😊

SalamπŸ’–

https://baby-pose.blogspot.Com


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin