Adik tersayang
Saya pernah la bertanya adik saya ni bagaimana bermulanya...tak ingat bagaimana perbualan kami tetapi adik saya cakap, percaya ada mesti ada.
Macam lagu ja..kami sambung...lebih kurang katanya..
Bermalam-malam berdoa,
hanya didengari olehNya,
Dalam hati, sebuah lagu harapan"
Sukar untuk memahami,
Hilang rasa takut,
Walaupun terlalu banyak yang ditakuti,
Sedang mengubah nasib masa yang sama,
Sebelum tahu kita mampu,
Ia keajaiban dariNya bila percaya,
Walau rasa Harapan tinggal harapan,
Sesiapa yang tahu keajaiban, mesti percaya,
ia akan berlaku, dengan percaya dulu,
Ya..dalam ketakutan kini,
Bila dalam doa perlu keyakinan,
walau harapan terbang laju,
Ya..sekarang saya berdiri di sini,
Hati penuh kesukaran digambarkan,
Mencari keredhaaNya,
Tak terfikir diperkatakan,
Biasa menjadi bila meminta,
Tak mudah mengalah dalam ketakutan,
Disebabkan diselidungi oleh kepedihan,
Tiada jalan kelihatan, tempuhi jua dalam kegelapan,
Kedengaran disana, menyatakan ada harapan,
Akan ada, bila percaya,
hanya percaya,
tentu ada. InshaAllah, Amin.
segalanya mungkin dgn percaya..in shaa Allah..usaha, doa, tawakkal..
ReplyDeleteWow Fair, ada bakat juga rupanya tu.
ReplyDeleteBetul, doa dan harap, jgn putus2, biar pun nmpk tiada jln, teruskan juga..
betul tu..doa dan bertawakal lah pada Allah dengan penuh haraoan, kerna hanya pada Allah tempat kita bergantung segala harapankan
ReplyDeleteDOA YAKIN PERCAYA TAWAKAL INSYA ALLAH..
ReplyDeleteKeyakinan dan kepercayaan kena ada baru mampu membawa diri kita kearah mana mahu dituju. Betul tu.
ReplyDeleteYa percaya paling utama..doa itu senjata mukmin..memang kepadaNYA saja kita berserah
ReplyDeletekalau tak percaya, tak jadi dak
ReplyDeleteso betullah. kepercayaan dan keyakinan tu perlu =)
Yakin diri,Allah ada
ReplyDeleteWah....anak anak dara mesti terpikat tu BP hihi.....
ReplyDeleteInsyaAllah..yakin dan doa selalu... :)
ReplyDelete