Pages

January 26, 2016

Faiq Fadya main Fitting Room

Ni gambar lama menerai seluar besar  dibawah cerita menerai seluar kecik
Bila ada model kat supermarket pakai baju kecik ni, faiq fadya akan kata eee they dont feel shy. Saya cakap tengok lantai dan arah di tuju ja.  Begitu juga kalau di pantai atau di swimming pool, dua beradik ni akan cakap eee not nice the clothes. Pakaian mereka tak tutup maksudnya..

Tapi hari ni saya memang nak tido kan mereka awal sebab cuti panjang tu ada keluar dan jumpa mak tok dan tok wan mereka, sampai rumah pukul 10 malam.

Syukur bangun pergi sekolah mudah, moga esok pun sama. Petang ni saya keluarkan mereka supaya mereka tido awal. Rupanya masa saya nak solat, mereka dua beradik menerai seluar kecik saya, yang seluar kecik papa. Saya cakap relax ja, lipat balik dan letak balik bakul nanti. Faiq cakap now ke, terpulang la saya jawab...sebab memang letih hari ni nak marah pun. Bila sembang dengan hubby, kami nak tergelak la pula, saya pun catit dalam blog, sambil tonton tv.
ada pic fadya menerai baju mama tapi dalam laptop. Ni pun faiq ambil masa nak pakai baju lepas mandi, diubahsuainya baju tu jadi octopus
Post sebelumnya "faiq bersabar tengok air"

Faiq suka air | test the water

Minat anak-anak dengan air memang tak dapat dinafikan. Faiq Fadya suka sangat dengan air. Bila pesan cuma tengok ja air, mengaku dengan penuh memahami. Tetapi sebaliknya tak bole tahan pun.

Fadya masukkan kaki dalam air sikit demi sedikit. Basahkan jari jari lepas hingga ke lengan. Kalau ada makan-makan saya akan tapau ja, sebab dah tahu nak kena kejar nanti. Kami pula jenis malas la nak basah kalau plan nak pergi sekejap. Tak da la nak berenang.

Saya dah trust Faiq ni sebenarnya tetapi bila tengok dia dari atas dah seram sejuk. Duk buat gaya nak terjun ja. Bukan basahkan hujung kaki, atau jari jemari lagi, dah mula basah dari hujung rambut. Gelabah juga, nak jerit kuat ganggu ketenteraman orang, terpaksa la lari turun, walaupun nampak dia tertoleh macam dengan suara larangan. Post sebelumnya belaian ibubapa itu penting


belaian ibubapa | parents time

Papa dan Fadya (mini me)

Kadang sebagai ibu ni macam rasa nak biar ja anak berdikari. Atau ingin menaruh kepercayaan yang anak kita tidak akan buat sesuatu luar jangkaan. Masa Faiq umur 3 tahun tu saya suka biar dia sendiri, naik tangga sekolah pun sendiri tetapi saya perhatikannya dari belakang dan ikut sekali. Sekarang ni baru terhegeh nak pegang tangannya, nak ribakan Faiq. Dalam gambar bawah.
Fadya memang tido, Faiq senyum ja nak juga tido atas riba papanya  - tak da ruang dengan perut papa lagi :)
Bila terjadi begini, Faiq akan pandai bermain dengan kita balik, dia suka la duduk menjadi manja kadang tu tak mahu pun ada sebab panas atau tak comfortable dan dia dah besar katanya. Post ni saya nak cerita berkenaan apa tah,  maksud saya lepas budak berumur 2 tahun, lebih baik selalu membelai mereka. Ribakan mereka sambil membaca atau menyuap makanan. Anak-anak di belai begini akan lebih pandai bercakap. Lebih tenang. Kerana :

Semasa menyusu badan, mereka ini dikepit, jadi bila sudah tidak BF lagi, digalakkan membelai mereka semasa makan, minum susu botol atau bermain. Sudah tentu semasa membelai itu ibu akan bersembang dengan anaknya kan..semasa ini sangat berkesan pembelajaran pertama mereka. Kadang menangis walaupun dah bagi semua, mungkin teknik ni bole di amalkan (bila nak berenggang tu cakap la i'll be right back ke atau mama datang balik ke - ni style saya tu hehe)  Old fashion ja semua ni, cuma tak terbuat. Kadang tu rasa lebih nak cepat anak pegang botol susu. Tak payah dukung, letak dalam stroller tetapi masa umur terlalu awal. Jadi, baby wearing memang terbaik kerana dekat dengan ibu /bapa. Atau stroller yang nenghala ke tempat sorong tu. Ya yang baby boleh tengok ibu tu (buku psychology, child development, google). Bagaimanapun, keep supplications (doas), sebab ada hikmah juga jika tak buat, anak-anak lebih creative to live :) inshaAllah. Post sebelumnya sesi buat kek dengan faiq fadya





January 25, 2016

membakar | cake activity

 why u break the eggs, the hen will be very sad
Bila ada mood untuk buat cake ke, terus ja ke dapur, check telur ada ke tak. Rumah ni jarang ada telur sebab asyik nak buat telur ja untuk lauk untuk sandwich memang jadi malas ja sebab cepat kenyang dengan telur dan mudah penyediaannya. Tapi kalau tak da telur, pandai pula cari jalan buat salad, nasi goreng sayur, grilled ikan cepat-cepat, rebus sayur buat ala teppanyaki tu. Ok panjang pula tentang telur.  Sebenarnya, bila nak membuat kek, budak-budak ikut sekali. Faiq tu suka main dough sebab kami tak pernah beli playdoh lagi. Saya tengok Fadya suka masukkan apa-apa dalam mulut, itu masa toddler tapi jadi phobia pula.

Ok bila saya pecahkan telur ja, Faiq cakap "mama chicken will be very sad when you break the egg". Saya tak sempat la nak cerita apa pun, its long story about it, nanti mama story bila cake dah masak. Yela sebab statement tu , ayam sedih sebab mama pecahkan telur tu, susah nak respons.

Itulah cerita dua beradik bersama berborak tentang apa tah..sempat la ambil gambar untuk kenangan :)
Post sebelumnya "Jom bersenam / work out"

January 24, 2016

jom bersenam | work out

Blog ini dulu berkenaan senaman, (nama babYpose tu nama posisi senaman yang paling senang ) saya tak berniat untuk menukar tujuan berblog. Dulunya senaman satu keutamaan kehidupan tetapi  bila ada orang-orang penting bersama, tentang bersenam pun nak cerita, tentang mereka juga dalam senarai.

Baru ni saya rasa malas betul nak bersenam kerana badan tersangat berat. Selepas buat analisa baru sedar kerana permakanan. Dengan pembetulan itu saya cuba bersenam kembali, berjaya melakukannya lebih mudah dan lama juga dapat bersenam. Salah satu posisi yang diperoleh ialah berdiri di atas kepala ini.

1. Duduk melutut
2. Letak dahi / ubun kepala di lantai
3. Letak suku disebelah telinga
4. Jari-jari  digenggam kedua belah tangan
5. Kaki lurus, hanya jari kaki di lantai
6. Angkat bahagian pinggul
7. Kaki berjalan ke badan
8. Perlahan angkat kaki
9. Rehat, rasa darah menurun ke bumi. Otot ditarik graviti seperti dinaikkan ke atas.

Selamat mencuba :D .Post sebelumnya biar berteman

mengatasi sendiri | Loneliness | untuk anak-anak

Masa dahulu saya pastikan diri ini tidak bersendiri tau. Bukan tak rasa sunyi tapi berteman la sikit sebanyak contoh nak ke parking kereta, saya bertanya dulu sesiapa nak turun ke parking, saya akan join. Kadang colleague cakap pukul 6 pm ke, saya standby la.

Bukan pesanan saya pergi dengan suami selalu, ini ahli motivasi yang popular yang berpesan begini. Susah tau nak buat begini. Belum kahwin dah pening mencari suami menemani. (Tetapi bagus nanti cerita caranya)

One line pesanan saya ialah "pastikan berteman dengan jiran tetangga, rakan sekerja, sahabat handai, adik kakak atau ibu bapa dengan menumpangkan atau tumpang mereka ke destinasi selepas bertegur dan bertanya".

Pilihan yang saya sebut adalah orang ternama dan tahu tempat tinggal mereka. Nasihat ini juga ada solusi. Tak berapa ingat rasa saya letak dalam FB.

Sekarang ni saya terpaksa bersendiri jugak, tetapi saya pastikan bersama dengan orang awam yang ramai la hehe dan waktu yang sesak juga contoh waktu sarapan yang memang orang ramai pun bersarapan. Pastikan beiringan dengan berdoa.

Bila bersendirian, membaca dapat menemani sambil menimba ilmu. Kadang tu sunyi ja, hingga bernafas didengari sendiri. Semasa menunggu pula, berseorang diri terlalu sepi hingga jantung berdengup pun dapat terdengar :). Keep calm sudah sampai masa untuk bertemu dengan orang yang disayangi tu hehe...ya saya berpesan bermain depan tchr ja...masa kecik dulu, baru ni sebut jugak lebih kurang yang sama..D . Post sebelumnya luar menghiasi dalaman | Faiq DIY mainan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin