Pages

September 5, 2014

petua / tips baby girl

Dah cakap bab anak beranak ni dan dapat komen blogger Julia pun inginkan baby girl kan..biar saya kongsi di sini, Rasa malu pun ada juga, tetapi lebih elok kongsi supaya tak buang masa dan tenaga kan, seperti peringatan blogger Kak Zakie cakap, berdoa itu lebih dari segalanya...

Baru ni pun seseorang yang rapat dengan saya bertanya, bagaimana boleh saya dapat anak perempuan?
Kebetulan saya pun tanya seseorang juga soalan yang sama, syukur beliau beritahu jawapan yang tepat dan tak berlapik pun.. Beliau cakap kena aktif 2-3 hari awal hingga hari subur. Jadi jika peram dan aktif hari subur, lebih berat dapat boy. Beliau ni dengan orang sekelilingnya ni memang ikut perancangan dalam hidup mereka, sebab tu saya berani tanya beliau :)

Lepas borak pendek dengan beliau, saya google, memang penulisan dalam inggeris memang mengatakan demikian.

Bila Faiq nak masuk setahun, saya mula tunjuk minat pada anak perempuan ni, tegur anak perempuan, suka2 pink, saya mula berdoa, pertama saya borak dengan emak minta emak doakan... biasala beritahu emak, emak suruh saya besarkan Faiq dulu, enjoy dulu.. macam-macam la kan untuk mengelakkan saya kecewa...tapi saya dah buat keputusan hanya untuk mencuba bukan terus dapat kan  tetapi  cuba dengan cara betul juga ... tak sangka dan Alhamdulillah Faiq berumur 1 tahun 9 bulan Cik Fadya pula wujud  :)

Petua lain tu, makan sayur, tidur mengiring, saya cuba juga...susah nak terangkan juga sebab dalam merancang, Allah kurniakan...rasa logik juga...waktu2 sedemikian...permakanan pun main peranan, cuba google lebih detail.
.

September 4, 2014

in heart to remember/tips dapat anak

Terima kasih blogger NA mengingatkan saya untuk update blog, kebetulan mulai hari ini saya lebih lapang untuk buka PC, baru semalam cakap dengan en hubby, boleh la berblog selepas beberapa isu sudah selesai, lega :)

Saya mengingati seseorang sebenarnya, dan bersyukur dapat mengenali beliau, Masa saya masih belum ada anak, saya pasang ja telinga bila beliau menceritakan pengalamannya inginkan cahaya mata.

Simple je, sebenarnya, saya rasa Dr Gyneanya dari  Medical Centre terkenal juga, sangat ikhlas memberi solusi, hanya berikan kit Kesuburan / Ovulation Kit boleh di dapati di kedai farmasi, kit ini seperti check pregnant tapi check hari subur. Untuk menambahkan kesuburan, beliau mengambil Iron Folic dari saya, atau sebelum itu dari dealer Amway lain.

Dalam kit itu mempunyai cara dari A-Z untuk concieve/ untuk hamil. Termasuklah bilangan hari ke berapa hari subur itu dalam bahasa pun ada.
google pic

Bermakna Dr Gynea beliau sangat pemurah dengannya dan tidak perlu charge check up lain walaupun beliau sudah mencecah umur 40 an. Saya bersyukur  mendengar ceritanya dan teringat akan kit ini semasa sudah bersedia mengandung dengan itu wujudlah En Faiq...:) Alhamdulillah. Tetapi iron folic kena diganti dengan asid folic bila sudah hamil.

I miss her <3


August 22, 2014

Al-Fatihah / The Opening / root cause/ akar umbi punca

Sejak beranalisa sesuatu yang berlaku saya berpesan dan mengamalkan untuk  memulakan hari atàu apa pun dengan mengucap

A`ūzu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi

aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

biasa hanya Bismilahirahmanirrahim..kecuali dalam solat atau mengaji Àl-Quran.

kerana root cause/akar umbi punca adalah to protect/menlindungi dulu.
Sejak akhir ramadhan dan masuk Syawal diberi kesedaran ini.


"I seek refuge in Allah from Shaitan,the accursed one


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Most Gracious, Most Merciful;
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Master of the Day of Judgment.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Show us the straight way,
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


August 21, 2014

Naik bas / Bas ride / pesanan / message

lepas makan singgah makan yogurt ke jadi macam ni

Hari ni Faiq akan menaiki bas bersama guru dan kawan-kawan ke universiti berdekatan kerana sekolah menyewa dewan disana. Saya menyediakan sarapan dan air untuk Faiq.

Teacher whatsapp untuk ingatkan pergi awàl dan keperluan untuk dibawa sekali. Saya balas whatsapp kepada teacher.

"Semua ok, cuma Hari ni Faiq minum susu awal, bila nampak Faiq macam nak perhatian suara terlebih bising, terlebih lari dan perlu bertenang, suruh Faiq minum air dulu dalam pukul 1 baru ada susu."

Sekarang saya rasa kurang yakin pula, patut ke saya whatsapp macam tu kat guru?



Today Faiq is going on a bas to a university nearby as they rent a hall there.
I had prepared breakfast and water bottlle for him.

Teacher whatsapp to remind us that Faiq needs to go early and some stuff to bring along. I replied to teacher like this.

"All set, it just that today Faiq had milk early in the morning, if he looked restless and need attention or to be calm, ask him to drink water first, by 1 pm he'll get his milk"

Now i am not sure should i send message like that to the teacher?".


August 20, 2014

Adakah kehidupan anda apa yang anda impikan / Are you living your dream?

Mood raya atau bercuti sudah saya tinggalkan, hanya fokus persekolahan Faiq dan minda memikirkan tentang membina perniagaan. ingin menjemput kawan-kawan didalan gambar tu pun tak berani, pic pun dikaburi kerana belum tanya kebenaran..

Selepas kelas make up tu saya diberi buku "Are you living your dream atau tajuk dalamm bahasa ialah "Adakah kehidupan anda seperti yang anda impikan". Yang pasti saya tinggal di lokasi yang saya rasa biasa  ja tapi tetap bersyukur dan rasa  seronok juga. Tapi sponsor saya yang memperkenalkan perniagaan ini tahu yang saya lebih mengimpikan lokasi yang lain, memang benar dan menantikan impian menjadi kenyataan.

Dalam buku tu ada menyoalkan bahawa adakah saya mahukan lebih dari hanya hidup? Atau akan saya terkeluar dari hutang? Adakah saya puas hati dengan kehidupan ini?

Sponsor saya cakap "berimpian itu adalah doa". didalam hati saya patut bersyukur apa yang ada dan salah satu yang ada adalah "berdoa"  seperti dalam surah Al-Ghafir:60.

Call upon Me; I will respond to you.



August 19, 2014

bunga api pertama / first sparklers

bersyukur dapat bermain untuk pertama kali dengan beĺakang berview cahaya puncak kembar KLCC /
grateful got to play for the first time with the light of KLCC twin tower peak on the background.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin