Pages

January 5, 2016

reciting session / mengaji di masjid

Anak-anak pergi mengaji, mama pun pegi ngaji. Biasa saya pegi di masjid tapi ustazah jemput juga mengaji di rumah. Saya cuma cakap inshaAllah segan pula ke rumah. Tapi bersyukur kerana dapat ustazah yang baik, ambil berat. Bila terjumpa kat di tepi jalan pun ustazah cakap bila nak datang ke rumah untuk mengaji lebih cepat abis. Beliau akan cakap, saya kereta ada, bukan susah nak datang umahnya. Bawa anak-anak pun ok. Serba salah pula saya, tapi minggu ni beliau ke umrah. Suka saya tempat mengaji, kawan-kawan baik.
Hari yang kedua saya pegi, ada kawan baru balik dari mekah, dia beri saya sejadah berbag ni. Syukur saya tapi kawan sebelah saya cakap baru join ja dah ada rezeki dah. Hehe Alhamdulillah. Bila saya lihat ustazah, damai ja. Beliau cakap datang umahnya bila-bila pun tak pa. Terfikir saya beliau tak kemana, hanya di rumah. Saya ni asyik keluar ja, antar ambik budak hal itu hal ambil antar hal mcm2 la. Rasa sejak berdekor ni lebih suka duduk rumah tapi en suami suka nyakat, laratke duk tengok pokok ni, jom gi nurseri pokok, kut ada yang murah bole tambah.

Dalam kelas kat masjid ni ada ketua darjah tau, garang juga sebab dia cakap kalau jarang datang dia akan keluar kan nama saya dari whatsapp hehe. Saya jarang juga pegi tapi dia jemput ke kenduri rumahnya, cium pipi bersalaman sambil tepuk bahu, datang tau bila ustazah balik. Saya cakap inshaAllah. Kat kenduri tu ada yang ingat saya anak kak mana tah adoi saya cepat cakap saya duduk kat situ, mengaji dengan tuan rumah. Oh ingat anak kak tu, siap dia tanya si kak tu ni anak you ke aiii saya segan la nanti kak tu tak suka ke apa. Ok melanjut pula tajuk :) oh btw saya bawa buku iqra juga, belajar lain masa uzur.

first school day / saya pemenang

Syukur dah selesai hantar Faiq Fadya ke sekolah. Fadya ambil masa sebab masih toilet training. Lebih suka selesai di rumah. Harap esok lebih mudah.

Pukul 7 dah berangkat dan swimming littlr caliphs anjukan
Tak da foto, cuma yang lama Faiq gi sekolah dan kelas renang. Little caliphs mengajar ikut sunnah. Tahu berenang dan tunggang kuda. Pagi tadi saya duk doa ja, sampai Fadya tanya what are you doing tak cakap dengan dia. Sebenarnya saya tak perlu lalui ini kerana perkembangan kanak kanak, umur yang sesuai ialah 6 tahun tapi saya hantar umur  3 - 4 tahun. Universa atau kerajaan pun ambil umur 6 thn. Ikut budak juga, ada yang senang. Dari sekolah ni banyak perubahan keatas Fadya, lebih bertanggungjawab macam tahun lepas ada exam. Dia nak pegi sekolah cakap guru nak tanya dia. Tchr wanna ask me. Hari kedua tchr nak tanya lagi. Pegi sekolah untuk pratis sukan atau concert pun tak nak ponteng. Siap pratis kat umah lari sambil cakap go fadya go fadya, yetdrngar suara kawan dan guru kut. Gambar bawah tu dia i am the winnaa mulut besar saya menang. 
I am the winner, tengok mulutnya.

January 4, 2016

home plants/pokok dalam rumah /pembersih udara

Minat menanam pokok dalam rumah menjadi-jadi
sejak jerebu aritu. Pokok menapis udara iaitu pokok lidah mak mertua (dalam gambar) menjadi pokok dalaman.
Biasa saya tanam pokok duit-duit kerana senang hidup. Boleh google money plant, spider plants yang diiktiraf oleh nasa ni boleh membersih udara. Minat saya ini hingga duk hias pasu/botol pulak
Lepas tu perasing pokok buat denak untuk dijual, minda asyik fikirkan tentang hiasan, pokok, pokok bunga hinggakan saya buat keputusan hanya hari isnin ja bole fikir semua ni. Sebab banyak lagi hal perlu difikirkan hehe.. lagipun esok  hari pergi masjid mengaji tapi tak da class sebab ustazah pergi umrah.

January 3, 2016

selfie vs camerahubby /doa

Bila tengok foto saya dengan Faiq ni, teringin sangat nak suruh hubby petik sekali lagi camera tu. Tula hakikatnya waktu makan jangan mengganggu sesiapa pun yang baru nak makan. Kalau hubby sudi pun Faiq tak sudi nak bergambar lagi. Dia pun dah pandai cakap dia "busy". Fadya lagi siap cakap "fadya tired" fadya penat", bila saya ajar membaca atau untuk bergambar. Perkataan ni semua mungkin dari saya atau kartun peppa pig cartoon character. Duk berblog ni, teringat esok, dalam hati mendoakan Faiq mudah dan happy ke sekolah, itu lebih penting. InshaAllah. Dah siapkan beg dan uniform.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku -Surah Taha 20:25.  Dan mudahkanlah bagiku, tugasku - Surah Taha 20:26

Ini salah satu activiti, baca tafsir al quran. Ambik ayat yang menusuk hati. Moga ayat yang lain pun ingat juga tapi Alhamdulillah setengah ayat saya teringat-ingat ja.

Love always..

mop pole / batang mop

Salah satu activiti saya ialah suka ambil gambar rumah, trendkan, tiru-tiru ja tapi rumah biasa di sembunyikan dengan filter. Tapi dalam foto ini ada batang mop. Saya sendiri rimas tengok batang mop tengah-tengah dunia tapi terpaksa saya letak di luar bilik air sebab beberapa kali saya tengok ada air dalam timba tu. Mungkin air mandian tersimbah masuk kut. Risau ada nyamuk masuk. Saya keluarkan dari bilik air. Letak tepi pintu bilik air, terpampang sebatang kat penjuru tu.
Bila ada mood nak ambil gambar tak ternampak mop tu. Snap ja. 
Bila nak post baru ternampak semua tu. Nak ambil lain, dah tak semangat. Jadila jalan cerita simple2 ni dengan adanya semak phone ni.
Almaklumla nak berblog kembali kan..kira warm up ni. Mop pole not as decor by the bathroom door. Irritates but practical.

Fadya eats at the table / Fadya duduk diam sekejap

Macam-macam diminta Fadya waktu kami mula makan. Cakap elok-elok, sekejap ja dia duduk, bagi tablet, dia tengok berapa minit ja. Lepas tu tah fikirannya nak apa tah la. Macam Faiq pun sama masa 3 - 4 tahun. Sekarang dah memahami. Tapi hari ni saya marah Fadya, kenapa tak nak duduk tadi, dia cakap dia aiskrim  Ehhh saya dah tanya sebelum duduk lagi nak aiskrim ke tak, dia cakap tak mahu sebab nanti dia batuk dia cajao sambil berlakun batuk. Saya bising lagi esok tak boleh ikut lagi. Kalau nak ikut kena duduk, janji. Fadya cakap janji. Kadang tu saya cakap mainan kegemarannya pun ingin makan bersama. Sempatla kita org makan..

Feeding stuffed toy mmm

Caitan dari hati...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin