Pages

March 12, 2015

mengenal kanak-kanak dengan reaksi mereka/get to know a child by his reaction/

 a bit of english below.
 
Saya ingin tahu tentang perkembangan Faiq di sekolah sebenarnya, saya nak tanya teacher dah rasa segan memandangkan Faiq dah nak masuk 5 tahun, saya biasa menganggap Faiq seorang yang dewasa. Dalam tahun ini cuma minggu pertama sahaja saya bertanya kepada teacher Faiq kerana terlalu teruja, sejak saya tahu Faiq sudah besar, saya bertanya sendiri dengan empunya diri ja...dengan bantuan buku yang saya sedang baca, saya sendiri cari idea, untuk dapat reaksi yang saya mahukan.. sebagai contoh saya baca surah ikhlas depan Faiq dan tengok reaksinya. Alhamdulillah Faiq sambung dan baca sama...kalau suruh macam kena soal siasat ni Faiq terasa dia di interogate macam kita ni polis hehe.. Bila pasang tv oasis pun ada doa dhuha...Faiq tahu...ini kebetulan tetapi saya terharu sangat rasa bersyukur sangat bila dia ikut baca doa dhuha di tv tu. memang syukur.  Faiq lipat baju sebelum letak dalam bag pun saya terpegun. Cara bersantai ja dengan Faiq ni. nanti ada parent teacher meeting bole dapat info lagi, inshaAllah :)

 
Perkembang kanak-kanak - satu study telah di lakukan ke atas kanak-kanak berumur 2 tahun, dengan memberi patung yang sengaja di putuskan tangannya, apabila kanak-kanak yang diuji itu angkat saja patung itu, tangan patung itu terjatuh, jadi penyelidik memerhati reaksi mereka sedih dengan mengatakan "Ow" Ohh, expressi menunjuk mereka berperasaan concern, risau atau peduli dengan belas kasihan dan ada daripada mereka ingin patung itu diperbaiki. - technique (Farver & Bransttter, 1994)




Fadya bangun melindungi abangnya, tak bagi saya marah kat Faiq, siap protect sambil cakap no, no, no macam dalam pic ni. saya marah Faiq sebab biar mata terbuka bila syampu rambut, jadi mata merah. reaksi Fadya menunjukkan ambil berat atau tak suka bising-bising kerana sedang tonton tv. sebab dari mereka baby, saya la suka berexcuse me dengan mereka sebab nak ajar hormat ni, tarik botol dari mulut pun berexcuse me, mama ambil botol k, sebab susu dah abis.. mmm  tengok  kali ni,  mama tak bole tahan bila tengok mata Faiq merah ...laju ja popet popet popet ...duk putih elok mata tu..jadi merah pulak.





In one study, 2 years olds' emotional reactions to harm that they thought they had caused were observed by asking them to take care of a rag doll that had been modified so its leg would fall off when the child picked it up. To make the child feel at fault, once the leg detached, an  adult, "talking for" the doll, said, "OW!"

Researchers recorded children's facial expressons of sadness and concern for the injured doll, efforts to help the doll, and body tension - responses that indicated remorse and a desire to make amends. - Child development book.


fadya n friends

tonton tv dengan kawan sederet dari kanan barbie, baby doll, toy cat, botol susu, ni tengok movie frozen
watching frozen with one stretch of toy friends

March 10, 2015

kids home alone with sitter / bila Faiq Fadya ditinggal.



they are good at sitting n make small talk with tok wan


saya tulis simple dulu tentang Faiq, bila kami nak makan luar, Faiq cakap, duduk kat rumah ja, makan kat rumah. saya terdiam tapi saya cakap Faiq kena makan bersama kami dekat ruang makan bukan didepan TV, sejak tu dia makan bersana kami, kalau tidak dia duduk sekejap lepas tu hilang naik atas.

Baru ni saya dan hubby terpaksa pergi business trip, kami keluar awal pagi, balik lewat malam, kami sampai, Faiq dekat pintu. cakap nak ikut, tak mahu duduk, kenapa mama papa pergi, duduk dirumah bersama saya. Sayu hati ni, Malam sebelumnya saya dah hint dengan dia yang saya akan pergi kerja esok. saya minta dia off aircond, buat roti choc, minta tolong bibik buat susu, jaga Fadya. Memang semua Faiq ingat, dia ajar bibik buat semua, minta air kosong tapi Fadya tunjuk jus tu jus ni, nasi nak kurang kari, nak ayam goreng, bibik bagitau. yang kelakarnya Fadya ajak teman minum susu minta bibik mengurut kakinya pulak. Sambil saya cerita kat suami, Fadya senyum sambil sua kaki pula.  maknanya dia pun dengar tu  Amboi mam madam sangat ni. :)

March 9, 2015

cincin pemberian boyfriend / ring from a boyfriend

love of the ring :) its about whether to take gift from a boyfriend unless you are ready to marry him.

sejak ternampak #dearme iaitu nasihat kepada hati muda diri sendiri atau advise to your younger heart tak sure pulak macam mana tah nanti google ye. Tapi berkenan nasihat kepada diri sendiri. (saya belum tengok youtube #dearme pun lagi)

Saya terkenang masa berkawan dengan boyfriend, emak saya tak bagi ambik hadiah apa pun dari boyfriend kalau tak kahwin lagi. Serba salahnya saya, suka ngan dengan dapat hadiah. kalau ambik bila break kena bagi balik rasanya. Eee susah jugak tu. Tapi ada hamba Allah cakap, dah hadiah, tak perlu bagi balik pun. Jadi pendapat saya, kalau betul suka dan niat nak kahwin, ambik dan nampak future tu tak jauh macam dua-dua dah ready tapi kalau nampak boyfriend tu tak ready, diri sendiri pun kelam kabut nak further study la apa la, better tak yah. kalau peminat jauh tak kenal beri, nak buat macammana kan hehe tu kira exceptional...eh tapi pemberi cincin ni, saya pun sangat meminatinya tau hingga sekarang, terima kasih Allah swt ♥

March 8, 2015

kapal terbang malaysia/malaysia airline

my love of mas airline,  first ecperience of toilet lining, and clean the sink before leave for the next user.


Dari tingkap kapalterbang AirAsia, saya ambil gambar kapal Malaysian Airline. Saya suka kapal MAS sebab cosy,  dilayan welcome drink macam tetamu datang rumah dijamu air dulu rasa kedatangan kita dialu-alukan kan. Tuala panas diberi. Pengalaman pertama saya mengguna pelapik toilet bowl ni dari kapal terbang MAS lah. Lepas guna bersihkan sinkinya biar kering untuk orang sekepas kita gunakan dengan selesa. Suka sangat caranya. Anyway, harga tiket lebih mahal jika terdesak, peranncangan awall boleh dapat murah. manakala airasia tak perlu fikir panjang harga bole la jika terpaksa. Sekarang managing director MAS ialah orang barat. Tun Mahathir berkata hak malaysia dah dambil alih jangan pulak negara, moga kita belajar bagaimana orang asing kendalikan operasinya yang diharap memajukan lah. InshaAllah.

March 3, 2015

Fadya's old mcdonald song :)

syukur tergerak hati nak ambik video fadya tengah menyanyi, bagi susu dekat kuda dan animals imaginary nya. sambil menari-nari.

grateful that i grab phone and filming Fadya in video while shes singing dancing and feeding her imaginary animals in old mcdonald song :) but there is a horse in her farm. :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin