Pages

May 18, 2016

Anak dan ilmu

Assalamualaikum. Faiq akan bertanya kenapa tak cakap selamat pagi atau assalamualaikum bila dia bangun sekarang ni. Papa cakap sebab Faiq sendiri boleh ucap dulu. Kesian mama dengan Faiq, fasa sensitifnya mungkin dah ada. Biasa buat sendiri semua tetapi kadang terkelip kelip mata macam nak dibuatkan.. segan nak minta kut. 

Bila diberi latihan maths atau menulis suku kata, Alhamdulillah Faiq habiskan. Saja spend time dengan Faiq lebih skit saya bagi gambar pinggan, camca dan garpu, objek besar untuk Faiq warnakan, Faiq nampak berminat juga tetapi saya beritahu projek mewarna ni amboi projek mesti diabiskan sebab ia adalah satu tanggungjawab tak bergantung kepada minat/suka..

Itu la menjadi jugak lah, Faiq abiskan, poster kecil yang membawa mesej "Doa Sebelum Makan". Doanya tak berani pula nak tulis di situ sebab dah pernah buat vocab arabik seperti  Alif untuk Alhamdulillah, Ba untuk Bismillah...Fadya tak jaga betul sebab kertas kan lagi pulak boleh mewarna, dibawaknya ke sana sini, risau takut terpijak ke apa. Jadi kali  ni buat simple macam dulu memang Faiq tahu baca doa pun sebab bila suap botol susu, mama bacakan masa Faiq baby dulu. 

Walaupun Faiq pernah sekolah islamik tahun lepas, sekarang tabiat mengangkat tangan kurang sebab mama la bila hulur makanan cuma baca begitu saja sambil hulur kan...Faiq pun sambung ja dan baca sekali sambil sambut makanan.

Itulah poster doa sebelum makan tu ada tangan mama gunting dari piring kertas tu ada lekuk sikit ala 3D hehe dua tapak tangan berdoa. Syukur sebab berkesan juga, masa makan tengahari tu, kami singgah makan di luar..memang masa terhad tak terfikir atau nak bertegas untuk mengajar berdoa ke apa, lagi pun makanan belum sampai, baru minuman ja..jus oren untuk Faiq, sejak panas hari tu Faiq jadi suka air oren pula. 

Terkejut juga bila melihat Faiq angkat tangan dan berdoa. Apa lagi mama ni ambil gambar la satu hehe, biasa waktu terhad ni mama tak sempat pun nak bersnap, tetapi cari peluang dan ruang jugak kann.. moment makan bersama :)

May 16, 2016

Anak dan Buku

Masa kelam kabut nak keluar semalam, dekat pintu, Fadya tanya nak bawak buku boleh ke tidak. Dah tergesa mungkin tak jawab lagi, Fadya tanya lagi, buku kecik ja nak bawa katanya, papanya yang tolong jawab cakap ok boleh bawak. Dalam perjalanan, nampak Fadya baca juga buku tu. Buku tentang semua merah, tak ambil gambar pun lain kali nak ambil. Sebab gambar yang tetera di sini dari perjalanan hari lain yang lama skit, mama ambik pun sebab petmandangan tingkap tu cantik, baru perasan Fadya tengok buku.

Bila dah sampai ke destinasi semalam, parked kereta, kami keluar buku tu tak dibawanya. Tiada siapa kisah la tentang buku Fadya tu, yang kudapan ada tab/phone  yang diupload online book/cerita macam tu dah dibekalkan. Pic-pic di atas tu tak bagus sebab tak pakai seatbelt, memang mama toleh pun untuk suruh pakai talipinggang keledar jugak tu, sambil snap permandangan.

Tak sangka outing semalam banyak menunggu, sampai Fadya bertanya juga tentang bukunya, mungkin nak baca kut. Rasa termalula jugak mama ni duk sedia app/phone/tab segala, yang anak nakkan buku fizikal nak baca.

Pagi-pagi ni mama teringat kisah semalam terus cakap dengan papa tolong ingatkan tentang buku untuk Fadya tak kira waktu mana pun sebab Alhamdulillah Fadya minat sendiri dengan buku ni, jadi memang patut memberi galakkan. Dah tahu pun Fadya minat buku dari kecik, sampai nak peluk buku depan cermin tu.


May 12, 2016

Hadis lemah? | Hijrah

Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.

Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.

Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti  part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)

May 11, 2016

Majlis Baca Yasin

Alhamdulilah baru balik dari baca Yasin. Tak sangka Tuhan permudahkan untuk pergi. Bila baca jemputan majlis baca Yasin dalam whatsapp tu buat tak nampak ja, bukan saja buat tak nanpak tapi terdetik dalam hati memang tak nak pegi. Punya lah mama jenis minimize je apa hal dalam satu hari bukan apa. Kadang tu jemputan mother's day spa ke masage /facial free ke memang tolak tepi pada hari sekolah ni, hujung minggu ada en King lagi la tak bole hehe. Sebabnya suka tenang ja atas jalan raya tu atau mencari parking dengan tenang. Lagipun sekolah Faiq tiada yang nak menunggu. InshaAllah mama datang awal. 

Syukur dapat air Yasin boleh la bagi budak-budak minum. Ok la dah nak time menjemput si Imam Negara haha cita-cita Faiq tu..kadang bertukar juga.


May 9, 2016

Hadiah untuk ibu


Hadiah ibu itu untuk saya, saya dapat dari email dimana seorang Hamba Allah  masukkan duit dalam akaun,  duit untuk ibu, tolong check baki anda. Berlinang jugak lah airmata ni sebab duk fikirkan kertas yang bermakna tu... itu la kertas (wang) salah satu yang saya sedang fikirkan... dan sambil dengar dan mengikut baca Al-Waqiah berniat macam-macam untuk orang ni orang ni orang yang tersayang, teringat juga seorang remaja terlajak yang bekerja angkat gas ke rumah orang, saya doakan juga untuk beliau bertemu jodoh dengan orang kaya beriman, mula doa beliau murah rezeki tetapi lebih sempurna bila bersuami rasanya.

Pada paginya saya telefon emak sebab hari Ahad tak dapat jumpa beliau tetapi abang sekeluarga datang jumpa emak bapa dan keluar makan-makan. Emak bertanya saya ada masukkan duit untuknya ke, sebab saya ada minta nombor akaun emak hari tu. Saya kata belum lagi, sebab beliau bertanya saya buka laptop sambil sembang dengannya, saya masukkan la sedikit sangat digitnya... sambil sembang tu saya cakap dah masukkan dah tapi sikit sangat. Emak cakap terima kasih tapi beliau cakap dia cuma nak tahu siapa yang masukkan untuknya sebab itu tanya saya, bukan suruh reloading lagi hehe. Saya cakap tak pa Alhamdulillah sebab saya bertangguh untuk memberi kepada dia, biasa nak tunggu salam berisi sambil main tak yah la, ambik la hehe.. tarik tali pulak dah lari keikhlasan. Macamanapun Lega sangat bila dah buat transfer untuk emak, sepagi tu saya fikirkan lah jalan diberiNya untuk semua biasalah, terlintas Nabi Musa sa. dengan laut terbelah sebab Fadya ada exam saya minta emak doakan jugak, emak cakap sepupunya 4 tahun duk rehat relax relax ja kemarin haha...

Dengan memberi kepada emak saya ni, ada khasiatnya pada petang hari... saya terima duit yang ditransfer dari pemberi iaitu seorang ibu  (bukan emak saya) transfer duit kepada ibu jugak (saya). Moga Allah saja yang membalas jasa beliau dengan menjadi hartawan, sihat bahagia berpanjangan murah rezeki dan beriman, Amin. Terima kasih dan Alhamdulillah

fashion dan perubahan

Bila lihat gambar sendiri biasa terfikir kenapa la diri ini berpakaian begini. Tak faham betul tau. Orang melayu jati tapi kalau check tu ada la darah melayu, cina, india, indon.  Dibesarkan sebagai orang biasa ja tapi pakaian berani pakai yang tak sama dengan orang ni di malaysia pulak tu.

Bila ada anak lihat anak risau kalau lah anak berpakaian macam mamanya. Syukur makin hari diri ini dah bertukar dah tapi sikit sangat. Yang pasti masa menjemput Faiq memang fesyen biasa. Faiq pun perasan kut sebabnya dia akan cakap suka atau cantik pakaian mama hari ni.

Untuk berubah kitaran yang simple adalah dengan fikiran niat, reaksi perangai dan emosi. Juga diberi jangka masa untuk berubah dan pantau sendiri dengan catatan harian Hari ni saya sedia pakaian dan skaf yang sempurna sepanjang 5 hari untuk minggu ini, termasuk hari mengaji. Tengoklah bagaimana kerana langkah ini tidak dipersalahkan masa lepas individu atau didikan kerana hanya bergantung kepada  keputusan (azam) yang dibuat masa sekarang sahaja. InshaAllah dipermudahkan.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin