Pages

January 9, 2016

tissue box art / art recycle kotak tisu

Sejak cuti tu, bersemangat buat kraft dengan Faiq Fadya. Saya cakap jom buat kraft tangan dengan kotak tisu. Dalam fikiran ni nak buat tv. Macam saya dulu-dulu, lukis orang dekat setiap muka surat tu tapi atas kertas panjang, gulung susah nak cakap.
Dah pernah buat untuk my hubby tu. Tak tau kat mana. Nanti kena ambik pic. Okla nanti buat tajuk lain. Ok fish tank ni idea dari fadya la yang keluarkan ikan, faiq keluarkan kereta. Nak buat rumah doll ada yang bangkang sebab dia dah ada doll house. Tu yang jadi aquarium tu. Ikan mainan, mula ingat nak lukis, gunting tapi dah ikan betul duk tunggu nak masuk. Ambik tali ikat. Lekat seaweed. Fadya warna biru dalam tu dengan pesil warna, kalau colour marker tubada keluarkan bau tak elok untuk budak-budak.  Jadila akuarium. Fadya buat puppet show katanya.

You need empty tissue box, scissors, string, color pensil, paper made fish or toy fish. Voila homemade moving fish

January 8, 2016

educative app untuk kanak kanak



Faiq ni kretif dalam bab bemain. Kalau tak dapat tab, dia bole ambik kerusi tu jadi robot kononnya. Video di atas ni bagus untuk budak-budak. Ada maze, ada plus minors atau Add and subtract. Faiq suka sebab kena puji dengam computer tu Awesome!
Fadya lebih focus tengok tv, tapi sekarang dah kurang cartoon disney terlalu teratur jadi dah bosan kut. Nickelodeon ok tapi kartun show macam Rabbids tu jenis bising gelak bagai nak rak derang tiru naik pening. Youtube kena pantau. Saya lampirkan foto di sini. Tak masuk album masuk sini jadi la..segmen hal kanak-kanak heart and soul untuk malam minggu...eh rakan-rakan mesti sedang beristirehat malam ni...:) esok sabtu macam faiq mood tak nak ke sekolah cakap setiap hari, hari sabtu aii cakap ja Alhamdulillah tahun lepas kedatangan  hampir penuh. Ok moga mimpi indah...

wet nurse /ibu susuan

Hari tu sembang dengan hamba Allah, dia bagitau dia dapat baby angkat yang ikut prosedur kebajikan Dalam sebulan tu Tok sedara dia suruh dia pegi cucuk hormon, bagi ada susu dan susukan baby barunya 3 kali kenyang. Jadi bila baby tu besar tak da masalah lagi dengan suaminya dan anak lelakinya. Dan dalam TV Alhijrah bangkitkan isu ni. Rasa tak pasti pula berapa kali kenyang yang di sebut oleh Ustazah jemputan tu. Kena check sesiapa yang nak ambil anak angkat ni. Tapi saya dengar ibu susuan ni penting kalau ibu kandung tak dapat keluarkan susu, susu formula ni kira number 4. Ye kira usahakan beri susu ibu atau ibu susuan yang ketiga tak pasti pulak. Anak-anak saya bersusu badan tak lama, patut kena cari ibu susuan ye..
Dalam pic ni Fadya enjoy sangat minum susu, sampai mama tak tegur tapi ambil gambar. Masa depan mama akan berhati-hati.. itulah jot down hari ni, jom minum petang hehe..

behind successful man / Setiap kejayaan seorang wanita di belakangnya...

Biasa dengar setiap kejayaan seorang itu ada wanita dibelakangnya, mungkin ibu mungkin isteri, tapi sejak saya terjumpa surah 13:11. lebih baik diingati dan berAmin

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintahNya.

Gambar belakang anak sebagai hiasan. Surah di atas tu meringankan fikiran saya
jika rasa ok ke anak kat sekolah tu. Salam pagi Jumaat, breakfast apa hari ni? :))

January 7, 2016

jungle / memburu beruang lagi

Faiq ni suka hotel dan jungle. Ni masa kecikla. Kalau jungle tu memang nak ke jungle kut tapi kalau dah pegi, duk sebut lagi, dia tiret(penat) tu. Dahaga atau nak susu. Memang Faiq ni dah besar tapi suka susu lagi. Tapi segan nak minta susu sebab ramai kata tak malu minum susu kan..Susu kotak tak minum tapi lega la juga dia suka yogurt. Kat umah pun dia takut juga minta susu. Jadi pagi saya bagi sekali pukul 2 sekali. Minum air kosong ja mahu. Tengok la excited bila masuk jungle.. gaya apa tah la macam going to a bear hunt tapi ni bukan hutan sangat, cuma banyak pokok ja. Yang bawah ni umah kakak saya ja pun. Bole la derang explore..
Tahun lepas bulan enam hari dalam sejarah hehe  fadya mcm baby ja..ok la, itu ja cerita mendodoikan anda..bedtime story mory ;)
.

copy cat / tiru macam saya

Dalam video ni Fadya pusing bagai nak rak tiru kucing tu.  Copy cat sangat. Saya ambil video, Faiq perhati ja saya tengah filemkan adiknya dan faham mama suka ambil gambar. Dalam essay pun dia cerita dia suka ambil gambar dengan mama, main hide and seek dengan fadya dan papa..esei tajuk "keluarga saya".
Fadya memang suka kucing. Tapi tak da la bela lagi, tapi kucing duk datang tu ada, Faiq pernah baring sambil minum susu dekat kucing tu. Risau juga bukan kucing rumah. Tak berapa bersih sangat. Bila Faiq batuk nak salahkan kucing tu la haha..Alhamdulillah Faiq sihat amalkan minyak zaitun tiap hari, dah dia tak suka vitamin macam Fadya. Ok readers, sekian berita petang yang indah tentang minat kanak-kanak kepada makhluk ciptaan Allah swt ;)

Video tu ada iklan pulak!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin