Pages

July 7, 2014

Iftar beramai 2014 di Restoran Serai, Empire.

Ada hari letih sangat, emak saya selalu berpesan, bila letih, rehat dulu nanti sambung bukan berhenti terus. Sebab tu  emak kerja sampai pencen tapi ada jugak dia ambik cuti tanpa gaji. Matlamatnya untuk menikmati gaji pencem. Kalau dia berhenti mungkin ada rezeki lain...katanya..

Fadya dengan bag telekung dijadikan beg tangan  
Hari sabtu kami di jemput ke majlis buka puasa di Serai, Empire, Subang Jaya. Saya dan hubby menjemput emak bapa untuk pergi sekali. Masuk mereka dalam kereta,  emak cakap, nak rehat saja nanti. Bapa tanya pula hari ni you buat apa, letih fsangat..Emak kata takpa la kalau you tak nampak, kena puasa cakap jugak...Saya pun  sambung, memang nak relax relax hari ni dan buka puasa. Saya bawa buah tangan untuk host, sebagai tanda terima kasih kami dijemput.

Seperti biasa saya kalut skit dengan budak-budak mana ada boleh relax menunggu masa pun. Faiq nak mainan,  Faiq cuma cuba nasib saja kali ni sebab papa dia dah terangkan mainan ni kena bole pasang, tukar2 macam transformer tu baru seronok main. Faiq ni pengumpul mainan. Saya pesan robot dengan raksasa berkawan bukan bergaduh. Jadi biasa dia beritahu robot selamatkan raksasa dari jerat apa tah.

so kami dapat duduk dengan aman jugak la, walaupun asyik bagitau Faiq kawasan awam tak boleh bising semua,  dia jumpa seorang budak perempuan cantik macam artis Siti zaleha umur sama Faiq 4 tahun. Faiq diam dan malu-malu..tenang la seketika..lepas makan cerita lain pulak bising balik. Alhamdulillah enjoy sangat betiftar bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, cuma tak da bubur lambok ja hehe eeee tengokkk patut bersyukur :)

July 4, 2014

Kenanga Wholesale City

 Baju peplum RM10, baju kurung 6 pasang 50% potongan. Bole buat berniaga online, download gambar dengan model pun ada. Pergi awal balik awal, dah gelap, sunyi sikit kawasan Pudu tu.

View dari level Surau KWC 

July 3, 2014

Sedih, cuba empati / Sad, try emphaty

Memang sedih bila Pemilik Tadika/principal Faiq tegur yang Faiq tak mau buat itu ini...dalam kata pendek Faiq tak dengar kata.Tambah-tambah depan Faiq..kalau boleh bagitau la masa Faiq tak da. Saya dengar ja..
Beberapa isu jugakla..

Hari ini saya bangkitkan satu isu dan yang  berhubung kait isu yang sama saja dulu.
Principal cakap Faiq makan nak bersuap ambik masa sampai 45 minit...
Faiq tak sama dengan budak lain..

Yang ni terpaksa saya suarakan..Saya cakap pasti dia lain tapi dari segi apa, Principal cakap budak lain makan apa saja, tak memilih..

Saya call en hubby, dia kata sekolah ada "slack" kat mana-mana tu...en hubby kata nanti tukar sekolah kut...

tak mungkin sebab saya terbaca surah Al-Ahzaab :16

Katakanlah "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.


Saya pun cakap tak pa la nanti saya call Principal dulu...sebab saya tangkap komen en hubby slack sekolah tu mungkin ada salah pengurusan mungkin betul jugak saya rasa..saya pun masuk diri (empati) saya bahagian Principal dan sekolah ...

Jadi saya call Principal.

Saya mula dengan soalan bagaimana hendak kendali Faiq untuk memudahkan guru-guru...belum principal jawab, saya sambung lagi..

Faiq dah makan lambat dan kena suap lagi...jadi saya cadangkan skip je sesi tu..nanti Faiq balik makan kat rumah lagipun cuma 2 jam je lambat, saya sedia snack dulu ( ya saya letak Faiq lebih masa yang disarankan oleh Principal sebab nak buat homework bersama murid lain)

Principal cepat ja suka hati cakap nanti dia cakap dengan Teacher kelas tak perlu suap Faiq lagi..

Principal cakap dia hormat keputusan saya untuk tak beri makan dulu tu atau sedia bekal... nanti dia bagi tau progress Faiq..

Dalam hati saya tak pasti kenapa Teacher suap nasi kat Faiq. Faiq bole makan dengan camca ataupun tangan. Faiq memilih tu saya faham, rasa budak lain pun ada citarasa masing2.

Kesimpulan Teacher suap Faiq tu membuang masa duduk di kerusi makan, jadi Principal tak suka..saya pernah dengar aircond pun tak boleh tinggal seminit pun kalau murid tak da, kadang tu join class lagi sebab nak save current. satu ketika tingkap tanpa grilĺ terbuka sebab guna kipas.

Insiden ini menyedarkan saya bahawa Principal tak dapat tegur Teacher, Faiq tàk ditegur makan sendiri. Komunikasi memang penting. Nanti sambungla :) Walaupun senyum saya soĺat hajat jugak nak tenang..












July 2, 2014

baju raya anak 2013 / kid eid dress 2013

1 8 bulan - kurung moden dari Aeon Jusco


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).



surah Al-Araf:26



O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember.




















July 1, 2014

kulit lembu sebagai permaidani / cow hide

cow hide as carpet

Saya peminat kulit, kadang saya rasa kesian tentang pengambilan kulit binatang tetapi bukan sebarang haiwan ye, cuma haiwan ternakkan sebab diwajib berkorban dan dimakan isinya dan kulitnya atau atau bulu dibuat pakaian. Saya cuba cari dalam Al-Quran tentang kulit kegunaan manusia untuk melindungi dari sejuk ataupun panas tapi tak jumpa. Yang jumpa surah Al-Fatir:12. 


Malay

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.




Yusuf Ali

Nor are the two bodies of flowing water alike,- the one palatable, sweet, and pleasant to drink, and the other, salt and bitter. Yet from each (kind of water) do ye eat flesh fresh and tender, and ye extract ornaments to wear; and thou seest the ships therein that plough the waves, that ye may seek (thus) of the Bounty of Allah that ye may be grateful.






June 30, 2014

pesanan untuk anak / mesage for children

Biasanya, bila ingin mengenakan kain labuh, saya menyarung dulu seluar legging sebab kereta saya agak tinggi, jadi kaki tergantung tu tertutup dengan seluar, rasa selamat skit. Tapi Faiq tegur kenapa saya pakai legging sebab legging untuk tidur, jadi cepat2 saya sarung kain, Faiq cakap yang ni lebih bagus.( thats better).


kadang berulang pic berulang



"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
 

"O my son! establish regular prayer, enjoin what is just, and forbid what is wrong: and bear with patient constancy whatever betide thee for this is firmness (of purpose) in (the conduct of) affairs.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin