Pages

January 19, 2016

berlakon semasa tonton | acted outta tv | tentang saya & emak

 Fadya watches and saves, Faiq prints out
Tonton tv salah satu medium anak-anak saya belajar perkataan, vocab atau expression. Cara ini tak berapa efektive. Ada cara lain, nanti saya cerita di tempat yang sama di waktu yang lain :) Sebab hari ni nak catat tentang Faiq ni bila tengok tv dia berlakun sama. Saya memang teringin nak ambil foto/video faiq sambil tengok tv sebab dia pun lari atas bumbung macam dalam cerita Tangled tu.

Ye dulu kami ambil peluang rehat ja tapi sempat juga ambil pic di atas tu. Fadya duduk memahami manakala Faiq melompat berlakun jadi kuat macam aktor dalam TV tu.

Masa saya karang post ni, cuaca sangat panas en suami dah nak balik, muka sangat berminyak. Tambahan pula saya baru lepas bercakap dengan emak saya, beliau minta saya tolong contact adik sayasebab dia cuba tak berjawab. Emak sangat merindui adik saya yang berada di luar negara. Emak cakap kakinya lenguh. Kakak suruh emak gi spa, tapi tak da masa, emak kesian bapa tinggal sorang. Emak beritahu kakak pegi spa kat mutiara damansara, (teringinnya saya hehe) bagi cantik, kakak pegi waktu suaminya kerja. Cakap spa bagi bersih Tu yang saya rasa selekeh ni sebab panas muka berminyak ni. Nak cuci muka dekat sinki. Ok sambung lagi ye. (Draft tadi)

aktiviti bagi makan kucing

2nd cat / kucing kedua
Tajuk tu ala ala tajuk dalam siaran majalah 3 tu hehe (sori tukar tajuk pula)...Fadya terlalu minat kucing, kami beri galakkan kepadanya untuk bagi makan kucing bila ternampak kucing saja. Tak bersedia untuk bela lagi.  Tapi pagi-pagi dah nak feed cat, new cat (different cat). Pandai pula nak kucing yang lain. Dalam kereta, kami letak tong susu yang di cat warna putih dan diisi makanan kucing, ada pot dan sudu plastik. Terjumpa kucing terpaksa la satu keluarga duk tcit cit cit, yeow yeow, memanggil.

Pic Fadya pegang beg tu rasa kesian pula sebab dia nak bawa beg tapi tertinggal. Tiba terjumpa beg plastik warna pink, sukanya dia usung beg tu penuh gaya. Tengok muka fadya muncung ikut patung kucing belakang tu. Apa simpulan yang saya bole dapat dari membuat aktiviti makan kucing ni, Fadya lebih memilih bekas yang cantik untuk kucing. Haha saya pula nak tergelak. Pagi tu saya cari bekas untuk bekalan buahnya tak abis, jadi saya ambil yang kecil ja warna putih macam dalam pic atas tu. Fadya cakap this for cat. La untuk fadya la. Fadya want pink kaler. Dah lambat saya campur ja dgn bekas roti yg pink bekalan sekolahnya sebab dalam tu ada dua bahagian.  Her observation, dengan pemerhatian Fadya pun buat kesimpulan :)

January 18, 2016

Tiga Lalat Calendar Giveaway

 
UNTUK pertama kalinya dalam blog tiga lalat yang ini, penulis ingin membuat mini giveaway sebagai menghargai pembaca blog penulis yang biasa-biasa ini. Kali ini, penulis akan memberikan 4 kalendar 2016 yang direka sendiri oleh penulis dengan gambiran-gambiran yang pernah memenangi peraduan dan memasuki majalah fotografi. Cara-cara: 1- Follow 2 blog penulis: blog "Tiga Lalat" dan blog "A Postcard I Want". 2- Buat satu entri bertajuk "TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY" 3- Tinggalkan pautan entri di ruangan komen di bawah. 4- Kopipes (baca: Copy and paste) banner di bawah ke dalam entri: 

