Pages

January 21, 2016

latihan menulis | faiq writes

Saya nak pastikan Faiq boleh menulis dengan saiz yang sama. Saya tak pernak check atau buat latihan dengannya. Saya rasa puas hati bila Faiq boleh hafal surah-surah untuk umurnya 5 tahun. Tetapi menulis sama penting. Ya Faiq sekolah pra-Tahfiz tahun lepas, tak da homework. Cuma homework menghafal ada video nanti saya share.
A Happy Fat Cat
Tahun ini saya panik bila lihat penulisan Faiq, umur nak masuk 6 tahun menulis kecik besar. Ni 3 minggu lepas. Belum buat latihan, saya ambil video Faiq menulis, hanya suruh begitu ja dengan suara perlahan ikut ja buku mana-mana. Saya bercakap perlahan sebab Fadya terasa saya terlalu fokus dekat Faiq. Dia pun nak baca buku, baca A for Apol, B for Bee, kuat kuat... dalam video ni sebab nak perhatian juga. Hasil tulisan Faiq tu 3 minggu lepas, en hubby suruh practice lagi.


January 20, 2016

hubby DIY activitY

Minat DIY ni bila ada barang baru tercetus idea untuk mecipta sesuatu. Biasanya untuk kegunaan di rumah. En hubby suka buat wall shelf ja. Bila saya bagi idea semua, bila nak buat ja itu tak da ini tak da jadi shelf lagi. Biasa shelf ni kami suka cat berwarna putih. Warna ini lebih selamat dan tak nampak semak di dinding.
Hasil hobi ni dah dapat 2 buat shelf, satu letak di dalam bilik dan satu lagi di dalam bilik mandi. Dan ada satu lagi ongoing, separuh jalan paku tak masuk ke oh baru ja saya tanya hubby sebab drill tak tahu kat mana hehe..
Bila mula mengecat, seperti biasa la Faiq duk tanya bole sentuh ke tak, hanya sebab saya cakap jangan pegang ja.
Pengeringan buat di luar. Ok apa yang perlu : 1. Papan 2: jigsaw 3: paku 4:screw 5:shelf angle. Petik jari jadi hehe..

panjat pokok kacang | jack and the beansstalk

Malam sebelum hujung minggu tu, saya bagi Faiq Fadya buah oren. Buah oren tu ada biji, Fadya asyik cakap beans sambil suruh saya ambik. Saya cakap bukan bean tapi seed, ya biji limau, letak di atas meja sebab beberapa kali saya cakap buh dalam dustbin, Fadya duk bagi sambil cakap throw mama. Suruh buang , oh nak buang kut tingkap ok buang kut tingkap. Saya ok ja buang kut tingkap ni sebab terangkan la jugak sebab biji ni biodegradable bukan sampah yang tak bole compost. Kan😀😦πŸ˜₯πŸ‘ πŸ‘‘πŸ‘šπŸ‘œπŸ‘’πŸ‘‘πŸ΄πŸ—πŸ”πŸ©πŸ­πŸ—»πŸ«πŸ› sorry fadya dekat saya ni tekan icons tu.

Ok berbalik kepada biji limau tu saya suruh Fadya buang ja, tapi dia tarik suruh saya marah dan campak biji tu, macam dalam buku cerita. Tak sangka Fadya ingat cerita yang saya bacakan di bookstore sebelummya.. ya kami lepak kat bookstore beli buku cerita tentang beruang untuk Fadya, comic zombie untuk Faiq.

Ok esok paginya, apa lagi dua beradik tu duk intai la pokok kacang tu tumbuh ke belum. Not yet not yet sambil jawab sendiri. Dua beradik tu keluar siap try panjat pokok lain. Gambar yang satu lagi tu Fadya nak tangkap rama-rama sampai sergum rambut.  Ya saya tanam pokok bunga kertas dan bunga tahi ayam ja sekarang senang jaga sebab pokok kuat tak di hingap siput :) Sekian ceritanya :)

sedih | faiq upset

muka merah, red alert 
Rindu Faiq, bila dia di sekolah. Minggu lepas saya jemput Faiq, saya turun tunggu. Teacher buka pagar, terus Faiq panggil mama sambil berlari kearah saya, Memang hari sebelumnya, saya memang nak peluk dia tapi macam dalam cerita hindustan la pulak duk express kat situ kan. so saya pegang tangan dia. terus jalan ke kereta.

Tapi hari apa ya thursday kut, dia lari panggil mama, sambili lari terus ke bangku menunggu tu terus meniarap... lepas tu bangun, pergi ke pagar sekolah,  toleh ke arah saya ni, berhenti bersedih...mengalir air mata, tchr-tchr ada di situ. Saya pun tarik tangan Faiq sambil bertanya what happened, sakit ka? you get hurt ke, everyone nice laa, happy kan... dia cakap yeah...  Dengan muka sedih, kawan nangis...teacher angry marah, kesian kawan. Oh.. dia macam terkejut la bila tengok kemarahan kut. Sebab Faiq ni saya pernah marah dia masa baby masa dia tulis kat dinding. Masa tu semua dia belajar cara saya cakap ke marah ke, dia simpan dan tunjuk (dah besar culture shock).

Sejak tu saya cuba control marah tapi jenis terangkan dengan serius jugak. Tapi tone bercakap ja. Mungkin dia baru dengan environment suara meninggi dan tegas. Lagi pun umur enam tahun ni dah kena biasa di marahi. 7 tahun dah kena paksa solat dengan berrotan lagi. Parenting jenis high authority (berkuasa) dengan high warm (mesra tinggi).
High authority, ibubapa bole suruh anak buat yang patut buat walaupun budak suka ke tak suka, high warm tu kena dengar pendapat mereka contoh sebab dia mau dan tak mau tapi berbalik ke patut buat juga. Contoh kena pegi sekolah tapi lepas sekolah dia boleh main dan beri toleransi tu. (Dari Buku child development).

words wednesday

Oct 2015 Langkawi Airport, paper bag as souvenir
Tak payah nak berselfie lagi tak yah, perkataan jangan, tak patut saya gunakan. Sebab saya suka yang lebih positif contoh, lega ada faiq tolong snap, atau lega ada cameraman,  dengar ayat bersyukur kan, mama duduk reset minda ni.
Dulu saya pertikaikan ayat pendek pun contoh "never say never" "jangan kata jangan" ha dah 2 kali sebut tu hehe..tapi tak bagi sebut hehe..ok la berbalik ke wordless wednesday.  Saya pun ikutkan juga senangkan sebab just letak pic tapi nak cerita skit ja..

Photo ni Faiq yang ambik. Ketinggian Faiq sekarang masih perlu mendongak. Kalau saya sembang dulu2 atau sekarang pun "senyum sampai ke telinga, marah sampai hidung kembang boleh nampak rongga hidung (nostril) hehe..Jadi gambar Faiq ni kebanyakkan dari bawah, so kadang ternampak rongga. Smile from ear to ear tu ayat mat saleh. Sampai nampak nostril tu..mugkin pernah dengar atau reka sendiri. Tapi emak saya cakap bila bapa saya cakap dari jauh, emak tak dengar apa bapa duk cakap tu, cuma nampak misai ja bergerak haha, ok ni memang ori ni dari emak, kalau sesiapa pernah dengar dari orang lain, boleh share ...

Smile, for a smile is a charity in your favour. 

January 19, 2016

berlakon semasa tonton | acted outta tv | tentang saya & emak

 Fadya watches and saves, Faiq prints out
Tonton tv salah satu medium anak-anak saya belajar perkataan, vocab atau expression. Cara ini tak berapa efektive. Ada cara lain, nanti saya cerita di tempat yang sama di waktu yang lain :) Sebab hari ni nak catat tentang Faiq ni bila tengok tv dia berlakun sama. Saya memang teringin nak ambil foto/video faiq sambil tengok tv sebab dia pun lari atas bumbung macam dalam cerita Tangled tu.

Ye dulu kami ambil peluang rehat ja tapi sempat juga ambil pic di atas tu. Fadya duduk memahami manakala Faiq melompat berlakun jadi kuat macam aktor dalam TV tu.

Masa saya karang post ni, cuaca sangat panas en suami dah nak balik, muka sangat berminyak. Tambahan pula saya baru lepas bercakap dengan emak saya, beliau minta saya tolong contact adik sayasebab dia cuba tak berjawab. Emak sangat merindui adik saya yang berada di luar negara. Emak cakap kakinya lenguh. Kakak suruh emak gi spa, tapi tak da masa, emak kesian bapa tinggal sorang. Emak beritahu kakak pegi spa kat mutiara damansara, (teringinnya saya hehe) bagi cantik, kakak pegi waktu suaminya kerja. Cakap spa bagi bersih Tu yang saya rasa selekeh ni sebab panas muka berminyak ni. Nak cuci muka dekat sinki. Ok sambung lagi ye. (Draft tadi)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin