Pages

Pages

May 9, 2016

Hadiah untuk ibu


Hadiah ibu itu untuk saya, saya dapat dari email dimana seorang Hamba Allah  masukkan duit dalam akaun,  duit untuk ibu, tolong check baki anda. Berlinang jugak lah airmata ni sebab duk fikirkan kertas yang bermakna tu... itu la kertas (wang) salah satu yang saya sedang fikirkan... dan sambil dengar dan mengikut baca Al-Waqiah berniat macam-macam untuk orang ni orang ni orang yang tersayang, teringat juga seorang remaja terlajak yang bekerja angkat gas ke rumah orang, saya doakan juga untuk beliau bertemu jodoh dengan orang kaya beriman, mula doa beliau murah rezeki tetapi lebih sempurna bila bersuami rasanya.

Pada paginya saya telefon emak sebab hari Ahad tak dapat jumpa beliau tetapi abang sekeluarga datang jumpa emak bapa dan keluar makan-makan. Emak bertanya saya ada masukkan duit untuknya ke, sebab saya ada minta nombor akaun emak hari tu. Saya kata belum lagi, sebab beliau bertanya saya buka laptop sambil sembang dengannya, saya masukkan la sedikit sangat digitnya... sambil sembang tu saya cakap dah masukkan dah tapi sikit sangat. Emak cakap terima kasih tapi beliau cakap dia cuma nak tahu siapa yang masukkan untuknya sebab itu tanya saya, bukan suruh reloading lagi hehe. Saya cakap tak pa Alhamdulillah sebab saya bertangguh untuk memberi kepada dia, biasa nak tunggu salam berisi sambil main tak yah la, ambik la hehe.. tarik tali pulak dah lari keikhlasan. Macamanapun Lega sangat bila dah buat transfer untuk emak, sepagi tu saya fikirkan lah jalan diberiNya untuk semua biasalah, terlintas Nabi Musa sa. dengan laut terbelah sebab Fadya ada exam saya minta emak doakan jugak, emak cakap sepupunya 4 tahun duk rehat relax relax ja kemarin haha...

Dengan memberi kepada emak saya ni, ada khasiatnya pada petang hari... saya terima duit yang ditransfer dari pemberi iaitu seorang ibu  (bukan emak saya) transfer duit kepada ibu jugak (saya). Moga Allah saja yang membalas jasa beliau dengan menjadi hartawan, sihat bahagia berpanjangan murah rezeki dan beriman, Amin. Terima kasih dan Alhamdulillah

11 comments:

  1. segunung emas sekali pon takan sama dengan segala bakti yg ibu kite taburkan semenjak kite dari dalam perut lagi...tapi rezeki yg sedikit itu kalau kite kongsi dgn ikhlas inshaa Allah besar keberkatan nye dik...mudah mudahan...:)

    ReplyDelete
  2. Itulah indahnya berkasih-sayang. Memberi dan menerima dua-duanya mendapat kepuasan. Puas memberi dan menerima. Ganjaran tercatat, balasan bagaikan terus dapat tanpa dijangkakan.

    ReplyDelete
  3. SYUKUR ALHAMDULILLAH..SALING MEMBERI N MENERIMA BERKONGSI NIKMATNYA...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki tu..dalam ikhlas memberi pada ibu, pasti ada pemberian yang lain dari Allah swt

    ReplyDelete
  5. hadiah untuk ibu yang pastinya adalah sentiasa solat dan buat semua kewajipan Allah. jadi anak soleh/ah.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah... murahnya rezeki...
    Saling bantu membantu dn mendoakn sesama insan..ada hikmahnya

    ReplyDelete
  7. insyaallah, sama2 berkongsi rezeki allah

    ReplyDelete
  8. Remaja terlajak angkat gas tu perempuan ke? Kesian dia kerja berat tu, mari kita sama2 doakan dia yea.

    Saya hanya mampu hadiahkan yasin je buat mak saya di sana...

    Berbaktilah selagi masih ada peluang.

    ReplyDelete
  9. Memberi dan menerima..rezeki Allah yg atur..2 kita beri Insyaallah 10 kita dpt..apalagi klu berbakti pada ibu bapa

    ReplyDelete
  10. Tak pernah rugi kalau memberikan BP....apa tah lagi memberi kpd org tua yg membesarkan kita. Tengoklah, tak ambik masa pun Allah nak pulangkan semula.

    ReplyDelete
  11. sweet nyer BP.
    tersentuh hati aida...
    kebetulan 5-6 mlm emak aida kat umah.
    ahad lepas dpt ler belanja mak minum ptg.
    jalan-jalan...

    ReplyDelete