Pages

Pages

May 30, 2016

Filem Wall-E dan Anak

Kebanyakkan cerita filem memang memberi kesan kepada hero soleh Fq, ada yang untuk kebaikkan. Antara filem-filem itu ialah cerita Wall-E dan Frankènweenie.

Cerita Wall-E mengisahkan robot membersih sampah di masa depan di mana bumi hanya di penuhi dengan sampah saja. Tiada kehidupan lain, manakan boleh ada kehidupan kerana tiada oksigen oleh sebab tiada sebatang pokok pun.

Dalam membersih tu ada jugak sebuah lagi robot bernama Eve yang menjadi kawan kepada Wall-E. Macam-macam juga dijumpai oleh Wall-E, tetapi yang paling penting perjumpaannya ialah sebatang pokok. Pasti ia tak melepaskan tanggunjawabnya untuk menjaga pokok itu walau pada mula mendapati ia sesuatu kelainan.
Ya pokok itu juga ialah misi Eve untuk bawa ke kapal induk dimana captain ini yang berbentuk bulat kerana terlalu duduk tiada senam seperti nenek moyang kerana tiada graviti tidak dapat berdiri dan berjalan. Jadi pokok yang dijumpai dapat mengembalikan kehidupan asal dan normal manusia di bumi ini.

Dari cerita ini Fq suka dengan pokok dan menanam pokok atau meminta satu pokok semasa di pasaraya pada umur 4 tahun.
Dan menanam supaya Wall-E ada lebih banyak tanaman.
Tentang Eve dan Wall-E mencetus persahabatan juga Fq pelajari. Ada juga movie memberi impak berlainan. Mama simpan ja dulu dalam minda, walau dah lama dan Fq masih kecil, pasti dirumus di sini jugak :). InshaAllah. Hampir terlupa pokok yang Fq itu masih ada, kecil tetapi ada anak pokok, bila diberitahu pokok tu ada baby, Fq cakap oh comelnya ahh huh so cute baby.. semua ni expressi dari TV ni.

May 29, 2016

percaya - adik

Adik tersayang

Saya pernah la bertanya adik saya ni bagaimana bermulanya...tak ingat bagaimana perbualan kami tetapi adik saya cakap, percaya ada mesti ada.

Macam lagu ja..kami sambung...lebih kurang katanya..

Bermalam-malam berdoa,
hanya didengari olehNya,
Dalam hati, sebuah lagu harapan"
Sukar untuk memahami,
Hilang rasa takut,
Walaupun terlalu banyak yang ditakuti,
Sedang mengubah nasib masa yang sama,
Sebelum tahu kita mampu,

Ia keajaiban dariNya bila percaya,
Walau rasa Harapan tinggal harapan,
Sesiapa yang tahu keajaiban, mesti percaya,
ia akan berlaku, dengan percaya dulu,

Ya..dalam ketakutan kini,
Bila dalam doa perlu keyakinan,
walau harapan terbang laju,
Ya..sekarang saya berdiri di sini,
Hati penuh kesukaran digambarkan,
Mencari keredhaaNya,
Tak terfikir diperkatakan,

Biasa menjadi bila meminta,
Tak mudah mengalah dalam ketakutan,
Disebabkan diselidungi oleh kepedihan,
Tiada jalan kelihatan, tempuhi jua dalam kegelapan,
Kedengaran disana, menyatakan ada harapan,

Akan ada, bila percaya,
hanya percaya,
tentu ada. InshaAllah, Amin.




Dairi mama

Dari subuh lagi dah bangun semua kecuali si puteri solehah je belum bangun. Perut berkeroncong ni tapi en hubby cakap tunggu Fadya. Mama pun ambik kesempatan bersandar di kepala  katil capai handphone, buat catatan hari ni. Bangun tadi pun perasan ABC.. hari ni ABC bermakna boleh solat raya nanti inshaAllah. Cuma puasa enam tak bole abis dengan en suami kut. Eh mungkin lailatulqadar kut tak sempat kut. Tetap boleh berdoa kan.. dah keliru pagi-pagi ni.

Masih menunggu nak sarapan tetapi en suami tengah download shaun the sheep..filem yang mengisahkan haiwan dari ladang turun ke bandar mencari tuan mereka, Farmer yang hilang ingatan. Fadya sedih bila salah satu biri-biri di tangkap di tempat haiwan terbiar...siap cakap noo...dengan tangan-tangan sekali tu..

kira semalam putera dan puteri tonton kali kedua. Hari ni en suami dah nak download..suka jugak kut..Faiq suka, asyik bertanya bole tengok lagi..ok la cuti sekolah kasi chance la. Ni pun Fadya dah bangun.

Redup ja cuaca hari ni....rindu nak tengok pokok-pokok di luar walau tiap hari tengok haha.. memang lapar sekarang, semalam pun terasa.. semalam en suami nak turun buat nestum milo rasa lega.. beberapa ketika beliau kembali dengan air kotak susu coklat sambil gelak malas nak buat tu dan berkata sama kut ni milo nestum dengan susu kotak sambil cakap muffin saya buat tu ada diatas. Dengar muffin tu rasa boleh menyenyakkan tido juga sebab saya buat yang padat, ni kes duk tengok movie terlebih. Kalau terlelap dah selamat tenaga.

May 26, 2016

sejak poster doa makan

Dalam sibuk menyediakan sarapan, saya perasan Fadya di dapur jugak. Di ekor mata ni nampak macam dia tengah selongkar laci dapur. Saya biarkan asal tak da yang boleh pecah. Saya keluarkan segala untuk sarapan, bawak ke meja. Tak perasan apa lagi tau, tetapi Fadya angkat tangan berdoa. 

Ya Allah rasa comelnya sebab macam dalam poster ada garpu dan camca. Memang otak kanan ke kiri yang lihat imej. Jap google :)

Ok dah google memang betul otak kanan lebih ke art dan visual. Dengan poster kanak-kanak lebih ingat. Bila saya capai handphone fadya dah tak mahu angkat tangan berdoa. Segan kut tetapi dia cakap pinggan kecik atau yang serba kecik untuk kids budak-budak. (Piring cawan tu)

Geram la tengok dengan tangan sebelum pinggan tu..baru ni ada buat smile! Its sunnah tengokla macammana boleh ikut ke tak. InshaAllah.

May 25, 2016

beri ikan bertahan sehari, mengajar mengail untuk seumur hidup

Syukur ada laman membeli belah ini. Lihat gambar lamannya sangat menarik dan menepati citarasa saya yang suka kehijauan.

Sebelum ni saya dimurahkan rezeki dengan pemberian dalam akaun kan ada dalam entri yang lepas. Sejak tu, saya penat betul tau sebab asyik buka website AirAsiago. Sekejap ye, emak saya call ni hehe bagitau beliau ada di Paradigm uruskan no PUK telefon.

Ya Allah penatnya nak travel tau bukan penat travel penat check harga tiket dan nak buat keputusan saja. Kenapa susah nak buat keputusan sebab wangnya wang pemberian (ikan) itu walau syukur rasa cukup masih perlu pertimbangkan...pasti hendak buat pelaburan yang betul kan. Untuk bersedekah baju pun baru ni ja emak pesan bagi yang kain sejuk, ok saya cakap kena berdoa dimurah rezeki permudahkan perbelanjaan saya.

Berbalik kepada melayar laman tiket ni..kalau saya screen shot -  pergi ke Perth RM900 untuk seorang sekali dengan hotel cuma bawa duit belanja saja..berbaloi kan. Ok cuma masih dalam persediaan sebabnya menanti ikan diberi lagi. Tak boleh jadi, tetap berdoa lagi. Syukur dapat website membeli yang serba serbi ni, barang keperluan tidak bertoksik untuk kesejahteraan. Mudah. Dari situ boleh buat keputusan nak travel ke nak pandai mengail ke semua ada, rupanya ikan yang diberi itu masih hidup hehe.. biar ia beranak pinak boleh makan untuk masa panjang.. jadi punca rezeki. Berbalik kepada keperluan. Tanya diri apa keperluan hari ini dengan kemahiran yang sedia ada. Kemahiran memancing tak perlu belajar sebab kemahiran membeli belah sudah ada, cuma di pasaraya mana ja..amboi buat trailer pulak ni. Selebihnya menyusur, inshaAllah.


May 24, 2016

crita waktu petang hampir maghrib

Alhamdulillah boleh baring atas kerusi panjang tak lah comfy sofa sangat sebab PVC rasa panas tapi musim sejuk ni rasa nyaman saja.  Budak-budak sedang menulis dengan magic ink, baru juga perkenalkan, atas sebab bau magic ink atau marker tu tak berapa elok untuk budak-budak.
Nak snap ja, Fadya lari sembunyi belakang khemah pulak

Baru nak angkat punggung nak mandikan Fadya, alhamdulillah ternampak dia berbaju tido, rambut basah dah mandi leganya hehe.. jerit jugak la dekat fadya dengan nada dah mandi?  Fadya cakap dah mandi sendiri tapi eh sori sori papa mandikan. Alhamdulillah.

Belum kedengaran azan lagi ni, rasa dah nak masuk maghrib ni. Dah azan, ok jap nanti sambung :)

Lepas maghrib, tunggu isyak, budak-budak masuk tido. Kami sekeluarga makan malam sebelum lewat petang. Jadi dah tak da makan selepas solat maghrib atau isyak. Kira nak tengok movie ke apa lepas budak-budak masuk tido. Faiq tido awal sebab tak tido tengahari, Fadya lambat skit sebab tido tengahari, sebab lepas bangun buat homework jadi letih jugak Fadya kut, terlena awal jugakla.

Tula tentang movie ni kami ada koleksi filem Jim Carey, contoh cerita Ace Ventura tentang detektif haiwan. Kelakar cerita dumb and dumber pun. Bila ingat bab si dumb tu duk nangis teresak di depan tv ingatkan beliau tonton movie sedih apa, rupanya iklan tisu ja..haha.. satu lagi si dumber cuba ngorat seorang wanita, berkenalan secara cepat sempat la si dumber ni dapatlah info yang wanita tu dari Austria tetapi si dumber ni gi cakap slang australia haha goodaii mate!!! Memang salah la sebab orang austria cakap jerman.

Ala Fadya dah nak tido, lampu tido belum pasang lagi. Ingat dulu kalau tengah tulis dairi mesti berhenti sebab bapa panggil makan, biasala saya ambik kontrak mengemas dan membasuh je :)

May 20, 2016

catitan dairy | anak dan susu serta pertuturan

Alhamdulillah hari ini Faiq diperkenalkan susu segar. Sambil disua susu tu, mama membebel la jugak sebab Faiq dah besar, takkan nak minum susu botol kut. Kalau boleh nak cuba susu bancuh dalam cawan tetapi biasa la tak sempat. Keluar dua kotak susu putih, satu lagi susu bercoklat. Pilihan Faiq yang susu asli. 

Semalam ada baca  entri di blog www.bubblynotes.com tentang kanak-kanak pelat. Saya tinggal komen yang saya pernah bagi anak-anak saya nyanyi alif baa taa, Alhamdulillah kerana saya rasa semua pergerakkan lidah ada di alif ba taa hingga ya.. saya kurang pasti jadi saya masukkan disini supaya rakan blogger memberi pendapat. Dengan baca blog Farah bubblynotes juga, saya buka youtube alif baa taa ternampak senam soleh dan solehah, Fadya sangat suka hingga terlompat dan lakukan hingga abis hehe.. 

Terima kasih blogger Sis PI tinggal komen di sini, Maaf saya hanya dapat singgah di blog Sis PI http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/?m=1 saja tapi tak dapat tinggal komen. :(

May 19, 2016

jadi bertanggungjawab ada ganjarannya

Fadya sudah pandai menjaga barang sejak baru jugakla. Jadi saya pengenalkan beg berkelah yang sudah lama ada.

Fadya ni jika terambik baju yang tak suka ke, dia akan lipat dan simpan balik. Sejak itu baru la saya rasa waktu yang sesuai berikan picnic bag tu...

Alhamdulillah, sukanya dia bukan main, dikeluarkannya pinggan cawan, camca garpu, bila dah abis guna di basuh dan disimpan balik. Tikar juga dipastikannya dimasukkan balik.

Bila memberi sesuatu yang bertujuan sudah pasti Fadya nak guna beg dengan tujuan berkelah. Setiap kali keluar, nampak rumput ja dah nak hampar kain nak santai santai ala picnic.

Cuti sekolah hari tu, ada hari yang saya bawa bekal untuk makan tengahari. Bila berhenti ja kereta Fadya nak keluar untuk bentangkan tikar tu. Papa yang terkejut cakap tak boleh la di sini, lagipun panas, yang ketara papa tak boleh bersila dengan seluar kerja ni, tertetas nanti haha.. Fadya ni kalau duduk bersimpuh tu untuk perempuan kalau duduk bersila untuk boy.. mama selalu ditegurnya hehe.. ok la bila di rumah terpaksalah Fadya bermain berkelah sendiri macam dalam pic atas tu huhu..



May 18, 2016

Anak dan ilmu

Assalamualaikum. Faiq akan bertanya kenapa tak cakap selamat pagi atau assalamualaikum bila dia bangun sekarang ni. Papa cakap sebab Faiq sendiri boleh ucap dulu. Kesian mama dengan Faiq, fasa sensitifnya mungkin dah ada. Biasa buat sendiri semua tetapi kadang terkelip kelip mata macam nak dibuatkan.. segan nak minta kut. 

Bila diberi latihan maths atau menulis suku kata, Alhamdulillah Faiq habiskan. Saja spend time dengan Faiq lebih skit saya bagi gambar pinggan, camca dan garpu, objek besar untuk Faiq warnakan, Faiq nampak berminat juga tetapi saya beritahu projek mewarna ni amboi projek mesti diabiskan sebab ia adalah satu tanggungjawab tak bergantung kepada minat/suka..

Itu la menjadi jugak lah, Faiq abiskan, poster kecil yang membawa mesej "Doa Sebelum Makan". Doanya tak berani pula nak tulis di situ sebab dah pernah buat vocab arabik seperti  Alif untuk Alhamdulillah, Ba untuk Bismillah...Fadya tak jaga betul sebab kertas kan lagi pulak boleh mewarna, dibawaknya ke sana sini, risau takut terpijak ke apa. Jadi kali  ni buat simple macam dulu memang Faiq tahu baca doa pun sebab bila suap botol susu, mama bacakan masa Faiq baby dulu. 

Walaupun Faiq pernah sekolah islamik tahun lepas, sekarang tabiat mengangkat tangan kurang sebab mama la bila hulur makanan cuma baca begitu saja sambil hulur kan...Faiq pun sambung ja dan baca sekali sambil sambut makanan.

Itulah poster doa sebelum makan tu ada tangan mama gunting dari piring kertas tu ada lekuk sikit ala 3D hehe dua tapak tangan berdoa. Syukur sebab berkesan juga, masa makan tengahari tu, kami singgah makan di luar..memang masa terhad tak terfikir atau nak bertegas untuk mengajar berdoa ke apa, lagi pun makanan belum sampai, baru minuman ja..jus oren untuk Faiq, sejak panas hari tu Faiq jadi suka air oren pula. 

Terkejut juga bila melihat Faiq angkat tangan dan berdoa. Apa lagi mama ni ambil gambar la satu hehe, biasa waktu terhad ni mama tak sempat pun nak bersnap, tetapi cari peluang dan ruang jugak kann.. moment makan bersama :)

May 16, 2016

Anak dan Buku

Masa kelam kabut nak keluar semalam, dekat pintu, Fadya tanya nak bawak buku boleh ke tidak. Dah tergesa mungkin tak jawab lagi, Fadya tanya lagi, buku kecik ja nak bawa katanya, papanya yang tolong jawab cakap ok boleh bawak. Dalam perjalanan, nampak Fadya baca juga buku tu. Buku tentang semua merah, tak ambil gambar pun lain kali nak ambil. Sebab gambar yang tetera di sini dari perjalanan hari lain yang lama skit, mama ambik pun sebab petmandangan tingkap tu cantik, baru perasan Fadya tengok buku.