Terma & Syarat 1- Terbuka kepada blogger yang tinggal dan beralamat di Malaysia sahaja. 2- Merupakan follower dua blog "Tiga Lalat" ini dan "A Postcard I Want" itu. 3- Pemilihan pemenang 100% terletak ditangan penulis 3lalat tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan. 4- Pemilihan 4 pemenang adalah berdasarkan 2 kategori: 2 secara rawak dan 2 entri yang paling menarik dan kreatif menurut firasat penulis. Jika tiada entri menarik, penulis berhak memilih secara rawak sahaja. 5- Kalau penulis dapat kesan sebarang tipu helah, muslihat dan penipuan, penyertaan akan terbatal serta merta. 6- Hadiah (kalendar) adalah seadanya dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan diri penulis (kowser uools) atau apa-apa sahaja. 7- Hanya seorang blogger saja boleh memenangi satu hadiah kalendar walaupun dia ada banyak berjuta2 lemon blog yang lain. 8- Penulis berhak menukar cara-cara dan syarat mini giveaway ini. 8- Tarikh tutup penyertaan: Isnin malam Selasa | 18 Januari 2016 | 12.00 tengahmalam (jam penulis). Blog bukanlah hakmilik kekal.

JOM JOIN :)

rumah bersih lawan rumah cantik /tazkirah

me mop lantai 
Hari isnin ni bole la fikir benda hobi ni, mengemas, mendekor kan. Membersih adalah salah satu terapi juga, lega bila dah selesai. Bukan itu saja, ia juga satu senaman. Bagi saya pula ia satu perbuatan dari perasaan kesyukuran. Tunjukkan. Kalau biarkan terlalu terang tidak bersyukurkan. (Obviously) Hehe pandai pula BP bertazkirah. Pesanan owner tempat dalam pic ni dibawah..

Okla saya ni nak cari photo untuk memberi inspirasi untuk dicatitkan disini. Kenapa ambil gambar tu bermakna sangat ke? Pasti ambik foto bukan senang nak dapat view KL tu hehe.  Yang tersirat di hati memang saya rindu tempat ni, tempat ni la perjumpaan business dibuat. Saya mop lantai sebelum meeting bermula. Kalau owner tempat ni baca blog saya, Memang beliau kena tahu la kami rindu. Baru ni ja beliau contact saya, nak bagi telekung, minta alamat, syukurkan ada rezeki tahun baru ni. Tula patut bersedekah baru la boleh ada tempat macam ni, memang owner  tempat ni pesan dekat saya, setiap hari bersedekah, beliau letak dalam balang dulu, sedekah pun tak perlu banyak tapi selalu. Seingat saya seringgit dua ringgit dalam balang dulu. Berbalik kepada dekor lebih baik bersihkan dulu, nanti cantiklah. Bukan kemas, bersih, kemas rumah chek letih, anak-anak cakap mainan nak tengok tv la. Nak study sama la...

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

duduk-duduk sarapan / breakfast lover

Waktu bteakfast waktu yang saya tak duduk kalau hari biasa. Bergegas sedia itu ini, bekalan untuk di bawa kesekolah. Buat minuman, buat roti jem atau roti coklat untuk semua. Tak susahkan tapi ambil masa juga sapu 6 keping hehe..Breakfast dengan telur (dalam gambar) tu kesukaan Fadya. Kami suka juga telur tapi jarangla makan. Faiq tak makan telur, ikan ayam dia makan, telur belum cuba lagi. Lagipun Faiq cakap mak ayam akan rasa sedih tengok kita makan babynya.


Bila weekend tu saya baru bole duduk, minum lambat-lambat.  Hari biasa tu tak minum atau minum sekali denguk kut haha..Bila hari cuti begini saya cuba la buat sesuatu bagi budak-budak ada semua supaya tak diganggu. Bagi tablet kulit berbulu la apa lagi tapi pic ni tahun lepas. Sekarang susah dah nak pilih apa  untuk ditengok, sorang nak superhero, sorang lagi nak princess.  Suka lihat anak-anak masih boleh berkongsi. Oklah got to go fadya asyik tanya kenapa pokok kacang tak tumbuh lagi macam dalam jack and the bean stalk pun. Cute pulak pagi-pagi ni duk tanya tu. Nasib cuti boleh la layan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin