Saya mengingati seseorang sebenarnya, dan bersyukur dapat mengenali beliau, Masa saya masih belum ada anak, saya pasang ja telinga bila beliau menceritakan pengalamannya inginkan cahaya mata.
Simple je, sebenarnya, saya rasa Dr Gyneanya dari Medical Centre terkenal juga, sangat ikhlas memberi solusi, hanya berikan kit Kesuburan / Ovulation Kit boleh di dapati di kedai farmasi, kit ini seperti check pregnant tapi check hari subur. Untuk menambahkan kesuburan, beliau mengambil Iron Folic dari saya, atau sebelum itu dari dealer Amway lain.
Dalam kit itu mempunyai cara dari A-Z untuk concieve/ untuk hamil. Termasuklah bilangan hari ke berapa hari subur itu dalam bahasa pun ada.
google pic |
Bermakna Dr Gynea beliau sangat pemurah dengannya dan tidak perlu charge check up lain walaupun beliau sudah mencecah umur 40 an. Saya bersyukur mendengar ceritanya dan teringat akan kit ini semasa sudah bersedia mengandung dengan itu wujudlah En Faiq...:) Alhamdulillah. Tetapi iron folic kena diganti dengan asid folic bila sudah hamil.
I miss her <3