Pages

Pages

May 18, 2016

Anak dan ilmu

Assalamualaikum. Faiq akan bertanya kenapa tak cakap selamat pagi atau assalamualaikum bila dia bangun sekarang ni. Papa cakap sebab Faiq sendiri boleh ucap dulu. Kesian mama dengan Faiq, fasa sensitifnya mungkin dah ada. Biasa buat sendiri semua tetapi kadang terkelip kelip mata macam nak dibuatkan.. segan nak minta kut. 

Bila diberi latihan maths atau menulis suku kata, Alhamdulillah Faiq habiskan. Saja spend time dengan Faiq lebih skit saya bagi gambar pinggan, camca dan garpu, objek besar untuk Faiq warnakan, Faiq nampak berminat juga tetapi saya beritahu projek mewarna ni amboi projek mesti diabiskan sebab ia adalah satu tanggungjawab tak bergantung kepada minat/suka..

Itu la menjadi jugak lah, Faiq abiskan, poster kecil yang membawa mesej "Doa Sebelum Makan". Doanya tak berani pula nak tulis di situ sebab dah pernah buat vocab arabik seperti  Alif untuk Alhamdulillah, Ba untuk Bismillah...Fadya tak jaga betul sebab kertas kan lagi pulak boleh mewarna, dibawaknya ke sana sini, risau takut terpijak ke apa. Jadi kali  ni buat simple macam dulu memang Faiq tahu baca doa pun sebab bila suap botol susu, mama bacakan masa Faiq baby dulu. 

Walaupun Faiq pernah sekolah islamik tahun lepas, sekarang tabiat mengangkat tangan kurang sebab mama la bila hulur makanan cuma baca begitu saja sambil hulur kan...Faiq pun sambung ja dan baca sekali sambil sambut makanan.

Itulah poster doa sebelum makan tu ada tangan mama gunting dari piring kertas tu ada lekuk sikit ala 3D hehe dua tapak tangan berdoa. Syukur sebab berkesan juga, masa makan tengahari tu, kami singgah makan di luar..memang masa terhad tak terfikir atau nak bertegas untuk mengajar berdoa ke apa, lagi pun makanan belum sampai, baru minuman ja..jus oren untuk Faiq, sejak panas hari tu Faiq jadi suka air oren pula. 

Terkejut juga bila melihat Faiq angkat tangan dan berdoa. Apa lagi mama ni ambil gambar la satu hehe, biasa waktu terhad ni mama tak sempat pun nak bersnap, tetapi cari peluang dan ruang jugak kann.. moment makan bersama :)

16 comments:

  1. Wow 3d memang nmok cantik lukisan tgn mama tu.faid pun tak kurang hebat ye skill mewarna.bagus dia nak habiskan aktiviti mewarna..sbb boy ni biasanya kurang minat sikit bab mewarna ni.

    Hensem faid ni apalagi dengan aksi menggoda angkat tangan berdoa.hehe..

    ReplyDelete
  2. Kanak2 baya faiq ni memang mudah nak hadam apa yang diajar....faiq budak bijak,InsyaAllah akan berkekalan.

    ReplyDelete
  3. Ibu yg bijak akan sentiasa menjadi jalan utk menerapkan ilmu dari berbagai cara. Inilah salah satu darinya. Faiq gembira, mamanya pun gembira sama.

    ReplyDelete
  4. cerdiknye si comel sorang ni...mewarna pon dah pandai dah...cantik aunty tengok tu :D

    ReplyDelete
  5. Hehe..Tula, macam sekarang anak ain kecik lagi baru 1 tahun 9 bulan..Setiap kali dia bangun tidur, memang ayah dengan ibu dia akan cakap Assalamualaikum dulu..Tunggu dia dah besar, kena jugak suruh dia beri salam dulu kan.. ♥ (^_*)

    Bagus nya BP bagi dia colour pinggan..Pengajaran awal kan..Lama-lama mesti pandai mewarna..Hehe..!!..

    Alahaiiiii pandai Faiq ni..Semoga menjadi anak soleh ye Faiq..Aminnnnn.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah,menariklaa cara akak didik anak2. Boleh kaut ilmu nih utk anak2 buah. Hihi

    ReplyDelete
  7. Cantik nya Faiq colour.. kalah Pae tau.. hehe
    sy sllu sblm tidur mlm, bagi salam kt Pae.. dah jd satu habit juga..
    Alhamdulillah bila dah terbiasa baca doa makan..moga smpai besar mcm tu..

    ReplyDelete
  8. bagus faiq...pandai mewarna tu nampak cantik je.

    ye kadang saya nak cepat suap makan anak baca doa tanpa tadah tangan, tp sekarang ni tak boleh begitu lagi,anak2 laju angkat tangan pulak tu kena tunggu tiga2 baca baru boleh makan..aduhh kalau tak tunggu sorang2 baca ada pulak yang menangis...haaa macam2 kerenah anak2

    ReplyDelete
  9. kretif..suka la saya...

    ReplyDelete
  10. Suka tengok cara akk mendidik anak. Good job, bak kata org melentur rebung biar dr rebung nya.. kan kak..? Semoga Faiq membesar menjadi anak yg soleh, cerdik dan pintar ye syg. =) Amin..

    ReplyDelete
  11. rajin mama faiq buat aktiviti..
    akak pun ada juga buat sikit2, tp masa terhad
    tak boleh nak konsisten..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah faiq dah boleh baca doa. Budak2 memang cepat menangkap apa yang diajar itulah yg diikutnya.Cantik dia mewarna.

    ReplyDelete
  13. Rajin akak bagi anak sentiasa ada aktiviti untuk dibuat..mengasah minda juga tu. Pandai dah faiq mewarna, baca doa makan pun dah pandai :)

    Sentiasa rakam apa saja aktiviti anak kan kak.. Memori tu. Dia besar nanti boleh tunjuk. Hihi.

    ReplyDelete
  14. Suka dengan cara awak mendidik anak BP. Penuh dengan ilmu dan mesej.... Mak dulu tak sempat huhu.... Rugi rasanya terlepas moment tu. Lagi pun dulu internet kuranglah so bahan bahan tu susah nak dapat . Ada pun buku, dahlah mak ni jenis malas nak membaca...

    ReplyDelete
  15. wah mama kreatif..tahniah berjaya colour poster tue...

    ReplyDelete