Bila dah sampai ke destinasi semalam, parked kereta, kami keluar buku tu tak dibawanya. Tiada siapa kisah la tentang buku Fadya tu, yang kudapan ada tab/phone  yang diupload online book/cerita macam tu dah dibekalkan. Pic-pic di atas tu tak bagus sebab tak pakai seatbelt, memang mama toleh pun untuk suruh pakai talipinggang keledar jugak tu, sambil snap permandangan.

Tak sangka outing semalam banyak menunggu, sampai Fadya bertanya juga tentang bukunya, mungkin nak baca kut. Rasa termalula jugak mama ni duk sedia app/phone/tab segala, yang anak nakkan buku fizikal nak baca.

Pagi-pagi ni mama teringat kisah semalam terus cakap dengan papa tolong ingatkan tentang buku untuk Fadya tak kira waktu mana pun sebab Alhamdulillah Fadya minat sendiri dengan buku ni, jadi memang patut memberi galakkan. Dah tahu pun Fadya minat buku dari kecik, sampai nak peluk buku depan cermin tu.


May 12, 2016

Hadis lemah? | Hijrah

Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.

Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.

Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti  part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)

May 11, 2016

Majlis Baca Yasin

Alhamdulilah baru balik dari baca Yasin. Tak sangka Tuhan permudahkan untuk pergi. Bila baca jemputan majlis baca Yasin dalam whatsapp tu buat tak nampak ja, bukan saja buat tak nanpak tapi terdetik dalam hati memang tak nak pegi. Punya lah mama jenis minimize je apa hal dalam satu hari bukan apa. Kadang tu jemputan mother's day spa ke masage /facial free ke memang tolak tepi pada hari sekolah ni, hujung minggu ada en King lagi la tak bole hehe. Sebabnya suka tenang ja atas jalan raya tu atau mencari parking dengan tenang. Lagipun sekolah Faiq tiada yang nak menunggu. InshaAllah mama datang awal. 

Syukur dapat air Yasin boleh la bagi budak-budak minum. Ok la dah nak time menjemput si Imam Negara haha cita-cita Faiq tu..kadang bertukar juga.


May 9, 2016

Hadiah untuk ibu


Hadiah ibu itu untuk saya, saya dapat dari email dimana seorang Hamba Allah  masukkan duit dalam akaun,  duit untuk ibu, tolong check baki anda. Berlinang jugak lah airmata ni sebab duk fikirkan kertas yang bermakna tu... itu la kertas (wang) salah satu yang saya sedang fikirkan... dan sambil dengar dan mengikut baca Al-Waqiah berniat macam-macam untuk orang ni orang ni orang yang tersayang, teringat juga seorang remaja terlajak yang bekerja angkat gas ke rumah orang, saya doakan juga untuk beliau bertemu jodoh dengan orang kaya beriman, mula doa beliau murah rezeki tetapi lebih sempurna bila bersuami rasanya.

Pada paginya saya telefon emak sebab hari Ahad tak dapat jumpa beliau tetapi abang sekeluarga datang jumpa emak bapa dan keluar makan-makan. Emak bertanya saya ada masukkan duit untuknya ke, sebab saya ada minta nombor akaun emak hari tu. Saya kata belum lagi, sebab beliau bertanya saya buka laptop sambil sembang dengannya, saya masukkan la sedikit sangat digitnya... sambil sembang tu saya cakap dah masukkan dah tapi sikit sangat. Emak cakap terima kasih tapi beliau cakap dia cuma nak tahu siapa yang masukkan untuknya sebab itu tanya saya, bukan suruh reloading lagi hehe. Saya cakap tak pa Alhamdulillah sebab saya bertangguh untuk memberi kepada dia, biasa nak tunggu salam berisi sambil main tak yah la, ambik la hehe.. tarik tali pulak dah lari keikhlasan. Macamanapun Lega sangat bila dah buat transfer untuk emak, sepagi tu saya fikirkan lah jalan diberiNya untuk semua biasalah, terlintas Nabi Musa sa. dengan laut terbelah sebab Fadya ada exam saya minta emak doakan jugak, emak cakap sepupunya 4 tahun duk rehat relax relax ja kemarin haha...

Dengan memberi kepada emak saya ni, ada khasiatnya pada petang hari... saya terima duit yang ditransfer dari pemberi iaitu seorang ibu  (bukan emak saya) transfer duit kepada ibu jugak (saya). Moga Allah saja yang membalas jasa beliau dengan menjadi hartawan, sihat bahagia berpanjangan murah rezeki dan beriman, Amin. Terima kasih dan Alhamdulillah

fashion dan perubahan

Bila lihat gambar sendiri biasa terfikir kenapa la diri ini berpakaian begini. Tak faham betul tau. Orang melayu jati tapi kalau check tu ada la darah melayu, cina, india, indon.  Dibesarkan sebagai orang biasa ja tapi pakaian berani pakai yang tak sama dengan orang ni di malaysia pulak tu.

Bila ada anak lihat anak risau kalau lah anak berpakaian macam mamanya. Syukur makin hari diri ini dah bertukar dah tapi sikit sangat. Yang pasti masa menjemput Faiq memang fesyen biasa. Faiq pun perasan kut sebabnya dia akan cakap suka atau cantik pakaian mama hari ni.

Untuk berubah kitaran yang simple adalah dengan fikiran niat, reaksi perangai dan emosi. Juga diberi jangka masa untuk berubah dan pantau sendiri dengan catatan harian Hari ni saya sedia pakaian dan skaf yang sempurna sepanjang 5 hari untuk minggu ini, termasuk hari mengaji. Tengoklah bagaimana kerana langkah ini tidak dipersalahkan masa lepas individu atau didikan kerana hanya bergantung kepada  keputusan (azam) yang dibuat masa sekarang sahaja. InshaAllah dipermudahkan.


May 8, 2016

juice vs kopi

Sememangnya minum jus buah campur sayur memberi lebih tenaga. Bukan setakat menyegarkan tetapi menjadi badan lebih sihat. Tapi tulah asyik terlupa ja bila jalan-jalan nak duduk minum kopi sebab jus ni sejuk. Biasa kat luar ada jual air kelapa, bagus juga, dalam bangunan pula jual air sejuk dalam aircond, terbayang kopi lagi menyamankan je.

Ni masa kat klia2 ni  dengan en hubby singgah minum boosts juice bar ni. Oleh kerana flight lambat lagi kami boleh berjalan sana sini..mungkin sebab budak-budak tak da masa ni, tenaga tersimpan banyak kut atau kerana jus.

Rasa suka perniagaan ni. Bila keluar dekat encorp dengan kakak pun cakap bagus jus ni rasa nak franchise perniagaan ni, kami dua beradik sembang kosong ja.

Entri ni cuma nak ingatkan mama yang nak minum air buah  walaupun dah masuk musim hujan ni dan nak buat untuk anak-ana jugak. Dulu ada babYpose dairy tapi dah delete.

#babYposediary

May 6, 2016

Harimau | Jari mengira | Buku

Nak cerita tentang peminat harimau. Dari lukisan atau jari untuk mengira matematik pun dimintanya jari harimau. Bila saya cakap nanti monkey ketakutan bila ada harimau. Serba salah dia nak pilih harimau dan cuba pilih haiwan lain. Berfikir juga untuk memilih haiwan lain tetapi keluar dengan berkata harimaunya baik macam Lion King tapi ini harimau yang melindungi haiwan lain seperti Lion King juga.
Peminat harimau tu ialah Fadya (4 tahun) pemilihannya yang tidak disangka, mama ingat Fadya nak pilih arnab atau kucing.
Fadya ada buku baru yang berbateri. Buku ini ada interaktiv dengan kanak-anak bunyi kereta dan kenapa bunyi begitu contoh bunyi kereta ambulan. Boleh dengar bunyi dengan tekan di tepi tu. Book of Why ni dari Anmum. Percuma bila beli susu. Sesiapa yang inginkan buku ini boleh la komen di bawah. InshaAllah aunty hantar secepat mungkin, tapi hari ni dah Jumaat jadi aunty biasa hantar hari Isnin. Fadya pun cakap boleh bagi fren, mula tu sayang kawal semua bila dah cakap dah baca, dan ada yang lain, baru rela haha.. 

*komen beralamat dan nombor telefon tak di publish.

May 5, 2016

ambik, amal, alhamdulillah

Jom amalkan Surah Al-Waqiah ni. Bila dah tahu, tak boleh buat tak tahu lagi..begitula sebelum ini yang saya tak tahu di hantar olehNya sebagai solusi hidup ini, saya pandai pula ambik dan amalkan, hasilnya tengok la hidup macam Sunnah Nabi la jugak hehe hujung-hujung ja...sekarang saya amalkan surah Al-Waaqiah.. InshaAllah. 

Hamba Allah yang amalkan Surah ini, pergi ke Mekah di bayar, balik pergi ke luar negara 8 jam jugak dari sini di bayar. Dapat lagi beberapa ribu ringgit lagi ja nak RM100,000.00. Anak-anak beliau yang hafazan professional ni dah nak dekat setengah dozen kut itu pun rezeki. kan. Baru ini dapat 3 buath kereta iaitu truck, kereta 7 seater lagi dan kereta biasa untuk anaknya (bukan beli, di hantar olehNya). Dapat beriadah di tepi sungai dengan anak-anak tahfiz lagi, kereta dalam kawasan rumah tak pernah kurang dari satu kereta.  anak-anak beliau masih belajar ada yang belum sekolah, umur 3- 4 tahun..

Bila saya cakap dengan emak tentang ini, emak mentioned Al-Waqiah..tapi saya tetap minta emak doakan, beberapa kali emak mentioned lagi, sekarang saya amal dan hayati seperti Al-Fatihah.

Emak saya ni sehati sejiwa dengan saya tau, saya cakap sikit ja tentang ini emak sambung ...tulah macam kena top up ja dalam tempat persinggahan rezekinya (bank)...saya kata tu la saya punya pun duk reloading tengah nak total up tu (rezeki saya sedang dimasukkan dan masih berkira jumlahnya) ...ayat tak nak negative kan ..haha...mudah-mudahan...

...tapi semalam pertama kali saya bertanya kepada emak, cukup semua emak? pertama kali dalam hidup ni bertanya, biasa emak selalu tanya anaknya cukup duit nak balik ni?, ada duit nak buh minyak, walau emak tak tanya dekat saya tapi dekat anak lain, saya dengar...tapi emak biasa keluarkan pembelanjaan kalau kami keluar dan tanya jugak tentang duit minyatk kut juga (ni en hubby yang ingatkan), kalau bapa memang naik kereta isikan minyak untuk anak....ok ok yang penting saya  bersyukur saya bertanya kepada emak begitu jugakkan..

*Kepada blogger Sis PI, saya tak dapat komen di blog kak, mungkin internet saya kut..maaf sis.

Surah Al-Waaqi'ah - سورة الواقعة


Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001 Apabila berlaku hari kiamat itu,
(Al-Waaqi'ah 56:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A002 Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
(Al-Waaqi'ah 56:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003 Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
(Al-Waaqi'ah 56:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004 (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
(Al-Waaqi'ah 56:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005 Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
(Al-Waaqi'ah 56:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006 Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
(Al-Waaqi'ah 56:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007 Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
(Al-Waaqi'ah 56:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A008 Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
(Al-Waaqi'ah 56:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A009 Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
(Al-Waaqi'ah 56:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A010 Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
(Al-Waaqi'ah 56:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011 Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(Al-Waaqi'ah 56:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A012 (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Al-Waaqi'ah 56:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A013 (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
(Al-Waaqi'ah 56:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A014 Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(Al-Waaqi'ah 56:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A015 (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
(Al-Waaqi'ah 56:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A016 Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
(Al-Waaqi'ah 56:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017 Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
(Al-Waaqi'ah 56:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A018 Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
(Al-Waaqi'ah 56:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A019 Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
(Al-Waaqi'ah 56:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020 Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
(Al-Waaqi'ah 56:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021 Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
(Al-Waaqi'ah 56:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022 Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
(Al-Waaqi'ah 56:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023 Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(Al-Waaqi'ah 56:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A024 (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
(Al-Waaqi'ah 56:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A025 Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
(Al-Waaqi'ah 56:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A026 Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
(Al-Waaqi'ah 56:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A027 Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
(Al-Waaqi'ah 56:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A028 Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
(Al-Waaqi'ah 56:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A029 Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
(Al-Waaqi'ah 56:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A030 Dan naungan yang tetap terbentang,
(Al-Waaqi'ah 56:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A031 Dan air yang sentiasa mengalir,
(Al-Waaqi'ah 56:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A032 Serta buah-buahan yang banyak,
(Al-Waaqi'ah 56:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A033 Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
(Al-Waaqi'ah 56:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A034 Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
(Al-Waaqi'ah 56:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A035 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(Al-Waaqi'ah 56:35) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A036 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(Al-Waaqi'ah 56:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A037 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
(Al-Waaqi'ah 56:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A038 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
(Al-Waaqi'ah 56:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A039 Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
(Al-Waaqi'ah 56:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A040 Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
(Al-Waaqi'ah 56:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A041 Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
(Al-Waaqi'ah 56:41) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A042 Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
(Al-Waaqi'ah 56:42) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A043 Serta naungan dari asap hitam,
(Al-Waaqi'ah 56:43) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A044 Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
(Al-Waaqi'ah 56:44) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A045 Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
(Al-Waaqi'ah 56:45) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A046 Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
(Al-Waaqi'ah 56:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A047 Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
(Al-Waaqi'ah 56:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A048 "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
(Al-Waaqi'ah 56:48) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A049 Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
(Al-Waaqi'ah 56:49) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A050 "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
(Al-Waaqi'ah 56:50) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A051 "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
(Al-Waaqi'ah 56:51) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A052 Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
(Al-Waaqi'ah 56:52) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A053 "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
(Al-Waaqi'ah 56:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A054 "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
(Al-Waaqi'ah 56:54) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A055 "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
(Al-Waaqi'ah 56:55) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A056 Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
(Al-Waaqi'ah 56:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A057 Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
(Al-Waaqi'ah 56:57) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A058 (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
(Al-Waaqi'ah 56:58) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A059 Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
(Al-Waaqi'ah 56:59) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A060 Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
(Al-Waaqi'ah 56:60) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A061 (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Waaqi'ah 56:61) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A062 Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
(Al-Waaqi'ah 56:62) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A063 Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
(Al-Waaqi'ah 56:63) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A064 Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:64) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A065 Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
(Al-Waaqi'ah 56:65) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A066 (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
(Al-Waaqi'ah 56:66) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A067 "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "
(Al-Waaqi'ah 56:67) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A068 Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
(Al-Waaqi'ah 56:68) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A069 Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:69) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A070 Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
(Al-Waaqi'ah 56:70) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A071 Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
(Al-Waaqi'ah 56:71) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A072 Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
(Al-Waaqi'ah 56:72) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A073 Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
(Al-Waaqi'ah 56:73) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A074 Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
(Al-Waaqi'ah 56:74) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A075 Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -
(Al-Waaqi'ah 56:75) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A076 Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
(Al-Waaqi'ah 56:76) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A077 Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
(Al-Waaqi'ah 56:77) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A078 Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
(Al-Waaqi'ah 56:78) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A079 Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Al-Waaqi'ah 56:79) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A080 Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
(Al-Waaqi'ah 56:80) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A081 Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
(Al-Waaqi'ah 56:81) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A082 Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
(Al-Waaqi'ah 56:82) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A083 Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
(Al-Waaqi'ah 56:83) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A084 Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
(Al-Waaqi'ah 56:84) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A085 Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
(Al-Waaqi'ah 56:85) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A086 Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
(Al-Waaqi'ah 56:86) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A087 Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
(Al-Waaqi'ah 56:87) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A088 Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",
(Al-Waaqi'ah 56:88) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A089 Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
(Al-Waaqi'ah 56:89) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A090 Dan jika ia dari puak kanan,
(Al-Waaqi'ah 56:90) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A091 Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".
(Al-Waaqi'ah 56:91) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A092 Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
(Al-Waaqi'ah 56:92) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A093 Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
(Al-Waaqi'ah 56:93) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A094 Serta bakaran api neraka.
(Al-Waaqi'ah 56:94) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A095 Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
(Al-Waaqi'ah 56:95) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A096 Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
(Al-Waaqi'ah 56:96) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark