Pages

January 11, 2016

sand castle / istana pasir /perkembangan budak2.

Beriadah untuk mengasah motorskil Fadya, kerana caranya memegang pensil tu salah. Faiq Fadya pun suka main pasir. Lebih lebih lagi Fadya pandai cakap dengan papa yang dia suka istana pasir, Adya like san casel..sebutnya macam berloghat skit. Saya risau juga Fadya cakap sof sangat ada yang terbalik, contoh "mouse" dia sebut "sious"  ni tahun lepas. baru ni baru cakap mouse. Saya suruh sebut Bismilah. Kalau panjang saya risau dia malu tak tahu sebut. Jadi saya suruh cakap Allah, Bismillah, Auzubillah. Harap ada improvement, InshaAllah. Saya buat teori sendiri sebab Faiq kan aktif tapi bila sekolah hafazan dia lebih tenang.

Saya tak pasti nak hantar Fadya ke sekolah hafazan sebab jauh skit. Hari pertama sekolah saya tanya Faiq, teacher tanya apa. Faiq cakap tanya my name. Saya tanya lagi "tinggal di mana, tinggal di rumah". Baru teringat belum ajar lagi tinggal di mana ni. Kalau english dia cakap tinggal di malaysia. Aaii..terus negara pulak.
Baru seketul istana

rindu sanak sedara, parents, nephews

Biasa weekends saya dapat bersama emak dan bapa serta anak-anak sedara. Birthday Fadya pun dah dekat terfikirlah maktok dan tokwan untuk makan-makan bersama. Fadya suka kek, Faiq tak suka. Jadi plan nak buat perjumpaan dengan anak-anak sedara ni, tapi mereka dah sibuk skit. Banyak kali dating dengan mummy derang ni (kakak saya) tapi mereka tak dapat datang. Cuma baru ni ja kami jumpa tu pun sekejap sangat sebab memang untuk makan tengahari ja.
Dalam gambar ni anak sedara saya  W dengan bapa saya.
Gambar yang kedua ni ialah abangnya C dengan emak saya oops emak saya sedang sembunyi tepi C tu, C senyum ja hehe.. Ya emak saya tak suka bergambar langsung. Rindunyaaa...
Hope to C you all soon ♡

January 10, 2016

kids story teller / amboi ada pencerita

Suka Faiq mendengar cerita dari storyteller papa siap bertangan macam haiwan liar tu hehe... ala puppet show pun ada. Aktiviti bercerita atau mendengar cerita ni hanya terjadi ja. Kalau saya alert dapat la ambik gambar. Kalau saya lega dah ada imamku tengokkan budak-budak saya ambil peluang buat kerja lain. Sekarang ni duk mengajar Faiq tulis tarikh, hari dan namanya yang panjang tu hehe..Faiq bole tulis tapi asyik tanya "is that right mama" jadi mama tak bole pegi jauh mmm.. itu pun baru ja beli papan hitam baru bersemangat nak jadi teacher ni. Selepas breakfast pagi tadi, keluar tengok2 luar, terkejut ada biawak, mungkin dah ada banyak ikan guppy dalam pot air tu.

ok yall duk masak apa untuk tengahari ni..:)

improved breakfast / sarapan dan sebelumnya

Persediaan harian, breakfast untuk anak-anak dan untuk kami. Bila turun tu, bawa bakul baju kotor, botol susu terus ke dapur. Masuk baju kotor dalam mesin. Basuh tangan, lap tangan ambik masak apa-apa yang bole di goreng dengan minyak zaitun. Nak kata goreng pun bukan sebab non stick pan tu, minyak skit ja kan. Pastu buat air, hari biasa buat air bijirin iaitu oats skit, nestum, susu omega, milo serba skit buh air panas.
Potong buah kalau ada. Buat roti coklat untuk Faiq sebab dia makan dua jenis. Untuk fadya, roti cheese dengan air susu strawberry. Untuk kami pula kalau rajin, buat sandwich avocado dengan smoked salmon.
Kalau hari tak rajin, cik abeng kena duduk dengan air bujang sambil menunggu makanan nak siap, biasa tu nasi goreng 7 minit dengan pressure cooker :) last but not least itula..breakfast ni kadang sempat minum ja, lepas tu bergegas pula hantar anak-anak ke sekolah. Happy weekend dearies :)

January 9, 2016

fear of / takut kehilangan kasih

Gambar Fadya dibawah sedang melindungi Faiq rasanya saya dah post. Walaupun sedang bela abang yg krna marah tapi matanya tetap hala ke tv kerana takut terlepas cerita yang sedang dia tonton. Terfikir saya tentang buku perkembangan kanak-kanak " Laura Berk, di mana memberi kasih sayang  hingga mereka takut kehilangan kasih sayang ibubapa dan takut pada dendaan sangat bersamaan dalam surah-surah seperti contoh surah dibawah. Takut atau Taqwa kepada Allah swt tak sayang hambaNya dan kepada balasanNya. Dalam buku perkembangan kanak2 "child development" pun menyebut didik anak biar mereka takut kehilangan kita. Terang sekali lebih kurang pengajarannya seperti dalam Islam, bertegas untuk solat umur 7 atau Rasulullah pun dibersihkan hati umur 6 tahun. Dalam buku perkembangan kanak2 tu buat berbagai research untuk umur berapa seorang kanak2 patut pegi sekolah.  Tetap 6 tahun walaupun ada yang hantar awal tetapi mereka masih main2.

Tengok pic Faiq diatas masa berumur 1-2 tahun tu pun rasa takut mak bapak dia tak sayang dia tu bila tengok mak bapak tengah pegang tangan masa tonton TV, terus nak gigit tu.

Freud assumed that fear #fear of punishment and loss of parental love motivate children" (Berk 488) Berk, Laura E.. Child /

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

surah 5:35

Hmm blogger frens sedang  tonton tv atau kat luar :))

tissue box art / art recycle kotak tisu

Sejak cuti tu, bersemangat buat kraft dengan Faiq Fadya. Saya cakap jom buat kraft tangan dengan kotak tisu. Dalam fikiran ni nak buat tv. Macam saya dulu-dulu, lukis orang dekat setiap muka surat tu tapi atas kertas panjang, gulung susah nak cakap.
Dah pernah buat untuk my hubby tu. Tak tau kat mana. Nanti kena ambik pic. Okla nanti buat tajuk lain. Ok fish tank ni idea dari fadya la yang keluarkan ikan, faiq keluarkan kereta. Nak buat rumah doll ada yang bangkang sebab dia dah ada doll house. Tu yang jadi aquarium tu. Ikan mainan, mula ingat nak lukis, gunting tapi dah ikan betul duk tunggu nak masuk. Ambik tali ikat. Lekat seaweed. Fadya warna biru dalam tu dengan pesil warna, kalau colour marker tubada keluarkan bau tak elok untuk budak-budak.  Jadila akuarium. Fadya buat puppet show katanya.

You need empty tissue box, scissors, string, color pensil, paper made fish or toy fish. Voila homemade moving fish

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin