2nd cat / kucing kedua
Tajuk tu ala ala tajuk dalam siaran majalah 3 tu hehe (sori tukar tajuk pula)...Fadya terlalu minat kucing, kami beri galakkan kepadanya untuk bagi makan kucing bila ternampak kucing saja. Tak bersedia untuk bela lagi. Tapi pagi-pagi dah nak feed cat, new cat (different cat). Pandai pula nak kucing yang lain. Dalam kereta, kami letak tong susu yang di cat warna putih dan diisi makanan kucing, ada pot dan sudu plastik. Terjumpa kucing terpaksa la satu keluarga duk tcit cit cit, yeow yeow, memanggil.
Pic Fadya pegang beg tu rasa kesian pula sebab dia nak bawa beg tapi tertinggal. Tiba terjumpa beg plastik warna pink, sukanya dia usung beg tu penuh gaya. Tengok muka fadya muncung ikut patung kucing belakang tu. Apa simpulan yang saya bole dapat dari membuat aktiviti makan kucing ni, Fadya lebih memilih bekas yang cantik untuk kucing. Haha saya pula nak tergelak. Pagi tu saya cari bekas untuk bekalan buahnya tak abis, jadi saya ambil yang kecil ja warna putih macam dalam pic atas tu. Fadya cakap this for cat. La untuk fadya la. Fadya want pink kaler. Dah lambat saya campur ja dgn bekas roti yg pink bekalan sekolahnya sebab dalam tu ada dua bahagian. Her observation, dengan pemerhatian Fadya pun buat kesimpulan :)